Senin, Maret 28

pernahkah anda?

Saya teringat kisah di Bandung. Semasa saya di tahun 3 pengajian di Unpad, saya dan rakan-rakan pernah menyertai satu program anjuran KUBI, iaitu explorace. Jika ditanya pada saya, pada saya explorace ini lebih susah berbanding kuiz sejarah yang pernah saya masuk semasa di tahun 2 pengajian.

Kenapa begitu? Sebab explorace ni memang unik. Anda perlu mengetahui selok belok Al-Quran untuk anda menjawab semua soalan di setiap check point. Sekiranya anda gagal, maka anda akan didenda. Ini akan melambatkan lagi explorace anda. Seingat saya, di setiap check point kami akan didenda. Memang last-last tu kami give up. Pertamanya sebab dah masuk maghrib tak selesai-selesai lagi explorace. Kedua sebab memang dah letih. Kalau terus sekalipun, pasti kena denda je. Semestinya ia merupakan satu pengalaman yang takkan saya lupakan.

Bila ingat balik pasal explorace ni, saya dan rakan-rakan refleks diri kami. Memang sangat jahil pasal Al-Quran. Ayat-ayat yang biasa dengar pun boleh lupa surah mana. Memang masa tu terasa sangat betapa jahilnya diri ni. Tahniah saya ucapkan buat penganjur program.

Sedang saya menjelajah dari satu blog ke satu blog, saya terjumpa satu post dari kenalan sahabat saya. Tajuknya Have you read the Quran? Memang menarik video yang dia kongsikan. Kisah seorang saudara baru yang memeluk Islam hanya kerana seorang sahabatnya mencabarnya membaca Bible (kerana dia dulu kristian) Menariknya, dari Bible itulah membawanya kepada Islam.

Itulah petunjuk Allah, dengan itu Dia memberi petunjuk kepada siapa saja di antara hamba-hambaNya yang Dia kehendaki -Al-An'am :88-

Resolusi saya, mahu baca satu ayat Al-Quran beserta tafsirnya setiap hari. InshaAllah. Anda bagaimana?

~Tarbiah adalah tunjang kekuatan jemaah~

Sabtu, Maret 26

Sekai ni Hitotsu dake no Hana



Dear you,
The only flower in the world,
Sorry for the stupid things
I wish I didn't do
but
I do.


I just don’t know what went wrong,
I just wanna help,
At least
The silence is a help
Hope so.

Rabu, Maret 23

dah~

Dah lama post ni sebenarnya. Entri bertarikh 29 November 2010.

sabtu pagi, entah mengapa hati jadi tidak tenang.

Ya Allah, aku sangat bersyukur padaMu atas nikmat iman yang masih Kau berikan padaku. Alhamdulillah, Allahuakbar.

Sepertinya ada suatu kuasa telepati yang merenggut ketenangan diri. Ketenangan yang ada, sekelip mata menyambar ibarat halilintar. riak wajahku berubah, masam mencuka. hanya mahu jauh dari teman-teman. kelas pengurusan ekonomi yang menarik itu juga tidak mampu buat aku menumpu seratus peratus. aku katakan ia pengajian yang bagus, kerana ia mengajar aku sesuatu yang mungkin telah hilang dalam sistem ini.

bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. subhanallah, benar-benar pengajian ilmu yang luar biasa!

isi pengajian menarik. tapi tidak dapat buat aku jaga juga, dek keresahan hati yang menggunung tinggi. sesuatu telah terjadikah? kau tahu, selepas selesai aku membeli hadiah perkahwinan buat sahabat, air mataku hampir jatuh dalam perjalanan pulangku ke laman midah. hampir sahaja aku menangis di dalam kereta sewa itu. apa yang berlaku?

malam. aku telefon kakakku. baru aku ketahui hal sebenar. sesuatu memang telah berlaku. aku cuba sibukkan diri. ahad, penuh aktiviti. di selang waktu itu, tetap wajahku gundah. harap tiada siapa sedar itu.

kita sering mahu berlagak gagah sedang kita hakikatnya terlalu rapuh. benar bukan?

tetua-tetua yang mengajari aku erti hormat,
terima kasih.

makhluk-makhluk yang mengajari aku erti cinta,
bebanyak terima kasih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

pagi, di waktu manusia masih lena. aku lihat seekor anak kucing yang jalannya terhencut-hencut. tapi masih bisa jalan, dan tetap jalan walau terhencut-hencut.

walau lambat, jalan dan teruskanlah meski telah tempang segala.

terima kasih Allah,
atas pengajaran hari ini.

