Tampilkan postingan dengan label alkisah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label alkisah. Tampilkan semua postingan

Rabu, April 2

Kesabaran yang panjang

Adakah seiring waktu kesedihan itu hilang?

Ia adalah trauma seumur hidup yang tidak terluahkan. Ada momen- momen di saat sunyi, trauma itu kembali menghantui. Trauma itu hadir dengan naratif negatif. 

Cepat- cepat aku nyahkan. Tidak mahu berlama-lama berprasangka buruk. Kerana hal apapun, ia adalah yang terbaik untuk diriku.

Tentang kesabaran yang panjang

Aku pernah ditengking oleh seorang jururawat ketika meminta agar memberi ubat kepada pesakit. Terpana aku pada tengkingan sang jururawat tersebut. Dengan suara yang hampir menahan tangis, tangan terketar- ketar menahan rasa malu, aku membalas,

Okay, takpe. Terima kasih. 

Lancar ke arah pesakit, menyediakan sendiri ubat yang diarahkan. 

Malam tersebut adalah syif paling panjang padaku. Tidak mampu aku memandang semua staf yang bekerja. Terluka amat. Sehinggakan, cbd pesakit lelaki pun aku ingin masukkan sendiri. ( tidak aku lakukan kerana dihalang jururawat lelaki yang turut ada semasa syif tersebut). Lembut hatiku kembali untuk tindakan baik jururawat lelaki tersebut. 

Dan trauma itu kembali lagi. Di posting bius sekarang. Melakukan latihan sangkut terakhir sebelum kembali ke jabatan kecemasan dan harapan besar sebagai pelajar tahun akhir. Di icu, aku seringkali terasa dengan kata- kata jururawat kepadaku. Pernah aku berlapang dada, menyatakan mungkin hatiku yang terlebih sensitif. Tapi gitulah. Memori ditengking kembali menerjah. 

Sebelum tidur, sempat aku lakukan postmortem kenapa aku dimarahi. Cara aku sampaikan arahan ke yang buat orang tak suka? Perawatan aku jauh beza ke dengan protokol di icu? Cuba untuk melakukan introspeksi diri agar diri lebih baik. Tiada jawapan khusus. Mungkin aku hanyalah punching bag mereka pada waktu tersebut. Berada pada waktu yang salah. 

Kalau ada ujian yang Allah berikan kepadaku, ujian kesabaran adalah ujian terbesar padaku. Pedih betul menahan rasa malu dimarahi. Pedih yang amat menahan diri untuk tidak sama-sama naik tanduk. 



Sabtu, November 23

Ketika menyatakan pilihan

Kalaulah aku punya keberanian 
Sudah lama aku luahkan
Kudiamkan kerana melalui penolakan juga satu cabaran

Di satu saat
Terpana aku pada elok akhlaknya
Masakan tidak
Seseorang yang aku sangat hormat
Ringan lidahnya menuturkan kata maaf
Belum lagi suara lembutnya menerjah halus di telingaku

Ya tuhan
Sebegini elok akhlaknya
Semoga aku tidak lalai

Ditanyakan kepadaku
Apa aku punya keberanian
Tidak
Tidak untuk yang ini

Dan aku
Bersyukur yang amat
kerana hati ini Allah pilih melihat kebaikan kembali
Dan rasional di hati
Bahawa akhlak, peribadi baik
Tetaplah yang utama terpaling disanjung

Semoga berjodohlah kamu dengan yang baik-baik



Selasa, Februari 6

Refleksi diri

Selesai menjalani latihan sangkut di posting neuromedikal HRPZII. Banyak yang dipelajari dan banyak sangat pengajaran sepanjang berada di posting neuromedikal.

Di akhir posting, aku sempatkan diri menjamu staf-staf klinik neuromedikal sebagai tanda penghargaan. Semasa sedang makan bersama kakak jururawat, Kak Wardah sempat berbual dengan aku. Sempat beliau kongsikan kisah betapa beliau sangat bahagia bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Sukanya beliau bekerja di HKL kerana bekerja semata-mata, tiada gosip dan politik dalaman. 

Semasa di HSIP, aku benar-benar bekerja. Seronok betul waktu itu. Sejak aku berpindah, kehidupan agak lain. Aku cuba sedaya upaya untuk bekerja dan tidak terlalu mengambil pusing hal-hal di jabatan kecemasan tempat aku bekerja. Tapi itulah, walaupun aku cuba mengelak, ada juga beberapa kali kisah-kisah orang yang sampai kepadaku. Pernah aku katakan pada temanku, tak menariknya banyak interaksi dengan manusia. Semakin banyak interaksi, semakin banyak pula kisah-kisah orang aku tahu. Aku faham benar perasaan Kak Wardah, sebab aku pun pernah melalui fasa tersebut. Datang bekerja semata-mata bekerja. Tidak melibatkan diri dengan umpatan manusia. Gembira dan lapang dada sangat. Kita tak perlu menjatuhkan sesama kita, bercakap kasar hanya untuk menyatakan pendapat kita. 

Di akhir perbualan, sempat Kak Wardah doakan kejayaan aku agar dapat lulus pengajian perubatan sarjana dan menjadi Pakar Perubatan Kecemasan. Bertakung kolam air mataku mendengar doa ikhlas beliau. Seseorang yang mengenali aku barang sejenak berdoa sedemikian untukku. Sedangkan aku sendiri sentiasa ragu-ragu samada aku mampu meneruskan pengajian sarjana ini atau tidak. Semoga Allah juga permudahkan urusan Kak Wardah yang sentiasa komited dan profesional dalam perkhidmatan.












