Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan

Minggu, Juni 24

Depresi

Love is drop by drop.  Drama Korea yang 120 episod yang aku ulang tengok beberapa kali. Cerita berkisar tentang kekeluargaan. Ada unsur cinta juga. Aku paling terkesan pada watak yang dilakonkan oleh ayah mertua Eun Bang Wool. Dari awal lagi, watak ayah mertua dia rasional. Memang dekat dengan hati. Bertuahnya Bang Wool dapat bapa mertua begitu.

Ada beberapa babak di mana Bang Wool dan ayah mertuanya berbual dan bertukar pandangan. Dinamik keluarga mertua Bang Wool memang impian mana-mana menantu. Malah sikap tolong menolong dan kerjasama antara ahli keluarga memang berjaya digarap dengan elok dalam cerita ini. Ia gambaran sebuah keluarga dinamik yang sihat.

Pada aku, mana-mana lelaki yang menjadi ketua keluarga semestinya seseorang yang rasional dan senang diajak berbual. Aku sentiasa rasa mana-mana masalah akan lebih senang diatasi melalui komunikasi yang berkesan. Walaupun adanya tidak puas hati di kalangan ahli keluarga, ia tidak bermakna kita perlu bercakap kasar.

Dahulu, aku selalu memendam rasa. Pernah aku melalui fasa depresi. Aku pernah terfikir untuk membunuh diri beberapa kali ketika aku masih remaja. Malah, setiap malam air mata aku akan mengalir. Bangun sahaja dari tidur, terasa diri sangat tidak bermaya dan kosong. Aku lalui hari tanpa perasaan. Kemuncaknya, aku melarikan diri dari rumah. Itulah tindakan yang menyedarkan abah bahawa anaknya perlukan dia.

Abah duduk di hadapanku. Air mata abah hampir tumpah. Dan aku muntahkan segalanya yang tidak aku mampu ucapkan sebelum ini. Ia tidak menyelesaikan masalah, tapi benar-benar meringankan beban yang selama ini aku alami.

Kawan, depression is real. Aku dah laluinya. Aku solat, aku baca al-quran, aku nangis malam-malam, bangun solat malam, jadi jangan katakan kurang iman adalah puncanya. Kesakitan itu tidak pergi begitu sahaja. Ia perlukan perhatian dan perlu disantuni. Dan ia perlu dikongsi. Jangan pendamkan rasa sakit hati, sedih, muram dan sebagainya. Sekiranya anda melihat seorang rakan anda tiba-tiba berubah sikap, santunilah dia. Mungkin dia dalam fasa depresi.

Depresi adalah penyakit, walaupun fizikal nampak elok. Ia juga memerlukan rawatan. Ubahlah cara pandang kita pada orang sekeliling kita. Santunilah mereka, dan bersabar. Anda mungkin rasa ia sia-sia, atau anda mungkin rasa dia mengada. Tidak, dia sedang sakit.

Dan buat sesiapa yang mengalami waktu sukar, jangan pendam. Luahkan pada mereka yang anda percaya. Ia tidak menyelesaikan masalah tersebut, tapi sekurang-kurang ia meringankan beban yang anda harungi. Dapatkan rawatan profesional di hospital. Depresi bukan satu sumpahan, ia penyakit. Jangan biarkan ia melarat.

Moga Allah mudahkan kesusahan yang dihadapi

Kamis, Mei 10

9.5.2018

Semalam, pilihanraya umum Malaysia ke-14
Hari bersejarah buat rakyat Malaysia
Legasi pemerintahan Barisan Nasional runtuh
Rakyat Malaysia bangkit
Menentang pemerintah korup

Hari ini,
Kelantan masih kekal di bawah Pas
Malaysia bakal mendapatkan pemerintahan baru
Di bawah Pakatan Harapan
Besarlah harapan semua agar pemerintahan baru lebih telus

Aku berharap Kelantan tidak lagi dianak tirikan di bawah pemerintahan baru
Ah, alangkah menariknya tahun ini
Satu undi rakyat telah membawa perubahan arus baru
Untuk Malaysia yang lebih baik
Dan ia terjadi ketika ini

30 tahun lagi,
Sekiranya dunia ini masih wujud
Mahu aku ceritakan pada anak cucuku

9.5.2018
Tarikh keramat rakyat Malaysia memilih
Melakukan perubahan untuk Malaysia yang lebih baik

Malaysia sangat unik
Berbilang kaum dan agama
Semua bangsa sayangkan Malaysia
Tidak kira Melayu, Cina, India dan bumiputera lain
Sekiranya ada sedikit salah faham
Moleklah kiranya diselesaikan baik-baik
Dan nyanyikanlah lagu Negaraku

Kita semua cintakan Malaysia


Jumat, Januari 18

Love. Pray. Syria.

