Tampilkan postingan dengan label rambling thought. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rambling thought. Tampilkan semua postingan

Senin, Januari 7

Ohana

Post pm,

Kau balik rumah?

A'ah. Balasku.

Letih nak balik. Kerja sampai pagi. Rumah jauh pulak tu.

Dulu mungkin fikir begitu. Tapi selepas beberapa ketika saya merenung kembali saat-saat indah saya bersama keluarga saya. Bila umur semakin meningkat dewasa, tanggungjawab menjadi semakin bertambah. Dan pengorbanan yang banyak diperlukan untuk memastikan orang-orang di sekeliling kita bahagia.

Ramai orang memberi pelbagai alasan. Alasan yang bila difikir kembali adalah berdasarkan keadaan. Hidup adalah membuat pilihan. Sebagai contoh, seorang rakan sekerja saya memilih untuk berulang alik dari rumahnya ke tempat kerja yang mana rumahnya itu bolehlah dikira hampir 2 jam dari tempat kerja. Pilihan itu di tangannya, tiada sesiapa memaksa. Tapi tidak bolehlah dia jadikan alasan itu untuk dia pulang tepat jam 6 petang sekiranya kerjanya belum siap, atau adanya pesakit baru yang masuk sebelum pukul 6 yang belum diclerk dipass overkan pada orang kerja malam semata-mata kerana dia tinggal jauh. Keadaan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan siapa yang ingin anda jadi. Keadaan adalah pemalar dan kita adalah pembolehubahnya. Kalau kita tidak berubah, adakah keadaan akan berubah untuk kita?

Begitu juga halnya dengan keluarga. Saya letih lepas kerja malam, tapi saya tidak mahu jadikan alasan letih saya itu untuk tidak pulang ke rumah. Masa saya singkat bersama ibu dan ayah saya. Lebih-lebih lagi bila umur semakin tua. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi ke depan, tapi lakukanlah apa yang perlu sekarang sebelum kita terlambat.

Bila ada satu kempen "stop violation against women " dipromosikan di media massa (yang mana saya turut menyokong kempen ini) saya merasakan perlunya "women stop violating yourself " kerana penghormatan ke atas wanita tidak akan jatuh ke riba sekiranya wanita tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya. To gain respect, you have to give it. Contoh yang paling nampak. Adalah pilihan wanita untuk berpakaian ketat di luar rumah, bukan kerana ianya mengikut keaadan zaman, fesyen baru ke apa. Sekarang cuba fikir, adakah keaadaan mengawal kita atau kita yang mengawal keadaan?

Saya petik kata-kata Alfred Adler:

Sesungguhnya semua manusia lahir ke dunia ini dengan keaadaan yang lemah, tidak berpakaian dan tidak berdaya. Hal ini telah meninggalkan kesan terhadap perilaku manusia, yang mana kita merasakan segala sesuatu di sekeliling kita lebih kuat daripada kita. Apabila kita matang dalam menilai diri, kita akan berhadapan dengan kekuatan yang tidak mampu kita hadapi. Itulah perangkan kehidupan moden yang kompleks, yang memerangkap kita seumpampa perangkap tikus. Keadaan ini menyebabkan kita berasa serba kekurangan, dan hal inilah yang melahirkan penguasaan dan pengawalan terhadap perilaku di manusia.

Ingatlah,

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib yang ada pada diri mereka- Surah Ar-Ra'd : 11

Luangkan masa bersama keluarga anda. Masyarakat yang sihat akalnya bermula dengan kehidupan berkeluarga yang sihat.

Rabu, Maret 7

Ruang sosial

Solat berjemaah di masjid/surau adalah ruang sosial bertemu masyarakat yang paling ampuh. Lantas, masjid/surau sebenarnya adalah titik sosial yang paling power dalam sejarah manusia.

Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam: 

“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala bagi manusia seperti serigala terhadap kambing. Ia menyerang kambing yang jauh dan memencilkan diri. Maka hindarkanlah dirimu daripada hidup jauh berjauhan, dan hendaklah kamu berjemaah, bersama orang ramai dan melazimkan diri dengan masjid” [Hadith riwayat Ahmad]

 Dua sen aku :P

Senin, April 11

Keajaiban

Ibu tanya bila mahu pulang,
Ayah ajak pulang hujung minggu,
Kakak ajak lepak rumah dia,
Sahabat-sahabat tanya kapan bisa ketemu,
Berharap benar
Jika ada pintu Doraemon
Sekejap-kejap di rumah
Tidak perlu tinggal di kolej
Tengahari lapar,
buka pintu Doraemon
Dan terlihat ibu di rumah.

Jika aku mahukan keajaiban,
aku akan ciptakan keajaiban itu.
Tiada pintu Doraemon
Ada keajaiban lain
Pasti aku lakukannya
Untuk
Ibu
Ayah
Kakak
Sahabat.

Dah.

*masih berharap pintu Doraemon tu wujud*

Nota : Tahniah buat sahabat-sahabat tahun 3 yang lulus peperiksaan.

Selasa, Agustus 31

hari-hari terakhir

Tuhan aku ingin hidup yang sederhana
Melepas segala hiasan dunia , meredupkan kilauan raga
hanya untuk berjalan dijalan Mu

Tuhan, aku ingin ujian Mu
Sebagai teguran kalaku ragu, meragu akan nikmat Mu
sesederhana itu Tuhan,

Aku dan juangku,
terikat dalam ridha Mu,
melaksanakan kata dan pikirku,
saat bosan dan lelah menyapa,
kuatkan dan ikhlaskan aku.


Jatinangor, 24 Juni 2009
ditulis saat merasa tidak layak dididik sebagai dokter.
sumber: ghea

Saya sangat menyukai sajak ini. Benar-benar cocok sama saya. Tiada apa-apalah, cuma kini sudah berada di 10 malam terakhir. Fasa penentuan akan seberapa banyak saya berusaha (ya, sememangnya jika dilihat pada statistik saya bisa dikategorikan kepada calon yang kalah deh) tetapi tetap mahu usaha sampai akhir. Biar saya gak punya sesalan deh.

hidup adalah untuk mendepani ujian dengan senyuman~

Kamis, Juni 10

fantasial

Punya masalah gak bisa tidur walaupun sudah jam 3.
Saya perlu menulis. Tidak puitis, tidak indah.
Garapan saat tangan pantas menulis bait-bait kata.
Tanpa hala tuju akan seperti apa garapan ini.

Nah,
memang bukan jagonya penyair

Pada asalnya ia cuma fantasial,
Garapan idea-idea nakal,
Saat aku masih hingusan,
Aku simpan rapat-rapat,
Ku biar Tuhan yang mendengarnya.

Aku cuba lari,
Lari dari kenyataan,
Kalau dunia itu
hanya igauan mimpi-mimpi yang tak sudah
atau,
tidak dapat tidak,
ingin aku lenyapkan saja
idea-idea nakal itu

namun,
fantasial itu mahu eksis,
hanya butuh waktu
sedikit-sedikit menjadi
manifestasi erti hidup ini

Minggu, Juli 12

Kalau aku punya kenderaan sendiri

Semalam, hampir satu jam aku dan teman-teman menunggu. Menunggu teksi yang tak kunjung tiba. Deretan kereta telah beransur-ansur keluar dari pusat membeli-belah. Kami malah di situ. Jika ada sekalipun teksi yang berhenti, namun kebanyakannya akan menolak untuk menghantar kami ke destinasi yang dituju. Kalau mahu diikutkan hati, ingin sahaja aku dan teman berjalan kaki pulang, tapi barang-barang rumah yang setimbun itu membantutkan hasrat kami ( Kalaulah trolley itu boleh dibawa pulang dan dihantar kembali, pasti aku sudah melakukan hal tersebut, heh.)

Masa-masa ginilah keluarlah idea.

"takde ke sesape yang nak tumpangkan kita?"

Heh!

"Ini KL la, sape nak wat camtu"

Tak dinafikan, kalau dahulu berada di kawasan kampung di Indonesia, buat aku lebih merasa dekat dengan orang-orangnya. Aku merasa lebih dekat pada nilai-nilai Islam. Serius tau. Aku pernah diajak oleh seorang muslimah untuk pulang bersamanya. Dia tak kenal aku langsung. Tetiba je dia memberhentikan motornya dan mengajakku pulang bersamanya. Aku agak segan sebenarnya, tambah pula aku masih baru di sana jadi agak takut untuk setuju. Lantas, aku cuma katakan

"gak apa-apalah. nuhun ya" (takpelah, terima kasih)

Si muslimah tersebut berlalu dariku. Di kejauhan sana, dapat aku lihat senario yang sama. Si muslimah memberhentikan motornya dan mengajak seorang muslimah lain. Alhamdulillah, rezeki dia gamaknya. Mereka berlalu dariku. Itulah salah satu pengajaran tentang ukhuwah yang aku dapat semasa belajar di sana.

Bukan sekali aku mendapat pelawaan dari masyarakat tempatan, banyak juga. Dan aku kagum, mereka tidaklah prejudis dalam menilai orang. (Tak macam aku ni, agak prejudis sikit. Salah satu sebab kenapa aku menolak pelawaan si muslimah tersebut) Malahan, pensyarah-pensyarahku juga tidak lokek mempelawa kami menaiki kereta mereka. Antara yang pernah aku tumpangi kereta mereka ialah Dr Samsudin( baik sangat, lebih menggunakan kata ganti bapak berbanding dokter) Dr Pakar ENT (aku lupa namanya, haish tapi orangnya sangat manis) Dr Yoga ( Dulu pernah menjadi aktivis mahasiswa, namun dijatuhkan oleh mereka yang menolak keadilan)

Orang kata apa guna belajar jauh-jauh tapi tak mengambil pengajaran dari sana. Aku nak kata baik, takdela. Kalau aku punya kenderaan, aku ingin sekali melakukan hal yang sama. Menumpangi sesiapa saje, tapi takdela sampai nak bagi tumpang manusia yang aku temui pepagi buta kat tepi highway berpakaian serba putih plak. Kang jadi kes lain plak. Ini salah satu harapan aku. Aku berharap aku sebolehnya melaksanakannya walau sekali.

Tak gila kan wat keje ni?

Minggu, Maret 8

Hanya suatu pilihan..

Ini adalah cadangan yang sangat bernas. Aku teruja saat kakakku melontarkan pandangannya.

"Belilah emas kat sana," cadang kakakku.

Damn!

Apsal dulu aku tak pernah terfikir benda ni.
Nilai rupiah sangat rendah. Sangat rugi jika aku tukarkan ke ringgit malaysia.
Emas pula nilainya hampir sama. Tak pernah berubah. Jika aku beli di sini dan tukarkan di Malaysia aku masih juga untung.

Namun ini hanyalah cadangan. Melihatkan mukaku yang sememangnya naif ni, ditambah aku jenis yang tak tahu apa-apa pasal emas, nak berlagak tahu pun tak boleh dan sikap orang Indonesia yang memang bermulut manis, aku kira akulah manusia yang paling senang kena tipu. Cadangan ini bukan cadangan biasa sebenarnya. Adalah lebih baik menyimpan wang kita dalam bentuk emas. Sangat selamat untuk masa depan.

Minggu, Februari 22

Diskusi ESQ

Salam buat semua.

Aku sangat tertarik dengan soalan yang dikemukan oleh seorang mahasiswa Indonesia semasa sesi diskusi bersama ahli-ahli ESQ. Tentang isu golput. Isu fatwa Majlis Ulama Indonesia tentang haram menjadi golput. Kecoh. Akhbar-akhbar yang bersifat sekular dan liberal menghentam habis-habisan fatwa yang dikeluarkan oleh MUI. Sesetengah akhbar menyifatkan tindakan menfatwakan haram menjadi golput adalah untuk kepentingan sesetengah pihak.