Jumat, Desember 11

peribadi

Perkataan bodoh selalu sering digunakan dalam profesi perubatan. Entah kenapa melabel seseorang sedemikian adalah suatu perkara normal. Pernah saya berbahas melalui telefon dengan seorang senior mo hanya kerana saya bertegas dengan keputusan saya untuk tidak melakukan ujian denggi terhadap pesakit yang datang dengan pancytopenia.

Marah dia saya boleh toleransi. Dilabel saya bodoh adalah suatu yang tidak saya hadam dengan mudah. Bagilah rasional apa,  tiada siapa dalam profesi ini lebih itu dan kurang ini. Masing- masing belajar. Jika difikirkan oleh nafsu syaitan saya, mahu sahaja saya menempelkan keputusan ujian denggi yang semuanya negatif itu di depannya sambil berkata 

" kan aku dah cakap"

Saya urungkan perasaan amarah saya. Masih mampu lagi berbahasa baik-baik. Walau dalam hati sudah remuk redam bagai ditoreh pisau tajam. Pulang ke rumah, ayat-ayat cinta Allah menjadi pengubat jiwa saya


Manusia, sebesar apa pun tetap manusia. Dan sekecil apa pun tetap berperan. Kita istimewa dengan peribadi yang kita bawa. Saya memilih diam untuk memaafkan.

Senin, Februari 27

Imtihan datang lagi

3 tahun di Unpad,
3 tahun di UKM,
3 minggu untuk Ikhtisas.

Mohon doa dari pembaca sekalian,
Doakan kami-kami mendapatkan yang terbaik.
Terbaik dari Allah untuk kami.



Nota : Aku suka imtihan, imtihan suka aku (Aplikasi hukum tarikan)


Jumat, Februari 10

Sesuatu

Sesuatu yang bukan milikmu, walau ditatang bagai minyak yang penuh, walau dijaga rapi, disimpan sebaik-sebaiknya, tersemat kemas dalam hatimu, pasti akan berlalu pergi tinggalkanmu.

Sesuatu yang pasti milikmu, walau tidak ingin lagi kamu punyai, walau tidak lagi kamu ingati, walau telah kamu buangnya dari hatimu, pasti akan hadir kembali dalam hidupmu.

Post jumpa telefon bimbit selepas 6 bulan.


Nota : Sejuk hati hari-hari pandang bulan.

Minggu, Desember 19

kuasa wanita

Sudah lama tidak menjenguk blog sahabat. Hari ini saya menyempatkan melawat blog sahabat-sahabat saya. Terjumpa saya kata-kata dari allahyarham Malcom X. Saya hanya kopi pasta dari blog sahabat saya, Diana.

Ucapan Allahyarham Malcolm X dalam ucapan “Housing and Self Defense Harlem 1964″.

When you live in a poor neighbourhood,
you’re living in an area where you have to have poor school
when you have poor school, you have poor teacher
when you have poor teacher, you get the poor education
when you get the poor education, you are destined to be
a poor man and a poor woman the rest of your life.

Apabila membaca buku teks Paediatric, saya semakin bersemangat untuk memperkasakan wanita. Kenapa tidak? Bukankah eloknya sesebuah masyarakat/ peradaban tergantung kepada eloknya wanita? Wanita bisa menjadi fitnah lelaki, namun pemerkasaan wanita dari segi ruhiyah dan lahiriah mampu melahirkan wanita-wanita yang menjadi tulang belakang keluarga, sebagai rusuk kiri lelaki dalam memimpin keluarga dan menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak. Akhirnya, terbentuklah baitul muslim yang kita idam-idamkan.

To educate a girl is to educate a whole family. And what is true of families is also true of communities and, ultimately, whole countries. Study after study has taught us that there is no tool for development more effective than the education of girls. No other policy is as likely to raise economic productivity, lower infant and maternal mortality, improve nutirition and promote health-including helping to prevent the spread of HIV/ AIDS. No other policy is as powerful in increasing the chances of education for the next generation.
(Kofi Annan, Secretary General UN, 2004)

Ayuh, wahai bakal-bakal ibu sekalian! Didiklah anakmu menjadi pejuang. Kekuatan pejuang-pejuang Palestin adalah pada didikan ibu-ibu mereka. Yang tanpa pendidikan formal mampu melahirkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang pejuang agama. Tidak malukah kita pada mereka? Kita dengan segala kelebihan bisa melahirkan seseorang seperti itu dengan MAHU dan TAHU yang tinggi.

Lantas, jika mahukan seseorang berjiwa pejuang, anda wahai wanita-wanita sekalian harus berjiwa pejuang. Seteguh Khadijah r.a dan sebijak Aisyah r.a. Komitmen adalah totalitas sebuah perjuangan.

Sabtu, September 18

imtihan

bakal menghadapi ujian atas kertas.
Ujian akhir semester bagi pelajar tahun 4.
20 September- 27 September 2010.

Doakan kami.


Selamat berimtihan, kawan-kawan.


Rabbi yassir wala tu’assir.

Selasa, Agustus 17

obgyn

Entah, tiba-tiba imbasan masa lalu saya datang. Menjelma saat mata ini mahu lena.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Raya korban lepas saya tidak pulang ke kampung. Hajat di hati mahu menyelesaikan delivery yang 5 itu. Masih bersisa 2 lagi. Saya keseorangan waktu itu. Masih saya ingat, hari Sabtu dalam pukul kurang lebih 11 pagi begitu. Sahabat-sahabat saya yang lain sudah boleh goyang kaki, mereka telah melengkapkan 5 delivery wajib. Saya belek data pesakit, buat sedikit catatan perihal pesakit.

Doktor pakar dari wad kuning datang. Saya waktu itu sedang berada di bilik pesakit, pesakit saya tidak habis-habis mengeluh sakit, saya cuma mampu mengiyakan sahaja. 

"You, present the case now," lancar tutur kata doktor saya, mengarah pada saya.

Baru sahaja mahu membuka buku catatan saya, terus ditarik oleh doktor saya. Berapa banyak awak clerk patient hari ni? Saya, dalam hati hanya mampu..Ani, nama pesakit, nama pesakit. Yang lain pasti laju. Agak kurang ajar jika memulakan presentation tanpa nama pesakit, tambahan melakukan presentasi di hadapan doktor wad kuning. Saya kelu tanpa bicara. It just an easy task. All I need is her name, then everything will be smooth.

Mr X, 36 years old, housewife, G3P2 at 38th week POA with history of pregnancy induced hypertension at 36th week POA presented in active phase of labor with os about 5cm...

Kantoi kat nama pesakit. Terus dihalau keluar oleh doktor saya. Beberapa minit selepas dihalau, pesakit saya telah siap untuk melahirkan. Sedih, lama saya tunggu, sampai petang, tapi tak dapat nak conduct.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingatkan di situ sahaja kisah saya. Rupanya, Rabu waktu ward round saya sekali lagi dimarahi. Prof saya sangat marah kerana saya tidak clerk case. Sebenarnya, saya sudah clerk, dah buat admission clerking sehari sebelumnya, cuma tidak sempat follow up patient. Agak malang juga, sebab semua yang present adalah registrar tapi sampai bed saya, dengan selambanya Prof saya berkata, no I want student to present. Satu-satunya bed yang student kena present pada hari itu dan ia adalah bed yang saya cover.

Amarahnya bukan main. Saya nak awak balik dan reflek diri awak doktor yang macam mana awak nak jadi.
Full stop!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi semua orang tahu i'm a bad student, walau HO tahu saya yang buat admission clerking. Tapi orang kata mendung tak sentiasa menemani. 2 delivery saya yang terakhir adalah yang terbaik. Pertama, saya dapat jaga pesakit saya dari awal sampai akhir tanpa sebarang gangguan dari pelajar lain. Sayalah yang masukkan enema, branula, setkan IV saline, bagi pitocin, plot partogram, wat VE berkali-kali dan conduct betul-betul, since midwife sangatla baik benarkan saya buat semua itu. Yang paling akhir, midwife ajar saya sutures. Dapat HO yang baik yang banyak ajar saya. Memang terbaikkkkk.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Long case saya sangat teruk. Memang kena hentam kaw kaw punya dengan prof saya. Short case pulak, Prof saya blah tanpa satu patah kata. Saya fail case write up saya dan ppd saya dah terlihat buruk oleh prof.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya dah boleh kata see you again obgyn. Jika saya mahu, saya boleh katakan itu. Tapi tidak. Selagi tidak tertulis saya gagal, saya akan pastikan saya berjuang sehabis mungkin. Use your brain, Ani. Ilmu itu hanya sedang berhibernasi sahaja. Do it right, then you have no regret. Saya paksakan otak saya sepenuh hati saat paper obgyn. seusai habis exam, hanya Allah yang tahu betapa saya telah memaksakan fikiran saya.
dan saya tidak menyesal melakukan yang terbaik walau saya gagal selepas itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hati ini tidak pernah jemu mengucapkan syukur padaMu ya Allah atas segala kurniaan nikmatMu.


Kamis, Agustus 12

oh sukan

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan-perlawanan bola tampar antara tahun. Tahun ini menyaksikan, kami pelajar tahun 4 meraih tempat kedua seperti halnya tahun lepas, di belakang adik kami, pasukan bola tampar tahun 2.


Aku akui kalau adik-adik tahun 2 memang mantap. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh bermain, tapi berstrategi. Dan strategi mereka berjaya memberi kejayaan kepada mereka. It was a good game though. Aku berharap dapat diadakan satu lagi perlawanan. friendly match dengan adik-adik tahun 2.


Ucapan terima kasih teristimewa diberikan kepada ahli pasukan tahun 4 yang komited dengan perlawanan kali ini. Kami hanya berenam, tiada seorang antara kami, habislah. Aku berharap sangat semakin ramai yang meminati permainan bola tampar, agar ktdi tidak ketandusan pemain pelapis. Walau pasukan bola tampar perempuan tiadalah cemerlang ketika sukem, tapi pada aku yang penting adalah semangat kesukanan. Majulah sukan untuk semua.

terakhirnya, selamat menyambut bulan ramadhan 1431h. Moga mendapat keberkatan dan pentarbiahan terbaik sepanjang bulan yang mulia ini.

Minggu, Agustus 8

everything that I want

Sempat aku membelek majalah Female pada suatu hari. Aku terjumpa satu artikel, do you really want to quit? Aku terpaku sejenak sambil bermonolog ade jugak bende berguna dalam majalah ni ye. Aku baca bait-bait ayat. Aku dilahirkan pada tahun 1987, makanya aku tergolong dalam Gen-Y.

Perubatan bukanlah satu pilihan utama atau beberapa pilihan aku suatu ketika dulu. Sejak aku tingkatan 4, aku dah tetapkan impian aku. Nak belajar di UTM jurusan Kimia Industri. Hanya Tuhan yang tahu betapa aku minat kimia. Sampai aku beli buku The Alchemist sebab tajuknya, bukan kerana ia novel terlaris. Aku cuma mahu merasai bagaimana perasaannya ditemuduga, jadi aku pergi temuduga Mara di kolej. Manalah aku tahu kalau aku lulus. Cam hampeh je jawapan aku kat penemuduga masa tuh. 

Aku berada dalam dilema apabila surat tawaran dari UTM sampai. Aku mendapat tawaran jurusan kimia industri yang aku idam-idamkan. Lama aku berfikir, solat istikarah dan menimbang segala yang boleh aku timbangkan. Akhirnya, aku buat keputusan pilih perubatan. Hancur impian aku yang lalu. (keputusan ini tidak ada kena-mengena dengan mak dan ayah)

Minggu-minggu pertama di tahun pertama aku mula bertanya, am I destined to be a doctor? do I really wanna do this? Kenapa susah sangat? Macam-macam terluah dari hati. Tambahan pula, minggu-minggu pertama tutorial aku mendapat Doktor Tri yang memang terkenal dengan gaya 'psiko' beliau. Asal keluar kelas rasa sakit kepala, nak tidur je. Believe me, he was torturing us for 2 and half hour! 

Aku melepaskan rindu pada keluarga di Malaysia dengan berbalas emel dengan kakak. Satu hari, di saat depresiku mencapai tahap apa, aku luahkan pada kakak jika sebenarnya aku mahu ke utm dan bukan ke unpad. Aku katakan pada kakak, nasib aku takkan jadi camni jika aku amek kimia industri. Lantas kakak membalas dengan satu ayat Al-Quran

Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah 2:216)

Aku terhenyak sebentar. Kakak benar. Akulah yang ego, ingin senang sahaja. Perangai malas aku yang patut aku enyahkan dalam diri. Menyalahkan keputusan yang diambil bukanlah satu yang bijak, sebaliknya melakukan sebaik mungkin dengan semampu aku. Lantas soalan baru timbul. What kind of a doctor will you be? Soalan ini benar-benar buat aku takut, takut apa yang aku bawa dalam diri. Takut tak mampu menjadi doktor yang mampu menyelamatkan. Dah 4 tahun berada dalam bidang ni, soalan sama aku tanyakan pada diri supaya aku cepat-cepat sedar dan bangkit dari semangat yang hilang itu =)

The fun fact is average Gen Y changes job an average of 29 times and the average time in one job is 1.1 years! A common complaint from employers about Gen-Y is that they want everything right now. It's instant gratification they seek, and if they don't find it. they quickly lose interest and look elsewhere. They want job satisfaction without having to work at it. (Female, Jan 2010)

Aku memang ada perangai gen-y ni. terkadang mudah sangat rasa jemu. tapi aku cepat-cepat bangkit..paling utama yang selalu aku buat ialah baca sirah nabawiyah. Kisah Rasulullah memang buat aku naik semangat, jadi malu terus pada Rasulullah saw. Semangat datang tapi tak kekal lama, 2-3 hari dah turun then aku recharge balik. Aku banyak menelusuri perjalanan hidup aku, saat aku menanyakan Allah adakah aku patut pergi sahaja, Allah menjawab dengan jawapan yang tak aku duga.

Lama-lama, aku lebih suka dengan keadaan-keadaan susah berbanding keadaan senang. Ia buat kita lebih banyak bersyukur dan rendah diri.


You're everything that I want
I'll never give up
Been through this before
And it can get rough
You can push me away
I can deal with the pain
I need you to know
You're everything that I want

Jumat, Agustus 6

refleksi I

Hari ini, selesai satu presentasi yang menakutkan aku. Tidurku tidak lena, baca baris-baris ayat presentasi dengan teliti, ngantuk itu aku nyahkan, walau terkadang mataku tetap pejam di hadapan  komputer ribaku. Tidurku sudah lewat, jagaku awal sekali. Kepalaku sakit, mikirin hal yang sebenarnya mudah. Ya sudahlah ani. Telah tertulis di Luh Mahfuz, kalau kamu itu harus menjadi presentornya. Namun, hatiku tetap berdetik, kenapa aku. Di hadapan doktorku yang terkadang sukar untuk diprediksi apa yang bakalan beliau lakukan. (yeah, he really did something)

Biarkan hal itu. Presentasiku pas-pasan aja. Perlu banyak muhasabah. Perlu lebih berani lagi. Jangan lagak seperti itu lagi, kayak gak pas jadi calon doktor. Bisa diubah presentasiku di lain waktu. Biarkan salah waktu ini, biarkan dimarahi waktu ini, biarlah segala yang buruk itu waktu aku masih mahasiswi, biar ia menjadi pengalaman yang tak terlupakan. Jadi mahasiswi perlu banyak dikoreksi, bila sudah bergelar doktor siapa sih mahu koreksi diri?

Selepas presentasi, aku hadiahkan diriku satu novel sastera remaja, beraraklah awan pilu tulisan Abdul Latip Talib. Satu kelegaan padaku selepas presentasi, seperti telah lulus kasus panjang (long case). oh, oh aku menghiperbolakan sesuatu. heh.

Do you ever reward yourself for the thing you have done?  Do one job, and do it right and you have no other regret. Allah sedang melihat segala yang kita lakukan. Dan janjiNya sentiasa benar. Akan diberikan nikmat tak terhingga kepada hambaNya yang beriman. Itulah balasan terbaik.

Maka adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, maka Tuhan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (syurga). Demikian itulah kemenangan yang nyata. (Al Jatsiyah 45: 30)


nota : aku sudah lupa banyak, macam mana nak study ortho ni?

