Sedikit perkongsian tentang Kashmir
Kashmir begitu indah dengan pemandangan hijau pokok pine berlatarkan banjaran Himalaya yang dilitupi salji memutih. Tidak hairan Kashmir digelar syurga di dunia. Keindahan Kashmir yang terakam oleh kamera tidak sama seperti melihat Kashmir itu sendiri. Subhanallah, indah sungguh.
Masyarakat Kashmir sangat meraikan pengunjung. Mereka sangat ramah dan mesra. Mereka tidak lokek senyuman, suka membantu dan sangat menghormati sesama mereka. Masyarakatnya suka menghabiskan masa di taman-taman. Taman-taman di Kashmir penuh dengan aktiviti masyarakatnya tidak kira umur. Kesimpulan utama, beautiful Kashmir with beautiful people at heart.
Kali pertama melawat negara di mana aku tak takut-takut untuk solat. Solat di mana-mana tanpa berfikir ada mata yang melihat. Dulu ke mana aku pergi, mesti sehabis mungkin mencari tempat tersorok. Muslim di India bebas solat di mana-mana. Malah, ketika aku hamparkan sejadah untuk solat di Lapangan Terbang Indira Gandhi, seorang muslimiah memastikan kiblatku betul saat aku hamparkan sejadah. Benda paling best bila melawat negara luar, dapat mempraktikkan banyak perkara berkaitan Islam terutamanya bab solat di mana sahaja.
![]() |
| Sempat curi satu gambar solat jemaah di taman |
Alhamdulillah atas segala nikmat.


Tidak ada komentar:
Posting Komentar