Senin, November 14

atas panggilan



terkadang malam padaku adalah siang
dan siang padaku adalah malam
begitu teruja pabila atas panggilan
walau ternyata benar aku ini anti-jonah

Magik!


Bulan penuh itu teman malamku
Sepertinya sinaran itu menyinari hatiku
Seperti ia sedang berbicara samaku
Bersama bercanda denganku
Dan bulan
Seperti yang aku kagumi dirimu
Benar satu ciptaan Tuhan yang signifikan

Rabu, November 2

32 minggu

Salam. Saya kini di posting obstetrik dan ginekologi, belajar tentang penyakit berkaitan wanita dan ibu mengandung. Alkisahnya, seorang pesakit yang sudah 2 minggu dimasukkan ke wad merupakan pesakit saya yang terpaksa saya present kesnya setiap kali ward round.

Pesakit yang juga merangkap kawan berbual dan bergosip sambil layan drama korea itu masih muda lagi. Umur dia baru 26 tahun. Ini kandungan dia yang kelima. Empat kandungannya yang sebelum itu gugur. Mana mungkin hati tidak sedih.

Hari-hari saya melawatnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil berbual dengannya, sempat juga layan beberapa minit cerita korea. Layan hero hensem pun jadilah. Tapi ada masa-masanya, akak ini gusar. Takut kandungannya kali ini berakhir dengan tragedi yang sama.

Kandungannya masih baru. Kini baru masuk 8 minggu. Ada 32 minggu lagi untuk dia dan kandungannya harungi. Bolehkah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca ini mendoakan yang terbaik buat kakak itu dan kandungannya. Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.

Bolehkan tolong doakan?

Doa itu percuma. Dan ia magik Allah untuk kita.

Terima kasih daun keladi.

Nota : Excellento! Terima kasih Prof. Anda menceriakan hari saya walau sehari sahaja :)

Senin, Oktober 31

Canggih dan tujuan hidup

Saya sedang blogwalking apabila saya mula duduk diam dan baca satu persatu entri dari blog Isi Rumah Sedar (Conscious Household) Seperti saya pernah katakan dulu, apabila saya menjumpai blog yang menarik, pasti saya habiskan semua entri yang pernah diterbitkan.

Saya sangat berminat untuk linkkan satu tulisan dari blog tersebut yang bertajuk Semakin canggih, semakin kabur tujuan hidup. Saya ambil sedikit tulisan penulis blog untuk dikongsikan di sini.

Kehidupan yang ‘canggih’ adalah kehidupan yang dapat menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Bukan disandarkan semata-mata dengan kecanggihan teknologi-tanpa didasari nilai yang jelas dan tetap.

Nota : Sedang berusaha memaknai setiap kecanggihan yang dimiliki pada diri untuk sentiasa tunduk dan patuh pada Pencipta yang satu.

Minggu, Oktober 23

Seorang anak

Kalau kau tak belajar tinggi macam sekarang, apa yang kau akan buat?

Hah,

Apa lagi. Duduk rumah. Tolong mak ayah akulah. Banyak benda boleh buat kat rumah.


Sememangnya terasa semakin jauh dari rumah. Cumanya, saya benar-benar bersyukur sentiasa diberi ruang dan waktu untuk pulang ke kampung walau hanya sekadar cuti hujung minggu.

2 minggu lepas ibu saya dimasukkan ke wad. Untuk pembedahan paraumbilical hernia. Mulanya, ia hanyalah pembedahan yang dijangka berdurasi hanya 30 minit. Secara laparoskopik. Dan sekiranya ibu saya stabil, mungkin sehari selepas pembedahan, ibu saya sudah dibenarkan keluar wad.

Namun, apa yang dirancang lebih dari itu. Tuhan punya cerita lain buat ibu saya. Dan segalanya masih samar lagi. Samada penemuan pakar bedah semasa pembedahan itu adalah sesuatu yang lebih bahaya, iaitu kanser.
Ibu tetap dengan pendiriannya. Walau apapun keputusan biopsy, ibu nekad untuk tidak mahu meneruskan rawatan. Sesuatu yang buat saya hiba saat mendengarkannya.

Kerana,

saya berada di profesi ini. Cukup rapat dan saban hari melihat pesakit-pesakit sedemikian.

Seorang anak. Dari lipatan hatinya yang terdalam, mesti tidak akan mahu kehilangan orang yang dia kasihi. Rela atau tidak, itu takdir yang harus ditelan bulat.

Seorang anak. Walau cengeng segala, mesti akan tetap sayang ibu bapanya. Walau, mungkin kasih itu tidak terlalu ditunjukkan.

Di rumah, ia ibarat syurga bagi saya. Banyak benda boleh dibuat di rumah. Sememangnya, hadiah terbaik dapat kita berikan untuk ibu bapa kita adalah menjadi sesebaik insan yang sentiasa bermanfaat untuk mereka.

Minggu, September 25

Ok

Terkadang
adalah ok untuk tidak ok
kerana
Allah sentiasa ok untuk kita
melakukan pusingan U kita :)

Tolong ramai-ramai aminkan. Moga abang saya mendapat jodoh yang baik.


Jumat, September 23

Palestin

Nampaknya Barack Obama telah mengeluarkan kenyataannya. Dan ia benar-benar menghiris hati juta-juta penduduk dunia terutama penduduk Palestin. Dalam usaha Palestin menuntut diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka, Presiden Amerika ini dengan lantangnya menegaskan akan memastikan keselamatan Israel adalah yang utama dan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan kuasa vetonya menolak pengiktirafan dari United Nations.


“Countries that recognize Palestine represent about 80% of the world’s population, but the ones who don’t have 90% of the cash”

Ironi bukan.

Perjuangan tidak akan henti di sini. Itu pasti.


Yach, semangat habis posting dan semangat posting baru datang!

Untitled

No matter how bad your past is, your future is still spotless. That’s how God looks at us and that’s how we should look at one another.
Padma Varma