Tengah buat prosedur memasukkan triple lumen di leher pesakit, tetiba sahaja pesakit mengalami serangan sawan.
Ini Ani yang jon ni.
Kawan saya cakap. Allah tak bebankan seseorang melebihi kesanggupannya.
Kalau kerja malam, hanya minta pada Allah supaya berikan yang terbaik untuk saya dan pesakit saya.
PM pertama di high dependency ward. Doakan saya.
Minggu, Februari 17
Senin, Januari 21
Jumat, Januari 18
Love. Pray. Syria.
Satu masa dahulu ianya ditulis
dijumpai kembali di celah-celah baju kusamku
Aku ingin sama-sama
habis waktu usai kuliah
perihatin soal masyarakat
Aku ingin sama-sama
Petik jariku
Pegang amanah yang aku pikul
Nyatakan kebenaran
Dengan bermain kata di alam maya
Biar sedar akan semua
"Pejuang Syria itu tiada salah"
Nota : Saya menolak perkataan pemberontak yang sering digunakan oleh media massa terhadap pejuang-pejuang Islam di Syria. Titip doa buat mereka.
dijumpai kembali di celah-celah baju kusamku
Aku ingin sama-sama
habis waktu usai kuliah
perihatin soal masyarakat
Aku ingin sama-sama
Petik jariku
Pegang amanah yang aku pikul
Nyatakan kebenaran
Dengan bermain kata di alam maya
Biar sedar akan semua
"Pejuang Syria itu tiada salah"
Nota : Saya menolak perkataan pemberontak yang sering digunakan oleh media massa terhadap pejuang-pejuang Islam di Syria. Titip doa buat mereka.
Senin, Januari 7
Ohana
Post pm,
Kau balik rumah?
A'ah. Balasku.
Letih nak balik. Kerja sampai pagi. Rumah jauh pulak tu.
Dulu mungkin fikir begitu. Tapi selepas beberapa ketika saya merenung kembali saat-saat indah saya bersama keluarga saya. Bila umur semakin meningkat dewasa, tanggungjawab menjadi semakin bertambah. Dan pengorbanan yang banyak diperlukan untuk memastikan orang-orang di sekeliling kita bahagia.
Ramai orang memberi pelbagai alasan. Alasan yang bila difikir kembali adalah berdasarkan keadaan. Hidup adalah membuat pilihan. Sebagai contoh, seorang rakan sekerja saya memilih untuk berulang alik dari rumahnya ke tempat kerja yang mana rumahnya itu bolehlah dikira hampir 2 jam dari tempat kerja. Pilihan itu di tangannya, tiada sesiapa memaksa. Tapi tidak bolehlah dia jadikan alasan itu untuk dia pulang tepat jam 6 petang sekiranya kerjanya belum siap, atau adanya pesakit baru yang masuk sebelum pukul 6 yang belum diclerk dipass overkan pada orang kerja malam semata-mata kerana dia tinggal jauh. Keadaan yang berlaku tidak boleh dijadikan alasan siapa yang ingin anda jadi. Keadaan adalah pemalar dan kita adalah pembolehubahnya. Kalau kita tidak berubah, adakah keadaan akan berubah untuk kita?
Begitu juga halnya dengan keluarga. Saya letih lepas kerja malam, tapi saya tidak mahu jadikan alasan letih saya itu untuk tidak pulang ke rumah. Masa saya singkat bersama ibu dan ayah saya. Lebih-lebih lagi bila umur semakin tua. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi ke depan, tapi lakukanlah apa yang perlu sekarang sebelum kita terlambat.
Bila ada satu kempen "stop violation against women " dipromosikan di media massa (yang mana saya turut menyokong kempen ini) saya merasakan perlunya "women stop violating yourself " kerana penghormatan ke atas wanita tidak akan jatuh ke riba sekiranya wanita tidak memberikan penghormatan yang sepatutnya. To gain respect, you have to give it. Contoh yang paling nampak. Adalah pilihan wanita untuk berpakaian ketat di luar rumah, bukan kerana ianya mengikut keaadan zaman, fesyen baru ke apa. Sekarang cuba fikir, adakah keaadaan mengawal kita atau kita yang mengawal keadaan?
Saya petik kata-kata Alfred Adler:
Sesungguhnya semua manusia lahir ke dunia ini dengan keaadaan yang lemah, tidak berpakaian dan tidak berdaya. Hal ini telah meninggalkan kesan terhadap perilaku manusia, yang mana kita merasakan segala sesuatu di sekeliling kita lebih kuat daripada kita. Apabila kita matang dalam menilai diri, kita akan berhadapan dengan kekuatan yang tidak mampu kita hadapi. Itulah perangkan kehidupan moden yang kompleks, yang memerangkap kita seumpampa perangkap tikus. Keadaan ini menyebabkan kita berasa serba kekurangan, dan hal inilah yang melahirkan penguasaan dan pengawalan terhadap perilaku di manusia.
