Untuk tahun ini, macam-macam aktiviti bermain di fikiran. Dicoret satu-satu. Berharap dapat direalisasikan.
Pertama-tama untuk bulan Januari. Membuat keputusan menyertai misi kemanusiaan di Bangladesh. Aku sentiasa mahu melakukan misi sebegini. Salah satu impian yang bakal aku tunaikan selepas 5 tahun bekerja.
Yang kedua di bulan Januari.
Menghadiri temuduga master dalam bidang perubatan kecemasan. Setelah 3 tahun di bahagian Kecemasan dan Trauma, baru tahun lepas aku berpeluang memohon melanjutkan pelajaran. Hajat di hati setahun setelah bekerja di ED, namun kekangan masa dan dirasakan belum cukup pengalaman, aku urungkan niat. Lambat dari yang lain. Malah orang lain sudah cubaan kedua atau ketiga. Biarlah. Takkan lari gunung dikejar. Ada rezeki, adalah.
Yang ketiga di bulan Februari.
Mencabar stamina diri. Sekali lagi akan melawan fobia pada air. Menyertai pasukan kecemasan untuk kursus water rescuer dan mendaki bukit Kluang. Moga Allah permudahkan
Yang keempat di bulan Mac.
Aku sentiasa berimpian membawa kedua ibu bapaku ke Bandung. Tempat belajar ilmu medik pertamaku. Moga-moga akan terlaksana. Mahu sekali menjejak kaki kembali di Unpad, makan pecel lele dan membeli buku di kedai buku Mentari.
Yang kelima di bulan April.
Ke Bangladesh lah kita. Impian waktu kecil, mahu menyertai Mercy Malaysia dan melakukan misi kemanusiaan. Aku percaya, tiada istilah terlewat dalam merealisasikan impian diri. Sentiasa ada waktu untuk setiap impian ditunaikan.
Yang keenam di bulan Mei.
Persiapan ke hospital baru. Tak semudah ABC.
Yang ketujuh di bulan Mei.
Moga ada rezeki bertemu bulan ramadhan.
Nota:
Di awal 20-an, aku berazam ingin menamatkan zaman bujang semasa berusia 25-27 tahun. Melepasi umur sedemikian, aku masih bujang. Pada umurku 25 tahun, aku mengenali seseorang yang molek akhlaknya, seseorang yang aku ingin habiskan masa tuaku bersamanya. Tapi ditakdirkan tuhan, dia bukan jodohku. Demi tuhan, sekiranya aku bertemu seseorang sepertinya kembali, pasti aku masukkan dalam senarai impian 2018.
2 komentar:
Bestnya akak dpt pergi mercy mission. Semoga Allah pelihara n permudahkan kakak saya sorang ni
Impian masa kecil Atim. Beberapa hari juga akak ambil masa nak cakap pada mak ayah, akak mahu ke Bangladesh. Nasib baik ayah izinkan.
Ameen untuk doanya Atim.
Posting Komentar