Jumat, Februari 21

Scripta2

"Kita sampai sekarang ingat awak. 14 kali cubaan memasukan iv line pada seorang pesakit. Dan kali ke 14 tu awak yang masukkan. Masa tu kita posting pertama"

Kita merujuk kepada saya. Kawan saya ini orang Perak. Bekerja di HRPZII. 

Setelah beberapa kali melalui cubaan memasukkan iv line yang susah. Saya datang kepada satu kesimpulan.

Keajaiban hanya terjadi sekali. Apabila kita mengharapkan keajaiban kedua, mungkin ketika itu nasib tidak menyebelahi kita. Maka saat keajaiban itu datang, dakaplah ia erat-erat.

Sabtu, Desember 7

Scripta1

Hari ini setelah beberapa hari hujan tanpa henti,
Allah berikan cahaya matahariNya untuk kami
Alhamdulillah buat hari ini

Khabar dari kampung,
beberapa jalan yang ditutup sudah dibuka
Ada mangsa banjir sudah pulang ke rumah
Alhamdulillah buat hari ini

Moga-moga peringatan yang Allah beri
Buat kita lebih tunduk padaNya
Manusia itu indah dalam banyak cara
Tapi sangat jelek jika tiada iman dan syukur.

Bahagia secukupnya,
Sedih seperlunya,
Mencintai sewajarnya,
Membenci sekadarnya,
Tapi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya. (quoted)

Rabu, November 27

satu; dua; tiga

Satu; posting baru

Masa terlalu pantas berlalu
Kini
Saya berada bersama kanak-kanak kecil
Memulakan langkah di posting kelima
Posting kanak-kanak
Posting yang saya akui mencabar mental dan fizikal saya
Mohon doakan saya

Dua; rumah baru

Baru sahaja berpindah ke rumah baru
Dek kerana rumah lama dimasuki pencuri
Bila saya seorang sahaja di rumah itu
Ada juga rasa gerun
nasihat kawan saya
Kahwin jela;
Jawab saya
Suami pun manusia. Bukan superhuman!

Tiga; kisah baru

Satu bab bisa memberhasilkan sebuah buku yang indah
*terinspirasi dengan kisah Allahyarham Ammar

Selasa, Agustus 13

the branulist

Nama panggilan untuk mereka-mereka yang sememangnya hebat dalam memasang IV line. Ketika aku di posting pertama, aku super kagum dengan mereka yang berjaya memasukkan branula dengan sekali cubaan. Tapi rilek dulu. Salur darah ibu-ibu mengandung memang besar. Senang nak pasang.

Sekarang aku berada di posting surgikal dan kini menjaga wad paliatif. Wad untuk mereka yang datang untuk kemoterapi. Mereka-mereka yang didiagnosa dengan penyakit kanser. Salur darah pesakit di sini sangat halus kesan kemoterapi yang dilalui mereka.

Terkadang adalah tidak adil untuk mencuba berkali-kali memasang branula ke atas satu-satu pesakit. Mesti aku akan meminta-maaf berkali-kali kepada pesakit sekiranya aku terpaksa berusaha berkali-kali.

Aku bukan branulist. Sifu aku dulu branulist. Setiap kali ada difficult iv line insertion, pasti aku mencarinya. Walaupun dia dan aku berada di posting berbeza. 

Cuma, sifu aku pasti akan bertanya pada aku dulu. Sudah berapa kali kau cuba? Kurang dari 5 kali aku takkan tolong. Ajaib..kerana ketika saat aku merasakan sudah tidak sanggup meneruskan lagi usaha itu..yang ke limalah aku berjaya memasukkan branula. 

Perasaan? Semestinya lega. Dengan iv line ubat pesakit dapat diberi, darah etc. 

Terima kasih sifuku kerana membentukku menjadi housemen yang berskill.

Kita mampu menimba ilmu di mana-mana. Skills hanya didapatkan dengan praktis. Practice what you preech!

Nota: blood taking dan iv line insertion adalah skills yang patut housemen master sejak posting pertama lagi. Ia memudahkan kerja anda terutamanya sekiranya perlu bekerja malam seorang diri di wad.


