Hari ini hari Jumaat. Dan ia untuk Surah Al-Kahfi.
Rasulullah saw bersabda,
Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi mulai hari Jumaat atau pada hari Jumaat, maka Allah memberikan cahaya kepadanya dari bawah mata kakinya hingga kolong langit
Nak kongsi benda ni. (Aku baru sahaja tahu, selama ni tak perasan pun)
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka (Al Kahfi : 18)
Ada orang bagitahu sebenarnya. Ayat yang bergaris tu ada kaitan dengan perubatan. Kalau ikutkan, satu nasihat yang biasa para doktor bagi kepada penjaga pesakit yang ahli keluarganya sudah tidak mampu berjalan, terlantar je di atas katil (
bedridden) ialah untuk membalik-balikkan pesakit selang 2 jam. Ini dilakukan bagi menghalang terjadinya
bed sore.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ani hari Isnin. Kita sama!
Bicara seorang sahabat mengabarkan berita yang barusan dia lihat.
Dalam hati, hanya mampu pasrah sahaja.
Boleh ke nak buat ni? Sempat ke nak pulun semua untuk kasus panjang dan kasus pendek terakhir sebagai pelajar perubatan? (Harapnyalah)
Ani, sempatnya. Ani dah lama sedia. Dah 6 tahun dah.
Kata Sumi pemberi semangat.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"
(Al-Kahfi : 109)
Doakan kami kami. Untuk satu hari yang panjang itu.
26 Mac 2012.
Ya Allah, mudahkan jangan persusahkan.