Tuhan aku ingin hidup yang sederhana
Melepas segala hiasan dunia , meredupkan kilauan raga
hanya untuk berjalan dijalan Mu
Tuhan, aku ingin ujian Mu
Sebagai teguran kalaku ragu, meragu akan nikmat Mu
sesederhana itu Tuhan,
Aku dan juangku,
terikat dalam ridha Mu,
melaksanakan kata dan pikirku,
saat bosan dan lelah menyapa,
kuatkan dan ikhlaskan aku.
Jatinangor, 24 Juni 2009
ditulis saat merasa tidak layak dididik sebagai dokter.
sumber: ghea
Saya sangat menyukai sajak ini. Benar-benar cocok sama saya. Tiada apa-apalah, cuma kini sudah berada di 10 malam terakhir. Fasa penentuan akan seberapa banyak saya berusaha (ya, sememangnya jika dilihat pada statistik saya bisa dikategorikan kepada calon yang kalah deh) tetapi tetap mahu usaha sampai akhir. Biar saya gak punya sesalan deh.
hidup adalah untuk mendepani ujian dengan senyuman~
Selasa, Agustus 31
Minggu, Agustus 29
repekan meraban
Lagi-lagi saya tukar template blog. Sungguh tidak setia saya ini.
Sehijau warna daun
Saya sukakan warna hijau, warna hijau mendamaikan saya. Masih saya ingat ketika di Bandung satu waktu dahulu. Di sekeliling kami penuh pokok. Terkadang, saya sangat suka menjemur pakaian di bumbung atas kediaman kami 22 orang. Saya pasti mengambil waktu barang 15 minit hanya untuk menikmati permandangan indah sekeliling kampung. Indah. Subhanallah. Hijau. Kawasan padi nun beberapa meter di hadapan saya, ibarat hamparan permaidani hijau kuning, damai di sana. Sungguh, negara ini kaya dengan hasil alamnya.
Jiran sebelah rumah saya punya tanah yang luas. Rumahnya gede, malah punya kolam ikan buat memancing pada kesiangan hari. Sekeliling rumah terdapat pelbagai pokok-pokok yang menghijau. Benar-benar hijau. Daun-daun sentiasa melambai-lambai ditiup angin, terkadang saat mata sudah malas menelaah buku, dari jendela bilik saya sahaja bisa saya amati pohon-pohon rendang itu. Damai benar.
Sayang. Wajah-wajah kampung Jatinangor telah hilang seiring hilangnya laptop saya. Igauan hijau daun kampung tersebut sentiasa setia menemani saya. Betapa saya rindu dedaunan hijau itu. Sehijau warna daun.
iklim dunia, globalisasi, aktivisme
Tapi sayang ya, dunia kini kurang hijaunya. Dunia ini terus dieksploitasi oleh manusia. Masih saya ingat saat pengajian Public Health saya di Jatinangor. Doktor saya menanyakan kami, kenapa Indonesia sama Brazil sering menjadi tajuk utama persidangan iklim dunia? Indonesia dan Brazil merupakan negara yang mempunyai hutan simpan terbesar di dunia. Negara ini, mestilah mengekalkan hutan simpannya agar kesan rumah hijau berkurang. Sejujurnya, berkurangkah?
Sayang benar juga. Dahulu, pertandingan debat antara sekolah saya dan ahli debat kumpulan saya mendapat tajuk era globalisasi, antara pro dan kontranya. Kumpulan saya waktu itu berada di pihak pembangkang. Betapa waktu sekolah masih jambu tentang globalisasi. Naik liat lidah ini menyebutnya. Kami kalah kerana kurang pengetahuan tentang globalisasi. Jika dahulu adalah kini, berjela-jela kontra yang mampu kami bagi, terutamanya dari sudut pandang negara sedang membangun dan negara dunia ketiga.
Tetap sayang, kerana saya sepertinya tidak pernah berada di alam debat. Mahu diteruskan, inferiority complex saya membukit. Adik saya, yang barusan menjejak alam kampus masih meneruskan karier debatnya. Saya kagum padanya, diam-diam ikut cemburu. Di mana saya yang aktivis dahulu?
Fikir saya yang langka ini
Iklim dunia sehingga kini semakin panas. Negara-negara maju terus-terusan mengeksploitasi kepentingan mereka. Negara-negara dunia ketiga pula yang terpaksa mengurangkan industrilisasi mereka dengan alasan pengeluaran asap industri melebihi had boleh merosakkan iklim dunia dan mengancam kesihatan masyarakat dunia. Tapi perlu diingat, ini jugalah faktor mengapa negara dunia ketiga tidak maju. Disekat kebebasan berindustrilisasi dan pada masa sama tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang baik. Walhal, negara maju yang saban hari mencemarkan alam sekitar diberi kad vip melakukan industrilisasi mereka, menjana ekonomi dan tetap kekal kaya. Beda sungguh.
Sayangi dunia ini
Hijaukan bumi kita kembali. eh, tidak cukup hijaukah bumi kita?
Change the way we treat each other, change the way we treat the world.
“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum, ayat 41)
dan sebenarnya, ia benar. Plus, national geographic says so
Jumat, Agustus 27
emak ingin naik haji
Baru beberapa minggu lepas saya secara tidak sengaja menemukan filem ini. Buah tangan penulis terkenal Indonesia, Asma Nadia. Kisahnya pendek, berdurasi hanya 1 jam 15 minit mungkin, tapi penuh pengajaran. Pertama-tama, tajuknya sahaja sudah melambangkan jalan ceritanya.
Tentang kisah ibu dan anak. 5 tahun ibunya mengumpul wang, baru berjaya mengumpul wang sebanyak 5 juta rupiah. Orang kata, haji itu untuk mereka yang berkemampuan, tapi usaha itu juga penting kan? Untuk menguatkan semangat ibunya, si anak yang merupakan seorang pelukis jalanan menghadiahkan lukisan Kaabah buat ibunya, agar setiap hari apabila ibunya melihat lukisan tersebut, ibunya makin mantap semangatnya.
Satu saat, si anak yang terdesak ingin menunaikan impian ibunya bertindak nekad merompak rumah jirannya yang kaya. Sudah berjaya diambil wang ratusan juta itu, namun hasratnya diurungkan kerana tersedar akan kesilapan yang bakal beliau lakukan. Nyaris-nyaris ditangkap penduduk kampung. Si anak masih tidak jemu ingin menunaikan impian ibunya. Namun pelbagai halangan yang melanda. Airmatanya menitis kerana tidak mampu menunaikan impian ibunya. Ibunya lantas berkata,
"Jangan dipikirin kalo emak sampe nggak naik haji. Ya, kalopun Allah keburu memanggil emak sebelum emak sempat ke sana, mak ikhlas kok. Raga emak mungkin nggak mampu buat melewatin samudera yang luas, tapi emak yakin Allah pasti tahu hati emak udah lama ada di situ, udah lama ada di situ begitu untuk pergi ke tanah suci"

Kamis, Agustus 26
met ultah
SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai
Tanda sokongan..
Kususuri perjalanan
bertemankan senyuman
Dihari lahirmu, sahabatku..
Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam taqwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi..
Selamat Hari Lahir
Iringan doaku hulur
bersyukur kepada-Nya
Atas nikmat usia...
Yang itallic kat atas ni nasyid dr kump saujana saya tujukan utk ani, maaf tak sempat nak wat sajak khas, tapi kat cni saya nak hadiahkan satu hadis dibawah:D
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
"Ada tujuh macam orang yang akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya
pada hari tiada naungan melainkan naunganNya - yakni pada hari kiamat, iaitu:
imam- pemimpin atau kepala - yang adil, pemuda yang tumbuh - sejak kecil -dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla, seseorang yang hatinyatergantung - sangat memperhatikan - kepada masjid-masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula,seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan sertakecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepadaAllah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita olehseorang Ielaki, seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalumenyembunyikan amalannya itu - tidak menampak-nampakkannya, sehinggadapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa yangdilakukan oleh tangan kanannya dan seseorang yang ingat kepada Allah didalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya." (Muttafaq 'alaih)
Buat sahabatku, madziani majid
Eid millad..moga kita terus thabat:)
hadiah dari sebaik insan yang pernah saya kenali, terima kasih ya sahabah. moga dirimu berada dalam rahmat Allah sentiasa.
hari lahir saya 20 agustus 1987 bersamaan 25 dzulhijjah 1407h. jika ikut kalendar Islam, saya sudah 24 tahun. bertambahnya usia, semakin diri ini berfikir ajal makin dekat. apa amal yang ingin saya persembahkan pada Sang Pencipta?
nota: saya merasakan ada baiknya saya privasikan blog saya kerana sesungguhnya blog ini tentang saya, saya dan saya. sungguh membosankan~

Minggu, Agustus 22
kecintaan
terkadang disaat merenung, aku dituntut oleh iblis tuk mempertanyakan pada sang pencipta....
" Apakah hanya aku yang merasakan beban ini tuhan...?? "
tapi, sebelum pertanyaan itu sampai,
Sang malaikat memperlihatkan seekor anak kucing yang sedang tertidur padaku......
Lawrens ғredriк тaвaиg
nota: masalah keluarga yang semakin hari semakin membarah. Saya hanya mahukan ruang sendiri tanpa ditemani sesiapa, benarkan saya bersendirian dalam segala macam hal yang saya lakukan. Saya benar-benar perlukan ruang sendiri~
nota: saya madziani bt ab majid, saya suka panggilan hana kerana maksud hana ialah kegembiraan, kebahagiaan. Saya pasti ketemu kebahagiaan yang menyelubungi gelap malam diri, ya Allah kuatkan aku, dan ikhlaskan aku dengan ujianMu ini. yezza~
CINTA jangan jauh~
Kamis, Agustus 19
Memperingati
WS Rendra
Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,
Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"
nota : ingin benar saya menulis sebegini...
Saya meminati puisi-puisi almarhum pak WS Rendra. Bahasa biasa. Tetap indah. Penulisan beliau benar-benar menyentuh, mengajak saling ikut fikir akan hal-hal yang kita lakukan. Penulisan yang menginsafkan diri. Semoga, di setiap bait-bait kata dan segala yang beliau tinggalkan dijadikan harta berharga untuk beliau kelak.
Sering kali aku berkata, ketika orang memuji milikku,
bahwa sesungguhnya ini hanya titipan,
bahwa mobilku hanya titipan Nya,
bahwa rumahku hanya titipan Nya,
bahwa hartaku hanya titipan Nya,
bahwa putraku hanya titipan Nya,
tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya, mengapa Dia menitipkan padaku?
Untuk apa Dia menitipkan ini pada ku?
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik Nya ini?
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka,
kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan bahwa itu adalah derita.
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku,
aku ingin lebih banyak harta,
ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak rumah,
lebih banyak popularitas,
dan kutolak sakit, kutolak kemiskinan,
Seolah semua "derita" adalah hukuman bagiku.
Seolah keadilan dan kasih Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh dariku, dan
Nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan Kekasih.
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusanNya yang tak sesuai keinginanku,
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanyalah untuk beribadah...
"ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"
nota : ingin benar saya menulis sebegini...