Satu masa dahulu ianya ditulis
dijumpai kembali di celah-celah baju kusamku

Aku ingin sama-sama
habis waktu usai kuliah
perihatin soal masyarakat

Aku ingin sama-sama
Petik jariku
Pegang amanah yang aku pikul
Nyatakan kebenaran
Dengan bermain kata di alam maya
Biar sedar akan semua
"Pejuang Syria itu tiada salah"




Nota : Saya menolak perkataan pemberontak yang sering digunakan oleh media massa terhadap pejuang-pejuang Islam di Syria. Titip doa buat mereka.

Sabtu, Juni 9

Syria



Walau kini tumpuan dunia tertumpu pada Euro'12
Moga-moga kita tidak lupa pada mereka

Selasa, Mei 15

Peduli Palestin

Kebiasaan saya hanya menggunakan laptop dan internet selama 2-3 jam sehari. Buka sahaja facebook, tengok semua profile picture sama. Apakah? Terlepas pandang saya pada perihal mogok lapar yang dilakukan oleh tahanan Palestin. Alhamdulillah. Layan berita tadi, mengatakan pihak Israel telah menerima permintaan tahanan-tahanan Palestin.

Hari ini juga adalah hari memperingati An-Nakbah. Walau nampak bermusim sahaja, kalau kempen demi kempen diteruskan kesedaran dari semua pihak akan timbul. Masih saya ingat, di awal akhir tahun 2008, Zionis telah menyerang Palestin. Waktu itu, macam-macam persoalan timbul dari rakan-rakan saya. Macam-macam yang ditanyakan pada saya, sedang saya juga terkial-kial. Bukan tahu banyak. Itulah titik timbulnya kesedaran dari rakan-rakan saya dan juga saya untuk mengetahui lebih banyak dan untuk menulis perihal ummah di blog walau sekali setahun.

Peduli kejap-kejap lebih baik dari tidak peduli langsung. Kurang-kurang, tidaklah kita hidup hanya berfikir tentang 'perut' sendiri sahaja. Walau ramai yang menyindir tindakan memboikot barangan Zionis Yahudi ini, tapi sekiranya kita konsisten dalam pilihan yang kita buat, percayalah ia berhasil. Masih saya ingat statistik kejatuhan ekonomi barangan-barangan tersebut pada tahun 2009. Ia berhasil, walau ia hanya bermusim. 3 bulan boikot penduduk dunia terhadap barangan-barangan yang menyokong dan menyumbang kepada ekonomi Israel telah menunjukkan kejatuhan yang ketara. Konsisten sahabat. Konsisten.


Saya ambil gambar ni ketika kempen Palestin di kolej tahun ni. Bila saya rasa tidak semangat, pasti saya ambil telefon saya dan tengok dia. Terkadang, satu gambar begini sudah cukup untuk bercakap-cakap dengan kita walau dia jauh di sana. Saudara kita di sana berusaha sedaya upaya mereka untuk memastikan Palestin tidak jatuh. Kita di sini, berusahalah untuk membantu mereka melalui doa, bantuan kewangan, bantuan kesihatan dan banyak lagi. (Err, sokongan terhadap pemimpin yang lebih mesra Islam juga perlu, jadi daftarlah sebagai pemilih, jalankan hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk Malaysia yang lebih baik)

Apa sahaja bentuk bantuan yang boleh dilakukan, lakukanlah. Bukan pada hasil yang dilihat, pada usaha kita. Sejauh mana kita berusaha untuk membantu Islam. Sejauh mana kita berusaha untuk dunia yang lebih baik. Kerana kita adalah manusia yang menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini.

Seseorang yang melanggar undang-undang disebut sampah, tetapi orang yang tidak peduli pada orang lain..lebih teruk dari sampah. (Kakashi, Naruto)

Terasa? Bagus, maknanya kita masih punya hati yang cintakan kebaikan.



Minggu, Februari 19

Perhatian!


Susah nak tulis panjang-panjang. Singgah sini, Yang dikasihi : Syria


Jumat, September 23

Palestin

Nampaknya Barack Obama telah mengeluarkan kenyataannya. Dan ia benar-benar menghiris hati juta-juta penduduk dunia terutama penduduk Palestin. Dalam usaha Palestin menuntut diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka, Presiden Amerika ini dengan lantangnya menegaskan akan memastikan keselamatan Israel adalah yang utama dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa vetonya menolak pengiktirafan dari United Nations.


“Countries that recognize Palestine represent about 80% of the world’s population, but the ones who don’t have 90% of the cash”

Ironi bukan.

Perjuangan tidak akan henti di sini. Itu pasti.


Yach, semangat habis posting dan semangat posting baru datang!

Senin, Agustus 15

Belenggu

Sebenarnya, jika anda mengharapkan perubahan serta-merta, anda sebenarnya orang yang berfikiran sempit lagi dangkal. Bagaimana mungkin perubahan besar boleh berlaku dengan hanya anda mendaftar sebagai pemilih, membuang undi dan menukar kerajaan baru sedangkan anda tidak sedar sekiranya masalah ini berakar umbi sejak puluhan tahun dahulu?

Bagaimana mungkin satu kerajaan baru dapat melakukan perubahan drastik dalam waktu yang singkat setelah puluhan tahun sebelumnya pemerintah tanpa segan silu merogol pembangunan ekonomi rakyat?

Anda juga silap jika dengan menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih, anda merasakan anda sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia yang cintakan tanahair. Anda benar-benar silap di situ. Sesungguhnya, usaha untuk membangunkan dan melaksanakan apa yang dirancang, haruslah dari anda dan ia harus digerakkan. Bukan hanya menunggu bulan jatuh ke riba.

Bukankah pemerintahan ini dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat? Dan anda sebahagian dari rakyat itu.

Mana mungkin anda biarkan seorang politikus menjadi akademis. Ini tidak seiringan. Dan akademis, sila, sila jalankan tanggungjawab anda. Jangan diam sahaja di situ. Sekiranya anda bisa berbicara, sila, sila berkata yang benar walaupun ianya pahit.

Dan jika anda merasakan, golongan-golongan ulama menggunakan agama untuk kepentingan peribadi. Anda harus fikir dua kali, malah mungkin berpuluh kali. Apalah yang dimahukan pada golongan agama sedang mereka bisa memilih duduk beribadat dan menjauhkan diri dari tipu daya dunia. Fikir dan fikir.

BUKU

sekian banyak ilmu pengetahuan
yang terkandung dalam ribuan
buku-buku yang menjadi
khazanah peribadi

apakah akhirnya
memenjarakan kita
dengan ketidakupayaan
mendapatkan kepastian

Minda Tertawan,
Raja Ahmad Aminullah

Nota : Post-habis baca buku ini.

Kamis, Juli 28

Basikal

Artikel menarik tentang basikal. Terbaca di akhbar galakan menggunakan basikal di Eropah.

Mungkin perlu baca halangan 1 dahulu untuk lebih faham.

Kendatipun artikel ini ditulis 3 tahun sudah...

Artikel di bawah adalah dikopi pasta sahaja.

Basikal pada awalnya telah dicipta di Eropah pada abad ke-19 iaitu orang yang dikatakan paling awal mencipta basikal ialah Von Drais pada tahun 1817 dan kemudian basikal tersebut di patentkan pada tahun 1818. Namun ada teori yang mengatakan bahawa basikal telah di reka bentuk pada seawal tahun 1493 lagi iaitu oleh Giacomo Caprotti. Teori ini telah dibuktikan dengan terjumpanya gambar atau lakaran basikal yang dibuat oleh Giacomo Caprotti. Tak kira siapa yang paling awal mencipta basikal, ia telah menjadi sebuah kenderaan yang sangat popular di mana-mana negara pun. 

1817: Pada tahun ini Baron von Drais iaitu seorang rakyat Jerman telah mencipta basikal yang dinamakan Draisienne. Basikal ini diperbuat daripada kayu. Ianya mempunyai tempat duduk dan handle tetapi ia tidak mempunyai pedal(pengayuh). Pada masa itu, mereka menggerakkan basikal tersebut dengan cara mengayuh kaki ke lantai

http://i1211.photobucket.com/albums/cc433/abgmie/1869_Draisienne.jpg

1839: Pada tahun ini, seorang tukang besi berbangsa Scottish yang bernama Kirkpatrick Macmillan telah mencipta basikal yang boleh bergerak sendiri. Sistem bagi basikal ini ialah ia menggunakan sebatang besi yang terletak pada tayar hadapan yang dihubungkan dengan tuil pada tayar belakang. Basikal ini sangat iaitu seberat 56 punds dan hanya pengguna yang gagah sahaja yang mampu menunggang basikal ini.

