Secara tidak sengaja, saya terjumpa satu kisah buat renungan kita bersama semasa jalan-jalan di dunia blog ni. Satu kisah yang menarik untuk dikongsikan terutama dalam kita mendepani dugaan atau ujian yang diberi Allah buat kita.
Bertawakkallah pada Allah, bukan matamu
Di mesir, ada seorang pemuda bernama Abbas Asisi. Dia bergabung dengan organisasi Ikhwanul Muslimin. Suatu hari, dia menziarahi Syeikh Hasan Al-Banna. Sedang mereka berbincang, Abbas Asisi menyatakan rancangannya lalu Al Banna berkata," mengapa kamu tidak mencuba untuk memasuki bidang ketenteraan.?"
"saya mempunyai masalah dengan mata dan saya rasa tidak boleh lulus dalam ujian menembak,"
"tidak apa, bertawakallah kepada Allah," kata Sheikh Al-Banna.
"Bagaimana saya akan bertawakal pada Allah sedangkan saya mengetahui ada masalah dengan mata saya,?"
"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakkal pada matamu."
Abbas Asisi mengikuti saranan Al Banna. Dia memohon untuk memasuki bidang ketenteraan. Di saat beliau menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Tapi dia ingat pesanan gurunya itu. Maka beliau pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah.
Ternyata, beliau lulus sebagai peserta terbaik dalam ujian menembak tersebut.
Pengajaran
Benar seperti nasihat Sheikh Hasan Al-Banna. Kita mungkin tanpa sedar bergantung harap pada kebolehan kita berbanding pada kekuasaan Allah. Kerana itu, setelah berusaha bertawakkallah dengan sebenarnya pada pemberi nikmat walau dengan segala keterbatasan yang kita ada. Segala yang telah ditakdirkan, baik atau buruk adalah yang terBAIK buat kita kerana Allah sebaik-baik perancangan.
Buat sahabat-sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan, berusahalah dan bertawakkallah pada Allah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian semua.
Rabbi yassir wala tuassir.
Bertawakallah kepada Allah, pasti kesudahannya membuat wajah anda mengukir senyuman.
Rabu, Maret 9
Selasa, Maret 8
Mahasiswa
Mahasiswa takut kepada dosen,
Dosen takut kepada dekan,
Dekan takut kepada naib canselor ,
Naib canselor takut dengan Menteri,
Menteri takut dengan Perdana Menteri,
Perdana Menteri takut dengan mahasiswa.
-Taufik Ismail-
sumber : blog Qanun fi at Dunia
Dosen takut kepada dekan,
Dekan takut kepada naib canselor ,
Naib canselor takut dengan Menteri,
Menteri takut dengan Perdana Menteri,
Perdana Menteri takut dengan mahasiswa.
-Taufik Ismail-
sumber : blog Qanun fi at Dunia
Wacana Ilmiah
Salam.
Semalam, saya dan sahabat menyempatkan diri menghadiri forum ilmiah yang bertajuk Wacana Pendidikan Percuma : Relevan atau Sandiwara Politik. Tajuk tersebut sangat menarik untuk dikupas lebih-lebih lagi di kalangan kita, mahasiswa. Pertama-tamanya panel yang dijemput bukan calang-calang orang. 3 panel yang dijemput ialah Senator Mumtaz dari Pas, YB Dr Naser dari Parti Sosialis Malaysia dan Wan Saiful Wan Jan dari IDEAS, merupakan seorang Think Tanker.
Relevan atau Sandiwara Politik
Untuk menjawab soalan ini, ketiga-tiga panel memberi pandangan yang cukup menarik. Ia tidak hanya disekitar pendidikan sahaja malah ia membawa satu pemikiran luar kotak.
Respon pertama diperoleh dari YB Dr Naser dan beliau bersetuju bahawa isu pendidikan percuma ini relevan di Malaysia. Namun, sebagai seorang yang berfahaman sosialis saya dapat menilai setiap butir bicara beliau adalah lebih kepada pembelaan kepada rakyat miskin dan penindasan oleh golongan kaya. Mengikut kajian yang dilakukan oleh United Nation (UN) Malaysia menduduki ranking pertama di antara negara Asia Tenggara dan kedua tertinggi selepas Papua New Guinea di Asia berhubung jurang pendapatan yang ketara antara penduduk. Makanya, tidak hairan jika purata pendapatan per isi rumah mencecah RM 4000. Ini jelas menunjukkan jurang yang cukup besar berlaku lebih-lebih lagi 40% rakyat Malaysia dilaporkan berpendapatan kurang daripada RM 1500.
