Tampilkan postingan dengan label medical. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label medical. Tampilkan semua postingan

Sabtu, Januari 10

Jadilah seorang yang baik

Ada satu nota aku simpan dengan tajuk

Jadi baik Madziani

Bila kadang- kadang, kesibukan di zon melebihi kemampuan

Sikap baik dan sabar itu senipis daun bawang
















Your character is the heaviest thing on your scale on the Day of Judgment. If you have many acts of worship but poor character, you can destroy all your good deeds. Be gentle and kind with people, for this is what Allah loves to see.


Minggu, Juni 24

Depresi

Love is drop by drop.  Drama Korea yang 120 episod yang aku ulang tengok beberapa kali. Cerita berkisar tentang kekeluargaan. Ada unsur cinta juga. Aku paling terkesan pada watak yang dilakonkan oleh ayah mertua Eun Bang Wool. Dari awal lagi, watak ayah mertua dia rasional. Memang dekat dengan hati. Bertuahnya Bang Wool dapat bapa mertua begitu.

Ada beberapa babak di mana Bang Wool dan ayah mertuanya berbual dan bertukar pandangan. Dinamik keluarga mertua Bang Wool memang impian mana-mana menantu. Malah sikap tolong menolong dan kerjasama antara ahli keluarga memang berjaya digarap dengan elok dalam cerita ini. Ia gambaran sebuah keluarga dinamik yang sihat.

Pada aku, mana-mana lelaki yang menjadi ketua keluarga semestinya seseorang yang rasional dan senang diajak berbual. Aku sentiasa rasa mana-mana masalah akan lebih senang diatasi melalui komunikasi yang berkesan. Walaupun adanya tidak puas hati di kalangan ahli keluarga, ia tidak bermakna kita perlu bercakap kasar.

Dahulu, aku selalu memendam rasa. Pernah aku melalui fasa depresi. Aku pernah terfikir untuk membunuh diri beberapa kali ketika aku masih remaja. Malah, setiap malam air mata aku akan mengalir. Bangun sahaja dari tidur, terasa diri sangat tidak bermaya dan kosong. Aku lalui hari tanpa perasaan. Kemuncaknya, aku melarikan diri dari rumah. Itulah tindakan yang menyedarkan abah bahawa anaknya perlukan dia.

Abah duduk di hadapanku. Air mata abah hampir tumpah. Dan aku muntahkan segalanya yang tidak aku mampu ucapkan sebelum ini. Ia tidak menyelesaikan masalah, tapi benar-benar meringankan beban yang selama ini aku alami.

Kawan, depression is real. Aku dah laluinya. Aku solat, aku baca al-quran, aku nangis malam-malam, bangun solat malam, jadi jangan katakan kurang iman adalah puncanya. Kesakitan itu tidak pergi begitu sahaja. Ia perlukan perhatian dan perlu disantuni. Dan ia perlu dikongsi. Jangan pendamkan rasa sakit hati, sedih, muram dan sebagainya. Sekiranya anda melihat seorang rakan anda tiba-tiba berubah sikap, santunilah dia. Mungkin dia dalam fasa depresi.

Depresi adalah penyakit, walaupun fizikal nampak elok. Ia juga memerlukan rawatan. Ubahlah cara pandang kita pada orang sekeliling kita. Santunilah mereka, dan bersabar. Anda mungkin rasa ia sia-sia, atau anda mungkin rasa dia mengada. Tidak, dia sedang sakit.

Dan buat sesiapa yang mengalami waktu sukar, jangan pendam. Luahkan pada mereka yang anda percaya. Ia tidak menyelesaikan masalah tersebut, tapi sekurang-kurang ia meringankan beban yang anda harungi. Dapatkan rawatan profesional di hospital. Depresi bukan satu sumpahan, ia penyakit. Jangan biarkan ia melarat.

Moga Allah mudahkan kesusahan yang dihadapi

Rabu, April 15

money first. life second.

It's so disturbing when your intention to help person in need suddenly become a profit based treatment.

One patient, a non Malaysian referred from district hospital for open fracture left femur grade 3. I was stunned as the staff immediately came to the father asking how much money he had. The father, a small built man with a rough dark skin (you can tell all his entire life spent to find money for the family), blinking his eyes, rubbed his head as he had about 30 ringgit in his hand.

