Sabtu, Desember 23

Memori



Melayari akaun Facebook, tertengok hasil perkongsian sahabat-sahabat saya di Unpad. Seorang pelajar perubatan di Unpad mengalami masalah menyelesaikan yuran universiti. Dan dalam masa tidak kurang 24 jam dari waktu perkongsian di FB jumlah yang diinginkan dapat dikumpul. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia betul-betul prihatin.

Ujian yang dilalui adik itu mengingatkan saya pada musibah yang saya alami semasa saya belajar di sana. Dipukau dan kehilangan hampir RM 4000. 

Ketika saya tersedar duit saya telah hilang, tidak tahu mahu ke mana untuk diadu. Menelefon sahabat rapat, tetapi tidak dapat dikhabarkan perkara yang berlaku.

Akhirnya berita saya kehilangan duit tersebar. Papa( merangkap ketua angkatan kami) membuka tabung prihatin untuk saya. Tidak kurang dari 24 jam, jumlah wang yang terkumpul mencapai RM 1000. 

Terharu saya dengan tindakan sahabat-sahabat saya. Menenangkan saya dan melakukan solat hajat untuk saya. Bersama-sama melalui waktu sukar tersebut. Musibah demi musibah yang dialami kami-kami ketika belajar menjadikan ukhuwah antara kami semakin kuat.

Alangkah rindunya saya pada zaman belajar. Rindu sahabat-sahabat saya. Rindu berusrah dan segala aktiviti yang dilakukan. Kalau boleh mahu melalui kembali aktiviti-aktiviti dulu.

Kini, masing-masing membawa haluan sendiri. Memegang tanggungjawab berbeza. Malah tanggungjawab yang lebih besar. Cabaran hari ini tidak sama seperti cabaran zaman belajar. Zaman belajar dahulu ibarat seekor ulat beluncas. Kini ibarat seekor rama-rama. Lama-lama nanti kembali ke tanah.

Itulah kehidupan.

Tidak ada komentar: