Minggu, November 23
Faith and doctor
Dr. Leap: Faith is very important to my practice, because I believe that medicine is made better by faith. How is that? We are, after all, scientists (of a sort). How can faith, a thing so difficult to empirically quantify, make any difference at all? That's what people seem to be thinking today.
Faith is a reason to keep doing what I do in the sure hope that I can make a difference, that science makes sense because the Creator of all is good. And I believe faith gives me a reason to keep coming back and doing my job, since God calls me to love others. That doesn't mean I always have to like them, but I have a duty to treat them with love.
Faith gives me hope for myself and my patients. Faith tells me that however crappy life is, it isn't the end. It isn't a comfort to anyone to know they'll reenter the food chain and become recycled carbon, nitrogen, and other bits. The hope of eternity? That's a comfort that works.
And aren't we here to comfort the ones who come to us?
Sehari bersama syaitan
Berikut adalah petikan Syaikh Ali Tanthawi rahimahullah,yang beliau tuliskan dalam bukunya "Yaumun Ma'a Syaithan" (Sehari bersama syaitan)
"Keadaanku dengan syaitan pada hari itu mencatat sejumlah peristiwa yang mengharuskan aku untuk tetap kuat/tabah.Antara contoh peristiwa itu ialah perasaan was-was atau syak.Syaitan berusaha agar aku marah pada Allah s.w.t dan melupakan nikmat-nikmatNya.Saat itu aku melalui sebuah jalan dan terserempak dengan seorang sahabat lama di satu sekolah dahulu.Pembicaraan kami berkembang hingga dia menceritakan bahawa dirinya kini sudah memiliki kedudukan terhormat,harta banyak.
Ketika itulah,syaitan berkata kepadaku, "Lihatlah itu.Mengapa engkau dengan ilmu dan kemuliaan dirimu itu tidak memperoleh harta dan kedudukan?Apa salahmu sehingga takdirmu tidak seperti dia?"
Aku katakan kepada syaitan "Diam wahai musuh Allah.Engkau ingin aku mengkufuri nikmat Allah swt terhadap diriku?Adakah di dunia ini ada seorang manusia yang memperolehi semua kebaikan yang dia inginkan sehingga tidak ada orang yang melebihinya?Mengapa aku harus melihat orang ini dan tidak memandang pada orang-orang lain yang sepertiku yang juga memiliki ilmu dan bersikap baik?Mereka juga tidak mempunyai kedudukan dan harta yang banyak.Mengapa engkau ingin mengajakku melihat orang yang lebih tinggi dariku dalam urusan dunia untuk aku iri hati?Mengapa engkau tidak mengarahkanku untuk lebih melihat orang yang berada di atasku dalam hal agama?Mengapa aku harus berdesakan untuk meningggikan darjat di dunia yang tidak kekal?Mengapa aku iri dengan orang ini yang hartanya lebih banyak dari hartaku dan tidak iri pada orang yang solatnya lebih banyak dari solatku dan memperoleh pahala lebih banyak serta memiliki simpanan kebaikan yang lebih besar dari simpananku?Mengapa aku iri kepada hartanya dan tidak iri terhadap ilmu yang aku miliki?Bukankah ilmu,manusia dan kepandaian itu adalah sama halnya dengan nikmat harta dan jawatan?Mengapa engkau meremehkanku?Alhamdulillah aku tidak meremehkan diri sendiri sedikitpun kerana aku mendapatkan sesuatu yang aku inginkan.Kesihatanku baik,isteriku melakukan tugasnya dengan baik,aku hidup aman di rumah,aku tenang dalam bekerja dan aku redha dengan Rabbku.Aku tidak ingin apapun kecuali meminta kepada Allah agar engkau menjauhiku!"
Sahabat sekalian,
apa yang ada di benak kita ketika membaca pengalaman Syaikh Ali Thantawi ini?
dipetik dari majalah tarbawi,edisi februari 2008
Artikel ini berbahasa Indonesia,jadi maaf jika ayatnya agak tunggang langgang selepas di'translate'
Sabtu, November 22
Terukkah aku ini?
