Semalam, pilihanraya umum Malaysia ke-14
Hari bersejarah buat rakyat Malaysia
Legasi pemerintahan Barisan Nasional runtuh
Rakyat Malaysia bangkit
Menentang pemerintah korup
Hari ini,
Kelantan masih kekal di bawah Pas
Malaysia bakal mendapatkan pemerintahan baru
Di bawah Pakatan Harapan
Besarlah harapan semua agar pemerintahan baru lebih telus
Aku berharap Kelantan tidak lagi dianak tirikan di bawah pemerintahan baru
Ah, alangkah menariknya tahun ini
Satu undi rakyat telah membawa perubahan arus baru
Untuk Malaysia yang lebih baik
Dan ia terjadi ketika ini
30 tahun lagi,
Sekiranya dunia ini masih wujud
Mahu aku ceritakan pada anak cucuku
9.5.2018
Tarikh keramat rakyat Malaysia memilih
Melakukan perubahan untuk Malaysia yang lebih baik
Malaysia sangat unik
Berbilang kaum dan agama
Semua bangsa sayangkan Malaysia
Tidak kira Melayu, Cina, India dan bumiputera lain
Sekiranya ada sedikit salah faham
Moleklah kiranya diselesaikan baik-baik
Dan nyanyikanlah lagu Negaraku
Kita semua cintakan Malaysia
Kamis, April 12
Tentang kamu
Adapun tentang kisah memeluk ujian dengan senyuman ternyata sulit diterima, penulisan Tere Liye kali ini benar-benar menyentuh soal itu. Memeluk kesulitan dengan senyuman. Bahkan, membaca kisahnya seorang Sri Ningsih sepertinya membaca kisah nyata seorang pemberani yang memeluk setiap ujian hidupnya dan menatanya dengan tangguh. Sungguh melankolis sekali penceritaan Tentang Kamu. Penasaran. Setiap helaian penceritaan berhasil membina daya soal, keinginan membuak untuk mengetahui apa seterusnya.
Sekiranya seseorang menyimpan diari, menulisnya setiap waktu tanpa jemu, sehingga akhir nafasnya belum cukup betul mampu mengarang sehebat tulisan Tere Liye. Menjadikan kisah seorang biasa menjadi luar biasa. Dan untuk entah ke berapa kali, berhasil memberi impak pada pembacanya.
Penulisan dari hati sejatinya menyentuh hati pembacanya. Terima kasih untuk kisah hidup, tentang prasangka baik, tentang cinta murni dan pengakhiran baik untuk pejuang kehidupan.
A masterpiece!
Minggu, April 8
Mahu dan perlu
Bagaimanalah dikatakan berusaha mendapatkan apa yang kamu mahu
Bila mana apa yang kita perlu yang diberikan Allah untuk kita?
Bagaimanalah berlakunya percanggahan tentang mahu dan perlu tentang sesuatu yang telah tertulis?
Bagaimana mahu mendefinisi sesuatu sesuai asbab kita sedangkan ia bukan yang kita perjuangkan?
Di manakah mahu diletakkan takdir dan redha untuk sesuatu hal yang terjadi?
Dan hati inilah yang sedang sakit. Memilih dan menerima.
Jumat, Maret 23
9 tahun
![]() |
| Jalan belakang Unpad |
9 tahun berlalu cukup mendewasakan bumi Jatinangor. Jatinangor, tempat belajar ilmu medis pertamaku. Tempat mengenal erti menghargai, mensyukuri nikmat sebuah kehidupan dan pendidikan.
12 tahun lalu, aku menjejakkan kaki di bumi Unpad, Jatinangor. Universiti padang jarak padang terkukur. Aku tiba di Unpad pada senja hari Ahad. Sampah sarap penuh di sepanjang jalan di fakultas ku. Hari Ahad adalah hari Paun, singkatan untuk pasar Unpad.
Hari ini, Unpad begitu indah sekali. Penuh kehijauan. Padang bola kekuningan sudah tidak ada. Stadium unpad tersergam indah. Dahulunya mahasiswa berkumpul beramai-ramai melakukan aktivitas di tengah padang kuning, kini sebuah masjid tersergam indah di tengah pusat aktiviti Unpad.
![]() |
| Masjid Unpad |
Aku menuju ke toko buku mentari. Toko buku kecintaanku saat di Jatinangor. Nama kedainya masih mentari, cuma bukunya sudah tiada. Seorang anak muda berjualan di situ. Menjual alat tulis dan bahan printing. Mungkin pak cik tersebut sudah meninggal dunia. 9 tahun berlalu, terlalu banyak perubahan berlaku.
Sayang sekali. Tidak aku ambil fotonya bas Damri. Bas yang sentiasa aku gunakan kalau mahu ke Kota Bandung. Bas Damri kini lagi canggih dan punya aircond. Tidak seperti yang aku naiki dulu. Kerusinya sahaja sudah koyak rabak apatah lagi tingkapnya. Kalau hujan lebat, pasti kebasahan semua.