Jumat, Juli 16

wasiat


Ini sebahagian wajah kolej matrikulasi saya. Kolej Mara Kulim (komaku). Tempat saya menimba ilmu dan tetap juga merupakan sekolah kehidupan terbaik yang pernah saya alami. Tempat di mana saya membesar dengan segala macam nasihat dari sang pendidik.

Detik-detik terakhir kami di komaku sarat dengan wasiat-wasiat terakhir. Wasiat terakhir sang guru buat anak-anaknya yang bakalan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu itu senang sahaja, kalau mahu di mana-mana sahaja bisa dicari. Namun, sekolah kehidupan itu suatu yang perlu dihadapi sendiri, perlu diambil ibrahnya sendiri.

Sang guru benar-benar meninggalkan wasiat yang tersimpan kemas di dalam diri ini. Untuk menghadapi hari esok yang penuh dengan ketidakpastian. Wahai guru, syukran jazilan. Akan dibawa nasihatmu yang seringkali amat didengari orang itu. Pesanan buat kaum hawa.

Kalian semua pernah ke pameran kereta? Pernah kalian melihat kereta-kereta yang dipamerkan? Kalian tertarik, mahu dipandu uji. Wah, kalian berpuas hati. Perfect seratus persen. Tapi, anehkan? Tetap, yang dibeli bukan yang dipamerkan, yang dipandu uji..tetapi yang masih baru, yang tidak terusik, yang masih lagi dibungkus.

Sesuatu yang dibungkus ( An-Nur 24:31). Penuh teka-teki. Itu kehidupan, kristalisasi realita!

Rabu, Januari 27

nota 10

Semalam,
tergesa-gesa pulang ke rumah.
mahu cepat sampai. perlu menyiapkan laporan program.
sahabat sudah mula memberi kata.
perlu siapkan hari ini juga.
terserempak dengan seorang auntie.
dia kesedihan aku kira.
lantas kuberanikan diri.

" auntie, kenapa ni auntie?"

hilang dompet. terjatuh di celah orang ramai.
tidak ketemu jua walau dicari.
alahai.
kudapati dompetku jua kosong.
hanya nota 10 sahaja yang ada.
untuk aku printkan laporan program.

" ambilla auntie. "

aku pulang ke rumah.
berharap auntie selamat sampai ke destinasi.
tak dapat print laporan program.
namun,
aku rasakan sesuatu yang berharga.




erti hidup pada memberi.


gambar: hadiah dari Wang Ming dan Cristina, raya 2009.

Minggu, Juli 12

Kisah kehidupan- tentang jodoh

Aku mengetahui satu kisah. Kisah biasa mungkin. Bagiku, ia sesuatu. Dan ia kisah benar dari seseorang.
------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun pertama di universiti.

Masa memula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, hati masih bersih. Pakaian masih biasa. Takde stylo-stylo ni. Percakapan pun lemah-lembut. Almaklumlah, oghe kelate. Bila cuti, ingin pulang ke kampung. Terjadi perbualan antara si pemandu teksi dengan si gadis.

" Pakcik ade sorang anak lelaki. Dia skang belajar di Al-Azhar. Boleh tak kalau pakcik mahu nombor telefon? Pakcik berkenan nak buat anak jadi menantu pakcik. Nanti, hariraya pakcik telefon"

Dipendekkan cerita, tiada panggilan telefon yang diterima. Si gadis juga tidak berharap terlalu tinggi. Dan harapan itu dirasakan terkubur begitu sahaja.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Tahun kedua di Universiti

Si gadis sudah berubah sedikit. Sudah tahu apa itu fesyen. Sudah mula pakai jeans.
Kebetulan, si gadis menaiki teksi yang sama. Pakcik yang sama juga.

" Pakcik rase macam kenal je kamu"

Aisehh. Pakcik ni. Kerana segan kerana memakai jeans, si gadis berkata..

" Takde pakcik. Ni kali pertama saye naik teksi pakcik ni" terang si gadis.

Dipendekkan cerita, pakcik tersebut sepertinya yakin si gadis tersebut adalah orang yang sama. Dia menceritakan tentang kisah telefonnya yang hilang dan menyebabkan dia tidak dapat menghubungi si gadis. Akhir pertemuan, dia berkata.. InsyaAllah, dia akan jadi menantu pakcik.

Si gadis terkedu.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Beberapa tahun berlalu, si gadis sudah bekerjaya...

" Rasenye pakcik kenal kamu.." kata pakcik pemandu teksi tersebut.

Si gadis pun menceritakan hal yang sebenar..

" Sebenarnye pakcik, dulu tu sayelah. Saye segan nak mengaku. Dulu mase mule2 pakcik kenal saye, saye pakai baju kurung. Lepas jumpe balik, saye pakai jeans. Saye ingat tak jumpe pakcik dah. Alih-alih, sekarang jumpe lagi. Dah lame jugak kite ni kenal ye pakcik."

Akhir pertemuan mereka, pakcik tersebut masih menyatakan hal yang sama.

" InsyaAllah anak akan jadi menantu pakcik"

" InsyaAllah, pakcik,"

------------------------------------------------------------------------------------------

Agak-agak apa kesudahan cerita ni?
Tunggu dan lihat.

