Jumat, Juli 27

Obgyn2

Oh,
begini rupanya suasana kerja.
Tidaklah sesibuk yang dibayangkan.
Heh!

Masih lagi tagging.
Dah nak masuk 3 minggu.
3 minggu di dewan bersalin yang sibuk
Memang superb!

Dah pernah conduct delivery seorang diri
Dah pernah sutured tear seorang diri
Dah pernah conduct patient hepatitis b ( tambah ada tear lagi)
Dah pernah conduct IUD baby dan tulis report berjela panjang
Dah itu, dah ini.
Pengalaman pertama untuk dibawa sampai akhir nafas.
Off tag belum lagi.
Doakan!

Cepat betul masa berlalu.
Dah 6 hari kita berpuasa.
Mungkin, mungkin tidak berkesempatan bertarawih di masjid
Tapi-tapi
Kerja yang dibuat dengan ikhlas juga ibadah!

(Mengkoreksi diri untuk lebih produktif lagi)



















Sama-samalah kita.




Sabtu, Juli 7

Obgyn


















Kalau balik dari tempat kerja dapat ruang macam ni,
agak kurang letihnya.
Heh, demand!

Memulakan tugas di posting pertama
Obstetric and gynecology
Bismillah.

Pesan sahabat saya;
Jangan bazirkan air liur mama kita.
InshaAllah

Kini
Baca buku untuk kepentingan pesakit
Nyawa pesakit yang diamanahkan Allah pada kita
Memang terasa benar bedanya
Ya Allah,
Kau permudahkan, jangan persusahkan.

Hayaa'

Hayaa’ is speech, hayaa’ is proper covering of your body, hayaa’ is being aware of Allah when you’re interacting with the opposite gender, hayaa’ is knowing your limits and boundaries. Hayaa’ is a shift of the heart to something more beautiful that what we’re fed in magazines and tv. Hayaa’ and Hijab are a liberation to us Muslim sisters but only if we make it that way. May Allah give us internal haya so that the external reflects its beauty as well, inshaAllah.
(quoted)

Sabtu, Juni 30

5 tahun


Dia pinjamkan sekejap untuk kami
Dan Dia ambil kembali
Begitulah sunnatullahNya
*Pasrah*

Hari-hari nampak kawasan perkuburan dekat rumah,
pemergiannya menambahkan rasa itu
Dunia ini sementara
Dan perkara paling teruk yang bakal berlaku
ialah kematian
walau untuk seorang mukmin
ia adalah NIKMAT

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah Ali Imran, ayat 145)


Kamis, Juni 28

Mitos

Kita kena keluarkan mitos
Mitos yang menyatakan kerja doktor sibuk
Tanamkan dalam fikiran
Jadi doktor tidaklah sesibuk yang disangka
(quoted)

Ada doktor buat khidmat masyarakat
Ada doktor pengikut tegar usrah
Ada doktor kerja dan sambung belajar
Ada doktor aktif menyumbang pada agama
Ada doktor seorang anak, ibu/bapa, pelajar
paling utama abdullah, hamba Allah

Tiada yang mustahil
InshaAllah

Tidak aku tahu apakah masa depanku
Aku hanya mempersiapkan diriku
menghadapinya kini. InshaAllah.
Rabbi yassir wala tu'assir

Nota:
kalau jumpa doktor kat mana-mana opkim lebih dari 2 kali, tandanya doktor tu betul-betul komited. Teori saya. InshaAllah kami-kami akan aplikasikan =)

2 tahun HRPZ II

Terasa baru semalam kutinggalkan bumi hukm
Sudahnya kini
Aku kedinginan
Dikelilingi keindahan ciptaan Ilahi
Berat hatiku mahu lepaskan apa yang aku ada
Untuk kehidupan 2 tahun yang mendatang

Terasa baru semalam aku lihat wajah ibu bapaku
Penuh syahdu tatapan mereka
Bergenang kolam air mataku
Mudah sekali
Kalau terkait insan pengarang jantung hatiku

Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya ”  (Al-Ankabut ; ayat 8 ) 

Masa sudah terlalu suntuk
Lakukanlah sekarang
apa yang ingin dilakukan
Biar kelak tiada sesal pada diri
Berbuat baiklah bila-bila di mana-mana!

Nota:
Tidak semua yang kita inginkan kita dapat, tapi Allah sentiasa memberi apa yang kita perlu untuk hidup berbanding apa yang kita mahu - HRPZ II

Selasa, Juni 12

tidak bertajuk

Rich Dad, Poor Dad. Done.
Travelog Dakwah, Meniti Hari Esok. Done.
Noorah. Done.
Di Hamparan Shamrock, Ku seru namaMu. Done.
Sarawak Handbook of Medical Emergencies. Not done. =,=

Nampaknya saya sudah salah menilai mana yang aula.
Terutamanya pada waktu-waktu tiada tuntutan seperti sekarang.
Teringat hipotesis Tawel Sensei
"99% daripada manusia yang rajin beli buku, tidak akan membacanya sehingga habis. Manakala 80% daripada baki 1% itu sekadar membacanya ala kadar."
 
Err, terasa!