Jumat, Maret 6

Selamat Berimtihan, Ya Sahabat

Akhirnya.
Tanggal ini.
6-3-2009.
Berakhir sudah pengajian pra-klinikal di Unpad.
Masih bersisa 3 tahun lagi, dengan izin Allah.
Doakan ya, teman-teman.
Dua minggu kedepan, aku bakal berjuang.
Berjuang dengan pena.
Bersama teman-teman.
Sekali lagi.
Doakan kami, pelajar twinning program ukm-unpad.
Semoga kami berjaya.
Layak ke tahun 4 di ukm.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bilikku yang kecil itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan keramahan orang sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan pecel lele ibu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti.,
merindukan ke'sporting'an doktor2 sini.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan kedai buku mentari itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan bas damri yang buruk itu.

Aku ingin pulang,
tak mahu datang sini,
namun aku pasti,
merindukan ke'comel'an kanak2 twinning.

Korang,
Sila jangan jadi skema kat ukm, boleh?

Aku tersenyum bila kita berjenaka bodoh-bodohan itu.
Orang kata itu lawak bodoh.
Aku kata itulah yang menyatukan kami.


Selamat berimtihan, Ya sahabat.
Moga dengan izinNya kita sama-sama berjaya.
InsyaAllah

9 komentar:

Farhan mengatakan...

salam,
3 tahun lagi tinggal? lamanyer..
saya ada setahun je lagi..tu pun 3 kelas je yg tinggal..mcm dah takde apa nak belajar..
tp ye la..awak bermain dengan nyawa manusia..lps belajar kerja semua dah ready. berbaloi la dengan bertahun2 belajar. sy ni abis belajar ntah mcm mana ah masa depan.haha.apapun, selamat berimtihan.ada senior saya yang buat phd kat sini kata exam adalah perkara yg paling senang jika mahu dibandingkan dgn cabaran sebenar dlm hidup lps abis belajar.pikir2 balik..betul jugak..

nur_aishah mengatakan...

salam....
i'm looking forward for UKM.
tp....will miss everything here toooo
waa..
semoga kita berjaya di dalam menempuhi Ujian final ni..
semoga kita berjaya GRAD pada 2012 di UKM nnt
semoga ijazah berada di tangan kita semua..
AMIN..
wslm....(",)

Ibnurashidi mengatakan...

Salam..

semoga berjaya! apa yang penting..banyakkan doa dan solat hajat..lepas usaha tawakkal..doa ibu bapa juga sangat penting..

Nurul Amiza mengatakan...

salam ani..
selamat berimtihan jugak..
doakan kejayaan bersama..

ye, ingat tu jgn jd skema kat UKM nnti..hehe^^

hana mengatakan...

Farhan:
wslm,
a'ah. ade 3 tahun lagi. lame tu memang lame, sape suh amek medik kn? amboi. Sikit je kelas. dr ukm dh ckp awal2, bile dah masuk ukm, your honeymoon is over. haha. skang tgh prepare mental n fizikal ni. nk survive kat ukm, InsyaAllah. belajar ni tak abes2, semakin lame belajar, semakin byk tak tahu adela. Itulah yang buat saya sgt bersyukur blaja medik. betul kate senior awk tu. dugaan kat luar lagi hebat. Samada kita mampu survive ke tak, itu terpulang pada kita. kat sini, akidah kitalah yg plg penting. asal akidah kita benar, pergi mane2 pun tetap same. terima ksh tuk doa.Amin.
moga awak pun dipermudahkan segala urusan. balik msia, dapat keje tlg keluarga.
=)

Aishah:
wslm. Yup. tak sabar nk blk msia. sume yg ade kat sini adalah kenangan terindah. remain as memories. semoga kita berjaya.
amin tuk doa kamu :)

Ibnurashidi:
Terima kasih atas kata semangat kamu. MAkin bersemangat tuk belajar. doa ibu bapa itu tanpa hijab kan? InsyaAllah, mereka akan selalu mendoakan. kamu juga. semoga berjaya dalam apa yang kamu lakukan.

Nurul Amiza:
selamat berimtihan juga buat awak. semoga kita same2 berjaya. semua budak2 twinning berjaya.
kita tggu dan lihat, camne kite kat ukm nnt. skema ke tak.
hehe

suhaijah mengatakan...

salam,ani.
ye...sy jg msti rindukn kdai buku mentari, gedung A2, dosen2 baik hati,bilik kt rumah garasi ni,ibu kartini n teteh.
damri n angkut bleh jgk nk rindu tapi ojeg xnk la.haha...~teringt peristiwa jatuh dari ojeg.

Nur mengatakan...

Salam Hana,

Rindu nya pada Hana...moga2 Hana bertambah semangat dalam mengharungi segala cabaran mendatang.

Good Luck for the exams, bak kata Farhan, exams itu senang bangat dari membuat phd ini...yakin lah pada kebolehan yang dikurniakan Allah swt ...serta kekuasaan Alalh swt dalam memberikan segala2 nya..

Good luck...all the best!

Nur mengatakan...

Sudah mau pulang ya?

Akak akan pulang sebentar July ini, boleh lah kita jumpa, dan ya, mau jumpa kakak mu yang gagah itu!

:D

hana mengatakan...

Suhaijah:
Wslm,ijah. Yup. Kita pasti merindukan segalanya. Ijah, kenangan buruk pun kne igt, agar jadi pengajaran buat kita. Pak ojeg bagus pe, igt lagi pesan pak nih, dia cakap neng, len kali cari pacarnya yang punya kereta, nanti tak kebasahan senggini. haha. ani gelak je.

Kak Nur:
Wslm kak. Saya juga rindu pada kamu. maaf kerana sudah lame tidak tinggalkan jejak. Saya hanya sempat membaca tulisan2 akak, namun tidak sempat menulis komen. terima kasih tuk doa akak. moga akak juga dipermudahkan segala urusan.

sile2. jika punya waktu akan kita ketemu menyambung jalinan persahabatan yg lebih erat. InsyaAllah kak, akan saya khabarkan padanya agar dia meluangkan mase bertemu akak dengan izin Allah.

:D