I stood there. Speechless. Can we just treat the patient first? Sooner or later; money come first, life comes second. And I hate my life now.

Selasa, April 7

Nanti

Bila sudah dewasa, mau jadi apa?




Sudah hampir 10 tahun berlalu.
Dari waktu aku memutuskan menolak pengajianku di UTM.
Siapa sangka aku mampu bertahan sebegini.
Pernah, aku nangis teresak-esak mahu berundur dari pengajian.
Tapi tidak aku lakukan itu.
Malahan aku lulus juga peperiksaan profesionalku.
(Walau hanya lulus pas-pasan aja)

Nanti, bila dah MO mahu sambung apa?


Pencapaian hidup adalah sesuatu yang subjektif dan dinamik.


Doakan.
Tahun depan sambung master.
Pengajian bidang perubatan kecemasan.

Senin, September 8

EdStory2

Kawan saya pernah berkata;
Allah akan beri ujian sesuai dengan kesanggupan kita.
Malam-malam bila bekerja saya berharap yang terbaik diberikan kepada saya. Tidak kiralah walau sebanyak kes apapun yang dihadapi.

Jumaat lepas saya atas panggilan. Saya bernasib baik kerana ada housemen yang bekerja bersama saya. Tidaklah saya rasa forever alone. Kekurangan housemen menyebabkan ada waktu-waktu atas panggilan kami para MO bekerja sendirian. Sudah tentulah ditemani MA, jururawat dan jururawat masyarakat. Saya sangat bersyukur mendapat kerjasama yang baik dari semua staf setiap kali saya atas panggilan.

Jumaat lepas, seorang pesakit datang dengan masalah pening kepala secara tiba-tiba. Mengikut sejarah pesakit, beliau baru sahaja disahkan menghidap penyakit darah tinggi sejak 4 bulan yang lalu namun telah meninggalkan perawatan yang telah diberikan. Tekanan darahnya pada kali pertama saya melihatnya adalah 223/123mmHg, yang mana ia adalah sangat tinggi dan berisiko tinggi untuk serangan angin ahmar. ECG menunjukan ST elevation pada anterolateral. Saya berkira-kira ingin memberikan perawatan streptokinase sehingga Allah berikan saya petunjuknya. Pesakit saya mengikut arahan saya, namun beliau sukar sekali membuka matanya. Malah tidak begitu menjawab soalan saya. Tiada tanda-tanda neurological deficit. Hati saya tergerak untuk melakukan CT brain urgent sebelum perawatan STK diberikan.

Lucky me. Hasil CT scan menunjukkan pendarahan di dalam otak. Pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.

Untuk junior MO seperti saya, semestinya ia satu cabaran yang besar. Ketika sel-sel otak saya tidak dapat berfikir dengan jelas (sudah hampir jam 3 pagi) Allah selamatkan saya dari melakukan kesilapan yang besar. 

Pegajaran dari cerita di atas;
Giddiness can be life threatening! It can be a sign of stroke and ACS.
Not all ST elevation is a sign of MI.
Dear people, take good care of your health. 


Selasa, Agustus 26

EdStory1

A patient always be the best teacher.

One patient.
Supraventricular tachycardia(SVT)
Septicaemic shock.
Acute coronary syndrome.
Underlying medical illness; COPD with cor pulmonale.

To treat a stable patient with SVT is one.
Happened to have gasping breathing and lowish blood pressure is second.
To monitor fluid given is third.
To decide for intubation is fourth.

A memorable one.
Thank you Allah.

A district hospital where you can say
"Macam-macam ada"

Selasa, Maret 4

Scripta3

Saya belajar sesuatu dari kesilapan saya yang lalu.
Ada masa slogan keep calm and blame the housemen tidak patut digunakan dalam setiap perkara yang terjadi.

Bos saya pesan

Cuba jadi bijak. Pertahankan diri. Saya lebih suka semangat awak yang membara berbanding awak yang pasif. Mana awak pergi?

