Suatu masa dahulu, ada seorang anak kecil, laki-laki yang didiagnose dengan cryptorchidism atau dengan bahasa mudahnya undescended testis. Pembedahan hendaklah dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi si anak kecil.
Pada hari pembedahan dijalankan, si doktor sangat runsing kerana dia tidak menemukan di mana testis terletak. Selongkar punya selongkar bahagian isi badan, masih juga tidak ketemu. Takut dikatakan gagal oleh ibu bapa pesakit, si doktor dengan selambanya meletakkan testis buatan. Satu dari besi dan satu lagi dari batang kayu.
Pembedahan tersebut akhirnya berjaya. Doktor itu keluar tersenyum tanpa pernah bercerita apa sebenarnya berlaku.
" Ada jugak doktor camni, takde etika betul," gumamku.
Suasana di dewan kuliah menjadi senyap. Khusyuk mendengar kisah si doktor.
Selepas 15 tahun, si doktor secara kebetulan terserempak dengan pesakit yang suatu masa dahulu pernah dibedahnya. Doktor tersebut secara berjenaka bertanya, macam mana keadaan kamu sekarang?
Si pesakit yang sekarang ni dah besar menjawab:
" Saya sihat. Saya sudah berkahwin dan punya anak."
Si doktor itu kelihatan agak terkejut.
Sah, isteri dia main kayu tiga.
Sah, isteri dia curang.
Mana boleh dapat anak kalau camtu.
Inilah antara hipotesis yang kami buat saat mendengar cerita doktor kami.
" Saya ada dua anak"
" Satu bernama Pinocchio, satu lagi bernama Ironman,"
Dan dewan kuliah yang sunyi sepi, hingar dengan suara tawa kami.
Laa...tipu rupanya.
wakenabeb!
" Saya bercerita sebegini agar kamu tidak melupakan saya suatu masa nanti," terang doktorku.
gonna miss you doc!
