Senior saya cakap,
menjadi doktor itu senang, sesenang lulus ujian, menjadi doktor yang baik itu susah, sesusah menjadi manusia yang baik
Saya bermonolog. Senang ke nak lulus ujian?
Sudah tiga minggu saya berada dalam posting ortopedik. Saya mula merasa letih. Letih hati. Jika sebelumnya saya letih fizik, kali ini saya benar-benar letih. Hatiku yang letih. Saya mencari-cari sinar baru untuk bangkit, mula tidak berfikir banyak-banyak. Lakuin aja ani, usah banyak ngomong dech. Namun, ianya semakin lama semakin pudar. Masa sih, hari ini saya begitu asyik sekali memperhatikan anatomi tangan dan segala macam urat serta fungsinya, besoknya saya dipertanyakan sang doktor akan sebegitu detail tentang anatominya lutut? Saya jadi buntu, kelu lidah tanpa sebaris kata. Semangat saya yang barusan ingin naik mula turun kembali.
Dan sekali lagi hati saya letih. Saya sanggup letih fizik, bukan letih hati. Hati apabila tenang, segala macam yang susah akan terlihat senang. Hati apabila ia segar, segala yang berat akan terlihat ringan. Mahu hati ini tidak letih. Tidak letih pada karenah sebahagian manusia, tidak letih pada segala macam cabaran, tidak letih pada segala macam tuntutan agama. Ya Rabbi, bantu hambamu ini yang masih tidak menemukan pusingan U-nya : )
Mahu tahu. Saya di sini merungut bukan main akan banyaknya katil yang perlu dijaga. Padahal baru 10 katil, itu belum lagi ditolak katil di bawah team lain. Namun, senior saya di Unpad, sebahagian besar terpaksa menjaga hampir 25 pesakit sehari tanpa mengira team apa. fuh, banyak benar!
Ibnu Abbas RA ialah sahabat Nabi SAW yang digelar sebagai hibr al-ummah atau tinta umat kerana kehebatan ilmu, khasnya dalam memahami al-Quran seperti doa yang dimohon Baginda untuknya. Ibnu Abbas mempunyai pendirian unik dan patut kita miliki agar kita hidup tenang, tenteram dan bersahaja seperti beliau.
Ibnu Abbas berkata:
“Dalam diriku ada tiga keistimewaan; tidaklah hujan turun ke muka bumi, melainkan aku pasti memuji Allah dan bergembira dengannya, meskipun aku tidak mempunyai kambing dan unta; tidaklah aku mendengar seorang hakim yang berlaku adil kecuali aku sentiasa mendoakan kebaikan untuknya walaupun aku tidak mempunyai perkara apa pun yang mesti dia putuskan; dan tidaklah aku memahami maksud suatu ayat dalam kitab suci Allah, melainkan aku selalu ingin orang lain juga mengetahui isi ayat itu seperti aku mengetahuinya.”
Susah benar mahu menjadi manusia yang baik ni. Benar, benar, benar deh!
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan beri kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)
Jumat, Mei 21
Sabtu, Mei 8
nota hati
buat seorang teman,
senyumlah,
ku rindu kamu
buat seorang teman,
bangkitlah,
ia kekuatan yang tiada banding
buat seorang teman,
teruskanlah,
my heart hurts when you dont
buat seorang teman,
bertahanlah,
dunia sekadar persinggahan
buat seorang teman,
berbahagialah,
tuhan tidak lupakan kamu
Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu
nota: buku yang banyak, tapi bukan saya punya. bermulanya minggu-minggu sebagai seorang pelajar. orthopaedic~

Selasa, Mei 4
hurm
Aku sering merasakan ayah ada tulah. Asal tak bagitau je pe yang aku nak buat, pasti sesuatu berlaku. Nampak macam tak logik, tapi benar. Ayah memang ada tulah.
DBG 9041
Nombor plat motorsikal adik aku. Bangun je pepagi, motornya lesap. Dicuri orang.