Mahu sahaja saya menjawab, tapi saya sabarkan. Diam-diam saya berkata;

Tidak kemana-mana. Ada sahaja. Sedang berhibernasi. Mahu simpan tenaga masuk jabatan kecemasan. Sudah letih dengan karenah ibu bapa pesakit. Lepas ni kena tangani ibu bapa kaum kerabat tok nenek segala bagai.

Moga dipermudahkan. Doakan saya.

Selasa, Agustus 13

the branulist

Nama panggilan untuk mereka-mereka yang sememangnya hebat dalam memasang IV line. Ketika aku di posting pertama, aku super kagum dengan mereka yang berjaya memasukkan branula dengan sekali cubaan. Tapi rilek dulu. Salur darah ibu-ibu mengandung memang besar. Senang nak pasang.

Sekarang aku berada di posting surgikal dan kini menjaga wad paliatif. Wad untuk mereka yang datang untuk kemoterapi. Mereka-mereka yang didiagnosa dengan penyakit kanser. Salur darah pesakit di sini sangat halus kesan kemoterapi yang dilalui mereka.

Terkadang adalah tidak adil untuk mencuba berkali-kali memasang branula ke atas satu-satu pesakit. Mesti aku akan meminta-maaf berkali-kali kepada pesakit sekiranya aku terpaksa berusaha berkali-kali.

Aku bukan branulist. Sifu aku dulu branulist. Setiap kali ada difficult iv line insertion, pasti aku mencarinya. Walaupun dia dan aku berada di posting berbeza. 

Cuma, sifu aku pasti akan bertanya pada aku dulu. Sudah berapa kali kau cuba? Kurang dari 5 kali aku takkan tolong. Ajaib..kerana ketika saat aku merasakan sudah tidak sanggup meneruskan lagi usaha itu..yang ke limalah aku berjaya memasukkan branula. 

Perasaan? Semestinya lega. Dengan iv line ubat pesakit dapat diberi, darah etc. 

Terima kasih sifuku kerana membentukku menjadi housemen yang berskill.

Kita mampu menimba ilmu di mana-mana. Skills hanya didapatkan dengan praktis. Practice what you preech!

Nota: blood taking dan iv line insertion adalah skills yang patut housemen master sejak posting pertama lagi. Ia memudahkan kerja anda terutamanya sekiranya perlu bekerja malam seorang diri di wad.


Sabtu, Desember 8

7-10

Akhirnya, hari ini aku telah pulang awal. Pukul 6 petang, semua kerja telah beres. Senyumanku sampai ke telinga. Bayangkan, selama satu bulan di posting medikal, inilah kali pertama aku pulang tepat pada waktunya. Sebelumnya, paling awal jam 10 malam. Tiada nego-nego.

Satu bulan yang lalu, benar-benar menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Ada banyak perkara yang merenggut ruang hati. Masakan tidak, waktu hanya dihabiskan di hospital. Pergi kerja sebelum terbitnya matahari, sudah gelap ditemani bulan baru menjengah tiba di rumah. Ada masa-masa, aku lemah. Lemah iman, lemah zahir. 

Tapi aku percaya janji Allah itu benar. Allah kata setiap kesulitan itu ada kesenangannya. Dan kesenangannya itu adalah hari ini. Hari di mana aku tunggu janji Allah itu. Dan aku bersyukur aku mendapatkannya pada waktu yang sesuai di saat aku bertambah selesa dan matang berada di posting medikal ini. Matang dalam membuat penilaian, selesa dengan kerja-kerja yang bertimbun dan dan semestinya bersiap siaga berdepan konsultan-konsultan dan pakar-pakar yang pelbagai ragam. Dan aku telah temui ritmanya, ritma untuk terus kekal bernafas (biar hanya nyawa-nyawa ikan) di posting medikal ini. Bak kata orang putih, don't worry about a thing, cause every little thing gonna be just fine.

Di posting ini, jika tidak ada orang collapse, bukan medikal namanya. Satu malam, saat keletihan aku bukan main, jam hampir menunjukkan pukul 1030 malam, sedang aku sedang bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba si isteri datang kepadaku

" Doktor, doktor..suami saya..."

Sepantas kilat aku melihat suaminya. Terbatuk-batuk. Kelihatan seperti sukar bernafas. Kebetulan MO aku baru sahaja tiba. CPR dilakukan setelah mendapat persetujuan isteri dan ahli keluarga. 40 minit usaha kami meng-CPR pesakit, namun tiada respons yang diberikan despite maximum dosages of drugs. CPR dihentikan, dan waktu kematian disahkan.

Si anak datang, mendekat pada telinga ayahnya.

"Abah, maafkan adik ya.."

Bahagian itu buat air mata aku hampir gugur. Cepat-cepat aku berlalu. Malam itu mungkin aku letih. Malah disebabkan letih itulah yang aku jadikan alasan untuk jarang pulang ke rumah. Jarang berbual panjang dengan ibu-bapaku walaupun telah aku tetapkan, dalam sehari mestilah menelefon abah dan ma. Tetapi malam itu, aku belajar sesuatu. Menghargai ketika masih ada. Menghargai iman. Menghargai ibu bapaku. Menghargai kerjaku yang menjadi profesion tarbiah untuk aku. Menghargai semuanya. Semua biarpun ianya kecil.

"(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"

(3 : 191)



Medikal.

Apa yang tidak ada padamu?

Banyak untuk ditulis.
Banyak untuk direnung.
Banyak untuk diinsafi. 


Sekali lagi aku jatuh.
Jatuh cinta pada profesi ini.
Semakin dalam.

7-10. 
Waktu kerjaku. Dan aku selesa asal semua kerja beres pada waktunya.




Senin, Februari 27

Imtihan datang lagi

3 tahun di Unpad,
3 tahun di UKM,
3 minggu untuk Ikhtisas.

Mohon doa dari pembaca sekalian,
Doakan kami-kami mendapatkan yang terbaik.
Terbaik dari Allah untuk kami.



Nota : Aku suka imtihan, imtihan suka aku (Aplikasi hukum tarikan)


Rabu, November 2

32 minggu

Salam. Saya kini di posting obstetrik dan ginekologi, belajar tentang penyakit berkaitan wanita dan ibu mengandung. Alkisahnya, seorang pesakit yang sudah 2 minggu dimasukkan ke wad merupakan pesakit saya yang terpaksa saya present kesnya setiap kali ward round.

Pesakit yang juga merangkap kawan berbual dan bergosip sambil layan drama korea itu masih muda lagi. Umur dia baru 26 tahun. Ini kandungan dia yang kelima. Empat kandungannya yang sebelum itu gugur. Mana mungkin hati tidak sedih.

Hari-hari saya melawatnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil berbual dengannya, sempat juga layan beberapa minit cerita korea. Layan hero hensem pun jadilah. Tapi ada masa-masanya, akak ini gusar. Takut kandungannya kali ini berakhir dengan tragedi yang sama.

Kandungannya masih baru. Kini baru masuk 8 minggu. Ada 32 minggu lagi untuk dia dan kandungannya harungi. Bolehkah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca ini mendoakan yang terbaik buat kakak itu dan kandungannya. Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.

Bolehkan tolong doakan?

Doa itu percuma. Dan ia magik Allah untuk kita.

Terima kasih daun keladi.

Nota : Excellento! Terima kasih Prof. Anda menceriakan hari saya walau sehari sahaja :)

Kamis, Maret 10

kurang sensitif

Pengalaman menyertai gerai-gerai klinikal sepanjang di Tahun 4 memberi saya beberapa nasihat penting.

Gerai klinikal pertama

Untuk yang pertama, saya bertugas memeriksa tekanan darah pengunjung. Guna pengukur tekanan darah yang automatik je. Namun, bacaan yang saya dapat, tidak begitu boleh diterima walau saya telah mengulanginya berkali-kali.

Nasihat sahabat : Jika macam ni, minta pesakit relaks dan duduk menyandar pada kerusi. Ulang pemeriksaan jika bacaan tidak masuk akal.

Yang kedua pula, betapa kurang sensitif saya ini, saya meminta seorang pengunjung menyinsing lengan  bajunya. Waktu itu, tidaklah sangat saya perhatikan perwatakannya dan ketidakrelaannya.

Teguran sahabat saya : Lain kali, kalau macam tadi, ambil je tekanan darah tanpa dia perlu menyinsing lengan bajunya.