Alhamdulillah. Allahuakbar.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

abang tercintaku,
khabarkan padaku bagaimana
aku bisa mampu menjadi sesebaikmu?

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian dari kamu melebihi sebagian yang lain. Untuk para lelaki ada bagian atas yang mereka usahakan, (begitupun) untuk para perempuan ada pula bagian atas yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. An-Nisa'' :32

terima kasih Ya Allah,
atas anugerah ini,
seorang abang yang tanggungjawabnya
untuk
ibunya
saudara perempuannya
isterinya
dan
anak perempuannya.

Minggu, Maret 20

An energy booster!

 Taken from productivemuslim.com


Here’s a productivity tip which will boost your energies:

We all know the famous story of Fatimah, the daughter of the Prophet Muhammad (Peace be upon him), when her husband, Ali (May Allah be pleased with him) asked her to go ask her father for a servant to help them in their house chores. When she went to her father’s house, she didn’t find him. Later in the evening, Ayesha the wife of Prophet Muhammad, told the Prophet that his daughter was looking for him and what his daughter requested. The Prophet went to Fatima’s and Ali’s house, sat between them and said:

“Shall I tell you a thing which is better than what you asked me for? When you go to your beds, say: ‘Allahu Akbar (i.e. Allah is Greater)’ for 34 times, and ‘Alhamdu Lillah (i.e. all the praises are for Allah)’ for 33 times, and Subhan Allah (i.e. Glorified be Allah) for 33 times. This is better for you than what you have requested.”

Here’s the amazing bit, anyone who has actually tried this remembrance before going to sleep will actually wake up next morning full of energy! Scholars and pious men/women who’ve tried this would swear that it works! And I tried it too and it does work!

So tonight, and for every night, before you sleep, say SubhanAllah 33 times, al-hamdulillah, 33 times and Allahu Akbar 34 times and watch the wonder of remembrance of Allah take place within you inshaAllah!

Rabu, Maret 16

Saya percaya

Sila baca di post blog ini. Satu kekuatan rakyat Jepun ialah semangat mereka untuk bangkit kembali. Kagum, kagum. Malah sangat kagum dengan nilai-nilai murni yang mereka tunjukkan, walau dalam keadaan apa sekalipun. 

Itu kisah Jepun. Kisah di Malaysia, entah di mana silapnya kita ya. Tak mahu salahkan sesiapa dalam hal ini melainkan menuding jari pada diri sendiri yang tidak melakukan apa-apa. 

Selepas menyertai Jelajah Persiap November tahun lepas, saya mendapatkan banyak input-input yang sangat senang sekali untuk dipraktiskan. Salah satu saranan dari program tersebut adalah mengemas meja makan setelah selesai makan di restoran. Nampak macam senang nak buat, tapi bila kali pertama saya buat, ayah tegur " nak jadi pelayan kat restoran ni ke sekarang?" Terkedu juga saya sebentar. Memulakan sesuatu yang tak biasa orang lakukan ni memang memerlukan kekuatan (macamlah susah sangat benda ni) 

Jawapan saya pada ayah, satu input yang Ani dapat dari program yang Ani sertai. Motif utama semestinya tolong-menolong. Ringankan beban pelayan restoran, apalah sangat dengan kemas meja ni. Walau dah memang kerja mereka.


Ayah diam. Mungkin mendalami maksud yang ingin saya sampaikan. Tiadalah ingin saya melawan kata atau kurang ajar, cuma berkongsi sedikit daripada program yang saya sertai. Bagaimana ingin kita bentuk modal insan jika tidak dari diri kita sendiri yang memulakan dahulu? Dan semestinya sharing is caring.

Saya juga percaya kita juga mampu mengubahnya!

 





Jumat, Maret 11

buatmu sahabat

Dan beliau telah kembali. Sungguh, janjiNya satu yang pasti. Semoga kau tetap tabah menghadapi ujian dariNya. Jangan dihitung kehilangan itu, sebaliknya ingatilah keberadaannya dahulu.