Senator Mumtaz dari Pas pula secara fikrahnya membawa Islam membuka bicara dengan hadis.

Sekiranya kamu memberi anakmu ADAB, maka harta, pangkat, ilmu dan sebagainya bakal hadir bersama (hadis Nabi)
Adakah sama antara yang tidak mengetahui dan yang mengetahui( Kalamullah)
Senator Mumtaz membawa hadirin yang hadir dengan berfikir di luar kotak. Apa yang cuba disampaikan oleh beliau, pendidikan percuma tidak hanya secara formal malah perlunya yang informal. Dan ia bukanlah tanggungjawab kerajaan sepenuhnya tetapi ia sepenuhnya tanggungjawab IBU BAPA untuk mengajari anak-anak yang lahir terdidik dengan AKHLAK yang baik. Relevan atau tidak? Katanya relevan kerana kita MAMPU dan kita sebenarnya KAYA namun pengagihan kekayaan itu yang tidak saksama.
Terakhir, Mr Wan Saiful dari IDEAS menyediakan slide untuk perbincangan kali ini. Kecil sahaja orangya, namun sekali mengeluarkan kata, terpana semua. Beliau tidak berapa bersetuju dengan tajuk yang diberi. Pada beliau, pendidikan percuma mampu diberi oleh semua, samada dari parti mana-mana sekalipun tetapi yang menjadi isu ialah berKUALITIkah pendidikan yang diberikan? Makanya, tidak hanya percuma, kualiti lebih penting. Jika tidak percumalah (sia-sia) bilang orang Indonesia.
Dan untuk sesuatu sistem itu berkualiti, perlu wujud persaingan dan pilihan. Percaya tidak, di India terdapat sekolah swasta untuk golongan miskin? Mr Wan Saiful menunjukkan beberapa gambar yang sempat dirakam dalam lawatannya ke India bagi mengkaji sistem pendidikan di sana. Maka, tidak hairan jika kanak-kanak di India lebih cemerlang kerana kualiti pendidikan yang menjadi keutamaan. Ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah berkenaan sebenarnya bergaji maksimum RM 400 dan yuran pengajian setinggi RM 100. Namun, atas dasar kualiti yang diutamakan mereka lebih memilih sekolah ini berbanding sekolah kerajaan yang terletak 5 minit dari sekolah tersebut. Ini membuktikan sekiranya terdapat pilihan dan persaingan kualiti pendidikan kita akan semakin baik.
Mahu kongsi lagi, cuma tunggu ya. Saya henti dulu
Kamis, Januari 13
seorang saya
Teman saya bilang kadang-kadang kita perlu menangis. Kali ini saya tak menangis seorang diri macam biasa. Kali ini saya menangis di hadapan guru saya merangkap doktor saya. Kali ini benar-benar haru. Baru saya tahu, terkadang kita tidak bisa mengharapkan bantuan sahabat-sahabat. Tidak mahu salahkan sesiapa kecuali saya. Saya yang tidak tahu mengurus masa saya. Senanglah orang mahu bicara, anda tidak di tempat saya. Saya memang sukar sekali menyatakan tidak. Non assertive trait sudah ada. Altruism pun nampak bayang-bayang di situ. Sudah. Ini ringkas seorang saya.
budak malang yang waktu kecil tidak diajari soal melawan kata.
budak malang yang waktu kecil tidak diajari soal melawan kata.
Rabu, Januari 12
si chups yang start
“Whoever saved a life, it shall be as if he had saved the life of all mankind”
(Qur’an 5:32).
Tuhan, berikan aku kekuatan untuk meneruskan segala yang aku lakukan ini. Sudah hampir 4 tahun. 4 tahun itu satu masa yang terlalu lama untuk aku menyedari aku tidak layak untuk profesi ini. mahu berpatah ke belakang, itu bukan aku. mahu ke depan, ragu yang aku dapatkan.
hanya mahu kekuatanMu. biar lemahku terkalah.

Kamis, Januari 6
minda tanpa sedar kita II
Sejarah yang kita pelajari hanya membuat kita semakin lena bukannya membuat kita semakin bangkit. Itu kesimpulan pertama saya ketika membaca sisi gelap sejarah-sejarah yang telah dipadamkan. Alhamdulillah, kemudahan teknologi benar-benar membantu mengejutkan diri yang lena.
