Rabu, Februari 28

Hal-hal kecil


Semalam, seusai waktu passover antara MO syif pagi dan petang, kami kami sempat berbual mengelilingi meja MO. Sudah agak terlalu lama tidak berbual santai sesama MO ketika waktu bekerja begini. Apatah lagi ketika waktu passover.

Kami berbual dan bergelak tawa beramai ramai meraikan perkongsian cerita rakan sekerja kami. Di sebalik kesibukan kerja, ada masa untuk kita duduk sebentar dan tersenyum. Malah, untuk kami semalam gelak ketawa beramai-ramai adalah booster untuk kami.

Dahulu, ia adalah rutin untukku dan bekas rakan sekerjaku untuk duduk berbual dan bergelak ketawa sebentar sebelum masing-masing beredar dan membawa haluan masing-masing. Hampir setahun lebih bersama rakan sekerja baru, barulah semalam terasa jabatanku kembali seperti dulu.

Aku pulang ke rumah selepas 24jam bekerja. Perasaanku hari ini. Walaupun tidak bekerja, sepertinya mahu memegang stetoskop dan bekerja. Ah, hal kecil seperti semalam buat jiwa sentimentalku tersentuh!

Tidak ada komentar: