Susah dan senang
sahabat yang tak mahu kalah
bila tuhan berikan susah
kita mahu senang
bila tuhan berikan senang
kita mahu susah
kufur nikmat benar kita ini
pelik dan aneh
bila susah, aku merasa senang
bila senang, aku merasa susah
aku mahu susah biar aku senang
jangan bikin senang nanti aku susah
lapang-lapang racun waktuku
sibuk-sibuk penawar bagiku
benarlah kata pujangga
hanya orang sibuk punya masa
tapi tidaklah sesibuk pak menteri ya!
rasminya sudah bergelar pelajar tahun akhir
mahu hidup susah biar senang kemudian
telan sahajalah apa yang pahit itu
sebab hasilnya itu semanis madu
benarlah kata orang (kata orang lagi)
untuk mendapatkan 10 persen kebahagiaan
90 persen adalah mendasar pada usaha kita.
tiada sia-sia
tiada rugi apa-apanya
terbaiklah untuk setahun ini!
eh,
sibukkah?
itu terlalu subjektif
ampun maaf andai taklifan itu tak terpenuhi dengan baik
gomen~

4 komentar:
like!
akak double like :)
akak kan penulis syok sendiri, haha
triple like! ^_^v
Hihi, sya. TQVM dear.
Posting Komentar