Kalau aku punya kenderaan sendiri

Semalam, hampir satu jam aku dan teman-teman menunggu. Menunggu teksi yang tak kunjung tiba. Deretan kereta telah beransur-ansur keluar dari pusat membeli-belah. Kami malah di situ. Jika ada sekalipun teksi yang berhenti, namun kebanyakannya akan menolak untuk menghantar kami ke destinasi yang dituju. Kalau mahu diikutkan hati, ingin sahaja aku dan teman berjalan kaki pulang, tapi barang-barang rumah yang setimbun itu membantutkan hasrat kami ( Kalaulah trolley itu boleh dibawa pulang dan dihantar kembali, pasti aku sudah melakukan hal tersebut, heh.)

Masa-masa ginilah keluarlah idea.

"takde ke sesape yang nak tumpangkan kita?"

Heh!

"Ini KL la, sape nak wat camtu"

Tak dinafikan, kalau dahulu berada di kawasan kampung di Indonesia, buat aku lebih merasa dekat dengan orang-orangnya. Aku merasa lebih dekat pada nilai-nilai Islam. Serius tau. Aku pernah diajak oleh seorang muslimah untuk pulang bersamanya. Dia tak kenal aku langsung. Tetiba je dia memberhentikan motornya dan mengajakku pulang bersamanya. Aku agak segan sebenarnya, tambah pula aku masih baru di sana jadi agak takut untuk setuju. Lantas, aku cuma katakan

"gak apa-apalah. nuhun ya" (takpelah, terima kasih)

Si muslimah tersebut berlalu dariku. Di kejauhan sana, dapat aku lihat senario yang sama. Si muslimah memberhentikan motornya dan mengajak seorang muslimah lain. Alhamdulillah, rezeki dia gamaknya. Mereka berlalu dariku. Itulah salah satu pengajaran tentang ukhuwah yang aku dapat semasa belajar di sana.

Bukan sekali aku mendapat pelawaan dari masyarakat tempatan, banyak juga. Dan aku kagum, mereka tidaklah prejudis dalam menilai orang. (Tak macam aku ni, agak prejudis sikit. Salah satu sebab kenapa aku menolak pelawaan si muslimah tersebut) Malahan, pensyarah-pensyarahku juga tidak lokek mempelawa kami menaiki kereta mereka. Antara yang pernah aku tumpangi kereta mereka ialah Dr Samsudin( baik sangat, lebih menggunakan kata ganti bapak berbanding dokter) Dr Pakar ENT (aku lupa namanya, haish tapi orangnya sangat manis) Dr Yoga ( Dulu pernah menjadi aktivis mahasiswa, namun dijatuhkan oleh mereka yang menolak keadilan)

Orang kata apa guna belajar jauh-jauh tapi tak mengambil pengajaran dari sana. Aku nak kata baik, takdela. Kalau aku punya kenderaan, aku ingin sekali melakukan hal yang sama. Menumpangi sesiapa saje, tapi takdela sampai nak bagi tumpang manusia yang aku temui pepagi buta kat tepi highway berpakaian serba putih plak. Kang jadi kes lain plak. Ini salah satu harapan aku. Aku berharap aku sebolehnya melaksanakannya walau sekali.

Tak gila kan wat keje ni?

Kamis, Maret 26

Catatan Masa Silam

Salam semua,
Semoga kamu dirahmati Allah selalu.

Kisahku sebagai 'penyelamat kucing'
Saat aku di rumah, aku jarang tidur awal. Biasanya aku hanya akan tidur selepas jam 1 pagi. Ini kebiasaan aku. Selepas 1 jam melakukan latih tubi matematik tambahan. Kadang-kadang, aku akan tidur awal, dan akan bangun pada tengah malam (ini sebab nak tonton perlawanan bola sepak punya pasal, hish!)

Bila tidur lewat-lewat begini, segala macam bunyi boleh kita dengar. Suasana sunyi waktu malam. Dan kebiasaan aku yang satu ni, yang kini masih lagi diamalkan, aku sangat suka menghirup udara segar waktu pagi-pagi buta. Akanku buka pintu rumah atau pintu bilikku (di sini, bumi Indonesia) hanya untuk menghirup udara segar itu. Hanya beberapa minit, namun sangat menyegarkan.

Kembali pada perihal bunyi. Kadang-kadang, aku akan mendengar bunyi kucing mengiaw (harap tak salah eja) Kucing, kalau mengiaw berkali-kali tanpa henti tu, tandanya ia sedang meminta tolong. Biasanya kalau dalam kes aku, anak-anak kucing yang jatuh dalam longkang dan tak tahu macam mana nak naik. Akanku bukakan pintu rumah, tak kiralah pintu depan ke, pintu dapur ke dan akanku cuba cari..kat mana kamu ya? Kala itu, pepagi buta, sunyi sepi, aku keluar dengan tekad mahu menyelamatkan si anak kucing. Aku sebak kalau dengar kucing-kucing ni mengiaw.

Satu malam, aku terdengar suara kucing. Aku bukakan pintu dan keluar. Kali ni, adik lelakiku turut ikut sama. Konon, nak temankan akula. Sampai satu masa,

" Kak Ni, jomla masuk," kedengaran suara cuak.
" Tunggula dulu. Tak ambik kucing lagi. Ni nampak bende-bende ke?" tanyaku.

Dia tuding jari.
Aku kerut muka.

" Arnab je pun," aku mengomel.
" Tapi warna hitam," adik lelakiku menjawab.
" Kak Ni, jomla masuk," rayu adikku.

Ni sape lelaki, sape perempuan ni?
Aku wat dunno. Aku angkat anak kucing dari longkang, bersih kucing tu sikit-sikit dan aku tengok muka adik aku sambil kata..

" Penakut!"

