Rabu, Februari 28

Hal-hal kecil


Semalam, seusai waktu passover antara MO syif pagi dan petang, kami kami sempat berbual mengelilingi meja MO. Sudah agak terlalu lama tidak berbual santai sesama MO ketika waktu bekerja begini. Apatah lagi ketika waktu passover.

Kami berbual dan bergelak tawa beramai ramai meraikan perkongsian cerita rakan sekerja kami. Di sebalik kesibukan kerja, ada masa untuk kita duduk sebentar dan tersenyum. Malah, untuk kami semalam gelak ketawa beramai-ramai adalah booster untuk kami.

Dahulu, ia adalah rutin untukku dan bekas rakan sekerjaku untuk duduk berbual dan bergelak ketawa sebentar sebelum masing-masing beredar dan membawa haluan masing-masing. Hampir setahun lebih bersama rakan sekerja baru, barulah semalam terasa jabatanku kembali seperti dulu.

Aku pulang ke rumah selepas 24jam bekerja. Perasaanku hari ini. Walaupun tidak bekerja, sepertinya mahu memegang stetoskop dan bekerja. Ah, hal kecil seperti semalam buat jiwa sentimentalku tersentuh!

Kamis, Februari 22

Bila menentukan arah


Post lama. Peringatan untuk diri sendiri agar tidak terlalu berharap pada sesuatu yang kita inginkan.

Hari ini aku kursus. Berbual-bual bersama otai-otai bahagian perubatan dan pengurusan. Ada seorang akak ni pernah menjadi pelajar master dalam perubatan kecemasan selama dua tahun sebelum beliau mengambil keputusan untuk berhenti master.

Ada yang bertanya, bagaimana kehidupan selepas berhenti master?

Laju beliau menjawab.

ALHAMDULILLAH. Dengan bahagianya ibarat seperti satu bahagian beban telah terlepas dari bahunya.

Beliau menyambung.

Saya memang berminat dengan perubatan kecemasan. Saya memang nak sambung master dalam perubatan kecemasan dan saya mendapatkannya. Sepanjang 2 tahun, saya diuji Allah dengan pelbagai ujian. Diri saya sendiri diuji dengan ujian demam denggi bersana komplikasinya. Anak saya diuji dengan penyakit jantung. Dan ketika saya melahirkan anak saya, saya hanya diberi cuti 2 minggu sahaja. Ada satu waktu dalam hidup saya, saya berkata saya patut berhenti. And I did.

Kehidupan selepas itu terasa mudah kepada saya. Berbeza tapi segala dipermudahkan. Pengalaman sepanjang master itu priceless. Change how I view my life. When it is about to let go, just let go. Some path are not meant for you. Allah knows best.

Kamis, Februari 15

Memori

Mengutip kembali memori lama. Membenarkan mereka memasuki zon aku. Apabila mereka hadir, memori lama kembali.

Bagai kilat. Satu persatu layar imbas hadir di minda. Sedang sudah bertahun ia berlalu.

Aku penyendiri. Diam sekali pada hal peribadi. Sesekali ada yang menjengah, menyapa. Entah kenapa, jadi selesa bercerita.

Dia jadi saksi luahan hati aku. Yang asing dan yang pertama. Dan hingga kini, pesan peribadi bila perlu.

Its good to see familiar faces sometimes. Like the good old days.

Kamis, Februari 1

A passionate person like him

Semalam aku kerja malam. Pesakit ramai. Pukul 3 pagi meriah macam pukul 3 petang. Semalam sibuk sebab berlakunya kemalangan melibatkan 3 buah kereta. Ramai mangsa terlibat, tapi alhamdulillah keadaan terkawal.

Pukul 3.30 pagi, bosku merangkap ketua jabatan masih segar melihat pesakit di zon merah. Tidak sepertiku, kerja beliau bermula seawal 8 pagi. Sepatutnya, pukul 5 petang beliau sudah boleh pulang bekerja. Malah, mengikut jadual beliau tidak oncall semalam.

Pukul 4 pagi, bos pulang. Wajah mengantuk. Ditanya adakah bos kerja pagi. Beliau menjawab ya. 

Aku mengenali bosku ketika zaman housemenship lagi. Perwatakan bos, pemikiran bos, cara kerja bos buat aku mahu menjadi sepertinya. Aku bersyukur ditemukan bos seperti bosku.

His passion toward his profesion undescribeable.  Sejujurnya, aku banyak mengikut perwatakan beliau. Sehingga pada suatu tahap, ibu bapaku memujuk agar aku bertukar ke jabatan yang kurang sibuk melihatkan betapa bersungguhnya aku bekerja. I wish I did not fall in love with ED that much. I love ED even more when I met my boss.

As a woman, If I end up like him, I might end up single. If I were a man, I hope I have a supportive family like my boss. Its either I be or choose not to. I prefer I be. 

Minggu, Januari 28

6 bulan pertama

Untuk tahun ini, macam-macam aktiviti bermain di fikiran. Dicoret satu-satu. Berharap dapat direalisasikan.

Pertama-tama untuk bulan Januari. Membuat keputusan menyertai misi kemanusiaan di Bangladesh. Aku sentiasa mahu melakukan misi sebegini. Salah satu impian yang bakal aku tunaikan selepas 5 tahun bekerja. 

Yang kedua di bulan Januari.
Menghadiri temuduga master dalam bidang perubatan kecemasan. Setelah 3 tahun di bahagian Kecemasan dan Trauma, baru tahun lepas aku berpeluang memohon melanjutkan pelajaran. Hajat di hati setahun setelah bekerja di ED, namun kekangan masa dan dirasakan belum cukup pengalaman, aku urungkan niat. Lambat dari yang lain. Malah orang lain sudah cubaan kedua atau ketiga. Biarlah. Takkan lari gunung dikejar. Ada rezeki, adalah.

Yang ketiga di bulan Februari.
Mencabar stamina diri. Sekali lagi akan melawan fobia pada air. Menyertai pasukan kecemasan untuk kursus water rescuer dan mendaki bukit Kluang. Moga Allah permudahkan

Yang keempat di bulan Mac.
Aku sentiasa berimpian membawa kedua ibu bapaku ke Bandung. Tempat belajar ilmu medik pertamaku. Moga-moga akan terlaksana. Mahu sekali menjejak kaki kembali di Unpad, makan pecel lele dan membeli buku di kedai buku Mentari.

Yang kelima di bulan April.
Ke Bangladesh lah kita. Impian waktu kecil, mahu menyertai Mercy Malaysia dan melakukan misi kemanusiaan. Aku percaya, tiada istilah terlewat dalam merealisasikan impian diri. Sentiasa ada waktu untuk setiap impian ditunaikan.

Yang keenam di bulan Mei.
Persiapan ke hospital baru. Tak semudah ABC.

Yang ketujuh di bulan Mei.
Moga ada rezeki bertemu bulan ramadhan.

Nota:
Di awal 20-an, aku berazam ingin menamatkan zaman bujang semasa berusia 25-27 tahun. Melepasi umur sedemikian, aku masih bujang. Pada umurku 25 tahun, aku mengenali seseorang yang molek akhlaknya,  seseorang yang aku ingin habiskan masa tuaku bersamanya. Tapi ditakdirkan tuhan, dia bukan jodohku. Demi tuhan, sekiranya aku bertemu seseorang sepertinya kembali, pasti aku masukkan dalam senarai impian 2018.

Sabtu, Desember 30

Murung

Bila ketidakpuasan hati dipamerkan hanya di laman mukabuku, dibaca oleh rakan-rakan mukabuku dan dikongsi beramai-ramai

Sabarlah.
Ini masa Tuhan nak uji.
Yang baik kita terima, yang buruk kita tinggalkan. 

Nota:
Susah betul mahu berlapang dada. 

Sabtu, Desember 23

Memori



Melayari akaun Facebook, tertengok hasil perkongsian sahabat-sahabat saya di Unpad. Seorang pelajar perubatan di Unpad mengalami masalah menyelesaikan yuran universiti. Dan dalam masa tidak kurang 24 jam dari waktu perkongsian di FB jumlah yang diinginkan dapat dikumpul. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia betul-betul prihatin.

Ujian yang dilalui adik itu mengingatkan saya pada musibah yang saya alami semasa saya belajar di sana. Dipukau dan kehilangan hampir RM 4000. 

Ketika saya tersedar duit saya telah hilang, tidak tahu mahu ke mana untuk diadu. Menelefon sahabat rapat, tetapi tidak dapat dikhabarkan perkara yang berlaku.

Akhirnya berita saya kehilangan duit tersebar. Papa( merangkap ketua angkatan kami) membuka tabung prihatin untuk saya. Tidak kurang dari 24 jam, jumlah wang yang terkumpul mencapai RM 1000. 

Terharu saya dengan tindakan sahabat-sahabat saya. Menenangkan saya dan melakukan solat hajat untuk saya. Bersama-sama melalui waktu sukar tersebut. Musibah demi musibah yang dialami kami-kami ketika belajar menjadikan ukhuwah antara kami semakin kuat.

Alangkah rindunya saya pada zaman belajar. Rindu sahabat-sahabat saya. Rindu berusrah dan segala aktiviti yang dilakukan. Kalau boleh mahu melalui kembali aktiviti-aktiviti dulu.

Kini, masing-masing membawa haluan sendiri. Memegang tanggungjawab berbeza. Malah tanggungjawab yang lebih besar. Cabaran hari ini tidak sama seperti cabaran zaman belajar. Zaman belajar dahulu ibarat seekor ulat beluncas. Kini ibarat seekor rama-rama. Lama-lama nanti kembali ke tanah.

Itulah kehidupan.