1863: Pierre Michaux of Paris telah mencipta basikal yang diberi nama Michaux Velocipede. Basikal ini mempunya pedal dan tuas yang terletak dihadapan roda basikal. Basikal ini telah menjadi kenderaan tunggangan yang paling banyak dikeluarkan pada masa itu. Basikal ini juga dinamakan sebagai "boneshaker” dan ianya popular sehingga ke tahun 1870. 

http://i1211.photobucket.com/albums/cc433/abgmie/MichauxVelocipede2.jpg

1870: James Starley mencipta basikal yang boleh dikatakan sebuah basikal biasa dimana basikal tersebut mempunya roda hadapan yang besar manakala roda belakangnya pula adalah kecil sedikit dari roda hadapan. Ciri-ciri ini membenarkan penggunanya bergerak lebih jauh dalam apa bila melakukan setiap kayuhan. Untuk menunggang basikal ini, penggunanya perlulah mempunyai latihan dan skil yang tinggi kerana basikal ini sukar unutk ditunggang.

1884: H.J Larson telah mereka bentuk basikal yang digerakkan menggunakan rantai. Basikal ini dinamakan Safety. Roda basikal ini bersaiz medium dan ianya adalah lebih stabil dan mudah untuk ditunggang jikan dibandingkan dengan basikal Ordinary. 

http://i1211.photobucket.com/albums/cc433/abgmie/Safety.jpg

1885-1900: John Kemp Starley, iaitu anak buah James Starley telah mencipta basikal yang dinamakan Rover Safety.basikal ini sangat menarik keran ia mempunyai kerusi yang memberi keselesaan kepada penggunanya. Selain itu, pemegang basikal ini juga di pasang dengan”grip”. Basikal ini boleh dikatakan mempunya aspek keselamatan.

1888: John Boyd Dunlop telah mencipta tayar pneumatik iaitu tayar tersebuat berisi dengan udara. Tayar ini memberi tunggangan yang selesa kepada penunggangnya.

http://i1211.photobucket.com/albums/cc433/abgmie/PneumaticBicycle1.jpg

1890-an: Harga basikal telah jatuh dan ia mampu dimiliki oleh semua orang. Oleh itu ramai orang membeli basikal sebagai pengangkutan ke tempat kerja ataupun bersiar-siar. Sekitar tahun ini, kaum wanita melihat basikal sebagai tiket ke arah kebebasan. Kaum wanita dibenarkan menunggang basikal dengan memakai skirt. Susan B. Anthony berkata bahawa basikal telah membebaskan kaum wanita daripada segala benda yang ada di dunia ini.

Circa 1900: Seorang pengusaha Inggeris mencipta”wheel hub” yang mempunyai tiga kelajuan yang membenarkan penunggang berbasikal di kawasan yang berbukit.

Circa 1910: basikal untuk kanak-kanak mula dicipta dan dijual.

1940-an: “kick stand” basikal dicipta. Ia digunakan dalam perang. Pelumba basikal Eropah mula menggunakan “derailleur” yang mempunyai lima tahap kelajuan.

1963: Schwinn memperkenalkan Sting-Ray iaitu basikal pertama yang menggunakan tempat duduk “banana” dan mempunyai handle yang tinggi. Basikal Sting-Ray telah membuka jalan basikal BMX unutk menjadi terkenal pada tahun 1970-an. 

http://i1211.photobucket.com/albums/cc433/abgmie/Sting-Ray1.jpg

1960-an: Basikal yang mempunya gear 10-speed telah menjadi satu kemestian dalam reka bentuk sesuatu basikal.

1970-an: Akibat kesedaran terhadap alam sekitar, basikal telah menjadi kenderaan yang popular kerana ianya tidak menggunakan minyak. Dalam tahun 1978, jualan basikal di US adalah lebih tinggi berbanding dengan jualan kereta.

1984: roda bergigi ditambah pada bahagian gear menyebabkan kelajuan basikal bertambah dari 15 ke 18, 21 dan 24.

1986: Satu survey dibuat oleh The International Bicycle Fund. Hasil dari survey tersebut didapati bahawa basikal adalah sukan ke-3 paling popular selepas renang dan senam robik.

:) ..teknologi pembikinan basikal yang kekadang dianggap mudah oleh segelintir orang.