Selasa, Agustus 17
obgyn
Entah, tiba-tiba imbasan masa lalu saya datang. Menjelma saat mata ini mahu lena.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Raya korban lepas saya tidak pulang ke kampung. Hajat di hati mahu menyelesaikan delivery yang 5 itu. Masih bersisa 2 lagi. Saya keseorangan waktu itu. Masih saya ingat, hari Sabtu dalam pukul kurang lebih 11 pagi begitu. Sahabat-sahabat saya yang lain sudah boleh goyang kaki, mereka telah melengkapkan 5 delivery wajib. Saya belek data pesakit, buat sedikit catatan perihal pesakit.
Doktor pakar dari wad kuning datang. Saya waktu itu sedang berada di bilik pesakit, pesakit saya tidak habis-habis mengeluh sakit, saya cuma mampu mengiyakan sahaja.
"You, present the case now," lancar tutur kata doktor saya, mengarah pada saya.
Baru sahaja mahu membuka buku catatan saya, terus ditarik oleh doktor saya. Berapa banyak awak clerk patient hari ni? Saya, dalam hati hanya mampu..Ani, nama pesakit, nama pesakit. Yang lain pasti laju. Agak kurang ajar jika memulakan presentation tanpa nama pesakit, tambahan melakukan presentasi di hadapan doktor wad kuning. Saya kelu tanpa bicara. It just an easy task. All I need is her name, then everything will be smooth.
Mr X, 36 years old, housewife, G3P2 at 38th week POA with history of pregnancy induced hypertension at 36th week POA presented in active phase of labor with os about 5cm...
Kantoi kat nama pesakit. Terus dihalau keluar oleh doktor saya. Beberapa minit selepas dihalau, pesakit saya telah siap untuk melahirkan. Sedih, lama saya tunggu, sampai petang, tapi tak dapat nak conduct.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ingatkan di situ sahaja kisah saya. Rupanya, Rabu waktu ward round saya sekali lagi dimarahi. Prof saya sangat marah kerana saya tidak clerk case. Sebenarnya, saya sudah clerk, dah buat admission clerking sehari sebelumnya, cuma tidak sempat follow up patient. Agak malang juga, sebab semua yang present adalah registrar tapi sampai bed saya, dengan selambanya Prof saya berkata, no I want student to present. Satu-satunya bed yang student kena present pada hari itu dan ia adalah bed yang saya cover.
Amarahnya bukan main. Saya nak awak balik dan reflek diri awak doktor yang macam mana awak nak jadi.
Full stop!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi semua orang tahu i'm a bad student, walau HO tahu saya yang buat admission clerking. Tapi orang kata mendung tak sentiasa menemani. 2 delivery saya yang terakhir adalah yang terbaik. Pertama, saya dapat jaga pesakit saya dari awal sampai akhir tanpa sebarang gangguan dari pelajar lain. Sayalah yang masukkan enema, branula, setkan IV saline, bagi pitocin, plot partogram, wat VE berkali-kali dan conduct betul-betul, since midwife sangatla baik benarkan saya buat semua itu. Yang paling akhir, midwife ajar saya sutures. Dapat HO yang baik yang banyak ajar saya. Memang terbaikkkkk.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Long case saya sangat teruk. Memang kena hentam kaw kaw punya dengan prof saya. Short case pulak, Prof saya blah tanpa satu patah kata. Saya fail case write up saya dan ppd saya dah terlihat buruk oleh prof.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya dah boleh kata see you again obgyn. Jika saya mahu, saya boleh katakan itu. Tapi tidak. Selagi tidak tertulis saya gagal, saya akan pastikan saya berjuang sehabis mungkin. Use your brain, Ani. Ilmu itu hanya sedang berhibernasi sahaja. Do it right, then you have no regret. Saya paksakan otak saya sepenuh hati saat paper obgyn. seusai habis exam, hanya Allah yang tahu betapa saya telah memaksakan fikiran saya.
dan saya tidak menyesal melakukan yang terbaik walau saya gagal selepas itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati ini tidak pernah jemu mengucapkan syukur padaMu ya Allah atas segala kurniaan nikmatMu.
Langganan:
Postingan (Atom)