Rabu, Oktober 15
Jumat, Oktober 10
Tangkap muat
Kasih sayang cukup untuk semua, apa yang kita perlu lakukan adalah berkongsi- unconditional
Senin, Oktober 6
ketenangan
Aku telah mengembara di serata tempat
Mendaki gunung
Menjelajah tasik
Menerokai hutan
Malah cuti-cuti Malaysia juga ada
Duduk diam-diam,
Memerhati alam sekeliling,
Bertafakur memuji ciptaan IIahi,
Adalah satu nikmat yang tak terungkapkan
Namun,
tidak pernah aku dapatkan
ketenangan yang paling indah
melainkan saat aku sujud solat,
berlama-lama di tikar sejadah,
5 kali setiap hari
Benarlah,
solat itu kerehatan.
Jumat, Oktober 3
bahagia
Ada masa
harapan yang tercurah
hancur di tengah jalan
Terduduk aku pada pilihan tuhan
pernah aku sangsi pada pilihanNya
kenapa tidak aku dapatkan apa yang aku mahu?
berkali-kali impian yang aku mahu
terpaksa aku lupakan
dan pilihan yang aku ada hanya itu
betapa dahulu aku merasakan
dunia ini tidak adil
tapi Tuhan itu sangat adil
Aku mahu itu
DIA beri apa yang aku perlu
berkali-kali aku kecewa
berkali-kali juga DIA buat aku tersenyum
moleknya aturan DIA
Bahagia itu pada syukur apa yang kita ada
Rabu, September 24
Ukhuwah
Cerita 2 hari lepas.
Bertemu sahabat sekuliah setelah sekian lama tidak berjumpa. Kami berbual tentang banyak hal. Dari kisah peribadi, kerjaya dan juga masa depan. Sedang rancak berbual, salah seorang sahabat saya secara spontan berkongsi tazkirahnya. Satu perkongsian rohani yang saya dan sahabat saya dapatkan.
Nah, apa lagi yang saya perlukan. Kami bertemu, berpisah dan InshaAllah bertemu kembali kerana Allah. Ukhuwah begini sangat manis. Saya akui, ada orang rezekinya pada berkeluarga, punya suami atau isteri serta punya anak. Untuk orang seperti saya, yang rezekinya seputar keluarga, kerjaya dan sahabat dunia akhirah, rezeki yang saya dapatkan terlalu manis untuk saya ucapkan. Alhamdulillah untuk sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.
Apa yang kita ada, kita jaga dan kita kongsi. Walau sudah lama tidak bersua, satu mesej ringkas mungkin mengubah hari kita. Bukan begitu?
nota; dulu jika ke Kuala Lumpur ada sahaja tempat yang saya ingin pergi. Sekarang semuanya terasa kosong. Masing-masing bawa haluan sendiri. Kuala Lumpur yang dulunya menjadi tempat saya mencari ilmu sudah hilang sinarnya di mata saya. Kosong.
Rabu, September 10
Senin, September 8
EdStory2
Kawan saya pernah berkata;
Allah akan beri ujian sesuai dengan kesanggupan kita.
Malam-malam bila bekerja saya berharap yang terbaik diberikan kepada saya. Tidak kiralah walau sebanyak kes apapun yang dihadapi.
Jumaat lepas saya atas panggilan. Saya bernasib baik kerana ada housemen yang bekerja bersama saya. Tidaklah saya rasa forever alone. Kekurangan housemen menyebabkan ada waktu-waktu atas panggilan kami para MO bekerja sendirian. Sudah tentulah ditemani MA, jururawat dan jururawat masyarakat. Saya sangat bersyukur mendapat kerjasama yang baik dari semua staf setiap kali saya atas panggilan.
Jumaat lepas, seorang pesakit datang dengan masalah pening kepala secara tiba-tiba. Mengikut sejarah pesakit, beliau baru sahaja disahkan menghidap penyakit darah tinggi sejak 4 bulan yang lalu namun telah meninggalkan perawatan yang telah diberikan. Tekanan darahnya pada kali pertama saya melihatnya adalah 223/123mmHg, yang mana ia adalah sangat tinggi dan berisiko tinggi untuk serangan angin ahmar. ECG menunjukan ST elevation pada anterolateral. Saya berkira-kira ingin memberikan perawatan streptokinase sehingga Allah berikan saya petunjuknya. Pesakit saya mengikut arahan saya, namun beliau sukar sekali membuka matanya. Malah tidak begitu menjawab soalan saya. Tiada tanda-tanda neurological deficit. Hati saya tergerak untuk melakukan CT brain urgent sebelum perawatan STK diberikan.
Lucky me. Hasil CT scan menunjukkan pendarahan di dalam otak. Pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.
Untuk junior MO seperti saya, semestinya ia satu cabaran yang besar. Ketika sel-sel otak saya tidak dapat berfikir dengan jelas (sudah hampir jam 3 pagi) Allah selamatkan saya dari melakukan kesilapan yang besar.
Pegajaran dari cerita di atas;
Giddiness can be life threatening! It can be a sign of stroke and ACS.
Not all ST elevation is a sign of MI.
Dear people, take good care of your health.
Langganan:
Postingan (Atom)