Puisi Rumi
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka
maka milikilah prasangka yg baik tentang tuhan
begitulah caranya

Jika engkau hanya mampu merangkak
maka merangkakalah padanya
Jika engkau belum mampu berdoa dgn khusuk
maka tetaplah mempersembahkan doamu
yg kering, munafik dan tanpa keyakinan

kerana tuhan dgn rahmatnya
akan tetap menerima matawang palsumu

Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai tuhan
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja
begitulah caranya! wahai pejalan
Biarpun telah seratus kali engkau engkar janji
ayuhlah datang dan datanglah lagi

kerana tuhan telah berfirman,
"ketika engkau melambung ke angkasa ataupun terpuruk ke dalam jurang
ingatlah padaku, kerana akulah jalan itu"


*Menangislah*

jangan menahan perasaan dan diam saja dengan sakitmu

Kamis, Maret 10

kurang sensitif

Pengalaman menyertai gerai-gerai klinikal sepanjang di Tahun 4 memberi saya beberapa nasihat penting.

Gerai klinikal pertama

Untuk yang pertama, saya bertugas memeriksa tekanan darah pengunjung. Guna pengukur tekanan darah yang automatik je. Namun, bacaan yang saya dapat, tidak begitu boleh diterima walau saya telah mengulanginya berkali-kali.

Nasihat sahabat : Jika macam ni, minta pesakit relaks dan duduk menyandar pada kerusi. Ulang pemeriksaan jika bacaan tidak masuk akal.

Yang kedua pula, betapa kurang sensitif saya ini, saya meminta seorang pengunjung menyinsing lengan  bajunya. Waktu itu, tidaklah sangat saya perhatikan perwatakannya dan ketidakrelaannya.

Teguran sahabat saya : Lain kali, kalau macam tadi, ambil je tekanan darah tanpa dia perlu menyinsing lengan bajunya.

Ini dua teguran yang saya dapat untuk gerai klinikal saya yang pertama.


Gerai Klinikal Kedua

Tak banyak yang saya lakukan waktu ni. Pengunjung tersangatlah ramai, sampai tak menang tangan. Saya pula hanya menjaga bahagian timbangan berat badan dan tinggi. Cuma waktu ni, saya belajar jika mahu mengukur ketinggian pengunjung, perlukan pembaris panjang sebagai penanda dan juga kalkulator agar senang untuk kiraan body mass index (BMI). hihi.



Gerai Klinikal Ketiga

Pengunjung tak ramai. Ini antara gerai klinikal paling membosankan bagi saya sehingga saya sempat membaca novel Faisal Tehrani di sana. Waktu ini, saya ditugaskan untuk mengukur tekanan darah dan gula dalam darah. Untuk tekanan darah, kami menggunakan pengukur manual. Masa memula nak check, saya berdoa pada Allah agar dipermudahkan. Sebab dah terlalu lama tak guna manual ni. Saya double check tekanan darah pengunjung dan masih sama. Diastolicnya sangat rendah sehingga perlu dilakukan oleh sahabat saya. Konklusinya, pengukur tekanan darah tersebut yang terlampau sensitif. Maka, semua pengunjung yang hadir diastolicnya sekitar 20-40 mmHg. Boleh pula macam tu. Ish, ish, ish. Tapi yang best sebab dapat praktis guna manual walau bacaan tidak accurate.



Gerai Klinikal Keempat.


Yang ni paling best. Pengunjung ramai, sampai tak menang tangan. Ada satu masa tu, seorang pengunjung ingin mengetahui berat badannya. Terus je dia ke penimbang. Belum apa-apa saya ditegur. Simpanlah dulu semua barang-barang kat badan dia. Oh, kurang sensitif saya ini. Tidak sedar poket baju melayunya penuh begitu. Nanti tidak accurate pula bacaannya.

Bila saya di bahagian menguji gula dalam darah, sahabat saya menegur juga. Katanya, kalau boleh kaunselling sikit pesakit, nanti takdela bahagian kaunselling terbeban dengan ramainya pengunjung. Oh, lagi sekali saya kurang sensitif. Tahu ambil darah sahaja.

Baru empat gerai klinikal yang saya sertai. Ingatkan dah banyak. Nak join lagi jika berkesempatan. Membantu memperbaiki skill klinikal pada masa yang sama kemahiran sosial saya.