Ini dua teguran yang saya dapat untuk gerai klinikal saya yang pertama.


Gerai Klinikal Kedua

Tak banyak yang saya lakukan waktu ni. Pengunjung tersangatlah ramai, sampai tak menang tangan. Saya pula hanya menjaga bahagian timbangan berat badan dan tinggi. Cuma waktu ni, saya belajar jika mahu mengukur ketinggian pengunjung, perlukan pembaris panjang sebagai penanda dan juga kalkulator agar senang untuk kiraan body mass index (BMI). hihi.



Gerai Klinikal Ketiga

Pengunjung tak ramai. Ini antara gerai klinikal paling membosankan bagi saya sehingga saya sempat membaca novel Faisal Tehrani di sana. Waktu ini, saya ditugaskan untuk mengukur tekanan darah dan gula dalam darah. Untuk tekanan darah, kami menggunakan pengukur manual. Masa memula nak check, saya berdoa pada Allah agar dipermudahkan. Sebab dah terlalu lama tak guna manual ni. Saya double check tekanan darah pengunjung dan masih sama. Diastolicnya sangat rendah sehingga perlu dilakukan oleh sahabat saya. Konklusinya, pengukur tekanan darah tersebut yang terlampau sensitif. Maka, semua pengunjung yang hadir diastolicnya sekitar 20-40 mmHg. Boleh pula macam tu. Ish, ish, ish. Tapi yang best sebab dapat praktis guna manual walau bacaan tidak accurate.



Gerai Klinikal Keempat.


Yang ni paling best. Pengunjung ramai, sampai tak menang tangan. Ada satu masa tu, seorang pengunjung ingin mengetahui berat badannya. Terus je dia ke penimbang. Belum apa-apa saya ditegur. Simpanlah dulu semua barang-barang kat badan dia. Oh, kurang sensitif saya ini. Tidak sedar poket baju melayunya penuh begitu. Nanti tidak accurate pula bacaannya.

Bila saya di bahagian menguji gula dalam darah, sahabat saya menegur juga. Katanya, kalau boleh kaunselling sikit pesakit, nanti takdela bahagian kaunselling terbeban dengan ramainya pengunjung. Oh, lagi sekali saya kurang sensitif. Tahu ambil darah sahaja.

Baru empat gerai klinikal yang saya sertai. Ingatkan dah banyak. Nak join lagi jika berkesempatan. Membantu memperbaiki skill klinikal pada masa yang sama kemahiran sosial saya.

Kamis, Juni 10

Cardiopulmonary resuscitation

Each year in the U.S., EMS treats nearly 300,000 people who suffer cardiac arrest at home, at work or in public locations. In the absense of immediate, effective CPR, the chance of survival decreases 7 to 10 percent per minute.

An individual's survival depends greatly on receiving CPR from someone nearby. However, less than one-third of cardiac arrest victims get this help. Most bystanders are worried they might do something wrong or make the situation worse.

www.handsonlycpr.org


Selasa, November 3

Gelombang kedua

Pernah dengar nama Ignaz Semmelweis?

Ignaz Semmelweis (1818-1865) menyuruh rakan-rakan sekerjanya mencuci tangan sebelum melakukan prosedur. Namun, saranan ini diperlekehkan oleh rakan-rakanya. Ramai yang tidak mempercayai saranannya. Beliau akhirnya tinggal di hospital sakit jiwa dan meninggal dunia di sana.

Namun, kerana saranan beliau, hari ini semua prosedur pembedahan mementingkan kebersihan. Semua benda kena sterile.

Rasulullah saw sangat menekankan perihal cuci tangan.

" Dan apabila kamu jaga dari tidur, hendaklah kamu mencuci kedua tangan kamu"

Betapa pentingnya amalan basuh tangan ni, even selepas tidur pun digalakkan basuh tangan. 

Dikatakan H1N1 bakal menjelma kembali. Gelombang kedua.Kita di Malaysia mungkin tidak merasainya lagi. Tapi, mencegah lebih baik dari merawat. Jaga kebersihan diri. Bagi yang sakit, pakailah mask. Setiap penyakit hanya Allah yang mampu menyembuhnya. Banyakkan berdoa padaNya.

Minggu, Oktober 4

15 Malaysia-Healthy Paranoia

I found this interesting video today. I think I should share this with you.
Happy watching!!




I think the rakyat needs to know. haha.

Jumat, September 18

Tentang nyamuk

Salam.

Pernah tahu apa je rawatan untuk pesakit yang terkena demam denggi?

Masa kat wad dulu, ketika jalan-jalan cari pesakit untuk ditanya soalan dan dibuat sedikit pemeriksaan badan aku akan melihat dulu keadaan sekeliling pesakit. Kalau yang muda, nampak macam sihat, ada plak botol 100Plus kat tepi katil dan pesakit tersebut sedang menerima IV fluid, aku akan meneka ini mesti pesakit denggi ni. Tapi tak semua sesuai. Ada juga penyakit lain yang ada kriteria di atas. Tapi itu yang pentingnya pemerhatian. Melalui pemerhatian, kita akan menghasilkan first impression.

Fakta tentang nyamuk aedes:

Tahukah kamu nyamuk aedes merupakan nyamuk yang sangat pembersih? Nyamuk aedes hanya membiak di kawasan takungan air yang jernih. Jangan dicari nyamuk aedes di kawasan longkang kotor. Takkan ketemunya. Jadi, bersihkan kawasan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada air jernih yang bertakung. Anda mungkin telah menyediakan tempat pembiakan yang sesuai untuk nyamuk ini. (Kompaun sebanyak rm500 jika didapati adanya tempat pembiakan aedes)

Tahukah anda nyamuk aedes hanya terbang di kawasan yang rendah? Pernah lihat orang fogging? Pernah tengok tinggi mana semburan racun yang digunakan? Rendah je. Jadi, baguslah buat mereka yang tinggal di tingkat belas-belas macam aku ni. Sure takde aedes. Opps. Jangan mudah lega. Lif kan ada. Nyamuk ini boleh masuk ke dalam lif dan berada di tempat tinggi. hehe. Kesimpulannya, kawasan tempat tinggi juga perlu dijaga. Sebarang takungan air perlu ditutup.

Tahukah kamu waktu aktif aedes bekerja hanya 6 jam? Jadual waktu yang sangat sistematik. Dari jam 6-9 pagi dan dari jam 6-9 malam. Sebab tu orang buat fogging waktu-waktu gini. Jangan marah ye kalau waktu-waktu maghrib orang baru nak buat kerja. Fahamilah tugas mereka, berilah kerjasama. ( Jangan terkejut jika anda boleh meringkuk dalam penjara selama sehari dua hanya kerana anda tidak ingin memberi kerjasama)

Info:
Tiada rawatan spesifik untuk demam denggi. Hanya perlu memaintainkan kandungan air dalam badan. Banyakkan minum air. Air 100Plus pun bagus untuk maintainkan kandungan electrolytes.

Fogging dilakukan untuk membunuh nyamuk dewasa sahaja dan bukannya anak nyamuk.

Jika tempat pembiakan, gunakan racun Abate.

thestoryteller,
ani.

Salam aidilfirti.
Maaf atas segala tulisan yang tak terjaga.
exam exam jugak, raya tetap jalan heh
Oh ya,
jangan lupa berdoa buat saudara kita di serata dunia ye.

Selasa, Juli 14

Keseimbangan

Salam.

Teman,

pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Penglihatan mata yang semakin kabur
2. Tetibe rasa nak termuntah (rase je)
3. Kulit kamu kering
4. Kamu merasa sangat dahaga dan sentiasa minum air
5. Kamu juga kerap ke bilik air
6. Kamu rasa pening-pening lalat
7. Kamu sentiasa berasa lapar
8. Asal luka je, susah nak sembuh

atau, pernahkah kamu/ kenalan kamu/ ibu/ bapa/ saudara-mara dan seangkatan dengannya mengalami tanda-tanda seperti di bawah?

