Seperti kebiasaan kami, jika mahu pulang ke kampung, pasti kami akan memulakan perjalanan seawal jam 3 atau 4 pagi. Satu hari, ketika ingin pulang, kami benar-benar bernasib baik. Sebuah kenderaan baru sahaja mengalami kemalangan di selekoh tajam di hadapan kami. Nasib baik kerana kakak membawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan sempat mengelak. Alhamdulillah. Tapi, nasib si pemandu kenderaan di hadapan kami, belum tentu lagi.
" Kita tak mahu berhenti ke? " tanyaku pada kakak.
" Takpela, lagipun dah ada orang yang dah berhenti tu, lagipun perjalanan kita masih jauh," kata kakak.
Saya senyap. Beberapa ketika sebelum pulang, saya baru sahaja mendapat input baru. Saya sekarang melakukan hal yang sama. Hal yang dilakukan sekian banyak orang. Meh sini saya bagitau.
Ada satu kisah popular, kisah benar tentang satu kisah pembunuhan. Apa yang menarik tentang pembunuhan ini ialah terdapat 38 saksi, tetapi tiada seorang pun saksi yang datang menolong si mangsa. Alkisahnya, Kitty Genovese ni sedang dalam rumahnya apabila diserang oleh si pembunuh. Dia menjerit-jerit meminta tolong namun tiada seorang pun yang datang menolong. Si jiran buat dunno je dengan jeritan si mangsa. yang menarik lagi, bukan seorang yang mendengar jeritan si mangsa ni, ramai! Seramai 38 orang yang akhirnya membuat pening kepala penyiasat-penyiasat kes tersebut.
hai, takkan takde sorang pun nak pi tolong?
saksi A: takkanla nak masuk campur hal orang
saksi B: Saya ni sapa, kang pi tolong, abeh dengan saya sekali
saksi C: Nanti adela sesapa yang nak pi tolong, aku ngantuk nak tido!
Sounds familiar?
Dialog di atas saya yang reka, namun pada saya itulah yang difikirkan oleh saksi-saksi tersebut. Dan ini diterangkan dengan jelas sebagai teori Bystander Effect. Kenapa orang boleh buat dek je dengan hal-hal yang sepatutnya mereka PATUT ambil kisah.
Dalam satu video yang dibuat bagi menjelaskan tentang bystander effect ni, seorang pelakon kanak-kanak dijadikan subjek bagi melihat sejauh mana teori ini. Situasinya, kanak-kanak tersebut dilihat sedang ditarik oleh seorang lelaki tidak dikenali. Kanak-kanak tersebut meronta-ronta, menyatakan he's not my dad, I hate you, leave me alone!
Guess what? Ia mengambil masa beberapa jam sebelum 3 lelaki menyedari kanak-kanak itu dalam bahaya dan bertindak ingin menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Sebelum 3 lelaki tersebut, rata-rata hanya menoleh sepintas lalu, lalu blah dari situ.
familiar dengan situasi tersebut?
bende alah bystander ni boleh diaplikasikan dalam banyak hal, bukan hanya kes kemalangan dan kes culik. Bak kata Khalil Gibran, sebelum bertanya apa yang dah negara lakukan buat kamu, tanyalah diri apa yang dah kita lakukan untuk negara. Apa peranan kita dalam sekecil hal yang kita lakukan.
hmm. dah tercetus mahu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teori ni? Seperti biasa, encik y4ku24 punya penerangan menarik dalam entri meletupnya -TMF
nota: jujur, saya juga masih melakukan hal-hal ini dalam sesetengah hal. namun, bersama-samalah kita melakukan perubahan.
"jika berlaku kemungkaran cegah lah dengan kuasa,jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman"
11 komentar:
wah..Bystander Effect rupanye nama perbuatan ni. rasayne dia bwh 'subconcious mind' kita.kdng2 kita kurang 'alert' dgn signal bahaya atau tak hiraukan langsung..
semoga kita sentiasa berwaspada dan lebih ambil berat terhadap alam sekeliling..(",)
Insha Allah
Thanks For Information
Visit: Http://hanifan2000.blogspot.com
to other information
bila berlaku suatu kemalangan..fikir dulu..nak berenti tolog ke nak tolong tengok jer..
betul, kalau tengok je,memang tak membantu. cuma, mungkin, bila turun dan tengok, bleh jugak kita call dan bagitau pihak terbabit keadaan mangsa. kalau takteruk, bleh jugak tolong papah mangsa
Salam kenal...
kadang2 kita ni malas nak campur tangan...pada aku ada masanya kita ptt lebih amik taula....x salah nak menyibuk untuk kebaikan....ingat mengingatkan 2 digalakkan dalm islam...
salam singgah. jom kongsikan di yanz-family.blogspot.com
Guest:
salam kenal kembali, terima kasih atas ziarah. Moga cepat dapat curos lagi
AKU:
Yup, tak salah menyibuk untuk kebaikan. malah amat digalakkan. Menyibuk biar kena tempat. malas tu pada saya tak kena, sebab bila kita mati, kita mengharapkan orang kebumikan kita, kan?
yanz:
salam kembali. terima kasih atas ziarah. Insha Allah.
Ks Kitty Genovese tu sebenarnya hanya ada beberapa orang sahaja yang nampak. Keadaan waktu kejadian tu gelap. Tak mungkin ramai yang nampak.
Ada teori kata polis saja besar2kan cerita kerana nak cover tindakan mereka yang lambat nak mampos.
Its all about altruism.
2 sen gua.
pakkordi:
ade jugak kata camtu. mungkin benar, tapi itu tidak menidakkan hal yang terjadi. isunya bukan pada siapa, lebih pada apa, apa yang patut dibuat.
but then agree, its all about altruism (baru tahu perkataan ni hari ni)
Posting Komentar