Tadi aku sempat membaca blog sahabatku yang aku kenal dalam usahaku mencari sahabat lamaku yang dah lama tak jumpa.Dalam sakit selepas pembedahan,dia masih mampu menulis entri terbaru.Aku jadi malu padanya.Aku yang sihat tubuh badan ni nak tulis entri terbaru pun ambil masa.Pengajaran nombor entah ke berapa dah aku belajar,sekalipun kamu menghadapi kesukaran,lakukan segala yang kamu mahukan dalam hidup,tanpa pernah mengira betapa susahnya kamu...kerana hidup ini sangatla singkat,jangan bazirkan masa kamu atas sesuatu yang tak patut-Dr Eva,Khamis,15Nov2008.
Suatu hari,aku menelefon rumah.Aku rindu bangat pada keluargaku di kampung,spesifiknya di Kuala Krai,Kelantan.Ahli rumah yang ada pada masa tu,hanya empat orang je.Ayahku,ibuku,abang ngahku dan adik bongsuku.Yang lain berhijrah.Lama tak berbual dengan mereka.Dari abah,ma,abe ngoh dan adik nor(hehe).Macam-macam yang kami bualkan.Ayahku dan ibuku seperti biasa akan bertanya hal pelajaran.Terkial-kial aku mencari ayat yang paling mudah agar mereka memahami apa yang aku bicarakan.Kalau berbual dengan abe ngoh,mesti ambil masa yang lama.Aku paling rapat dengan dia.Betullah orang kata,jika kamu mahu mengubah dunia,ubahlah diri kamu dulu.Masa tuh,abe ngoh sedang sibuk membaca novel Ungu Karmilla,karya Ramlee Awang Murshid.Dulu,aku je yang layan baca novel ni..sekarang hampir semua layan.Mak aku,kakak aku,abe ngoh,adik nor..ayah aku tak layan novel,tapi dia layan buku-buku agama.Sekurang-kurangnya,aku berjaya ubah sikit keluarga aku agar lebih suka membaca.rite?
Terakhir,adalah adik nor.Banyak yang kami bualkan.Dari hal peribadinya hinggalah ke persiapannya yang bakal menghadapi SPM.Di akhir perbualan kami,sempat aku bertanya sesuatu padanya.
"Adakah aku kakak yang baik buatmu?"
"Ya,kamu kakak yang baik" jawab adikku
"Bagaimanakah baik itu?"
"Baik jela" jawab adikku lagi
"Apakah definisi baik itu?Adakah yang hanya mendiamkan diri dan membenarkan apa yang kamu lakukan walaupun perbuatan itu adalah kebohongan semata...atau yang berterus-terang padamu biarpun ia merupakan sesuatu yang tidak enak pada pendengaranmu,dan ia memang menyakitkan kamu?"
"Bila kamu berterus-terang padaku" jawab adikku ringkas.
Tidak ingin kutuliskan perbualan seterusnya di sini.Tapi yang pasti,aku berterus-terang,walaupun kenyataan itu menyakitkan hati adik bongsuku ini.
Secara teorinya ianya nampak seperti senang.Tapi secara praktikalnya,bagi aku sangatla susah.Aku mendiamkan diri bila mana sahabatku melakukan sesuatu.Aku mengikut rentak mereka sedangkan hakikatnya aku perlu tegas.Aku juga memerlukan mereka yang menyatakan kebenaran padaku..kerana itulah gunanya sahabat.
Satu tazkirah dari seorang sahabatku semasa kumpulan belajar dulu.Siapakah manusia yang paling kejam?Lantas si A menjawab,aku yang paling kejam kerana aku membelasah seorang perempuan.Lantas si B menjawab,akula yang paling kejam kerana aku merogol seorang perempuan dan membunuhnya.Lantas si C menjawab.Aku yang paling kejam antara kalian kerana aku tidak berbuat apa-apa*
Mulutku seakan-akan terkunci apabila berhadapan dengan sahabat-sahabatku.Aku tiada keberanian itu.Keberanian untuk menyatakan kebenaran.
Am i bad?
*Aku lupa camner cita sebenar..yg penting pengajarannya.
p/s:perbualan aku dan adikku mestila dalam loghat kelantan.Bila tgk balik,lawakla plak.Ayu semacam je care aku cakap ngan dia.
Senin, November 17
Cuti
Alhamdulillah.Kami mendapat cuti 11 hari pada bulan 12 ni.Cuti Krismas dan juga cuti akhir tahun.Setelah cuti kami diubah-ubah.Dari ada cuti,takde cuti dan sekarang konpem ada cuti.Macam-macam dah kami tempuh.Dari nak ke Bali then terpaksa meng'cancel'kannya dek semata-mata tak de cuti ni.Sabar jela dengan sistem di sini.Inilah kelemahan yang aku perhatikan sepanjang 3 tahun aku di sini.Sangat tak sistematik.Jika diorang nak ubah cuti,senang-senang je bagitahu kami cuti sekian-sekian.Tak pernah langsung nak fikir pasal pelajar yang dah beli tiket balik Malaysia.Ingat beli tiket kapal terbang sama dengan beli lumpiah?Sangat melucukan bila doktor kami asyik menasihati kami agar lebih sistematik padahal tak pernah sekalipun fakulti ini mengamalkan sikap bersistematik ni.Dan ini bukan saja berlaku di universiti aku je,tapi jugak berlaku di universiti lain di Indonesia ni.
Bila dah dapat cuti ni,adala suara-suara bertanya.Tak nak pergi mana-mana ke?Rancangan ke Bali memang dibatalkan kerana duit yang dikumpul telah digunakan.Dah tak de duit baru nak bagitau ada cuti.Pengajaran no 1:jangan menggunakan simpanan anda untuk sesuatu yang tidak perlu.
"Betul,tak boh"
"Nape?"
"Malas."
Aku sebenarnya rindu.Rindu pada satu tempat ni.Ingin sekali aku menjejakkan kakiku ke sana.Aku ingin ke Mekah,melihat sendiri kaabah yang menjadi kiblat utama umat Islam.Mahu ke Madinah,bersembahyang di Masjid Nabawi,ke makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan banyak lagi.Inilah tempat yang sangat ingin aku jejakkan kaki.Memikirkan umurku yang sudah 21 tahun,yang mungkin esok atau lusa akan dipanggil Allah,aku tertanya.Apakah usahaku untuk ke sana?Aku malu jika aku punya wang,membeli bermacam-macam keperluan tapi tak pernah sekalipun aku berniat menyimpan wang yang aku ada untuk ke Mekah,walaupun hanya sekadar ziarah.Aku jadi sangat malu,bila duit yang aku ada digunakan untuk hal-hal keduniaan je.Aku malu,jika masa kini aku punya waktu,tapi banyak waktuku untuk hal-hal dunia(bermain,bergurau-senda,bermalas-malasan).Dan aku jadi tersangat malu pada Allah menghabiskan rezeki yang diberikannya untuk diriku tapi tak pernah aku gunakannya pada jalanNYA.
Seseorang yang aku kenal bergaji rm15k per bulan,mampu membeli apa saja,renovate rumah berpuluh-puluh ribu,kereta 2-3 buah,motor harley davidson tapi tak pernah terfikir langsung untuk menggunakan duit yang dia ada untuk menghantar ibu bapanya ke Mekah.Aku tak nak jadi camni.Asyik mengejar kehidupan dunia sehingga akhirat dilupakan.Kalau bukan sekarang aku menabung,bila lagi?Mungkin tabunganku masih sedikit kerana aku masih pelajar,tapi sikit-skit lama-lama jadi bukit.
Aku tak nak pergi mana-mana kerana aku nak pergi Mekah dulu.Sangat menyedihkan bila kita ada banyak wang,mampu travel keliling dunia namun kita melupakan Mekah sebagai destinasi utama.
Aku bercakap untuk diri aku sendiri sebelum aku bercakap tuk orang lain.Kerana aku juga masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyedihkan ini.
sangat menyedihkan,bila aku boleh membeli pakaian-pakaian baru tapi untuk menderma ke rumah anak yatim aku hanya memberi mereka pakaian lama.
sangat menyedihkan bila kita asyik mengejar dunia sedangkan akhirat adalah tempat kembali yang kekal abadi
Wallahu a'lam
salam.
Jumat, November 14
tanda-tanda stress
Tanda Tanda stress …. dah dapat belum?
Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..
“Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!”
Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..
Akukah yang penin.. Atau kamu yang penin.. Atau peninkah kamu kerana kepeninan ku..?
Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..
Tak konang budi punya syampoo.. Den dah boli ekau, ekau conteng arang yo..!
Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..
Mak aaaiihh.. Power bangak ike pating masok gulai ase poyok.. Slurp..
Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah..
Hadoi lah..!! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah..
Ni bukan bergetah..!
Ini ‘bergedel’ a.k.a ‘bergedik’ a.k.a ‘bergedempol’..!!
Kalo salesman tu datang.. Aku terkam atas dia sampai pensan..!! Hish..!!
Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..
“Yaaarkh..! Bahawasanya..
“Saya berjanji..
akan terus cemerlang..
gemilang..
dan ter.. ter.. ter..
ZzZzZz qroooh..!”
Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..
Gua akan telus bedili di sini..
Sehingge masyuk waktu bebuke buase bagi kawasan Antartika dan yang same waktu dengannya..!!
Gua akan telus besaba..
Gua pasti bejaya..!! Huh.!
Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..
Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..
Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..
Hampeh punya payung.. Rege je RM25..
Tapi low class..!!
Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..
Tongkat Ali tak jalan..
Kacip Fatimah pun tak jalan… Apa nama daun herba satu lagi yea..
Mas..
Mas.. Ca…
Mas.. Ci.. Apa la nama daun tu yerk..
Haa.. Mas Idayu…
Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..
Saya sebenarnya adalah seekor ayam.. Tak percaya.. Tanya anak-anak ayam saya nih..!
Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas……. ………. …..
Uwekk..!!
Hai.. Teruk betullah bini aku mengidam kali nih..
Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek..!
Keempatbelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA..
KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT..
SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..
Kali ni.. Konfem takde orang boleh nampakk.. Diam-diam tau.. Syshh..!
...Hendaknya engkau menjadikan Al-Quran ini sebagai penyejuk hatimu,cahaya dalam dadamu,penghilang kesedihanmu dan penolak rasa gundahmu...(HR Imam Ahmad)
Satu fakta menarik,mereka yang berpipi tembam adalah mereka yang banyak tidur.Ini kerana orang yang banyak tidur akan mengalami pengumpulan lemak kat pipi.Hurm...aku rasa cam betul je fakta ni.Tapi ade gak kot yang tak.
Salam.
Rabu, November 12
IMPIAN dan EDENSOR
Bermimpilah,kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.
The work of Allah is beyond the limits of human minds
Aku sebenarnya ingin mencoretkan sesuatu pada entri kali ini.Namun,entah mengapa otakku tidak dapat berfikir 2-3 hari ni.Aku kebuntuan.Mencari-cari idea apa erk aku nak tulis tentang Edensor.
Ingin sekali aku bercerita serba ringkas tentang novel Edensor ni yang aku dok ulang ulang ulang baca ni.
EDENSOR
IMPIAN
Dan apabila kamu melakukan sesuatu,maka seluruh alam dan seisinya akan turut serta bersama kamu membangunkan impian kamu (The Alchemist karya Paulo Coelho)
Dan sekiranya kita telah berusaha dengan sekuat daya untuk mencapai impian kita,tapi pada akhirnya apa yang kita temukan adalah titik kosong,ketahuilah perancangan Allah adalah yang terbaik.
Jangan takut untuk bermimpi.Semuanya tidak mustahil.Dan impian yang paling agung dan paling utama adalah mencari mardhotillah,mencari keredhaan Allah s.w.t.Semoga kita semua mendapatkannya.
Tanpa keberanian impian tidak akan menjadi kenyataan.
salam
mimpi=impian.
p/s:sebenarnya aku ingin menulis pandangan aku tentang reaksi kemenangan Obama di Indonesia,tapi nampaknya bende ni dah basi.Ustaz Asri pun dah bg komentar penuh di utusan.Yang pasti aku juga sptnya.tidak berkenan dengan reaksi media Indonesia yang agak menghiperbolakan kemenangan Obama,ibarat Obama adalah dewa keamanan yang mampu mengubah dunia menjdi lebih baik.
Sabtu, November 8
budi
Salam
Aku agak terpukul dengan artikel sahabat aku.Mungkin kerana aku juga salah seorang yang menulis sesuatu tanpa nilai apa-apa.Rasa bersalah itu datang.Maaf ye,tak berniat pun nak tulis artikel yang tak berguna sebenarnye.Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang berfaedah?Sesuatu yang berguna?Bukan sekadar sampah semata-mata?Tepuk dada,tanya iman.Aku juga masih kabur tentang hal ni.Mungkin kerana ilmu di dada yang sememangnya masih cetek,aku masih tidak mampu menilai yang mana sebenarnya yang bermanfaat dan yang mana sampah semata(aku cakap benda mengarut lagi).
