Pesakit yang juga merangkap kawan berbual
Hari-hari saya melawatnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil berbual dengannya, sempat juga layan beberapa minit cerita korea.
Kandungannya masih baru. Kini baru masuk 8 minggu. Ada 32 minggu lagi untuk dia dan kandungannya harungi. Bolehkah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca ini mendoakan yang terbaik buat kakak itu dan kandungannya. Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.
Bolehkan tolong doakan?
Doa itu percuma. Dan ia magik Allah untuk kita.
Terima kasih daun keladi.
Nota : Excellento! Terima kasih Prof. Anda menceriakan hari saya walau sehari sahaja :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar