Tampilkan postingan dengan label Refleksi diri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Refleksi diri. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Desember 31

Persediaan

Semalam, tanggal 30/12/2022, ibu kepada sahabat baik kami meninggal dunia. Harini kami menyempatkan diri melawat sahabat kami bertanyakan keadaan beliau. Sambil-sambil berbual, sempat beliau menceritakan tentang arwah ibunya. Sehingga sekarang masih sangat terkesan perkongsian beliau tentang arwah ibunya.

Sebagai seorang pesakit kronik, arwah ibunya sepertinya telah membuat persediaan yang rapi bagaimana sekiranya beliau meninggal dunia. Dari sekecil hal kain kapan sehingga ke amanat arwah tentang bila arwah dikebumikan. Telah lama arwah ibunya sediakan kain kapan untuk digunakan membalut tubuhnya nanti. Bilamana keadaan mendesak, amanat seperti tidak menekan dada dan tidak diperpanjangkan lagi umurnya tersimpan kemas oleh setiap anaknya. Masing-masing akur dengan pilihan sang ibu dan ini seharusnya tidak menjadi satu masalah lagi bila masanya untuk membuat keputusan. Arwah ibunya juga berpesan untuk dikebumikan pada waktu pagi. Semua amanat arwah ibunya diturutkan oleh anak-anaknya.

MasyaAllah. Bermonolog aku dalam perjalanan pulang ke rumahku tadi. Persediaan kematian adalah sama besarnya dengan persediaan masa hadapan. Kerana kematian itu datang tanpa diduga. Melewati usia 30an, menghadapi kematian juga adalah satu persediaan masa hadapan. Semoga setiap perkhabaran kematian menginsafkan kita bahawa kita juga bakal kembali kepada Allah. 

Selamat menyambut tahun baru 2023. Satu tahun berlalu. Semoga bertambah amal kebaikan kita seiring waktu. 

Senin, Agustus 24

Ogos 2020

Seperti tahun-tahun sebelumnya, bulan Ogos adalah bulan yang ditunggu-tunggu. Tambahan pula tahun ini 20 Ogos bersamaan dengan 1 Muharram 1442H. Permulaan tahun baru Islam. 


Tahun ini terlalu banyak berita-berita yang tidak diingini diterima. Tetapi hidup tetap perlu terus dan menerima ketentuan Allah dengan sabar. Tidak semua kita dapatkan dalam hidup. Tidak semua yang tidak dapat itu buruk. Allah janji akan diganti lebih baik. 



Obsesi lama yang diasah kembali. My current coping mechanism. Ayuh, kita bermula sekali lagi!

Senin, Januari 13

R.i.n.d.u

Semalam bermimpi berjumpa arwah sahabat baik dunia akhirat
Terus terjaga dari tidur
Alhamdulillah masih direzekikan berjumpa sahabat walau di alam mimpi
Sahabat baik dunia akhirat

Mengalir air mata terkenang perjumpaan yang seminit dua
Moga kita semua kembali ke tempat terbaik yang disediakan Allah

Pagi dinihari
Mahu semahunya berakhlak seperti arwah
Moga terus istiqamah

Selasa, Mei 21

Ramadan 1440H


Salam 16 Ramadan 1440H
Separuh ramadan telah berlalu
Bersisa separuh ramadan lagi
Moga ianya terisi dengan berkat

Gambar di atas aku tangkap di luar masjid terbesar di Kashmir
Khusyuk benar pak cik berdoa
Apalah dihajatkannya
Moga selamat semuanya pak cik

Gambar di atas menyedarkan aku
Jadilah seseorang yang takutkan tuhan
Buat jahat, terus beristighfar dan bertaubat
Dekatkan diri dengan mereka yang takutkan tuhan
Buat nasihat bila diri lalai
Pilihlah pasangan hidup yang punya tuhan di hati
Seseorang yang hidup bertuhan
Tidak berani melawan aturan tuhan
Tidak kira agama apa pun dia anuti


Senin, Mei 13

Heaven on earth-


Sedikit perkongsian tentang Kashmir 

Kashmir begitu indah dengan pemandangan hijau pokok pine berlatarkan banjaran Himalaya yang dilitupi salji memutih. Tidak hairan Kashmir digelar syurga di dunia. Keindahan Kashmir yang terakam oleh kamera tidak sama seperti melihat Kashmir itu sendiri. Subhanallah, indah sungguh.

