Tampilkan postingan dengan label dunia kampus. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dunia kampus. Tampilkan semua postingan

Rabu, September 28

Ujian atas kertas

 


Terjumpa kawan lama selepas bertahun tidak ketemu

Okay tak master?- tanya kawanku

Allahu, menyesal- jawabku tanpa ragu😅

Direzekikan Allah menyambung pengajian setelah hampir sedekad bekerja. 

Semoga inilah yang terbaik.

Masih sangat ragu dengan keupayaan sendiri.

Dari dulu sehingga kini.

Dulu-dulu

Rasa tak layak jadi doktor

Sekarang

Rasa tak mampu nak belajar dan lulus ujian atas kertas

(ragu to the max)😩

Eh,

Dah kenapa ni


Sila sambung ulangkaji dan teruskan usaha


Mohon doanya

Ujian atas kertas 

4-5 Oktober 2022




Minggu, November 4

Graduasi


“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”
- WS Rendra

UKM
Nanti-nanti kita ketemu kembali
Tempat belajar
Paduan ilmu dan keimanan 

21/10/2012



Kamis, Maret 10

kurang sensitif

Pengalaman menyertai gerai-gerai klinikal sepanjang di Tahun 4 memberi saya beberapa nasihat penting.

Gerai klinikal pertama

Untuk yang pertama, saya bertugas memeriksa tekanan darah pengunjung. Guna pengukur tekanan darah yang automatik je. Namun, bacaan yang saya dapat, tidak begitu boleh diterima walau saya telah mengulanginya berkali-kali.

Nasihat sahabat : Jika macam ni, minta pesakit relaks dan duduk menyandar pada kerusi. Ulang pemeriksaan jika bacaan tidak masuk akal.

Yang kedua pula, betapa kurang sensitif saya ini, saya meminta seorang pengunjung menyinsing lengan  bajunya. Waktu itu, tidaklah sangat saya perhatikan perwatakannya dan ketidakrelaannya.

Teguran sahabat saya : Lain kali, kalau macam tadi, ambil je tekanan darah tanpa dia perlu menyinsing lengan bajunya.

Ini dua teguran yang saya dapat untuk gerai klinikal saya yang pertama.


Gerai Klinikal Kedua

Tak banyak yang saya lakukan waktu ni. Pengunjung tersangatlah ramai, sampai tak menang tangan. Saya pula hanya menjaga bahagian timbangan berat badan dan tinggi. Cuma waktu ni, saya belajar jika mahu mengukur ketinggian pengunjung, perlukan pembaris panjang sebagai penanda dan juga kalkulator agar senang untuk kiraan body mass index (BMI). hihi.



Gerai Klinikal Ketiga

Pengunjung tak ramai. Ini antara gerai klinikal paling membosankan bagi saya sehingga saya sempat membaca novel Faisal Tehrani di sana. Waktu ini, saya ditugaskan untuk mengukur tekanan darah dan gula dalam darah. Untuk tekanan darah, kami menggunakan pengukur manual. Masa memula nak check, saya berdoa pada Allah agar dipermudahkan. Sebab dah terlalu lama tak guna manual ni. Saya double check tekanan darah pengunjung dan masih sama. Diastolicnya sangat rendah sehingga perlu dilakukan oleh sahabat saya. Konklusinya, pengukur tekanan darah tersebut yang terlampau sensitif. Maka, semua pengunjung yang hadir diastolicnya sekitar 20-40 mmHg. Boleh pula macam tu. Ish, ish, ish. Tapi yang best sebab dapat praktis guna manual walau bacaan tidak accurate.



Gerai Klinikal Keempat.


Yang ni paling best. Pengunjung ramai, sampai tak menang tangan. Ada satu masa tu, seorang pengunjung ingin mengetahui berat badannya. Terus je dia ke penimbang. Belum apa-apa saya ditegur. Simpanlah dulu semua barang-barang kat badan dia. Oh, kurang sensitif saya ini. Tidak sedar poket baju melayunya penuh begitu. Nanti tidak accurate pula bacaannya.