1. Rasa letih dan lenguh-lenguh badan
2. Tangan kamu menggeletar
3. Sentiasa rasa berdebar-debar dan berpeluh
4. Penglihatan mata juga semakin berkurang
5. Sentiasa rasa gelisah
6. Ada gak pening-pening
7. Kadang-kadang sakit kepala
8. Dan rasa lapar

Adakah kamu dan yang seangkatan dengannya pernah mengalami tanda-tanda seperti tertera? Bahagian pertama itu ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang tinggi (hyperglycemia) .Bahagian kedua pula ialah tanda-tanda kandungan gula dalam darah kamu yang rendah (hypoglycemia).

Badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang seimbang. Segala-galanya tidak boleh terlalu tinggi dan tidak juga boleh terlalu rendah. Begitulah juga hidup ini. Kerana itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis " jangan cinta terlalu banyak, dan jangan benci terlalu banyak"

Relevannya pernyataan ini ialah apabila sudah sayang sangat sanggup berkorban apa saja buat yang tersayang hingga tergadai maruah diri. Mintak dijauhkan dari hal sebegini. Apabila sudah benci, nak melihat muka pun taknak. Apa je yang si A buat semuanya buruk. Takde yang bagus. Aduhai, dek kerana benci semua dilihat tidak kena. Lantas, jika mahu jadi jahat jangan jadi jahat giler dan jika mahu jadi baik jangan jadi baik giler. Takut, bila jahat giler, tuhan menjauh dari kita. Bila baik giler, takut nanti kena buli plak. Contoh utama, umat Islam itu sendiri. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Betapa 'baiknya' kita. Musuh kita saban hari meratah darah saudara kita.

" Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih-sayang sesama mereka..." (Al-Fath 48:29)

Eh,

Aku melalut jauh ni. Bab hyper/ hypoglycemia ni tak habis lagi. Jadi, jika kamu mengalami tanda-tanda seperti di atas, adalah digalakkan kamu memeriksa kandungan gula dalam darah kamu. Mungkin darah kamu itu sangat manis atau mungkin darah kamu tu kurang manisnya (bende ni tak wujud, aku sesaje letak). Jika tinggi, kamu mungkin berisiko untuk menghidap penyakit kencing manis. Salah satu penyakit yang popular di Malaysia. Sayangilah badan anda kerana badan anda sangat menyayangi anda. Dia dah bagi dah tanda-tanda tu kat anda. Cuma, andalah yang kena tafsir sendiri.

Asal aku tanya makcik/ pakcik kat wad, mesti diorang cakap dah lama dah kencing manis ni. Kesian aku tengok. Ada yang dah kena amputate dah kaki tu. Dah tua-tua, banyak pulak penyakit. Pesanan penaja, jagalah kesihatan anda. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit.

p/s: kampung aku agak popular sejak 2,3 menjak ni. Lepas hari ni, belum tentu popular cam sekarang.

Kamis, April 16

Yatta, yatta!

Saya memang tengah gian. Gian menulis. Sedangkan sekejap lagi saya bakal menduduki ujian. Haha.

Saya teruskan ulasan saya sahaja. Kenapa saya menyokong idea jangan tidur larut malam.
Sebelum kita melangkah jauh, eloklah kiranya kita mengambil 2 hadis Rasulullah s.a.w.

Dikatakan Rasulullah s.a.w tidak suka tidur sebelum waktu Isya' supaya tidak ketinggalan solat Isya' dan tidak suka berborak-borak setelahnya ( HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibnu Umar r.a diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Jangan kamu tinggalkan api di rumahmu ketika kamu tidur" (HR Bukhari dan Muslim)

Apa kaitannya hadis di atas dengan tidur larut malam?
Begini, jika dilihat pada hadis yang pertama, dapatlah disimpulkan Rasulullah s.a.w akan menghindar dari berbual bersama sahabat selepas solat Isya' untuk pulang awal ke rumah dan menghindar tidur larut malam. Hadis kedua pula, adalah saranan Rasulullah s.a.w untuk menutup lampu (jika zaman dahulu api) ketika sedang tidur. Walaupun boleh dikatakan, api itu digalakkan untuk dipadam sebelum tidur bagi mengelakkan kebakaran, namun dari segi sainsnya api/ lampu sebenarnya punya pengaruh pada satu hormone.

Hormone yang dikatakan ialah hormone melatonin.