Masyarakat Kashmir sangat meraikan pengunjung. Mereka sangat ramah dan mesra. Mereka tidak lokek senyuman, suka membantu dan sangat menghormati sesama mereka. Masyarakatnya suka menghabiskan masa di taman-taman. Taman-taman di Kashmir penuh dengan aktiviti masyarakatnya tidak kira umur. Kesimpulan utama, beautiful Kashmir with beautiful people at heart.

Kali pertama melawat negara di mana aku tak takut-takut untuk solat. Solat di mana-mana tanpa berfikir ada mata yang melihat. Dulu ke mana aku pergi, mesti sehabis mungkin mencari tempat tersorok. Muslim di India bebas solat di mana-mana. Malah, ketika aku hamparkan sejadah untuk solat di Lapangan Terbang Indira Gandhi, seorang muslimiah memastikan kiblatku betul saat aku hamparkan sejadah. Benda paling best bila melawat negara luar, dapat mempraktikkan banyak perkara berkaitan Islam terutamanya bab solat di mana sahaja. 

Sempat curi satu gambar solat jemaah di taman

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Jumat, November 16

A mother's strength

Beberapa jeda waktu lalu, seorang ibu muda menghidap penyakit yang memerlukan bantuan pernafasan dan ubat untuk menguatkan jantungnya. Dapat dilihat betapa letihnya si ibu ini ketika mana aku melakukan pemeriksaan dan mengambil sejarah pesakit.

Dek kerana lelah dan letihnya beliau, ada beberapa ketika dia mula menolak perawatan yang diberikan. Dari satu rawatan ke rawatan yang lain. 

Saya penat doktor.

Itulah jawapan beliau. 

Lantas, dengan tidak semena-mena aku membalas.

Kak, ingat anak-anak yang sedang tunggu kak di rumah. Mereka berharap akak kembali kepada mereka dengan sihat, menjaga mereka seperti mana dahulu. Rawatan yang kami berikan adalah untuk membantu kak. Di sini, 10 peratus adalah usaha kami, 90 peratus lagi adalah dari diri kakak.

Entah kenapa emosi melebih pula malam tu. Mungkin beliau terlalu muda untuk putus harapan sebegitu. Mendengar sahaja komentar tersebut, dengan sedaya upaya beliau bangun, menerima rawatan dan memahami kenapa kami memberikan rawatan sedemikian kepada beliau.

Jujur, sudah agak lama aku tidak berkomunikasi dengan pesakit sedemikian. Bekerja di Jabatan Kecemasan dan Trauma, banyak kes perlu dilihat, banyak karenah perlu dilayan, sehingga kadang-kadang aku sendiri lelah. Lupa pada menghadirkan iman dalam kerja seharian.

Terima kasih untuk beliau. Untuk peringatan ini.

Sabtu, Juni 30

Risau

Dua hari lepas aku kerja malam
Ada satu kes yang agak complicated but still manageable
Sebelum balik ke rumah
Aku ke bilik bos
Bercerita tentang kes tersebut

Masuk bilik
Aku hela nafas panjang-panjang
Bos, saya buat kesalahan semalam
Dan bla, bla, bla aku bercerita

Semalam intensivist dah membebel pada MO anaest
Saya bagitahu bos supaya bos tak terkejut kalau dia serang bos pula

Bos mendengar dengan teliti
Beliau berkata
Tindakan kita masih boleh diperdebatkan
Dan ia sebenarnya bukan kesalahan fatal

Takpe. Jangan risau
Benda boleh bawak berbincang

Seperti biasa 
Bila aku rasa aku dah salah penilaian 
Bos pasti membantu, mendengar dengan teliti dan berkomentar tanpa unsur berat sebelah
Kalau kami salah, nasihat beliau memahamkan kami apa kesalahan kami dan memberi input apa yang perlu diperbaiki

Bos selalu percaya pada aku
Mahu sahaja aku bertanya pada bos
Ada apa lagi saya perlu perbaiki diri saya
Bos selalu berkata
Awak dah ok dah
Entah mahu berlapang dada atau tidak
Semestinya tempat ini merupakan zon selesa buat aku

Mahu sambung master
Tapi harapan tu seperti tiada
Buat yang terbaik sahajalah
Ada rezeki, adalah



Kamis, Februari 22

Bila menentukan arah


Post lama. Peringatan untuk diri sendiri agar tidak terlalu berharap pada sesuatu yang kita inginkan.

Hari ini aku kursus. Berbual-bual bersama otai-otai bahagian perubatan dan pengurusan. Ada seorang akak ni pernah menjadi pelajar master dalam perubatan kecemasan selama dua tahun sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti master.

Ada yang bertanya, bagaimana kehidupan selepas berhenti master?

Laju beliau menjawab.

ALHAMDULILLAH. Dengan bahagianya ibarat seperti satu bahagian beban telah terlepas dari bahunya.

Beliau menyambung.

Saya memang berminat dengan perubatan kecemasan. Saya memang nak sambung master dalam perubatan kecemasan dan saya mendapatkannya. Sepanjang 2 tahun, saya diuji Allah dengan pelbagai ujian. Diri saya sendiri diuji dengan ujian demam denggi bersana komplikasinya. Anak saya diuji dengan penyakit jantung. Dan ketika saya melahirkan anak saya, saya hanya diberi cuti 2 minggu sahaja. Ada satu waktu dalam hidup saya, saya berkata saya patut berhenti. And I did.

Kehidupan selepas itu terasa mudah kepada saya. Berbeza tapi segala dipermudahkan. Pengalaman sepanjang master itu priceless. Change how I view my life. When it is about to let go, just let go. Some path are not meant for you. Allah knows best.

Senin, November 14

Melangkah



Untuk pemandangan sebegini, aku rela repeat Gunung Kinabalu
Aku jalan seorang diri menuju puncak Gunung Kinabalu
Tangan kejang dan terketar-ketar sebab sejuk amat
Sekali sekala mata tertutup
Baju dan jaket sejuk yang dipakai tidak dapat memanaskan badan
Pening-pening lalat dek kerana mountain sickness
Ada masa air mata aku betul-betul mengalir
Rasa mahu berhenti dan kembali ke Laban Rata
Namun aku teruskan juga langkah kakiku
Langkah pertama, langkah kecil satu satu
Dan akhirnya tiba di puncak dengan bantuan malim gunung
Kalau mahu khabarkan perasaanku
Mungkin ibarat mendapat cahaya mata
(Ok, ini hiperbola)

Perjalanan ke puncak itu yang mengubah aku
Mengubah sudut pandang aku tentang kehidupan
Ada masa ia sukar
Ada masa gembira
Satu langkah pada satu masa
Bawa aku ke hadapan
Mungkin di tengahnya ada jalan berliku
Allah bagi surat cintaNya pada kita
Duduklah sebentar, berehat dan berefleksi
Dan kembali teruskan langkah
Kita seorang pejuang sejak di alam kandungan

Aku mula menulis di blog pada November 2008
Dan kini usia blog sudah genap 8 tahun
Untuk umur begini, blog ini sudah boleh dianggap kanak-kanak

Banyak sudah coretan, luahan hati, pendapat peribadi ditulis di sini
Sehingga apabila aku membacanya kembali
Tersenyum tersengih aku sendirian di hadapan laptop