Senin, Juli 15

yang aku

Yang aku rindukan
Melakukan hal-hal sekian banyak
Sehingga waktu luang terisi

Mengisi waktu-waktu senggangku
Bersama-sama teman satu jalan juang
Kerana itu terlihat mudah bagiku
Tidak dengan hanya statik kerja
Hingga menginjak senja

Yang aku rindukan
Adalah senyum tawa
Butir bicaramu
Teman

Biar kita sama-sama bertatih
Menunai impian dulu-dulu kita
Yang dahulunya menjadi wadah utama kita

Teman
Sungguh aku rindu kamu


Nota: sahabat baik saya sudah masuk posting keenam. Lepas ni bakal jadi mo. Doakan dia. Sifu saya ketika saya masuk posting pertama

Jumat, Juni 21

The J days

Hari-hari yang cukup sibuk buat kami 'the miss madz team'.
Sejak dua menjak kes-kes yang datang tak henti-henti.
Sehinggakan MO yang sejuk pun bersuara meyatakan ketidakpuasan hatinya.
Tak pernah lagi saya sebegini jon.
Maka keluarlah kata-kata kumpulan oncall ini kumpulan paling banyak pengalaman dan paling jon.
Ada lagi orang percaya pada mitos jon ini.

Semalam kami kami kerja malam lagi.
Memang sibuk.
Kes tak henti-henti dari malam sampai pagi.
Sedang sibuk kami kami melakukan wound irrigation terhadap pesakit open fracture grade 3a, tiba-tiba seorang dari kami secara tidak sengaja melepaskan kaki pesakit yang patah.
MO kami memarahi kami. Tulang yang patah teruk yang tidak dipegang dengan betul dapat menyebabkan vascular compromise.

Order MO saya stat. Ambil doppler stat!
Suasana jadi tegang seketika. Sehinggalah salah seorang dari kami membawa gel yang penuh di dalam bekas. Dengan wajah tidak bersalahnya.

Suasana yang tegang menjadi seperti..

Ada sesuatu yang bisa kita ketawakan bersama walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Selasa, Juni 18

housemenship

Apa yang paling menarik mengenai kehidupan sebagai housemen di Hrpz adalah pakar-pakarnya yang tidak lokek mengajar.

Contoh yang paling saya ingat adalah ketika berada di klinik. Klinik adalah tempat yang sangat sibuk. Pesakit ramai dan suasana sangat hingar bingar seperti pasar. Tapi kliniklah waktu saya sebagai seorang housemen belajar bagaimana merawat pesakit di peringkat klinik. Waktu ini konsultasi dengan pakar adalah sangat penting.

Sewaktu posting medikal, saya sempat mengikuti klinik respiratori selama satu minggu. Klinik respiratori diuruskan oleh seorang pakar konsultan dan seorang pakar perubatan. Selesai sahaja saya mereview pesakit pasti saya akan ke bilik pakar. Waktu inilah saya bertanya kepada mereka dan penerangan yang diberikan cukup jelas.

Masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya saat konsultan saya menerangkan satu persatu perihal penyakit TB yang patut saya tahu dan bagaimana merawat pesakit TB secara umumnya. Waktu itu dalam kotak fikiran saya "wah, aku belajar face to face dengan second best TB specialist di Malaysia!" Nak kata pandai tu tidaklah
Idea kasar itu adalah. Cuma perlu banyak banyak banyak tengok dan interpretasi chest x-ray. Itu sahaja. ( kena berani bertanya dan berani keluarkan idea kita)

Sekarang di posting ortopedik. Khamis yang lepas shift saya di klinik. Laju sahaja ambil fail pesakit dan pilih meja paling hujung. Tiba-tiba konsultan saya datang dan duduk semeja dengan saya. Dalam hati, haiya silap pilih meja la pulak. Konsultan saya terkenal tegas, banyak tanya dan banyak ajar. Hampir setiap pesakit yang saya review pasti akan ditanya soalan. Dan hampir semua pesakit yang direview oleh beliau akan beliau tanyakan saya soalan dan adakan teaching. 

Dan apa yang saya dapat simpulkan dari pengalaman saya yang cetek ini ialah setiap pakar dan konsultan walau sesibuk mana mereka pasti mereka mengambil masa untuk mengajar housemen. Mereka meraikan jawapan yang kita berikan. Jangan takut untuk menjawab soalan pakar. Kerana mereka tidak pernah tahu sebanyak mana kita tahu kecuali kita menjawab soalan mereka. ( sejujurnya masa saya med student saya pun takut nak jawab soalan, huhu)

Untuk semua bakal housemen nikmatilah housemenship anda. Tempoh belajar dan memperkukuhkan ilmu dan skills. Buat je semua prosedur. Bila jadi MO senang. Kalau jonah macam saya lagi best. Banyak belajar :p