Selasa, November 29

kakak

Kakakku umpama bintang di langit,
cahayanya menghiasi pekat malam,
di kesiangan hari ia menghilang,
terbatas oleh cahaya sang suria,
namun tidak pernah jemu
untuk hadir berkali-kali
hanya untuk ditatap mata-mata
yang berharap akan hilangnya 
duka.

* kakak memang juara seantero dunia *

Kamis, November 24

bahasa

Kerana sudah terlalu lama tidak membaca penulisan-penulisan indah lagi puitis, aku juga terpalit sama menulis tanpa keindahan bunga-bunga bahasa.

Sempat aku membaca buku nipis tapi padat isi nasihatnya di kedai kak Ros. Perihal bahasa keluarga. Semalam, aku pulang tersenyum sambil hati berbunga-bunga mekar. Bahagia benar aku rasakan. Dapat membaca bahasa indah penulis buku tersebut.

Seseorang mampu menyulam kasih bertahun lamanya hanya melalui kata-kata indah. Perhubungan mampu berakhir dalam sekelip mata sahaja hanya dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan cacian. Benarlah, kata-kata indah adalah ubat dan kata-kata kesat itu adalah racun.

Rabu, November 16

Jiwa positif

You will NEVER be blessed with everything everyone else has, but you will be blessed with certain things. USE YOUR BLESSINGS to serve the world/humanity which results in worshiping Allah. If that means you have the blessings of raising a family, then DO IT and do it with excellence. Be the best wife you can be, be the best mother you can be – God knows this generation needs mothers of excellence. But on the other hand, if you are lacking in that department, and you have the blessings of becoming a multimillionaire and setting up hospitals for the underprivileged, DO THAT. Be the best of the CEO or CFO, or the best surgeon the humanity has ever seen. But be that for the sake of Allah. (Sabrina, October 2011)


If you think you can't sacrifice and commit to your dreams, then your dreams aren't big enough ( Amalina Peter)

Well said. I can't merely have achieved a thing if I don't consistently pursuing my dream and willing to sacrifice myself. Regardless of what, all I need is just a bit of courage(and of course strategies). Suprisingly, women always had that gene in them. That's why they are special :)


Decide--->Commit--->Sacrifice---> Achieve
Fighting!
4 months to go
May Allah bless.

Senin, November 14

atas panggilan



terkadang malam padaku adalah siang
dan siang padaku adalah malam
begitu teruja pabila atas panggilan
walau ternyata benar aku ini anti-jonah

Magik!


Bulan penuh itu teman malamku
Sepertinya sinaran itu menyinari hatiku
Seperti ia sedang berbicara samaku
Bersama bercanda denganku
Dan bulan
Seperti yang aku kagumi dirimu
Benar satu ciptaan Tuhan yang signifikan

Rabu, November 2

32 minggu

Salam. Saya kini di posting obstetrik dan ginekologi, belajar tentang penyakit berkaitan wanita dan ibu mengandung. Alkisahnya, seorang pesakit yang sudah 2 minggu dimasukkan ke wad merupakan pesakit saya yang terpaksa saya present kesnya setiap kali ward round.

Pesakit yang juga merangkap kawan berbual dan bergosip sambil layan drama korea itu masih muda lagi. Umur dia baru 26 tahun. Ini kandungan dia yang kelima. Empat kandungannya yang sebelum itu gugur. Mana mungkin hati tidak sedih.

Hari-hari saya melawatnya. Kata orang, sambil menyelam minum air. Sambil berbual dengannya, sempat juga layan beberapa minit cerita korea. Layan hero hensem pun jadilah. Tapi ada masa-masanya, akak ini gusar. Takut kandungannya kali ini berakhir dengan tragedi yang sama.

Kandungannya masih baru. Kini baru masuk 8 minggu. Ada 32 minggu lagi untuk dia dan kandungannya harungi. Bolehkah kamu, kamu dan kamu yang sedang membaca ini mendoakan yang terbaik buat kakak itu dan kandungannya. Semoga Allah berikan yang terbaik buat mereka.

Bolehkan tolong doakan?

Doa itu percuma. Dan ia magik Allah untuk kita.

Terima kasih daun keladi.

Nota : Excellento! Terima kasih Prof. Anda menceriakan hari saya walau sehari sahaja :)

Senin, Oktober 31

Canggih dan tujuan hidup

Saya sedang blogwalking apabila saya mula duduk diam dan baca satu persatu entri dari blog Isi Rumah Sedar (Conscious Household) Seperti saya pernah katakan dulu, apabila saya menjumpai blog yang menarik, pasti saya habiskan semua entri yang pernah diterbitkan.

Saya sangat berminat untuk linkkan satu tulisan dari blog tersebut yang bertajuk Semakin canggih, semakin kabur tujuan hidup. Saya ambil sedikit tulisan penulis blog untuk dikongsikan di sini.

Kehidupan yang ‘canggih’ adalah kehidupan yang dapat menghadirkan ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Bukan disandarkan semata-mata dengan kecanggihan teknologi-tanpa didasari nilai yang jelas dan tetap.

Nota : Sedang berusaha memaknai setiap kecanggihan yang dimiliki pada diri untuk sentiasa tunduk dan patuh pada Pencipta yang satu.

Minggu, Oktober 23

Seorang anak

Kalau kau tak belajar tinggi macam sekarang, apa yang kau akan buat?

Hah,

Apa lagi. Duduk rumah. Tolong mak ayah akulah. Banyak benda boleh buat kat rumah.


Sememangnya terasa semakin jauh dari rumah. Cumanya, saya benar-benar bersyukur sentiasa diberi ruang dan waktu untuk pulang ke kampung walau hanya sekadar cuti hujung minggu.

2 minggu lepas ibu saya dimasukkan ke wad. Untuk pembedahan paraumbilical hernia. Mulanya, ia hanyalah pembedahan yang dijangka berdurasi hanya 30 minit. Secara laparoskopik. Dan sekiranya ibu saya stabil, mungkin sehari selepas pembedahan, ibu saya sudah dibenarkan keluar wad.

Namun, apa yang dirancang lebih dari itu. Tuhan punya cerita lain buat ibu saya. Dan segalanya masih samar lagi. Samada penemuan pakar bedah semasa pembedahan itu adalah sesuatu yang lebih bahaya, iaitu kanser.
Ibu tetap dengan pendiriannya. Walau apapun keputusan biopsy, ibu nekad untuk tidak mahu meneruskan rawatan. Sesuatu yang buat saya hiba saat mendengarkannya.

Kerana,

saya berada di profesi ini. Cukup rapat dan saban hari melihat pesakit-pesakit sedemikian.

Seorang anak. Dari lipatan hatinya yang terdalam, mesti tidak akan mahu kehilangan orang yang dia kasihi. Rela atau tidak, itu takdir yang harus ditelan bulat.

Seorang anak. Walau cengeng segala, mesti akan tetap sayang ibu bapanya. Walau, mungkin kasih itu tidak terlalu ditunjukkan.

Di rumah, ia ibarat syurga bagi saya. Banyak benda boleh dibuat di rumah. Sememangnya, hadiah terbaik dapat kita berikan untuk ibu bapa kita adalah menjadi sesebaik insan yang sentiasa bermanfaat untuk mereka.