Bila saya di bahagian menguji gula dalam darah, sahabat saya menegur juga. Katanya, kalau boleh kaunselling sikit pesakit, nanti takdela bahagian kaunselling terbeban dengan ramainya pengunjung. Oh, lagi sekali saya kurang sensitif. Tahu ambil darah sahaja.

Baru empat gerai klinikal yang saya sertai. Ingatkan dah banyak. Nak join lagi jika berkesempatan. Membantu memperbaiki skill klinikal pada masa yang sama kemahiran sosial saya.

Selasa, Maret 8

Mahasiswa

Mahasiswa takut kepada dosen,
Dosen takut kepada dekan,
Dekan takut kepada naib canselor ,
Naib canselor takut dengan Menteri,
Menteri takut dengan Perdana Menteri,
Perdana Menteri takut dengan mahasiswa.

-Taufik Ismail-

sumber : blog Qanun fi at Dunia

Wacana Ilmiah

Salam.

Semalam, saya dan sahabat menyempatkan diri menghadiri forum ilmiah yang bertajuk Wacana Pendidikan Percuma : Relevan atau Sandiwara Politik. Tajuk tersebut sangat menarik untuk dikupas lebih-lebih lagi di kalangan kita, mahasiswa. Pertama-tamanya panel yang dijemput bukan calang-calang orang. 3 panel yang dijemput ialah Senator Mumtaz dari Pas, YB Dr Naser dari Parti Sosialis Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS, merupakan seorang Think Tanker.


Relevan atau Sandiwara Politik

Untuk menjawab soalan ini, ketiga-tiga panel memberi pandangan yang cukup menarik. Ia tidak hanya disekitar pendidikan sahaja malah ia membawa satu pemikiran luar kotak.

Respon pertama diperoleh dari YB Dr Naser dan beliau bersetuju bahawa isu pendidikan percuma ini relevan di Malaysia. Namun, sebagai seorang yang berfahaman sosialis saya dapat menilai setiap butir bicara beliau adalah lebih kepada pembelaan kepada rakyat miskin dan penindasan oleh golongan kaya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh United Nation (UN) Malaysia menduduki ranking pertama di antara negara Asia Tenggara dan kedua tertinggi selepas Papua New Guinea di Asia  berhubung jurang pendapatan yang ketara antara penduduk. Makanya, tidak hairan jika purata pendapatan per isi rumah mencecah RM 4000. Ini jelas menunjukkan jurang yang cukup besar berlaku lebih-lebih lagi 40% rakyat Malaysia dilaporkan berpendapatan kurang daripada RM 1500.

Senator Mumtaz dari Pas pula secara fikrahnya membawa Islam membuka bicara dengan hadis.

Sekiranya kamu memberi anakmu ADAB, maka harta, pangkat, ilmu dan sebagainya bakal hadir bersama (hadis Nabi)

Adakah sama antara yang tidak mengetahui dan yang mengetahui( Kalamullah)

Senator Mumtaz membawa hadirin yang hadir dengan berfikir di luar kotak. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau, pendidikan percuma tidak hanya secara formal malah perlunya yang informal. Dan ia bukanlah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya tetapi ia sepenuhnya tanggungjawab IBU BAPA untuk mengajari anak-anak yang lahir terdidik dengan AKHLAK yang baik.  Relevan atau tidak? Katanya relevan kerana kita MAMPU dan kita sebenarnya KAYA namun pengagihan kekayaan itu yang tidak saksama. 

Terakhir, Mr Wan Saiful dari IDEAS menyediakan slide untuk perbincangan kali ini. Kecil sahaja orangya, namun sekali mengeluarkan kata, terpana semua. Beliau tidak berapa bersetuju dengan tajuk yang diberi. Pada beliau, pendidikan percuma mampu diberi oleh semua, samada dari parti mana-mana sekalipun tetapi yang menjadi isu ialah berKUALITIkah pendidikan yang diberikan? Makanya, tidak hanya percuma, kualiti lebih penting. Jika tidak percumalah (sia-sia) bilang orang Indonesia. 