Dalam hati, aku gelak bukan main. Tapi bila bercakap dengan adik aku tadi, aku act cool, konon kakak terbaik . Sape suruh buat ayah camtu. Aku sebagai kakak sangat sengal dengan kelakuan adik lelaki aku ni. Merajuk bukan main dengan ayah. Sampai sanggup keluar rumah balik kay el.
Seumur hidup, aku tak pernah dengar ayah tinggikan suara pada adik lelaki aku ni. Maklumlah, anak kesayangan. Aku sedih, sebab aku tahu aku bukan anak terbaik buat ayah. Ayah pernah marah aku, ayah pernah tinggikan suara dia kat aku dek kerana aku terlalu mengada-ngada masa menjadi kanak-kanak pra-matang dulu. Tapi aku tak kisah hal itu malah berterima kasih. Sekarang aku membesar jadi tukang tadah telinga dengar luahan hati ayah. Cool kan? Aku merasa tersangat dekat dengan ayah masa ayah luahkan perasaan dia, walaupun ayah sering marah-marah aku dek sedih dengan perangai adik lelaki aku. Dia marah adik aku, tapi aku yang kena marah. Nampak tak adilkan? Namun aku dah matang. Takdenya nak dengki-dengki ni. Bila ayah marah aku, berleter kat aku..aku amek amarah dia, leteran dia sebagai satu nasihat. Aku sedaya upaya mengelak dari melakukan hal yang sama sebab aku tahu aku bukan anak terbaik dia. Hanya sekarang berusaha menjadi sebaik mungkin buat ayah dan mak.
Buat adik,
Aku sedih. Kau tak tahu betapa ayah sayang kau.
Nota: bagi ibu bapa, anak-anak merupakan keutamaan mereka. mana pernah mereka meletakkan diri mereka yang utama. berfikirlah sebelum berbicara, segala yang dilakukan ibu bapa adalah untuk kebaikan anak-anak sebenarnya

Kamis, April 29
dilema poligami
Tadinya
Saya berhasrat untuk segera
Karna katanya
Itu sunnah rasul saya
Kebiasaan para sahabat dan pengikutnya
Tiba-tiba semua asa hilang entah kemana
Tanpa dinyana
Baiklah, saya batalkan saja itu rencana
Tapi tak apa
Sungguh tidak apa-apa
Toh, sebenarnya saya sudah menjalankannya
meskipun bukan dengan manusia
Belum dengan makhluknya yang paling sempurna
Sudah ada tiga yang meminang saya
Yang pertama bernama agama
Yang kedua biasa dipanggil negara
Dan ketiga adalah buku-buku saya
Kalaupun ada dia
Dia hanya bakal jadi nomor empat kedudukannya
“Jadi sepertinya tidak perlu segera,” pikir saya
Dengan pasangan yang berjumlah tiga saja
Saya belum bisa adil, kata mereka
Padahal hampir tiap hari saya layani ketiganya
Sesering mungkin kami bersenggama
Saya puas, lemas, tapi tidak dengan mereka
“Sujudmu terlalu prematur!” kata Agama
“Gerakanmu minimal, kurang liar!” ujar Negara
“Stamina matamu payah, terlalu cepat lelah!” Buku-buku turut bersuara
“Jangan dulu coba-coba cari si nomor empat!” ketiganya kompak bersabda
Yasudah, saya menurut saja
Saya tidak akan mencari, tapi jangan salahkan si nomor empat kalau dia mencari saya
Sementara, cukuplah cinta saya dibagi tiga
Lalu, sayup-sayup saya mendengar suara
“Kalau si nomor empat bisa membuat cintanya jadi berlipat, sehingga bisa dibagi rata berempat, baru kita ijinkan dia”
Ternyata itu suara mereka bertiga
Sedang menyidangkan perkara suaminya
Alm.WS.Rendra
~satu renungan juga teguran buatku~
nota: sudah, jangan dispekulasikan diriku lagi.

Rabu, April 28
jiwa kacau
Di tahun 2007, saya dan rakan-rakan (yang semestinya kami ketika itu berada di Bandung) dikejutkan dengan satu kejadian bunuh oleh pelajar ipdn, jatinangor. Ternyata, kejadian ini benar-benar menarik minat saya. Pada masa itulah saya mengetahui jika ipdn ternyata punya sisi-sisi gelap yang berpuluh tahun tersembunyi di balik bangunan yang gah itu. ipdn undercover berjaya membongkar sisi-sisi gelap pelajar institusi tersebut. Pelajar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh tersebut dikatakan masih bebas dan meneruskan pengajiannya, dosen yang mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa adalah mangsa bunuh dikeluarkan serta-merta dari institut terbabit. Laporan sebenar post mortem mangsa juga dirahsiakan dari pihak media dan ibu bapa mangsa. Beberapa siri demonstrasi dilakukan oleh mahasiswa menuntut kebenaran dari kes itu.
Saya ingatkan kes sebegini hanya berlaku di dalam drama. Rupa-rupanya ia benar-benar berlaku (jernih sungguh pemikiran saya pada waktu itu). Pihak polis melaporkan bahawa ibu bapa mangsa tidak menuntut laporan bedah siasat mangsa, namun ini dibidas keras oleh ibu bapa mangsa yang sebenarnya inginkan kepastian penyebab kematian anak mereka. Pakar forensik yang melakukan bedah siasat merupakan dosen unpad yang turut sama terjebak dalam kasus yang pada saya- mestilah semuanya dirahsiakan dari orang ramai dan media.
Oh, saya sedar jika kebenaran harus ditegakkan. Saya juga yakin, dosen saya itu juga berada dalam keadaan serba-salah (beliau pernah mengajari kami ilmu forensiknya, jadi agak kenal personaliti beliau). Memilih menyampaikan hal sebenar atau melayan karenah orang atasan (tak ramai orang nak pilih option pertama). Pakar forensik merupakan lidah bagi si mati. Di saat si mati sudah kaku tanpa bicara, ahli forensiklah yang akan menyampaikan kesudahan cerita si mati kepada orang lain. Ternyata, pangkat, harta mampu membeli kesudahan cerita si mati. (adakah saya terlalu menghiperbolakan benda ni?)
Sebenarnya saya nak cerita tentang satu buku ni. Ia bertitik-tolak dari perbincangan dengan rakan-rakan. Rakan saya yang seorang ini menceritakan tentang satu buku yang dibaca dari rakannya. Di sebalik kisah pembunuhan Altantuya. Ada beberapa dokumen rahsia yang didedahkan dalam buku tersebut (pelik jugak bagaimana si penulis buku mendapatkannya dan mampu menerbitkan hasil kajiannya lewat buku). Satu fakta yang diberikan rakan saya, hanya beberapa orang sahaja mampu akses pada bom yang digunakan untuk membunuh si mati.
hurm. saya sudah kehabisan idea. Inilah masalahnya apabila idea saya datang ketika hendak tidur dan saya pula malas untuk mencatatnya barang sejenak.
kesimpulan: tak semua yang dikatakan benar itu adalah benar, dan tak semua yang dikatakan palsu itu adalah palsu. anda mungkin membaca apa yang saya tulis, tapi terpulang pada anda untuk mempercayainya atau tidak. anda sendirilah yang menentukan pilihan anda. dan saya tahu citation needed.
nota: kali ni saya benar-benar kacau-bilau, huru-hara, haru-biru. tertembak

Senin, April 26
blog walking
dan saya secara tiba-tiba menemui kata-kata ini :
terbaiklah!
dan juga menemui bedah buku menngenai Making Malcolm: The Myth and Meaning of Malcolm X oleh Michael Eric Dyson. Terasa gatal kaki dan tangan nak mencari buku ni kat kedai buku. Ulasan buku ini di blog ini
ok, sudah banyak berjalan. perlu henti dulu.
Pemenang sejati adalah mereka yang dengan ikhlas dan lapang dada menerima kenyataan bahwa mereka harus mendapatkan second position yang dengan kata lain bahwa mereka mengakui ada yang lebih baik dari mereka dan menjadi target pencapaian selanjutnya. sumber : historinasafitri
terbaiklah!
dan juga menemui bedah buku menngenai Making Malcolm: The Myth and Meaning of Malcolm X oleh Michael Eric Dyson. Terasa gatal kaki dan tangan nak mencari buku ni kat kedai buku. Ulasan buku ini di blog ini
ok, sudah banyak berjalan. perlu henti dulu.
Minggu, April 25
mesej
Masa di Bandung, saya ada seorang mentor yang akan membantu saya dalam hal-hal belajar dan pada saya segala macam hal. Kadang-kadang, saya tak tahu nak bagitahu sesiapa, saya bagitahu akak mentor saya. Seingat saya, agak susah untuk mendapatkan contact numbernya kerana pada masa tersebut, di angkatan 2005 terdapat 2 nama yang sama. Saya pula hanya mengetahui nama depannya sahaja. Akak mentor saya sangatlah baik. Dia yang mesej saya dahulu (bukan kerana saya tidak mahu memulakan langkah pertama, cuma sebelum sempat saya menghantar mesej perkenalan, akak mentor saya telah dahulu melakukan langkah pertama)
Kali pertama bertemu 4 mata dengan beliau, saya jadi segan. Akak beria-ia mengajak saya ke majlis ilmu. Seingat sayalah, tajuk talk tersebut ialah Nikah Connecting People. Tajuk hangat. Saya je yang hangat-hangat tahi ayam. Saya pergi kerana memenuhi permintaan akak mentor saya (ye saya tahu niat saya tak betul, but at least saya dapat juga beberapa nasihat dari talk tu)
"Mana akak tu? " tanya saya pada sahabat saya yang mengenali akak mentor saya.
"tue..." sambil jarinya mengarah pada seorang akak di hadapan dewan.
Akak ahli Islamic Malaysian Association (IMAN) rupanya. Sepanjang kenal akak mentor saya, saya melihat transformasi besar yang beliau lakukan. Mengenakan tudung labuh. Saya bertambah segan dengan akak mentor saya. Ini tidak termasuk mesej-mesej semangat yang saya dapat dari beliau dan juga tips-tips belajar yang akak mentor saya kongsikan dengan saya. Akak mentor saya sentiasa punya nasihat yang kadang-kadang buat saya semangat dan pada masa yang sama buat saya menangis menginsafi akan kejahilan diri.

mesej satu:
Salam Ani,InsyaAllah ani, ingat jangan bertangguh dalam menuntut ilmu. Kalau ani tidak tahu, masa itulah ani belajar dan mencuba yang baru. Jangan malu, jangan malas dan jangan takut.Belajar adalah hak kita. Kita kena benar-benar bertanggungjawab dengan amanah kita.Kelak, kita akan jadi doktor, sudah semestinya kita mahu menjadi Hiqh Quality Full Packaged doctor. Di situlah kita diperlihatkan ilmu dan skill kita.Mesti kita tidak mahu kecewakan pesakit-pesakit kita tak?Ayo, dari sekarang kita bermula :)Wallahualam
mesej dua:
Syukur, saya dipertemukan dengan insan sebaik beliau. Beliau tahu kata-kata terbaik untuk saya. Kangen~Salam ani,Alhamdulillah, ada dokter spesialis anes pernah nasihatkan macam ini,"Jadlah kalian seperti anak kecil, apabila melihat sesuatu mereka melihat dengan teliti dan kritis. Apabila mereka tidak tahu, mereka cepat bertanya, apabila mereka merasa tidak puas dengan jawapan itu, mereka akan terus mencari"
Langganan:
Postingan (Atom)