Jumat, April 23

moment to remember

Salam,

Dah lama tak bercerita di sini. Beberapa hari lepas, saya menyempatkan diri mendaki Gunung Ledang. Benar, sungguh penat. Namun saya gagahkan hati dan badan saya untuk seterusnya bersama ahli kumpulan belajar semasa praklinikal dahulu. Berjalan-jalan melihat alam di Melaka sehari selepas pulang dari pendakian.

Sahabatku,
kamu sangat penting dalam hidup ini.
16-20/4/2010

"bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri: dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji" ( surah Luqman 31:12)

Kita tidak pernah tahu apa yang bisa kita dapatkan apabila kita tidak berusaha untuk mencuba. Suprisingly, saya rasa lepas ni macam nak daki gunung Tahan pulak~

Kamis, April 15

the theory

Seperti kebiasaan kami, jika mahu pulang ke kampung, pasti kami akan memulakan perjalanan seawal jam 3 atau 4 pagi. Satu hari, ketika ingin pulang, kami benar-benar bernasib baik. Sebuah kenderaan baru sahaja mengalami kemalangan di selekoh tajam di hadapan kami. Nasib baik kerana kakak membawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan sempat mengelak. Alhamdulillah. Tapi, nasib si pemandu kenderaan di hadapan kami, belum tentu lagi.

" Kita tak mahu berhenti ke? " tanyaku pada kakak.

" Takpela, lagipun dah ada orang yang dah berhenti tu, lagipun perjalanan kita masih jauh," kata kakak.

Saya senyap. Beberapa ketika sebelum pulang, saya baru sahaja mendapat input baru. Saya sekarang melakukan hal yang sama. Hal yang dilakukan sekian banyak orang. Meh sini saya bagitau.

Ada satu kisah popular, kisah benar tentang satu kisah pembunuhan. Apa yang menarik tentang pembunuhan ini ialah terdapat 38 saksi, tetapi tiada seorang pun saksi yang datang menolong si mangsa. Alkisahnya, Kitty Genovese ni sedang dalam rumahnya apabila diserang oleh si pembunuh. Dia menjerit-jerit meminta tolong namun tiada seorang pun yang datang menolong. Si jiran buat dunno je dengan jeritan si mangsa. yang menarik lagi, bukan seorang yang mendengar jeritan si mangsa ni, ramai! Seramai 38 orang yang akhirnya membuat pening kepala penyiasat-penyiasat kes tersebut.

hai, takkan takde sorang pun nak pi tolong?

saksi A: takkanla nak masuk campur hal orang

saksi B: Saya ni sapa, kang pi tolong, abeh dengan saya sekali

saksi C: Nanti adela sesapa yang nak pi tolong, aku ngantuk nak tido!

Sounds familiar?

Dialog di atas saya yang reka, namun pada saya itulah yang difikirkan oleh saksi-saksi tersebut. Dan ini diterangkan dengan jelas sebagai teori Bystander Effect. Kenapa orang boleh buat dek je dengan hal-hal yang sepatutnya mereka PATUT ambil kisah.

Dalam satu video yang dibuat bagi menjelaskan tentang bystander effect ni, seorang pelakon kanak-kanak dijadikan subjek bagi melihat sejauh mana teori ini. Situasinya, kanak-kanak tersebut dilihat sedang ditarik oleh seorang lelaki tidak dikenali. Kanak-kanak tersebut meronta-ronta, menyatakan he's not my dad, I hate you, leave me alone!


Guess what? Ia mengambil masa beberapa jam sebelum 3 lelaki menyedari kanak-kanak itu dalam bahaya dan bertindak ingin menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Sebelum 3 lelaki tersebut, rata-rata hanya menoleh sepintas lalu, lalu blah dari situ.


familiar dengan situasi tersebut?

bende alah bystander ni boleh diaplikasikan dalam banyak hal, bukan hanya kes kemalangan dan kes culik. Bak kata Khalil Gibran, sebelum bertanya apa yang dah negara lakukan buat kamu, tanyalah diri apa yang dah kita lakukan untuk negara. Apa peranan kita dalam sekecil hal yang kita lakukan.

hmm. dah tercetus mahu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teori ni? Seperti biasa, encik y4ku24 punya penerangan menarik dalam entri meletupnya -TMF

nota: jujur, saya juga masih melakukan hal-hal ini dalam sesetengah hal. namun, bersama-samalah kita melakukan perubahan.

"jika berlaku kemungkaran cegah lah dengan kuasa,jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman"

Sabtu, April 3

segala macam untuk satu macam

Setelah sekian lama, dapat juga sebahagian dari kami berkumpul. Memeriahkan rumah Junita and the geng. Terima kasih, siblings atas makanan terbaik itu. Diriku memang kaki makan terbaik.

Dan benarlah. Dari hari ke hari, papa semakin lama semakin membesar. Entah penangan apa yang melanda beliau. Perbezaan yang begitu ketara lagi. Sehingga diriku memberi komentar di fb-nya.

Diriku : lihatlah papa sekarang..huhu

Dr Fathur : kerana ape? nasi lemak?

Benar. Diriku kangen pada keakraban sesama doktor-doktorku. Prof Tri aka Dr Tri. Diriku masih mengingati pesanmu. Pesanmu dalam portfolioku saat aku masih hingusan di sekolah kedokteran.

Enjoy your medical school till the end

Dr Ike! Hanya beliau sahaja yang mengetahui betapa depresinya diriku di tahun pertama itu. Di tahun ketiga, beliau hadir memelukku ketika soca cardio-respi.

Kamu pasti bisa!

Sudah hampir 4 tahun. Bakalan menjejaki 5 tahun diriku di sekolah kedokteran. Segala macam hal menarik yang berlaku terhadapku. Mahu menghabiskan sisa 2 tahun, Insha Allah dengan pelbagai macam hal. Agar diriku tidak menyesali segala apa yang aku lakukan di sekolah kedokteran ini.

Apa yang perlu diriku lakukan, hanyalah menempuhinya dan jangan lagi menoleh ke belakang berkata itu ini.


When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
There's a golden star (sky)
And the sweet silver song of a lark

Walk on
Through the rain
And your dreams be tossed and blown

Walk on
Walk on
With hope
In your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
You'll never walk alone

Liverpool FC

kerana sesungguhnya Allah sentiasa bersama hambanya.

Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan

40 hadis Imam An-Nawawi : muka surat 34

nota : wah! panjang juga entri kali ini walaupun ideanya agak bertebaran sana-sini. Masih lagi belajar menjadi penulis yang baik.

nota : Sesungguhnya diriku dulu peminat Liverpool.

Selasa, Maret 30

hurm

Saya nak menulis. Tapi tak tertulis-tulis lagi.

Sudah hampir sebulan saya bercuti. Masih bersisa 1 bulan lagi sebelum saya melangkah ke tahun 4. Alhamdulillah, saya telah lulus ujian akhir. Ini kali pertama saya lulus tanpa perlu mengulang. Kalau dulu, di Bandung mesti ada subjek wajib yang perlu saya ulang.  Semoga berjaya buat sahabat-sahabat saya yang mengulang. Saya mahu kita sama-sama naik tahun.

nota : kalau boleh, dan hanya kalau boleh..biarlah saya yang menggantikan tempatnya dan bukan dia. namun saya yakin. pasti tuhan telah menyediakan jalan terbaik buat dirinya. tabahlah wahai saudariku : )



idea ada. cuma tidak tertulis. hurm


Senin, Maret 22

saya mahu



Saya cuma mahu,
mendengarkanmu

saya cuma mahu,
memperhatikanmu

saya cuma mahu,
berada di sisimu





saya cuma mahu,
melihat senyummu, 



saya cuma mahu,
kamu tahu saya ada untuk kamu.


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di berandamu bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya




ucapan terima kasih teristimewa buat sahabat saya



nik, mc za, islah, aj, armi, iqa, aimi

kamu memberikan saya rasa itu.

Senin, Maret 8

Update

Just finished watching a reality tv show.

Would love to share this with the readers.


30 days as a Muslim

Never been discriminated before. Never know how it was like.

At the end of the day,

I will defend these people and defend their faith- its so good to have heard this from a non-muslim

note : balik kampung =)

Senin, Maret 1

oh hachi

Terima kasih buat Balqis kerana kongsikan video ni.

Saya layan filem yang berdasarkan kisah benar. This one, is the best! 
A very sad story.







Air mata saya tak henti mengalir, walau hanya menonton trailernya sahaja.
ye, saya tahu. saya kebudak-budakan.