Senin, November 14
Melangkah
Untuk pemandangan sebegini, aku rela repeat Gunung Kinabalu
Aku jalan seorang diri menuju puncak Gunung Kinabalu
Tangan kejang dan terketar-ketar sebab sejuk amat
Sekali sekala mata tertutup
Baju dan jaket sejuk yang dipakai tidak dapat memanaskan badan
Pening-pening lalat dek kerana mountain sickness
Ada masa air mata aku betul-betul mengalir
Rasa mahu berhenti dan kembali ke Laban Rata
Namun aku teruskan juga langkah kakiku
Langkah pertama, langkah kecil satu satu
Dan akhirnya tiba di puncak dengan bantuan malim gunung
Kalau mahu khabarkan perasaanku
Mungkin ibarat mendapat cahaya mata
(Ok, ini hiperbola)
Perjalanan ke puncak itu yang mengubah aku
Mengubah sudut pandang aku tentang kehidupan
Ada masa ia sukar
Ada masa gembira
Satu langkah pada satu masa
Bawa aku ke hadapan
Mungkin di tengahnya ada jalan berliku
Allah bagi surat cintaNya pada kita
Duduklah sebentar, berehat dan berefleksi
Dan kembali teruskan langkah
Kita seorang pejuang sejak di alam kandungan
Aku mula menulis di blog pada November 2008
Dan kini usia blog sudah genap 8 tahun
Untuk umur begini, blog ini sudah boleh dianggap kanak-kanak
Banyak sudah coretan, luahan hati, pendapat peribadi ditulis di sini
Sehingga apabila aku membacanya kembali
Tersenyum tersengih aku sendirian di hadapan laptop
Ada satu ayat, entah dari mana aku baca atau dengar
Saya ingin menulis satu ayat walaupun tidak sedap
Gelak sorang-sorang aku
Sebab dah lama impian itu tidak ditunaikan
Kalau boleh
Aku mahu menjadi seperti Ani, si penakluk Kinabalu
(Ok, ini sangat narsis)
Sabtu, Februari 13
Usia yang diberkati
Seberapa pantaskah hidup ini?
Laju aku menjawab
Sepantas angin lalu
Yang menyapa sebentar
Yang memberi kita rasa itu
Dan selepasnya nihil
Terasa benar waktu pantas berlalu
Sepertinya baru semalam kita kenal
Lembut tutur katamu
Senyumanmu yang tidak lekang di bibir
Ucapanmu penuh hikmah
Terakhir kali aku melihatmu
Sewaktu lawatan singkat ke Teluk Intan
Itulah yang terakhir kita bertentang dua mata
Bertanya khabar dan bercerita hal masing-masing
Hari ini kau telah tiada
Yang pertama pergi di antara kami-kami
Dunia terasa kosong seketika
Namun kami redha
Kau pergi saat kau telah siap
Moga syurga buatmu
Rindu,
Pantas sungguh hidup ini
Jumat, Desember 11
sayonara
Apakah yang dihajatkan di puncak kinabalu?
Yang kau semat dalam-dalam.
Yang kau pendam sekian lama
aku buang kisah lalu
aku garap cerita baru
kisah setahun ke depan
apa?
Ada benda ingin aku simpan untuk aku, kawan
biar aku menjadi aku yang tidak dikenali
Bukan hipokritkah begitu?
Kalau hipokrit itu baik
jadilah aku hipokrit
menantang masa depan
dengan impian sembunyi aku
apa-apalah kawan
Yang kau semat dalam-dalam.
Yang kau pendam sekian lama
aku buang kisah lalu
aku garap cerita baru
kisah setahun ke depan
apa?
Ada benda ingin aku simpan untuk aku, kawan
biar aku menjadi aku yang tidak dikenali
Bukan hipokritkah begitu?
Kalau hipokrit itu baik
jadilah aku hipokrit
menantang masa depan
dengan impian sembunyi aku
apa-apalah kawan
peribadi
Perkataan bodoh selalu sering digunakan dalam profesi perubatan. Entah kenapa melabel seseorang sedemikian adalah suatu perkara normal. Pernah saya berbahas melalui telefon dengan seorang senior mo hanya kerana saya bertegas dengan keputusan saya untuk tidak melakukan ujian denggi terhadap pesakit yang datang dengan pancytopenia.
Marah dia saya boleh toleransi. Dilabel saya bodoh adalah suatu yang tidak saya hadam dengan mudah. Bagilah rasional apa, tiada siapa dalam profesi ini lebih itu dan kurang ini. Masing- masing belajar. Jika difikirkan oleh nafsu syaitan saya, mahu sahaja saya menempelkan keputusan ujian denggi yang semuanya negatif itu di depannya sambil berkata
" kan aku dah cakap"
Saya urungkan perasaan amarah saya. Masih mampu lagi berbahasa baik-baik. Walau dalam hati sudah remuk redam bagai ditoreh pisau tajam. Pulang ke rumah, ayat-ayat cinta Allah menjadi pengubat jiwa saya
Minggu, November 22
menjadi anak
Semalam saya kerja shift pagi. Hujung minggu di jabatan kecemasan adalah seperti unit pesakit luar. Kes-kes kronik datang saban hujung minggu. Dulu, saya mungkin akan melenting jika kes-kes kronik yang tidak cemas datang pada hujung minggu. Namun, saya tahan keanginan saya selepas berjumpa dengan seorang pakcik.
Ketika itu, tengahari Jumaat. Saya ke kedai membeli barang dapur. Saya terserempak dengan seorang pakcik dalam lingkungan 60an mengajuh basikal ke hospital. Petangnya saya atas panggilan. Dalam perjalanan ke hospital, saya terserempak dengan pak cik yang sama sedang mengajuh basikal menuruni bukit dengan membawa plastik ubat. Hati saya sentap seketika. Selama ini, saya sering skeptis dengan golongan geriatrik yang selalu datang pada hujung minggu. Pakcik ini buat saya beristighfar panjang.
Ada orang, berusaha mendapatkan rawatan bagi dirinya dengan segala apa yang dia mampu. Beberapa kali saya bertanya pada pesakit-pesakit tua kenapa baru datang hari ini. Bukan kerana skeptis, tapi perlu mengetahui adakah apa-apa yang cemas berlaku kepada mereka di rumah sehingga mereka perlu hadir pada hujung minggu dengan masalah kronik. Jarang dari pakcik makcik bersuara. Ada tu air mata sahaja yang mengalir. Fahamlah saya melalui respon mereka.
Buat anak-anak. Ya, kita sudah besar. Sudah ada keluarga, kerjaya dan tanggungjawab lain. Tapi janganlah dilupakan tangan yang pernah membersihkan berak kencing kita semasa kita kecil. Percayalah, walau ibu bapa kita tidak belajar sampai universiti, mereka ketika kita masih bayi, masih mampu memberikan sejarah sakit kita dengan betul kepada doktor. Tiada ibu bapa yang datang tanpa jawapan tidak tahu. Hanya anak-anak sahaja yang banyak menjawab saya tidak tahu, saya tidak tinggal dengan dia.
Rabu, November 11
yang lain
Terlalu sukar menjadi perempuan yang melepaskan, melupakan masa silamnya. Mahu dipadam dan dilupakan, tetaplah ia hadir. Sehingga lupa, mana ghairah yang aku ada dulu? Sepertinya sesuatu yang lain menguasaiku. Menjadi aku kini. hmm.
Pernah, aku buat-buat lupa. Mendepani cabaran hari besok. Bahawa aku boleh. Bahawa aku berhak. Bahawa tidak ada apa-apanya menjadi pemberani. Yang akhirnya membawa pada pengakhiran dramatis tidak berpenghujung. Apalah yang aku lakukan? Saat itulah ssuatu yang lain telah menguasaiku. Mengawal aku sehingga kini.
Mendefinisi aku itu sulit. Sehingga aku merasakan sudah tiada aku dalam aku. Sudah tiada lagi bulatan gembiraku. Sudah tiada lagi teman-teman dunia akhiratku. Sudah tiada lagi opkim-opkim yang aku sertai. Tiada. Sudah tiada aku di sebalik itu. Lalu, aku hidup sebagai apa?
Aku yang kini hanyalah seputar rumah dan rumah sakit. Itu..dan cita-citanya mahu raih redha Ilahi. Bagaimanalah! Pasti bertepuk tamparlah semua bagaimanalah masa mampu membawa aku sejauh ini. Keadaan yang aku jadikan alasan, membiarkan yang lain menguasaiku. Dan aku ingin sekali kembali menjadi pemberani.
Rabu, April 15
money first. life second.
It's so disturbing when your intention to help person in need suddenly become a profit based treatment.
One patient, a non Malaysian referred from district hospital for open fracture left femur grade 3. I was stunned as the staff immediately came to the father asking how much money he had. The father, a small built man with a rough dark skin (you can tell all his entire life spent to find money for the family), blinking his eyes, rubbed his head as he had about 30 ringgit in his hand.
I stood there. Speechless. Can we just treat the patient first? Sooner or later; money come first, life comes second. And I hate my life now.
One patient, a non Malaysian referred from district hospital for open fracture left femur grade 3. I was stunned as the staff immediately came to the father asking how much money he had. The father, a small built man with a rough dark skin (you can tell all his entire life spent to find money for the family), blinking his eyes, rubbed his head as he had about 30 ringgit in his hand.
I stood there. Speechless. Can we just treat the patient first? Sooner or later; money come first, life comes second. And I hate my life now.
Langganan:
Postingan (Atom)