Dan untuk sesuatu sistem itu berkualiti, perlu wujud persaingan dan pilihan. Percaya tidak, di India terdapat sekolah swasta untuk golongan miskin? Mr Wan Saiful menunjukkan beberapa gambar yang sempat dirakam dalam lawatannya ke India bagi mengkaji sistem pendidikan di sana. Maka, tidak hairan jika kanak-kanak di India lebih cemerlang kerana kualiti pendidikan yang menjadi keutamaan. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan sebenarnya bergaji maksimum RM 400 dan yuran pengajian setinggi RM 100. Namun, atas dasar kualiti yang diutamakan mereka lebih memilih sekolah ini berbanding sekolah kerajaan yang terletak 5 minit dari sekolah tersebut. Ini membuktikan sekiranya terdapat pilihan dan persaingan kualiti pendidikan kita akan semakin baik.

Mahu kongsi lagi, cuma tunggu ya. Saya henti dulu


Minggu, Desember 19

kuasa wanita

Sudah lama tidak menjenguk blog sahabat. Hari ini saya menyempatkan melawat blog sahabat-sahabat saya. Terjumpa saya kata-kata dari allahyarham Malcom X. Saya hanya kopi pasta dari blog sahabat saya, Diana.

Ucapan Allahyarham Malcolm X dalam ucapan “Housing and Self Defense Harlem 1964″.

When you live in a poor neighbourhood,
you’re living in an area where you have to have poor school
when you have poor school, you have poor teacher
when you have poor teacher, you get the poor education
when you get the poor education, you are destined to be
a poor man and a poor woman the rest of your life.

Apabila membaca buku teks Paediatric, saya semakin bersemangat untuk memperkasakan wanita. Kenapa tidak? Bukankah eloknya sesebuah masyarakat/ peradaban tergantung kepada eloknya wanita? Wanita bisa menjadi fitnah lelaki, namun pemerkasaan wanita dari segi ruhiyah dan lahiriah mampu melahirkan wanita-wanita yang menjadi tulang belakang keluarga, sebagai rusuk kiri lelaki dalam memimpin keluarga dan menjadi pendidik terbaik untuk anak-anak. Akhirnya, terbentuklah baitul muslim yang kita idam-idamkan.

To educate a girl is to educate a whole family. And what is true of families is also true of communities and, ultimately, whole countries. Study after study has taught us that there is no tool for development more effective than the education of girls. No other policy is as likely to raise economic productivity, lower infant and maternal mortality, improve nutirition and promote health-including helping to prevent the spread of HIV/ AIDS. No other policy is as powerful in increasing the chances of education for the next generation.
(Kofi Annan, Secretary General UN, 2004)

Ayuh, wahai bakal-bakal ibu sekalian! Didiklah anakmu menjadi pejuang. Kekuatan pejuang-pejuang Palestin adalah pada didikan ibu-ibu mereka. Yang tanpa pendidikan formal mampu melahirkan dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang pejuang agama. Tidak malukah kita pada mereka? Kita dengan segala kelebihan bisa melahirkan seseorang seperti itu dengan MAHU dan TAHU yang tinggi.

Lantas, jika mahukan seseorang berjiwa pejuang, anda wahai wanita-wanita sekalian harus berjiwa pejuang. Seteguh Khadijah r.a dan sebijak Aisyah r.a. Komitmen adalah totalitas sebuah perjuangan.

Selasa, Oktober 26

mata

mata ini cermin buat sekian banyak manusia. ianya kecil, tapi apabila diselongkar, Subhanallah, teramat cantik. jika matahari memancarkan sinarnya untuk manusia dan alam, matahari yang ada di mata memantulkan cahaya untuk kita melihat. Subhanallah. di tempat sekecil mata, kita bisa melihat matahari lebih dekat, malah teramat dekat. Allah, kepadamu aku bersujud. keagunganMu tiada tara. aku insaf.

tidak aku syukuri melainkan nikmatMu yang menuntunku pada jalanan ini. aku sayang profesionku :)





Kamis, Agustus 12

oh sukan

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan-perlawanan bola tampar antara tahun. Tahun ini menyaksikan, kami pelajar tahun 4 meraih tempat kedua seperti halnya tahun lepas, di belakang adik kami, pasukan bola tampar tahun 2.


Aku akui kalau adik-adik tahun 2 memang mantap. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh bermain, tapi berstrategi. Dan strategi mereka berjaya memberi kejayaan kepada mereka. It was a good game though. Aku berharap dapat diadakan satu lagi perlawanan. friendly match dengan adik-adik tahun 2.


Ucapan terima kasih teristimewa diberikan kepada ahli pasukan tahun 4 yang komited dengan perlawanan kali ini. Kami hanya berenam, tiada seorang antara kami, habislah. Aku berharap sangat semakin ramai yang meminati permainan bola tampar, agar ktdi tidak ketandusan pemain pelapis. Walau pasukan bola tampar perempuan tiadalah cemerlang ketika sukem, tapi pada aku yang penting adalah semangat kesukanan. Majulah sukan untuk semua.

terakhirnya, selamat menyambut bulan ramadhan 1431h. Moga mendapat keberkatan dan pentarbiahan terbaik sepanjang bulan yang mulia ini.

Rabu, Juli 28

akan satu hal

Kejayaan seseorang itu bergantung pada bagaimana mereka menyeimbangkan kehidupan mereka. Seseorang dilihat berjaya dengan menjadi pelakon terkenal, meraih anugerah pelajar terbaik, menjadi ikon remaja masa kini atau sebagainya. Namun, kejayaan itu bukanlah kayu ukur menunjukkan bahawa mereka telah mencapai kehidupan seimbang. Mendefinisikan kejayaan seseorang itu sangat subjektif, pandangan setiap manusia berbeza. Ada yang melihat populariti itu kejayaan, ada yang memandang pangkat dan pendidikan itu satu kejayaan seimbang yang dicapai. Namun, faktor-faktor ini adalah bersifat duniawi semata-mata. Oleh hal demikian, kejayaan beroleh kebendaan semata bukanlah satu penanda aras mereka-mereka ini berjaya di kehidupan seterusnya.

Oleh itu, persoalan yang perlu ditanyakan lagi ialah apa seterusnya? Setelah apa yang dicapai dengan penat-lelah, apa seterusnya? Ada yang apabila menanyakan soalan ini tidak menemukan jawapan atas soalan yang ditanya, lantas mengambil jalan mudah dengan menamatkan riwayat mereka. Lihat sahaja negara matahari terbit, peratusan yang bunuh diri amat serius sedangkan mereka negara yang terkedepan dalam bidang teknologi. Ada yang terus-terusan bertanya, apa seterusnya. Namun malang sekali, mereka juga tidak menemukan jawapan atas soalan yang ditanya lantas mencari identiti diri dengan melakukan hal-hal yang membahayakan kesihatan seperti minum arak, mengambil dadah, seks bebas dan sebagainya. Golongan ini, walaupun terpelajar tetap tidak dilihat sebagai ikon kehidupan seimbang.

Namun ada yang bertanya, apa seterusnya mendapatkan jawapan akan soalan yang ditanyakan. Cat Stevens yang terkenal di era 70-an, menanyakan apa seterusnya mendapatkan jawapan dengan memilih Islam sebagai jalan hidup beliau. Beliau meninggalkan populariti untuk mencari redha Ilahi. Ary Ginanjar Agustian saat bertanyakan diri beliau menemukan bahawa tingkatan tertinggi adalah apabila kita mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa (Spiritual). Lantas, sebahagian mereka mengorak langkah. Mengejar akhirat yang kekal abadi dan pada masa yang sama mendapatkan kebahagiaan dunia yang penuh rintangan.

nota: akan satu hal, rumusan ini masih tidak lengkap. idea hilang secara tiba-tiba. hurm.

Selasa, Januari 26

PRK

Demam PRK sedang bermula.
Jalankan tanggungjawab anda sebagai mahasiswa.
Calon umum : Nombor 2, 3, 5, 6 (FPER-Alia Suzana) dan 9.
Jom pi mengundi.
28 Januari 2010 jam 8pagi hingga 5 petang.


Nota: Saya tak dapat nak tag orang kat fb. Jadi saya letak kat sini.