Ada satu ayat, entah dari mana aku baca atau dengar
Saya ingin menulis satu ayat walaupun tidak sedap
Gelak sorang-sorang aku
Sebab dah lama impian itu tidak ditunaikan

Kalau boleh
Aku mahu menjadi seperti Ani, si penakluk Kinabalu
(Ok, ini sangat narsis)



Sabtu, Desember 29

Viva

Post viva pertama di posting medikal,

walaupun mentorku bukanlah
seorang yang super duper cool ketika ward rounds

tapi dia super duper cool masa viva
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik
1 jam lebih viva
dapat ilmu, dapat tips
Macam kembali ke alam belajar pun ada

Semoga rakan-rakan sekerjaku lepas viva pertama ni juga

Post pm call,
Selagi ada peluang belajar,
Ambil peluang itu untuk belajar
Itu jihad kita di sini
4 kes dari red zone untuk aku
Alhamdulillah.
Banyak belajar dari pesakit.


Rabu, November 7

Refleksi

Malam ini terasa ada yang tidak lengkap. Ada debar yang tak hilang. Akan satu hal yang bakal berlaku esok.  Empat bulan sudah aku lalui posting obstetrik dan ginekologi. Terasa ada yang belum beres. Takdir Allah yang tertulis menyatakan aku lulus posting pertamaku.

Banyak yang aku belajar. Dan akan ada banyak lagi yang akan aku timba ke depan.
Aku mahu menjadi profesional seprofesional pakcik-pakcik penarik beca di depan stadium!

Refleksi 4 bulan
Impian-impian yang aku tulis masih banyak yang belum tertunai
Agak seperti kura-kura aku ini dalam merealisasikan impian aku
Usrah, tarbiah, opkim
Serta dakwah seperti agak hanyut dalam kesibukan kerja
yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

Aku jelas dengan apa yang aku mahu
Dan aku mahu merealisasikannya
Bukan hanya omong kosong

Seperti yang aku tulis
Aku mahu menjadi profesional seprofesional pakcik-pakcik penarik beca di depan stadium!

Apa yang difokus berkembang. Inshaallah.


Doakanku untuk 4 bulan ke depan. Posting medikal + usrah + opkim.


Sabtu, Agustus 4

InshaAllah

Terkadang,
ada masa-masa saya rasa tidak ikhlas dalam bekerja.
Saya suka kerja saya.
Serius, tak tipu.


Sekarang,
boleh kerja dengan senyuman
:)

“Perumpamaan orang beriman yang ikhlas sangat unik. Mereka bagaikan pohon yang lembut batangnya. Sesekali ia bongkok tertunduk dipukul angin dugaan, namun ia kembali tegak keesokan harinya kerana kuatnya tulang keyakinan kepada Allah. Tempat dan objektif orang yang ikhlas.”

Sabtu, Juli 7

Hayaa'

Hayaa’ is speech, hayaa’ is proper covering of your body, hayaa’ is being aware of Allah when you’re interacting with the opposite gender, hayaa’ is knowing your limits and boundaries. Hayaa’ is a shift of the heart to something more beautiful that what we’re fed in magazines and tv. Hayaa’ and Hijab are a liberation to us Muslim sisters but only if we make it that way. May Allah give us internal haya so that the external reflects its beauty as well, inshaAllah.
(quoted)

Sabtu, Juni 30

5 tahun


Dia pinjamkan sekejap untuk kami
Dan Dia ambil kembali
Begitulah sunnatullahNya
*Pasrah*

Hari-hari nampak kawasan perkuburan dekat rumah,
pemergiannya menambahkan rasa itu
Dunia ini sementara
Dan perkara paling teruk yang bakal berlaku
ialah kematian
walau untuk seorang mukmin
ia adalah NIKMAT

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah Ali Imran, ayat 145)


Kamis, Juni 28

Mitos

Kita kena keluarkan mitos
Mitos yang menyatakan kerja doktor sibuk
Tanamkan dalam fikiran
Jadi doktor tidaklah sesibuk yang disangka
(quoted)

Ada doktor buat khidmat masyarakat
Ada doktor pengikut tegar usrah
Ada doktor kerja dan sambung belajar
Ada doktor aktif menyumbang pada agama
Ada doktor seorang anak, ibu/bapa, pelajar
paling utama abdullah, hamba Allah

Tiada yang mustahil
InshaAllah

Tidak aku tahu apakah masa depanku
Aku hanya mempersiapkan diriku
menghadapinya kini. InshaAllah.
Rabbi yassir wala tu'assir

Nota:
kalau jumpa doktor kat mana-mana opkim lebih dari 2 kali, tandanya doktor tu betul-betul komited. Teori saya. InshaAllah kami-kami akan aplikasikan =)

Selasa, Juni 12

tidak bertajuk

Rich Dad, Poor Dad. Done.
Travelog Dakwah, Meniti Hari Esok. Done.
Noorah. Done.
Di Hamparan Shamrock, Ku seru namaMu. Done.
Sarawak Handbook of Medical Emergencies. Not done. =,=

Nampaknya saya sudah salah menilai mana yang aula.
Terutamanya pada waktu-waktu tiada tuntutan seperti sekarang.
Teringat hipotesis Tawel Sensei
"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar."
 
Err, terasa!

Senin, Juni 4

Buddy

Tulisan seniorku merangkap mentorku di Indonesia dulu.
Dah jadi Puan sudah.
Mabruk.

Selalu menjadi inspirasiku.
Terima kasih daun keladi.

Sabtu, April 21

Pursuits of happiness

Don't seal off the wound,
It's where the light enters you.
(Rumi)

 

Selasa, Maret 27

Kekuatan sederhana dalam kekurangan


Tak tercapai dek akal
Ketika waktu kita melahap enak
Makhluk ciptaan Allah ini
kurus kering begini
Sedang ia menumpang kasih
di tempat
yang disangka punya banyak makanan



Tak tercapai dek akal
Ketika kita merasakan hidup ini 
begitu dan begitu
Makhluk ciptaan Allah ini
Lena di alam mimpi
di tempat yang paling selesa buatnya
Lena dan selesa

Apakah perlu dikritis dan diomel
Segala apa yang tertakdir
Sedang
Setiap waktu
Dunia dan seisinya
Bertasbih bertahmid 
Memuji Ilahi
Dalam bentuk yang sederhana serba kurang?

Kamu sesekali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya
(Al-Imran : 92)


Nota:
Baru selesai sebuah peperiksaan. Sekarang, doa dan tawakkal.
Sahabat-sahabat yang belum selesai, kutitip doa buat kalian dari jauh.

Selasa, Maret 20

Stay calm and positive

2 hari sebelum ikhtisas akhir, aku telefon kakak. Untuk meluahkan betapa berbaurnya hati aku waktu itu. Sebaliknya yang berlaku. 45 minit perbualan kami seputar kisah seminggu kakak bekerja, masalah-masalah yang dihadapinya.

Asal kakak berhenti bercakap ambil nafas, aku cakap oklah. Tapi perbualan tetap terus sampai 45 minit. Barulah betul-betul oklah.

Perasaan berbaur itu hilang begitu sahaja. Apalah sangat perasaan yang aku alami berbanding masalah-masalah yang kakak hadapi. 


La Haula Wala Quwwata illa billah



Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.
Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)





Aku suka belajar, aku cuma tak suka peperiksaan penilaian segala bagai. Aku suka kajian-kajian dan penyelidikan, cuma aku tak suka buat laporan panjang berjela sampai bahagian pembuktian ada significant association ke tak, dengan formula yang entah apa-apa. 

Semua tu kenalah tahan, telan pahit-pahit sebab nak dapat sesuatu yang lebih besar

Nota :

Terhenyak seketika. Rasa macam...hurm.