Esoknya, aku tanya mak dan ayah kamu. Jiran kita ada pelihara kucing ke?
Mak dan ayah aku bagi jawapan positif.
Aku ceritakan kisah semalam pada adik-beradik aku.
Apalagi bantai kena gelak.
Namun, sebab ejekan yang diterima, adik aku membesar sebagai seorang yang dah tak takut pada 'bende alah' itu. Kadang-kadang, hinaan dan ejekan itu pemangkin semangat untuk kita lebih berusaha.

Aku sangat bersyukur, setiap kali aku melakukan misi menyelamat kucing, tidak ada apa-apa yang berlaku. Tak semestinya hantu je, binatang yang tak diingini seperti ular ke (tempat aku memang banyak ular) atau manusia-manusia jahat yang ingin merompak rumah. Alhamdulillah. Yang penting, kita yakin Allah bersama kita. Ini yang aku pegang dari dulu. Ingatlah Allah walau di mana kita berada, saat senang atau susah. Pasti, Allah juga akan mengingati kita. Pasti Allah bersama kita.

p/s: Ni pun aku nak insaf, taknak layan bola sangat.
p/s: Ada kisah tentang keajaiban mengingati Allah setiap saat, kalau punya waktu akan kuceritakan. Kisah benar dari ibuku sendiri.
p/s: 10/4 ni national election buat Indonesia.Opps, silap. 9/4 sebenarnye.

Jumat, Maret 6

Selamat Berimtihan, Ya Sahabat

Akhirnya.
Tanggal ini.
6-3-2009.
Berakhir sudah pengajian pra-klinikal di Unpad.
Masih bersisa 3 tahun lagi, dengan izin Allah.
Doakan ya, teman-teman.
Dua minggu kedepan, aku bakal berjuang.
Berjuang dengan pena.
Bersama teman-teman.
Sekali lagi.
Doakan kami, pelajar twinning program ukm-unpad.
Semoga kami berjaya.
Layak ke tahun 4 di ukm.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bilikku yang kecil itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan keramahan orang sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan pecel lele ibu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti.,
merindukan ke'sporting'an doktor2 sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan kedai buku mentari itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bas damri yang buruk itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan ke'comel'an kanak2 twinning.

Korang,
Sila jangan jadi skema kat ukm, boleh?

Aku tersenyum bila kita berjenaka bodoh-bodohan itu.
Orang kata itu lawak bodoh.
Aku kata itulah yang menyatukan kami.


Selamat berimtihan, Ya sahabat.
Moga dengan izinNya kita sama-sama berjaya.
InsyaAllah

Minggu, Februari 22

Islam moden

Salam.


Ini sekadar catatan biasa.



Hari Rabu lepas aku sempat menyertai ceramah oleh Kang Tony yang dianjurkan oleh ahli-ahli ESQ. Tajuk pada hari tersebut ialah Islam Moden.



Jika dikata moden, semua berkata yang cepat, pantas, canggih dan sebagainya. Jadi jika dikata Islam moden ia merujuk kepada masyarakat yang lebih cepat, yang maju dan canggih. Tokoh utama yang melakukan modernisasi ialah junjungan besar, Rasulullah s.a.w iaitu hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.



Di sini, diingatkan walaupun proses modernisasi itu penting, namun jangan pernah sesekali melupakan agama dalam kehidupan. Kerana di akhir setiap peradaban manusia itu ialah spiritual.



Bagaimana mahu mencapai Islam moden?

1. Yakinlah pada sesuatu yang pasti.Saat Rasulullah s.a.w dan para sahabat berhijrah ke Madinah, mereka tidak pernah tahu keadaan mereka di sana. Masa depan mereka di sana. Namun, mereka masih tetap berhijrah. Kerana masa depan itu sesuatu yang sangat samar, kita tidak akan tahu apa yang bakal berlaku di masa hadapan kecuali kita menghadapinya. Sesuatu yang pasti itu ialah Allah. Janji Allah itu pasti. Akhirat itu pasti. Syurga itu pasti. Neraka itu pasti. Lantas, kejarlah sesuatu yang pasti. Segala macam hal yang kita lakukan, itu hanyalah alat. Matlamat kita ialah mencari redha Ilahi.

2. Tentukan arah pada matlamat. Lakukan perancangan hidup. Kita mampu menjadi profesional dalam pelbagai bidang yang kita ceburi. Kita mampu menjadi pelajar yang cemerlang. Kita mampu bekerja, datang tepat waktu dan sebagainya. Rugi sekali, profesional kita tidak kita aplikasikan dalam diri kita sebagai seorang Muslim. Berapa ramai antara kita yang Muslim profesional? Yang sembahyang tepat pada waktu? Yang menepati janji? Di mana silapnya? Sebagai pelajar, kita akan dievaluasi. Peperiksaan. Tanpa peperiksaan kita takkan ke mana. Masih belajar biasa-biasa. Namun, asal peperiksaan menjelma, yang tak pernah ke perpustakaan akan ke perpustakaan. Lantas, aplikasikan peperiksaan itu dalam diri kita. Evaluasi diri kita. Muhasabah. Sudahkah kita mencapai apa yang menjadi matlamat kita? Adalah perancangan kita itu sudah betul? Dan paling utama, pastikan apa yang kita lakukan itu berkualiti.

3. Ikhtiar dan tawakkal. Selesai peperiksaan, kita bertawakkal. Begitulah juga dengan perancangan hidup kita. Tawakkal. Semoga semuanya baik-baik saja. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. Inilah kata-kata hikmat yang jika diganti dengan dunia sekalipun tidak akan mampu membalas ayat Allah ini. Kita boleh hilang segala-galanya dalam mencapai tujuan kita kerana hidup itu tidak selalu indah. Percayalah. Allah akan tetap bersama kita, bersedih bersama kita. Bersyukurlah kerana Allah bersama kita. Jangan sempitkan diri kita hanya kerana sedikit kegagalan yang pernah kita tempuhi. Buat yang berjaya, jangan angkuh. Keangkuhan itu bakal memakan diri sendiri.

4. Kepimpinan diri. Kita adalah pemimpin bagi diri kita. Susah untuk kita tentukan arah, jika kita sendiri tidak siap untuk bertindak. Jangan cepat mengeluh terhadap tugas. Betulkan niat. Ikhlaskan hati. Semoga hidupmu lebih berarti. Hehe.

Akan bersambung di lain waktu.....

Senin, Februari 2

Buku:Yahudi di Indonesia

Salam.

2 hari lepas, aku ke Bandung.Lepak lama-lama kat kedai buku.Tak lama mana pun,cuma hampir 2jam setengah.Khusyuk membaca buku sampai tak sedar jam sudah hampir ke angka 5 petang.Cepat-cepat aku keluar,menuju stesen bas.



Buku ni tidakla aku beli kerana ketika itu aku sudahpun membeli 3 buah buku.Tak leh tamak sangat.Kalau punya kesempatan,akan aku dapatkan buku ni bulan depan,InsyaAllah.

Tajuk buku tersebut Fakta dan Data Yahudi di Indonesia:Era Reformasi oleh Rizki Ridyasmara.

Wow!

Itulah kata pertama yang aku ungkapkan saat membaca helaian demi helaian buku tersebut.(Nampak sangat aku ni tersangatla buta dengan isu-isu semasa!)

Buku ini mengungkap rahsia keterlibatan golongan Yahudi dalam menguasai Indonesia ini yang di mana merupakan Negara yang mempunyai umat Islam paling ramai di dunia.Menarik bukan?Lantas,bagi aku jangan tak percaya jika sebenarnya dunia ini memang telah dikuasai oleh mereka hatta Malaysia sekalipun.

Peristiwa Ambon.
Kamu semua pasti mengetahui tentang pembantaian umat Islam di Ambon.Kalau dulu,aku kira hal ini terjadi kerana konflik agama.Konflik antara Islam dan Kristian.Namun tahukah kamu jika sebenarnya yang menyalakan api permusuhan adalah manusia yang bergelar yahudi?Buku ini mengungkapkan satu persatu kronologi peristiwa yang menyebabkan hampir semua penduduk Islam di Ambon kala itu mati dibunuh.Setelah panggilan jihad berkumandang di seluruh Indonesia,ramai pemuda-pemuda Islam yang bertindak mahu membantu saudara seIslam,kala itu barulah kerajaan Indonesia mengisytiharkan Ambon sebagai kawasan darurat dan mula menghantar bantuan.Di sini,penulis mengungkapkan persoalan utama.Kenapa tidak di awal kejadian ini perintah darurat dikeluarkan?Kenapa selepas hampir keseluruhan penduduk Islam di Ambon mati dibunuh barulah mendapat perhatian dari pemerintah?Dunia seakan membiarkan sahaja peristiwa berdarah ini.Ibarat tiada apa-apa yang berlaku.

Kaitan pemerintah Indonesia dengan yahudi.
Aku kira,pemerintah Indonesia yang punya hubungan dengan yahudi ni tidakla aku kenali.Tapi sungguh.Aku terkejut.Namanya pernah meniti di bibirku suatu ketika dulu.Dia dianggap manusia bijak pandai oleh rakyat Indonesia.Wah,yahudi tidak mencari target manusia biasa-biasa,tapi malahan target utama mereka presiden Indonesia itu sendiri!Siapakah dia?Itu kenalah baca bukunya.

Era Reformasi
Mahasiswa antara penggerak reformasi di Indonesia.Saat Suharto ditumbangkan,kala itu mahasiswa lega kerana mereka telah berjaya menjatuhkan pemerintahan korup Suharto.Namun sebaliknya,inilah peluang keemasan bagi agen mossad yahudi untuk menguasai Indonesia.Pasca pemerintahan Suharto,banyak parti-parti politik yang tumbuh bagaikan cendawan.Salah satu parti tersebut mempunyai kaitan dengan yahudi.Dan percaya tidak?Parti tersebut masih wujud hingga kini.

Ahmad Dhani
Penyanyi kumpulan dewa.Siapa dia?Dahulu pernah gempar tentang siapa sebenarnya dia beserta simbol-simbol pelik kumpulan dewa.Buku ini mampu membongkar siapa Ahmad Dhani yang sebenarnya.

Fuh!

Setakat ini yang mampu aku baca kala itu.Ambil beberapa info je.Kamu boleh mempersoalkan info yang diberikan.Bagi aku,semakin lama aku menyelongkar hal zionis ini,aku mula percaya mereka ada di mana-mana menjadi dalang pada setiap kejadian di dunia ni.Aku mula yakin kalau HIV tu sebenarnya ciptaan manusia je.Tak percaya?Kalau punya kesempatan akanku tulis di blog.

Aku tutup entri ni dengan satu video yang sangat menarik.Aku pun baru nak cuba baca pasal New World Order ni.





p/s:Aku bukan tak cinta Malaysia,cuma kebetulan terbaca buku pasal Indonesia.Aku kira yahudi ini lebih merujuk pada zionis.