Ingatlah,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasib yang ada pada diri mereka- Surah Ar-Ra'd : 11
Luangkan masa bersama keluarga anda. Masyarakat yang sihat akalnya bermula dengan kehidupan berkeluarga yang sihat.
Sabtu, Desember 29
Viva
Post viva pertama di posting medikal,
walaupun mentorku bukanlah
seorang yang super duper cool ketika ward rounds
tapi dia super duper cool masa viva
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik
1 jam lebih viva
dapat ilmu, dapat tips
Macam kembali ke alam belajar pun ada
Semoga rakan-rakan sekerjaku lepas viva pertama ni juga
Post pm call,
Selagi ada peluang belajar,
Ambil peluang itu untuk belajar
Itu jihad kita di sini
4 kes dari red zone untuk aku
Alhamdulillah.
Banyak belajar dari pesakit.
walaupun mentorku bukanlah
seorang yang super duper cool ketika ward rounds
tapi dia super duper cool masa viva
Alhamdulillah, segalanya berakhir dengan baik
1 jam lebih viva
dapat ilmu, dapat tips
Macam kembali ke alam belajar pun ada
Semoga rakan-rakan sekerjaku lepas viva pertama ni juga
Post pm call,
Selagi ada peluang belajar,
Ambil peluang itu untuk belajar
Itu jihad kita di sini
4 kes dari red zone untuk aku
Alhamdulillah.
Banyak belajar dari pesakit.
Jumat, Desember 21
Sabtu, Desember 8
7-10
Akhirnya, hari ini aku telah pulang awal. Pukul 6 petang, semua kerja telah beres. Senyumanku sampai ke telinga. Bayangkan, selama satu bulan di posting medikal, inilah kali pertama aku pulang tepat pada waktunya. Sebelumnya, paling awal jam 10 malam. Tiada nego-nego.
Satu bulan yang lalu, benar-benar menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Ada banyak perkara yang merenggut ruang hati. Masakan tidak, waktu hanya dihabiskan di hospital. Pergi kerja sebelum terbitnya matahari, sudah gelap ditemani bulan baru menjengah tiba di rumah. Ada masa-masa, aku lemah. Lemah iman, lemah zahir.
Tapi aku percaya janji Allah itu benar. Allah kata setiap kesulitan itu ada kesenangannya. Dan kesenangannya itu adalah hari ini. Hari di mana aku tunggu janji Allah itu. Dan aku bersyukur aku mendapatkannya pada waktu yang sesuai di saat aku bertambah selesa dan matang berada di posting medikal ini. Matang dalam membuat penilaian, selesa dengan kerja-kerja yang bertimbun dan dan semestinya bersiap siaga berdepan konsultan-konsultan dan pakar-pakar yang pelbagai ragam. Dan aku telah temui ritmanya, ritma untuk terus kekal bernafas (biar hanya nyawa-nyawa ikan) di posting medikal ini. Bak kata orang putih, don't worry about a thing, cause every little thing gonna be just fine.
Di posting ini, jika tidak ada orang collapse, bukan medikal namanya. Satu malam, saat keletihan aku bukan main, jam hampir menunjukkan pukul 1030 malam, sedang aku sedang bersiap-siap untuk pulang, tiba-tiba si isteri datang kepadaku
" Doktor, doktor..suami saya..."
Sepantas kilat aku melihat suaminya. Terbatuk-batuk. Kelihatan seperti sukar bernafas. Kebetulan MO aku baru sahaja tiba. CPR dilakukan setelah mendapat persetujuan isteri dan ahli keluarga. 40 minit usaha kami meng-CPR pesakit, namun tiada respons yang diberikan despite maximum dosages of drugs. CPR dihentikan, dan waktu kematian disahkan.
Si anak datang, mendekat pada telinga ayahnya.
"Abah, maafkan adik ya.."
Bahagian itu buat air mata aku hampir gugur. Cepat-cepat aku berlalu. Malam itu mungkin aku letih. Malah disebabkan letih itulah yang aku jadikan alasan untuk jarang pulang ke rumah. Jarang berbual panjang dengan ibu-bapaku walaupun telah aku tetapkan, dalam sehari mestilah menelefon abah dan ma. Tetapi malam itu, aku belajar sesuatu. Menghargai ketika masih ada. Menghargai iman. Menghargai ibu bapaku. Menghargai kerjaku yang menjadi profesion tarbiah untuk aku. Menghargai semuanya. Semua biarpun ianya kecil.
"(Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia, Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka"
(3 : 191)
Medikal.
Apa yang tidak ada padamu?
Banyak untuk ditulis.
Banyak untuk direnung.
Banyak untuk diinsafi.
Sekali lagi aku jatuh.
Jatuh cinta pada profesi ini.
Semakin dalam.
7-10.
Waktu kerjaku. Dan aku selesa asal semua kerja beres pada waktunya.
Langganan:
Postingan (Atom)

.jpg)