Kamis, September 23

imtihan 2

Haru. Balik dari ujian atas kertas, saya haru biru. Tak terkata. Ibarat tidak belajar apa-apa pula. Biarkan sajalah. Saya buka mesej-mesej cinta saya. Tercinta saya menenangkan saya dengan ayat-ayat cintaNya. Terharu, lagi-lagi tenang apabila membacanya. Terapi terbaik di kala jiwa kacau, haru biru dan juga saat kegembiraan.

Maka sabarlah engkau (Muhamad) atas apa yang mereka katakan., dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di hujung siang hari, agar engkau merasa tenang.

Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka (sebagai) bunga kehidupana dunia, agar kami uji mereka dengan (kesenangan) itu. Karunia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal.

[20 :130-131]

Saya senyum, malah terharu. Tercinta saya benar-benar punya jawapan atas keraguan saya.

Sabtu, September 18

imtihan

bakal menghadapi ujian atas kertas.
Ujian akhir semester bagi pelajar tahun 4.
20 September- 27 September 2010.

Doakan kami.


Selamat berimtihan, kawan-kawan.


Rabbi yassir wala tu’assir.

Kamis, September 16

monolog

Saya tidak pernah tahu sekiranya ada kehidupan yang indah,
Dahulu, saya cuma tahu dunia saya seputar rumah dan sekolah,
Asal sudah menjadi anak yang ikut kata, lakuin segala perintah,
Asal sudah menjadi pelajar yang disiplin, cemerlang belajar,
Itu sudah memadai,
Itu sudah cukup untuk capai bahagia,
Dunia dan akhirat.

Saya cumanya terasa itu kosong,
Apabila sudah melihat dunia berbeda,
Saya mula mencurigai diri saya, mencurigai hal-hal sekeliling saya,
Saya mula menyoal, adakah ini sudah cukup?
Saya mula mengamati,
Adakah nilai-nilai yang diperoleh itu satu yang bisa saya persembahkan pada sang Pencipta?

Ramai sudah yang saya kagumi,
Mereka cemerlang dengan nilai perolehan yang tinggi,
Saya mahu begitu, mahu capai nilai perolehan yang tinggi, mahu buat diri ini bisa dihormati,
Mahu buat ibu bapa bangga pada anaknya, mahu jadi terbaik dalam segala, mahu buat tutup mulut mereka yang jahat akan kata-kata nista di belakang.
Cumanya,
Apabila saya memperoleh itu, saya terus-terusan bertanya,
Terus apa Ya Tuhan?
Adakah ini yang Kau mahu?


Saya terus lagi,
Jalani hidup saya yang sememangnya kosong, sepertinya tidak terisi,
Hidup hanya cuma mahu capai nilai terbaik, memperoleh kerja yang dihormati, menjalani kehidupan sebagai seorang anak dan adik,
Tiada titik noktah
Seputar berteman bersama beberapa rakan baik, seputar di hadapan kotak bergambar mengisi waktu kosong, seputar itu sahaja

Saya mengamati
Dunia luar sana,
Saya lihat peperangan,
Say lihat pembunuhan,
Saya lihat seorang laki-laki yang dirinya keseorangan
Cuba mencari lindung di balik ratusan manusia mebawa senjata tajam
Hanya kerana dia Muslim
Kenapa Tuhan takdirkan dia,
Bukan saya?

Adakah keberadaan saya ini benar-benar hidup?
Atau hanya sekadar menjadi manusia robot?

Saya baru tahu adanya kehidupan indah,
Kehidupan di atas satu jalanan yang bersimpang siur,
Penuh dengan pelbagai konflik,
Penuh dengan cabaran dan pengorbanan,
Penuh dengan kemanisan sesudah pahit itu ditelan dengan luar biasa sekali,
Cumanya
Saya di mana?


Keberadaan saya adakah benar-benar membantu atau sekadar perencat jalanan itu?
Keberadaan saya adakah benar-benar eksis atau sekadar lelalang? Hanya tahu dibuai angin ke kiri dan ke kanan

Hakikatnya, senarainya panjang dech mengisi kotak fikir,
Cumanya saya tiada masa untuk itu,
Mahu terus bangkit dan bekerja,
Atas nilaian Allah yang utama.

Ditulis saat merasakan tidak layak menjadi ‘seseorang’
10 September 2010, bersamaan 1 Syawal 1431h.

 

Sabtu, September 4

apabila beliau berbicara

ada yang suka, ada yang tidak. tetapi, beliau berbicara dengan fakta, bukan dengan emosi.



George Galloway memang terlalu unik untuk diceritakan. Dalam video ni, dapat dilihat bagaimana beliau dengan mudahnya mematahkan serangan yang diberitakan oleh si pemberita. Nampak betapa berat sebelahnya si pemberita tersebut. Yang lagi tak boleh blah apabila suara beliau direndahkan. Memang sengal.

"Mengikut prinsipku jikalau seseorang atau sesuatu pihak itu tidak disukai oleh musuh maka itulah yang berpendirian tepat. Manakala pihak yang disukai oleh musuh itu dapat dianggap sebagai berada di pihak sama dengan musuh," Shamsiah Fakeh, Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Rejimen ke-10. kopi pasta dari blog ini amad pesan di dalam artikel  Merdeka atau merdekakah?

nota : kak nur, diana, can you give me your email?

Kamis, September 2

met ultah

Tidak pernah saya jangka jika saya akan berada di sisinya. Sedang saya asyik menghabiskan makanan yang bersisa sedikit itu. Lama saya di situ, tanpa sedar beliau berada di sisi saya. Sehingga pada akhirnya saya beranikan diri bertanya, orang kelantankah? Beliau menoleh. Saya seperti tidak percaya, beliau dan saya dipertemukan setelah hampir 10 tahun tidak bertemu. Siapa sangka saya menemuinya hanya duduk beberapa inci sahaja dari saya. Beliau dan saya, sama-sama tidak mampu berhidup di alam asrama. Sama-sama hidup saling berdua. Malam-malam, jika panggilan natural itu datang, pasti saya ke tempatnya. Temani aku yuk! Beliau, yang pada suatu malam yang sepi, di kala semua sepertinya lena di peraduan, adalah satu alasan utama saya untuk turun dari peraduan saya, tatkala mendengar bunyi sedu-sedan 'beliau', yang pada akhirnya membawa saya ke titik pertemuan antara saya dan makhluk alam ghaib (oh, tidak saya fikirkan tentang itu saat saya mendengar esak tangis seorang perempuan,' pengalaman yang menarik sebenarnya'). Beliau dan saya, saya dan beliau. Entah mengapa. Ibarat berkongsi nasib yang sama. Dan demi kasihNya, Allah pertemukan kami sedang menikmati makan tengahari di kafe PPUKM. 

Selamat hari lahir sahabatku. Moga dirimu beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Love you as always~


Selamat Hari Lahir Pictures, Images and Photos

Selasa, Agustus 31

hari-hari terakhir

Tuhan aku ingin hidup yang sederhana
Melepas segala hiasan dunia , meredupkan kilauan raga
hanya untuk berjalan dijalan Mu

Tuhan, aku ingin ujian Mu
Sebagai teguran kalaku ragu, meragu akan nikmat Mu
sesederhana itu Tuhan,

Aku dan juangku,
terikat dalam ridha Mu,
melaksanakan kata dan pikirku,
saat bosan dan lelah menyapa,
kuatkan dan ikhlaskan aku.


Jatinangor, 24 Juni 2009
ditulis saat merasa tidak layak dididik sebagai dokter.
sumber: ghea

Saya sangat menyukai sajak ini. Benar-benar cocok sama saya. Tiada apa-apalah, cuma kini sudah berada di 10 malam terakhir. Fasa penentuan akan seberapa banyak saya berusaha (ya, sememangnya jika dilihat pada statistik saya bisa dikategorikan kepada calon yang kalah deh) tetapi tetap mahu usaha sampai akhir. Biar saya gak punya sesalan deh.

hidup adalah untuk mendepani ujian dengan senyuman~

Minggu, Agustus 29

repekan meraban

Lagi-lagi saya tukar template blog. Sungguh tidak setia saya ini.

Sehijau warna daun


Saya sukakan warna hijau, warna hijau mendamaikan saya. Masih saya ingat ketika di Bandung satu waktu dahulu. Di sekeliling kami penuh pokok. Terkadang, saya sangat suka menjemur pakaian di bumbung atas kediaman kami 22 orang. Saya pasti mengambil waktu barang 15 minit hanya untuk menikmati permandangan indah sekeliling kampung. Indah. Subhanallah. Hijau. Kawasan padi nun beberapa meter di hadapan saya, ibarat hamparan permaidani hijau kuning, damai di sana. Sungguh, negara ini kaya dengan hasil alamnya.

Jiran sebelah rumah saya punya tanah yang luas. Rumahnya gede, malah punya kolam ikan buat memancing pada kesiangan hari. Sekeliling rumah terdapat pelbagai pokok-pokok yang menghijau. Benar-benar hijau. Daun-daun sentiasa melambai-lambai ditiup angin, terkadang saat mata sudah malas menelaah buku, dari jendela bilik saya sahaja bisa saya amati pohon-pohon rendang itu. Damai benar.

Sayang. Wajah-wajah kampung Jatinangor telah hilang seiring hilangnya laptop saya. Igauan hijau daun kampung tersebut sentiasa setia menemani saya. Betapa saya rindu dedaunan hijau itu. Sehijau warna daun.

iklim dunia, globalisasi, aktivisme

Tapi sayang ya, dunia kini kurang hijaunya. Dunia ini terus dieksploitasi oleh manusia. Masih saya ingat saat pengajian Public Health saya di Jatinangor. Doktor saya menanyakan kami, kenapa Indonesia sama Brazil sering menjadi tajuk utama persidangan iklim dunia? Indonesia dan Brazil merupakan negara yang mempunyai hutan simpan terbesar di dunia. Negara ini, mestilah mengekalkan hutan simpannya agar kesan rumah hijau berkurang. Sejujurnya, berkurangkah?

Sayang benar juga. Dahulu, pertandingan debat antara sekolah saya dan ahli debat kumpulan saya mendapat tajuk era globalisasi, antara pro dan kontranya. Kumpulan saya waktu itu berada di pihak pembangkang. Betapa waktu sekolah masih jambu tentang globalisasi. Naik liat lidah ini menyebutnya. Kami kalah kerana kurang pengetahuan tentang globalisasi. Jika dahulu adalah kini, berjela-jela kontra yang mampu kami bagi, terutamanya dari sudut pandang negara sedang membangun dan negara dunia ketiga.

Tetap sayang, kerana saya sepertinya tidak pernah berada di alam debat. Mahu diteruskan, inferiority complex saya membukit. Adik saya, yang barusan menjejak alam kampus masih meneruskan karier debatnya. Saya kagum padanya, diam-diam ikut cemburu. Di mana saya yang aktivis dahulu?

Fikir saya yang langka ini

Iklim dunia sehingga kini semakin panas. Negara-negara maju terus-terusan mengeksploitasi kepentingan mereka. Negara-negara dunia ketiga pula yang terpaksa mengurangkan industrilisasi mereka dengan alasan pengeluaran asap industri melebihi had boleh merosakkan iklim dunia dan mengancam kesihatan masyarakat dunia. Tapi perlu diingat, ini jugalah faktor mengapa negara dunia ketiga tidak maju. Disekat kebebasan berindustrilisasi dan pada masa sama tidak mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang baik. Walhal, negara maju yang saban hari mencemarkan alam sekitar diberi kad vip melakukan industrilisasi mereka, menjana ekonomi dan tetap kekal kaya. Beda sungguh.

Sayangi dunia ini

Hijaukan bumi kita kembali. eh, tidak cukup hijaukah bumi kita?

Change the way we treat each other, change the way we treat the world.

“Telah terjadi pelbagai kerosakan dan kebinasaan di laut dan darat diakibatkan kerana perbuatan tangan manusia itu sendiri." (Surah al-Rum, ayat 41)

dan sebenarnya, ia benar. Plus, national geographic says so