Golput atau nama panjangnya golongan putih adalah mereka yang bertindak untuk tidak turun mengundi calon parti dalam pilihanraya akan datang ( definisi sebenar tidak diketahui, ini sekadar pemahaman sendiri)

Dan nasihat Kang Tony untuk semua yang hadir : Jangan jadi golput.

Golput terjadi kerana dua hal. Satu, kerana rasa tidak percaya pada pemimpin dan satu lagi kerana mereka melihat tidak ada perubahan yang terjadi walaupun pemimpin sudah bertukar ganti. Kestabilan negara masih ditahap yang sama. Masih tidak stabil. Dan jika dari segi ekonomi, semakin banyak permintaan semakin tinggi pengeluaran, inilah juga yang terjadi untuk isu golput. Semakin tidak stabil negara, semakin tinggi golput. (Ini sekadar teori aku, jika salah maaf ye!)

Pada hemat aku, adalah sangat rugi untuk tidak turun mengundi. Lagi rugi jika yang menjadi golput adalah mahasiswa. Aku sangat kagum dengan kebebasan suara di bumi Indonesia (walaupun ada sesetengah yang buat aku panas telinga ). Aku tidak tahu persis situasi universiti di Malaysia. Namun di sini, isu-isu seperti korupsi, pemerintah tirani dan sebagainya menjadi isu biasa yang dibincangkan di kalangan mahasiswa kampus. Satu tajuk diskusi yang aku kira sangat best. Sayang. Saat itu aku lagi ada kuliah. Jika tidak, akanku ke Bandung menyertai diskusi Hala tuju Indonesia pasca pemilu 2009 yang dianjurkan oleh FISIP. Keterbukaan masyarakat di sini mampu membuka minda semua terutama mahasiswa. Kerana suatu masa, mahasiswa (golongan muda ) inilah yang bakal memimpin negara. Rugi, jika kita didedahkan dengan 1001 macam baik buruk ahli politik namun masih juga brtindak untuk menjadi golput. Undi kali ini bukan hanya untuk diri sendiri, malah undi ini adalah untuk agama, bangsa dan negara.

Aku sangat tertarik dengan ayat yang ditulis oleh penulis blog ni

"Sesiapa yang tak rasa politik itu mustahak, anda juga dialu-alukan untuk datang anggaplah ini perjuangan anda untuk Islam dan kemanusiaan seperti yang sentiasa anda war-warkan."- Adibah Abdullah:Protes Senyap dan Emergency General Meeting



Mungkin agak kurang kena isu yang dibawa oleh dia dan isu yang dibawa oleh diriku. Namun, pada aku ia masih satu pesanan tersirat yang ingin dibawa penulis. Kita tak merantau beribu-batu (hehe, tau Indonesia Malaysia dekat je) hanya untuk menjadi pelajar, yang hanya belajar tentang ilmu perubatan. Belajar sungguh-sungguh, balik Malaysia kerja dengan kerajaan. Ada lebih dari itu. Di sini, kita belajar budaya mereka. Sikap mereka. Pemikiran masyarakat mereka.

Kerana itu, aku sangat ...hah?.. bila...



"Tak boleh macam ni. Tak boleh join benda ni. Nanti biasiswa kita kena gantung."



Bukan buat apa pun. Lagi baik berbincang daripada bercakap membabi buta sok tahu tapi sebenarnya tak tahu. Kita mula belajar untuk peduli, peduli tentang isu-isu semasa. Apa salahnya peduli isu politik plak?



Nota 1:Apa motif sebenar entri ni? Aku menulis ikut suka hati, apa yang nak ditulis aku tulis. Maaf jika entri ini membazir masa kamu.
Nota 2: Aku tak delete blog ni. Ok?