Minda tanpa sedar kita
Universiti-universiti terbaik dunia tidak terkenal melalui bidang sains alamnya, tetapi melalui sains sosialnya. Lihatlah Oxford dan Harvard, bidang Falsafah dan Sosiologi adalah bidang yang paling banyak mendapat pembiayaan biasiswa. Kenapa sih susah-susah belajar pemikiran manusia?
Inilah waktunya kita melihat kepada sejarah. Contoh tentang 2 situasi berbeza yang saya contohkan dalam entri sebelumnya. Satu perjuangan melalui senjata berakhir dengan darah, dan satu lagi perjuangan berakhir dengan damai tanpa setitik darah tumpah. Apabila di alam menengah, kita tanpa sedar dihidangkan dengan bacaan bahawa rundingan dan perjanjian akan lebih bermanfaat kepada semua tanpa perlu angkat senjata. Tapi sedarkah kita tentang hal itu? Pastinya tidak kerana waktu itu kita hanya sibuk inginkan A dalam sejarah sahaja. Itu kisah kita 10 tahun dahulu, bagaimana pula pemikiran kita pada hari ini?
Demonstrasi dan Isu Palestin
Jika demonstrasi berlaku kita akan katakan demonstrasi itu sia-sia. Perjuangan melalui haluan kiri itu sia-sia. Menentang pemerintah itu tidak patut. Harusnya kita perlu duduk semeja berbincang, bergabung tenaga demi negara. Semestinya anda juga sangat intim dengan pandangan sebegini bukan?
Itulah minda tanpa sedar kita. Apa kita baca mempengaruhi pemikiran kita. Kerana ketika itu kita belajar sejarah, ia tertanam di minda kita. Apabila situasi yang hampir sama berlaku, kita berkomentar di pihak mana kita. Komentar kita adalah berbasis apa yang kita pegang dan apa yang kita baca. Lantas, ada yang menyokong demonstrasi dan ada yang tidak. Ada yang menyokong perjuangan melalui darah untuk selamatkan Palestin dan ada yang tidak.
Hanya kerana doktrinisasi yang terjadi ketika kita masih hingusan.
Jom!
Kita doktrinkan diri kita kembali kepada Al-Quran. Manhaj pemikiran manusia yang terbaik dari Sang Pencipta.

Selasa, Januari 4
minda tanpa sedar kita
Petang tadi, perbincangan usrah seputar sejarah Islam. Dari zaman kegemilangan Islam kepada zaman jatuhnya khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924.
Selepas 1924, beberapa gerakan Islam diwujudkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran Imam Hasan Al-Banna akan pentingnya gerakan Islam memacu perubahan umat membawa kepada tertubuhnya Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928. Ikhwanul Muslimin merupakan satu gerakan Islam berbasis usrah yang menjadikan manhaj Al-Quran dalam memperbaiki masyarakat. Lantas, Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai model dalam mencorak gerakan-gerakan Islam lain di seluruh dunia.
Sejarah juga membuktikan terlalu banyak sejarah-sejarah kita yang telah digelapkan. Lihat sahaja berapa banyak hadis palsu yang terhasil, sedangkan hadis merupakan setiap apa yang datangnya dari Rasulullah. Sejarah Rasulullah dan salasilah Ahlul Bait ada yang menyimpang dari kebenaran, inikan pula sejarah bangsa Melayu.
Buku teks sejarah
Dalam mempelajari sejarah Tanah Melayu, kita melihat bagaimana pejuang-pejuang terawal kemerdekaan kita seperti Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan dll dilabel sebagai pengkhianat di mata Inggeris. Namun, buku teks kita tidak mengajari itu di sekolah. Apa yang diajari di sekolah adalah pejuang-pejuang ini akhirnya dihukum dengan pelbagai cara, ada yang dibuang negeri, ada yang dibunuh dan mayatnya ditayangkan pada orang ramai dan ada juga yang menyerah diri seterusnya diam membisu. Namun, tetap juga mereka dilihat sebagai pejuang tanahair.
Umno, MCA dan MIC bergabung membentuk parti perikatan. Umno yang sehingga kini dilihat sebagai perintis dalam mencapai kemerdekaan negara melalui jalan damai dan tanpa pertumpahan darah. Jalan ini disokong oleh pihak British dan kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan hanya rundingan damai.
Lantas, apa kaitannya dengan minda tanpa sedar kita?
Langganan:
Postingan (Atom)