Bukan aku tak mahu menulis tentang isu-isu semasa.Bukan,malah aku lebih senang jika diberi peluang.Dan aku juga bukan tak mahu menulis masalah ummah,hal Palestin,Iraq,Afghanistan hatta Malaysia sekalipun.Cuma,mungkin kerana aku memiliki sikap ‘low self esteem’ yang tinggi yang menyebabkan aku diam membisu dengan isu-isu sebegini.Nampaknya,aku perlu tingkatkan sikap percaya diri aku.Dah umur 21,tapi masih tak tahu macam mana nak jadi manusia.Kena muhasabah lagi ni.
HIPOKRIT
Seringkali aku berjumpa dengan golongan sebegini.Terhegeh-hegeh meminta tolong,tapi bila diri sendiri yang diharapkan,terus diam membisu.Dalam mahu atau tidak mahu.Jika yang sememangnya bersikap terus-terang.akan terus menyatakan tak nak.
Mereka yang sebegini hanya meninggalkan parut terdalam di hati aku.Aku tak salahkan mereka.Setiap manusia berbeza prinsip.Mungkin kerana prinsip aku yang tidak akan memutuskan harapan orang serta akan menolong sedaya yang boleh.Akhirnya,aku dapat adalah kepuasan,
Salah satu sebab kenapa saya melakukannya adalah kerana tidak ada sesiapa yang mahu melakukannya
John McClane,Die Hard 4.0
Aku pelajari sesuatu bila aku menonton filem ni.Dan inilah yang aku pegang.Aku buat kerana tak de orang yang sanggup melakukannya.Jika fikir hal sentuh-menyentuh antara lelaki dan perempuan,aku pun tak nak buat.Dan inilah alasan yang digunakan oleh semua pelajar perempuan apabila doktor menyuruh salah seorang antara kami menjadi ‘standardized patient’ untuk pelajar lelaki.Hello,korang ingat pelajar lelaki nak ke jadi standardized patient korang?Diorang pun tak nak.Mereka rela dalam keterpaksaan.Mereka juga rasa ternoda!Solusinya?
BELAJAR DARI ALAM
Hukum Newton ke3* menyatakan jika sesuatu objek diberikan sesuatu daya,objek itu akan bertindak sama atau lebih dari daya yang dikenakan.Objek yang tidak bernyawa pun akan memberi tindak balas yang sama atau lebih.Ini lumrah alam.Di manakah kita sebagai manusia yang berakal?Jika kamu buat baik pada orang,InsyaAllah orang pun akan buat baik pada kamu.Wanita yang baik adalah tuk lelaki yang baik,kan?Begitulah hidup ini pun.Aku galakkan korang baca artikel kak Dibah ‘terhutang budi’.Aku ambil sedikit dari tulisan dia yang aku rasa menarik:
sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.
kak dibah:terhutang budi
Maaf jika ada terkasar bahasa.Sebarang komen amatlah dialu-alukan.
Wallahu’alam
*Aku ingat-ingat lupa pasal hukum ni,sila check balik.Kalau salah sila betulkan.
Jumat, November 7
OSCE oh OSCE
Aku banyak fail kat history taking.Nampaknye aku kne improve lagi aku nye komunikasi.Cik Fathen dan Cik Via,leh tak kamu ajar saya speaking ni?hambe tak reti manela.huhu.
Ade bende berlaku tadi....
Masuk-masuk je station14,aku dah nampak doktor yang same.Hari selase pun ngan dia,kali ni pun ngan dia.Dia jadi aku nye standardized patient.Hari tu aku kuar bilik nih ngan muke masam mencuka kerana teruk gak aku dikenakan doktor ni.Masuk je,terus je dia tanya aku sambil tersenyum,
Mak aiii..tak same langsung ngan aku hafal.Cepat2 aku amek beberapa point,then aku tanye.Doktor tu tersenyum sambil menjawab sume soklan aku.Sampai soklan ke3,aku dah tak tau nak tanye ape dah.Kejap je kan tgk kertas tu.Dek kerana tak tahu pe lagi nak tanye,aku pun dengan selambanye amek skema jwpn tu,dan tanye dia lagi.Ni examination ke ape,siap leh tengok jawapan lagi.Aku tak kisah.Aku wat muke tebal,sambil tengok skema jwpn,sambil tanye dia.Doktor tu pun layan ja.Aku lagi layan.huhu.
Mase 9 minit pun berakhir.Loceng berbunyi.Sebelum aku kuar,aku ucapkan terima kasih pada dua doktor tadi.Sorang coz tolong aku bagi skema jwpn tu,sorang lagi coz wat dunno je bile aku tgk je skema jwpn tuh,padahal dia nmpk je pe yang aku wat.name pun penilai..mesti kne tgk aku kan?
Lulus ke tak,aku tak tau lagi.besenya remedial ni doktor bagi lulus ja(ayat org yg dh immune dgn remedial osce ni).Tawakkal je la.So now,aku tgh enjoy aku punye holiday 2 hari.Banyak bende kene wat dalam 2 hari ni.
1)Kemaskan bilik aku ni.Dah macam kapal terbalik lak aku tgk-bajet takde msela sgt,jgn caye.Aku sbnrnye malas.
2)Amek duit.Duit bulan ni aku tak amek lagi.Bergantung pada duit bulan lepas.huhu..leh imagine camne aku berjimat dlm 2 mggu ni.Klu akak aku tau,mau nye dia turun bandung,paksa aku makan byk2.Ye2..aku akan makan byk2 bila aku amek duit k.
3)Habiskan bacaan buku aku yang tertangguh hari tuh.Banyak gak.Bile tgk adela 3 buah buku,satu majalah Time,satu majalah tarbawi(yang ni aku beli sejak bulan mei,berkurun diriku simpan dirimu)
4)Bukukan sume nota-nota sem2 lepas.Bila aku tulis sem2 lepas,means termasukla nota tahun ke2.Yang ni pun coz aku malas nak pi hantar je.Malas lagi.Nasihat sket camne supaya aku tak malas.
5)tak de dah.Cuma harap aku betul2 wat 4 perkara kat atas.
Kepada sume pelajar Twinning..selamat menempuh sem 6.sem terakhir kita di sini,InsyaAllah.Berjuanglah!
p/s:otak aku gak biul sejak 2-3 hari ni..dek krn m'baca artikel oleh wan saiful wan jan:erti libertarianisme bagi saya.Obama jadi presiden US,liverpool plak seri je.Macam-macamla.
Rabu, November 5
Catatan Masa Silam
(HR Muslim,Abu Daud dan Ibn Majah)
Selang beberapa waktu,aku diingatkan:
Namun,seringkali manusia lupa.Aku manusia biasa yang sering lupa.Dan buat kali kedua aku ulangi kesilapan sama.Aku lupa akan balasan Allah.Lantas,permusuhan terjadi lagi.Kerana kebodohanku,kerana aku manusia berjiwa kecil,kerana aku manusia yang kurang matang dan kerana aku sememangnya manusia,yang seringkali lupa dan perlu diperingatkan.Siapakah yang mengingatkanku?
Peringatkan aku,sahabat-sahabat sekalian..kerana aku sering lupa.Aku yang sedang belajar,belajar erti persaudaraan.Ajari aku,tegurlah aku.Tanpa teguran dan nasihat kalian,mungkin aku lupa.
Ingatkan aku agar aku tidak lupa.
Wallahu'alam.
Minggu, November 2
04 Nov 2008
Aku sebenarnya teruja dengan tarikh di atas.Semestinya semua sudah tahu tarikh ni kn?
Adakah Barack Obama yang akan menjadi presiden atau John McCain?
Sayang seribu kali sayang,sejak akhir-akhir ini,internet di tempatku sangat lambat.Kalau tidak,dah lama aku browse Youtube tengok debat Obama-McCain.
Mengikut poll yang aku lihat,Obama agak selesa mendahului John McCain.Tapi jangan lupa,ini politik.Macam-macam boleh berlaku.Apa-apa..kita tunggu dan lihat.
Kempen pilihanraya US ni meningatkan aku pada kempen pemilihan ketua Senat Fakultas Kedokteran Unpad.Tahniah buat saudara Andri yang berjaya menjawat jawatan sebagai ketua Senat.Tapi sayang jugak,aku tak sempat melihat debat antara Andri dan Andhika.Bukan tak mahu tengok,cuma masa tuh aku lagi ada tutorial.Aisehh..selalu je buat masa-masa tak sesuai.
Mungkin jiwa berdebat masih ada walaupun zaman persekolahan sudah lama aku tinggalkan.
Semoga saudara Andri berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan.Aku undi dia..haha.
Apa-apa pun,aku lebih suka prinsip Talk Less,Do More.
Hopefully they'll get the job done.
p/s:aku sekadar pemerhati je.Tak sokong sape2.
monolog
dun laugh..diriku sememangnye bukan ahli syair..bukan tau bermadah..cuma nukilanku di saat aku merindukan ibu bapaku...
Salam buat kedua ibu bapaku yang jauh di mata tapi sangat dekat di hatiku,
Ma...
sembilan bulan dirimu mengandungkanku,
membawaku bersamamu saat aku masih dalam kandungan,
semakin bertambah waktu,semakin juga bertambah berat kandunganmu ini,
namun tidak sedikitpun dirimu mengeluh
'sungguh berat kandungan ini ,
sungguh nakal bayi ini'
dirimu melahirkanku dengan susah payah,
sakitnya ,Ya Allah hanya Dia yang Maha Mengetahui,
namun sekali lagi dirimu tidak pernah mengeluh,
malah masih jua melahirkan zuriat,
demi kesinambungan umat Muhammad s.a.w
tujuh pejuang Islam telah dilahirkan dari rahim-mu,
terima kasih ,Ma..
kerana bersabar dengan si anak kecil ini.
Abah,
teguran dan nasihat yang abah berikan sangat anakmu ini hargai,
tanpa teguran abah,
siapalah ani ini,
sebesar pengorbanan ma,besarlah jua pengorbanan abah,
sungguh,
masih terngiang diingatan sebab musabab abah meletak jawatan sebagai askar,
ketika itu air mata ini terasa ingin mengalir,
siapakah di dunia ini yang berfikiran sepertimu?
mengorbankan kerjaya demi anak-anakmu,
bukan dirimu tidak tahu jika terlalu banyak suara-suara sumbang yang
berfikiran sinis tentangmu,
tapi,
dirimu tetap kuat,
menuntun kami sehingga hari ini,
terima kasih,Abah
kerana pengorbananmu ani di sini,
menjadi ani yang terbina atas teguran dan nasihatmu.
untuk segala pengorbanan,pahit manis,penat lelah,
untuk atas segala yang tak terhitung,
terima kasih yang mampu anakmu ucapkan.
ani tak mampu nak balas,
kerana harta dan seisi dunia
tidak akan pernah mampu membalas segala pengorbananmu,
Abah dan Ma.
anakmu tidak pandai berkata-kata,
tidak juga pandai bermadah-madah,
cuma nukilan di saat ani merindui kalian berdua,
yang tak mampu ani ucapkan melalui kata-kata,
hanya doa-doa ani buat kalian,
semoga kalian ditempatkan di kalangan
mereka yang beruntung
amin~
Sabtu, November 1
manusia pelbagai ragam
Ya Allah,moga Kau permudahkan jalanku.
Okla,berbalik pada tajuk kali ni.Manusia pelbagai ragam.Ada apa dengan tajuk nih?
Aku ingin kongsikan sesuatu yang aku dapat dari Dr Rizki,seorang doktor pakar jantung yang suatu masa dahulu pernah menjadi tutorku.Dia berkata kepada kami
Banyak manusia,banyak ragamnya.Satu hari kamu pasti ketemu dengan macam-macam orang.Ada yang sangat membantu,bekerjasama dengan kamu,ada yang terlalu perahsia,sehingga susah untuk kamu dapatkan maklumat darinya,ada yang mudah marah dan macam-macam lagi.
Dahulu,aku akui aku mudah naik angin.asal ada je hal yang tak kena dengan jiwa aku,terus melenting sakan.Sekarang ni pun ada lagi perangai nih.Huhu...kan manusia tu tidak sempurna,tapi seseorang tu boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya(ciplak ayat kawan aku)
Setiap orang ada perangai masing-masing.Aku juga begitu.Macam mana sikap kita terhadap sesuatu mencerminkan personaliti diri kita.Adakah kita ni bersikap reaktif atau proaktif.Dalam hal ini,aku lebih suka memilih proaktif.Seringkali aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka.Contohnya,tunggu bukan main lama,ada kala 2 jam,tiba-tiba leh plak teteh devi kata kat kami hari ini tak de lecture.Kalau korang,membara tak?aku?dalam hati membara gak.Tapi di sinilah sikap proakif atau reaktif ditunjukkan.Aku pun bukanla baik mana pun,tapi dalam situasi ini,aku lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri.
Dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan Allah(an Nahl 16:127)
Entri kali ni bukanlah ditujukan kepada sesiapa melainkan diri aku sendiri.Aku pun tak tau apa yang aku tulis ni betul ke tak.
salam
Entri Pertama
Hurm,kenapa aku kembali?