Minggu, Juni 26

jilbab

Satu perbualan sama teman Indonesiaku. Diolah sedikit biar nampak kemas.


Hijab
Di Malaysia ramai gak pake jilbab?
Ya, ramai
Oh.

Penasaran menggamit hati mahu nanya lagi
Menurutmu wanita berjilbab itu seperti apa?- tanyaku.
Manis.
Cantik.
Sopan.

Senyuman terukir.
Jilbab bukan sekadar itu.
Jilbab adalah manifestasi iman
Bukan sekadar fesyen

Maksudmu?

Ya, kini hijab seperti terlihat fesyen
Wanita bertudung hanya sekadar tudung
Tidak menurut syariat.

Syariat?

Ya, syariat.
Tuhan, dengan segala ilmuNya telah berfirman


“dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…” (An-Nur 24:31)

Makanya, wanita bertudung juga harus punya iman
Bukan sekadar fesyen
Harus menutup bahagian dada
Tudungnya juga tidak jarang
Yang akan menampakkan batang leher

Jadi kita tidak bisa berfesyen? Itu katamu?

Tidak. Islam tidak melarang berfesyen.
Sekiranya bertudung sudah menurut syariat,
Fesyen apapun menjadi halal
Intipatinya harus yang mengikut syariat
Seperti termaktub pada Kalamullah itu.

Oh begitu.

*Senyum*

Nanti aku tanya lagi bisa?
Ya, bisalah Vee....

----bersambung-------------

nota : mode mahu menulis tapi kesempatan itu sekejap sahaja.

Kamis, Juni 16

Sensitif atau kurang sensitif

Kebiasaan saya kini, hari Khamis jam 12 tengah malam, pasti saya tercongok di depan televisyen. Mahu menonton siri Trauma di TV2. Saya sukakan profesi paramedik, banyak ke tempat kemalangan untuk merawat pesakit.

Dalam satu sirinya melibatkan seorang wanita Muslim yang mengalami keadaan yang disebut malignant hypertension. Tekanan darahnya memang tinggi. Pesakit sedang solat di surau ketika itu. Sewaktu paramedik tiba, yang semestinya non-muslim, si suami berharap isterinya tidak disentuh. Namun, keadaan sangat genting. Mereka berlari mendapatkan pesakit wanita Muslim itu dan berjanji akan sedaya upaya menjaga privasi pesakit. Menarik kerana adanya sensitiviti dari mereka, prosedur yang dilakukan benar-benar menjaga privasi pesakit.

Setibanya di hospital, pesakit terbabit dirawat oleh para doktor. Privasi pesakit tidak dijaga dan mengakibatkan suami pesakit terkilan. Ironi mungkin. Kedua ahli paramedik tersebut berjumpa terus ketua jabatan kecemasan untuk menyarankan agar kita menghormati agama yang dianuti pesakit dan kepercayaannya. Di akhir cerita, mereka melawat pesakit Muslim tersebut sambil memberikan alas untuk mereka yang hadir di situ untuk solat.

Sekurang-kurangnya mereka non-muslim lebih-lebih sensitif berbanding kita yang muslim ini. Apa kes pada karikatur yang menghina hukum Allah? Kurang sensitifkah kita? Seenaknya menghina sedemikian. Mind you, apa yang dijaja oleh sekian banyak ulama bukanlah dari leluhur kata hati mereka melainkan telah tertulis di Kalamullah sejak lebih 1400 tahun dahulu. Dan seenaknya mereka berkata ia tidak relevan.

Ia relevan dan akan tetap relevan.

rencam

Susah dan senang
sahabat yang tak mahu kalah

bila tuhan berikan susah
kita mahu senang

bila tuhan berikan senang
kita mahu susah

kufur nikmat benar kita ini


pelik dan aneh

bila susah, aku merasa senang
bila senang, aku merasa susah
aku mahu susah biar aku senang
jangan bikin senang nanti aku susah

lapang-lapang racun waktuku
sibuk-sibuk penawar bagiku
benarlah kata pujangga
hanya orang sibuk punya masa
tapi tidaklah sesibuk pak menteri ya!

rasminya sudah bergelar pelajar tahun akhir
mahu hidup susah biar senang kemudian
telan sahajalah apa yang pahit itu
sebab hasilnya itu semanis madu
benarlah kata orang (kata orang lagi)
untuk mendapatkan 10 persen kebahagiaan
90 persen adalah mendasar pada usaha kita.

tiada sia-sia
tiada rugi apa-apanya

terbaiklah untuk setahun ini!

eh,

sibukkah?


itu terlalu subjektif

ampun  maaf andai taklifan itu tak terpenuhi dengan baik
gomen~

Senin, Juni 13

Kamu

Salam sayang Kak Nur,

Alwaqtu juz-un minal 'ilaj

Waktu adalah bahagian dari terapi.


Semoga, semoga itu menyembuhkanmu.
Mohon dengan amat sangat.