Efek hormon melatonin ini pelbagai. Ia merangkumi sebagai antioksidan, sistem immune kita, hingga bertindak sebagai biological clock kita. Namun, di sini ingin saya tekankan fungsinya yang utama, sebagai antioksidan, malah antioksidan terkuat. Apa peripentingnya antioksidan ini? Ia mampu menghalang kerosakan DNA pada tubuh manusia lantas meminimumkan serangan kanser.

Melatonin hanya terhasil pada waktu gelap, dimulai pada saat matahari terbenam. Namun, jika terdapat cahaya di persekitaran kita, hormon ini tidak dapat dihasilkan pada kadar yang secukupnya. Haa, itulah kena tidur tutup lampu tu. Lagi satu, jika sekalipun kamu tidak tidur, namun kamu menutup lampu bilik kamu sambil menonton tv, ia juga tidak akan dihasilkan dengan kadar semaksima mungkin. TV, dan segala bahan elektronik akan menimbulkan gelombang elektromagnetik yang seterusnya akan mengganggu penghasilan melatonin. Faham ke?

Bilakah waktu puncak hormon ini? Ia antara pukul 2-3 pagi. Subhanallah. Inilah waktu yang disarankan Rasulullah untuk bangun bertahajud padaNya. Setelah mencapai waktu puncak, hormon ini akan turun mendadak. Namun jangan risau, saat tahajud hormon lain pula yang akan mengambil alih tugas melatonin, iaitu hormon kortisol( Ini bakal saya kupas dalam terapi solat tahajud ye)

Kerana itu teman-teman, janganlah tidur lewat-lewat sangat. Ia sangat tidak baik untuk kesihatan.

Nota : Sudah dua minggu saya tidur tanpa menutup lampu. Salah satu sebab saya tercari-cari apa efeknya pada kesihatan.
Nota: Peranan tahajud dalam meningkatkan sistem imun kita. Bakal saya kupas dilain waktu. Saya sekarang sedang membaca buku Terapi Shalat Tahajud.
Nota : Saya berharap penjelasan saya boleh difahami. Maaf, saya agak sulit menerangkan sesuatu.

Yatta!

Suatu masa dahulu saya pernah terbaca artikel ni. Jika belum pernah baca, silakan baca artikelnya di sini, JANGAN TIDUR LARUT MALAM di laman ST-Gallery ni. Pernah baca? Apa komen kamu?

Sila baca salah satu komen di ruangan artikel tersebut. Ada tertulis begini:

"sy rase bende ni ade kaitan ngan sistem hormon,enzim n pelbagai lg bhn pemangkin dlm bdn kite.hormon dan jugak enzim akan bertindak untuk mendetoksifikasikan kite nye toksin dlm bdn.sememangnya toksin selalu beredar dlm drh,even sume bende dlm bdn kite beredar 24 j tanpa henti.sbg cth,setiap hormon ade peak time tersendiri, yg mne hormon ni akan bertindak pd waktu2 t'tentu,bkn b'maksud hormon ni x bertindak pd waktu len,tp waktu yg bleh kite lihat aktivitinya yg maksimum ad pd waktu sumthing2.sy pk artikel di atas ad logiknye.tp kne tau lbh lg psl hormon,enzim etc. wallahu'alam" Hana.

Yup. Sayalah yang tulis tu. Ini logika saya kala itu. Setelah sekian lama, akhirnya saya mendapat jawaban atas pernyataan JANGAN TIDUR LARUT MALAM. Dan saya setuju dengan pernyataan tersebut. Saranan saya janganlah tidur terlalu lewat. Kenapa?

Penasaran ye?
Kamu ada ulasan? Atau info untuk dikongsi?
Jawapan saya bukan lagi logika semata-mata. Nanti saya sambung di lain waktu.

Hint : Ia sememangnya punya kaitan dengan sistem hormone dalam badan, waktu puncaknya dan juga semestinya fungsi hormone tersebut.

Nota : Saya ada exam, jadi takleh tulis panjang-panjang. Cuma saya tidak mahu idea saya ini hilang. Tulis jangan tak tulis.

Yatta!
Saya sudah tahu jawabannya.