Ah, Jatinangor. 9 tahun yang cukup mendewasakanmu. Semoga 3 tahunku di sana juga mendewaskan diri dan memaknakan hidup ini menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Rindu pada hal yang mendewasakan. Rindu pada hal yang ingin disyukuri. Kunjungan ke Bandung kali ini lebih kepada kunjungan nostalgia, kuliner, wisata alam serta penyembuhan rohani. Agar tidak lalai tentang tujuan hidup.
Kamis, Maret 8
Selamat hari wanita
Hari ini adalah hari Wanita sedunia. Pagi hari ini, mendapat pesan peribadi dari sahabat saya. Mengucapkan selamat hari wanita. Entah, tak tahu nak kata atau rasa apa. Menjadi wanita itu sendiri menakjubkan. Menjadikan wanita muslimah dengan peribadi tangguh adalah idaman semua.
Hari ini juga hari kelahiran arwah sahabat saya. Sudah hampir 3 tahun beliau meninggalkan kami. Meninggalkan sejuta rasa semasa keberadaan beliau di dunia ini. Untuk hari wanita kali ini, mahu saya ceritakan pasal arwah sahabat saya. Wanita muslimah berperibadi tangguh.
Sekejap sahaja tempoh perkenalan saya bersama beliau. Saya sentiasa mahu menjadi seperti arwah. Seorang yang solehah, berakhlak baik dan sentiasa murah senyuman walaupun ditimpa masalah. Arwah sentiasa menjadi sahabat dan pendengar yang baik. Sentiasa bertanya sekiranya kami mempunyai masalah. Dan berusaha membantu sekiranya memerlukan. Arwah sentiasa berprasangka baik. Hidup arwah, walaupun singkat, terisi dengan aktiviti dakwah dan tarbiah. Sepertinya arwah hidup lebih lama berbanding usianya.
Pernah suatu ketika, arwah meluahkan kegusarannya mengenai hidupnya. Lantas saya katakan pada arwah, di akhirat kelak saya jadi saksi awak adalah sahabat yang mengajak berbuat baik dan meninggalkan perkara lagha.
Selamat hari wanita dan selamat hari lahir. Damailah kamu di sana sahabat. Memori ini masih segar. Senyuman dan lembut tutur katamu masih lagi diingatan. Perkenalan singkat kita menjadi pemangkin untukku supaya menjadi wanita muslimah berperibadi tangguh sepertimu.
Rindu benar.
Rabu, Februari 28
Hal-hal kecil
Semalam, seusai waktu passover antara MO syif pagi dan petang, kami kami sempat berbual mengelilingi meja MO. Sudah agak terlalu lama tidak berbual santai sesama MO ketika waktu bekerja begini. Apatah lagi ketika waktu passover.
Kami berbual dan bergelak tawa beramai ramai meraikan perkongsian cerita rakan sekerja kami. Di sebalik kesibukan kerja, ada masa untuk kita duduk sebentar dan tersenyum. Malah, untuk kami semalam gelak ketawa beramai-ramai adalah booster untuk kami.
Dahulu, ia adalah rutin untukku dan bekas rakan sekerjaku untuk duduk berbual dan bergelak ketawa sebentar sebelum masing-masing beredar dan membawa haluan masing-masing. Hampir setahun lebih bersama rakan sekerja baru, barulah semalam terasa jabatanku kembali seperti dulu.
Aku pulang ke rumah selepas 24jam bekerja. Perasaanku hari ini. Walaupun tidak bekerja, sepertinya mahu memegang stetoskop dan bekerja. Ah, hal kecil seperti semalam buat jiwa sentimentalku tersentuh!
Kamis, Februari 22
Bila menentukan arah
Post lama. Peringatan untuk diri sendiri agar tidak terlalu berharap pada sesuatu yang kita inginkan.
Hari ini aku kursus. Berbual-bual bersama otai-otai bahagian perubatan dan pengurusan. Ada seorang akak ni pernah menjadi pelajar master dalam perubatan kecemasan selama dua tahun sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti master.
Ada yang bertanya, bagaimana kehidupan selepas berhenti master?
Laju beliau menjawab.
ALHAMDULILLAH. Dengan bahagianya ibarat seperti satu bahagian beban telah terlepas dari bahunya.
Beliau menyambung.
Saya memang berminat dengan perubatan kecemasan. Saya memang nak sambung master dalam perubatan kecemasan dan saya mendapatkannya. Sepanjang 2 tahun, saya diuji Allah dengan pelbagai ujian. Diri saya sendiri diuji dengan ujian demam denggi bersana komplikasinya. Anak saya diuji dengan penyakit jantung. Dan ketika saya melahirkan anak saya, saya hanya diberi cuti 2 minggu sahaja. Ada satu waktu dalam hidup saya, saya berkata saya patut berhenti. And I did.
Kehidupan selepas itu terasa mudah kepada saya. Berbeza tapi segala dipermudahkan. Pengalaman sepanjang master itu priceless. Change how I view my life. When it is about to let go, just let go. Some path are not meant for you. Allah knows best.
Langganan:
Postingan (Atom)