Sabtu, Mei 28

Lepaskan egomu

Dah ludah, nak jilat balik ke?

Terbaca status di facebook oleh sahabat saya.

Lama saya termenung. Berfikir. Sebab saya rasa ada yang tidak kena pada kenyataan tersebut.

Kerana dengan keprihatinan pada sikap dan rasional, kita pasti sedia maklum meludah juga bukanlah satu hal yang baik. Lebih-lebih lagi meludah di merata-rata tempat. Makanya, sebelum meludah, harus diletakkan rasional dulu sebelum bertindak.

Hanya sekadar analogi ringkas.

Ramai juga orang merasa terkhianti kat dunia ni ya. Antara post saya yang paling popular adalah kata-kata maaf, hasil cuplikan dari Bang Irfan Edcoustic. Sesuatu yang mungkin menenangkan kamu semua, harapnyalah..


Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu” (Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)


Lepaskanlah egomu. Itulah caranya. Jika sudah ludah, maka berusahalah membersihkannya. Tiada yang salah pada perbuatan itu. Itu malahan lebih mulia, bukankah menyambung silaturrahmi itu perbuatan yang mulia?
Nota : Mengimbau kisah dulu-dulu. Percayalah, walau ia sulit, akhirnya itu semanis madu. Saya tetap sayangkan dia. Opps, saya yang bersalah sebenarnya. Ego!

Rabu, Mei 25

the world that we live in



“At a time when $700 billion can be found overnight to bail out the richest bankers in the world and $1000 billion can be spent on one single “war,” when sovereign wealth funds in a few rich countries alone are at $2500 billion and growing, it stretches credulity when we are told that the world can’t find an extra $18 billion a year to save the lives of millions of children and women and meet the basic needs of the majority of the world’s population.”
- Global Director, U.N. Millennium Campaign, Salil Shetty


hurm,

Then which of the Blessings of your Lord will you deny?

Kamis, Mei 19

Asing

Bulan lepas saya berkesempatan ke rumah sahabat lama saya di Bangi. Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan. Saya suka terjah je jalan-jalan ni. Lagipun pengangkutan awam banyak. Dari komuter Bandar Tasek Selatan, saya turun di stesen komuter Bangi.

Kali pertama sampai di Bandar Bangi Lama. Memang agak gerun juga sebenarnya, dahla keseorangan waktu tu. Sahabat saya cakap nanti naik bas je ke tempat kediaman dia. Tunggulah saya si bas itu. Lama. Hampir 1 jam setengah tunggu bas. Semasa sedang menunggu di perhentian bas, ada 2 warga asing yang turut sama menunggu bas.

Di situlah terjadinya perbualan antara kami. Seorang dari Indonesia dan seorang lagi dari Bangladesh. Mereka sangat banyak celotehnya. Saya pula hanya berkongsi kisah saya semasa menuntut di Indonesia dulu. Tak tahu nak berkongsi apa selain kehidupan 3 tahun di Indonesia, sebab ia antara kenangan yang super duper best!

Terkedu saya mendengar kisah dari mereka berdua. Dengan pendapatan yang hampir sama dengan saya tiap-tiap bulan, mereka mampu mengirim separuh malah lebih dari gaji mereka buat keluarga di kampung. Bagaimanalah mereka boleh berhidup dengan duit yang sedikit itu di bumi Malaysia? Malah mampu membeli telepon super canggih seperti HTC? Kagum, kagum. Banyak lagi yang mereka kongsikan dengan saya buat saya bertambah malu dengan nikmat yang Allah berikan pada saya. Sungguh saya ini tidak tahu bersyukur.

Hiduplah kamu di dunia seolah-olah kamu ini warga asing atau pengembara di sebuah perjalanan

Pertemuan bersama 2 warga asing itu benar-benar pengajaran paling berharga buat saya. Kerana destinasi utama warga asing ini bukanlah Malaysia, tetapi negara mereka, maka mereka bekerja keras untuk kehidupan yang lebih baik di negara mereka. Kita yang sedia maklum dunia hanyalah persinggahan dan akhirat adalah destinasi utama perlulah berusaha lebih keras lagi untuk kehidupan yang kekal di sana. Terima kasih, Allah mempertemukan saya dengan insan-insan yang banyak memberi iktibar buat saya.

*Kawan saya selalu cakap saya sering dipertemukan dengan orang-orang baik walau ke mana saja saya pergi. Dan itulah nikmat terindah Allah berikan pada saya, mengenali seseorang walau hanya beberapa minit tapi meninggalkan kesan buat saya seumur hidup.

*Diana Kamal, kamu salah seorang daripadanya :-)

This kid deserved education more than I do. May God bless you dear.

Apalah yang dicemburukan pada kelebihan orang sedang terlalu ramai yang kekurangan punya bahagia dalam diri.

Alhamdulillah, Allahuakbar.