Sudah hampir setengah tahun 2021. Aku bersyukur masih diberikan peluang untuk
terus berbakti hingga kini. Kehidupan hari ini masih seperti beberapa bulan
lalu. Tidak di rumah, di hospital. Kalau tengok sejarah mysejahtera, check in
aku hanyalah Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Sultan Ismail Petra.
Begitulah aku lalui kehidupan beberapa bulan lalu. Ada masa-masa betul betul
lemah semangat. Tapi esoknya masih bekerja seperti tiada apa yang berlaku. Ada
masa, aku akan fikir mesti ada benda yang boleh buat aku semangat. Contoh, MO
tak cukup, takpe. Aku ada MA bagus. MA tak bagus, takpe aku ada SN yang bagus.
SN tak bagus, takpe aku ada HO bagus. HO tak bagus, takpe aku ada MO oncall
bagus. MO oncall tak best, takpe aku ada bos oncall best. Sehingga sekecil-kecil
hal adalah benda yang paling membahagiakan untukku. Begitulah pandemik Covid 19 ni mengajar seorang aku mensyukuri hal-hal kecil yang Allah berikan kepadaku.
2020
Kalau aku boleh simpulkan apa yang telah aku lalui pada tahun 2020, ia semestinya 2020 adalah tahun aku broken and fractured. Allah betul-betul beri ujian yang menyebabkan aku hampir hancur berkecai. Broken into pieces. Perlahan-lahan, aku kutip sedikit-dikit sisa dan cantumkan kembali rapat-rapat menjadi aku kembali. Tidak pulih sepenuhnya lagi, tapi sangat bersyukur aku mampu berdiri sendiri seperti dulu.
Kalau ada satu benda yang aku belajar dari ujian lepas. Semestinya tiada sesiapa yang mampu menenangkan kita, membuat kita berasa lebih baik berbanding berlama-lama mengadu kepada Allah. Aku menangis banyak. Tak kira waktu. Pergi kerja boleh menangis. Masa solat boleh menangis. Duduk sendirian dalam bilik menangis. Sahabat kita ada tapi tidak pernah sama dengan apa yang Allah berikan pada kita. Ketenangan hati dan kejernihan fikiran. Hanya Allah mampu beri kita itu. Dan kita mampu bangkit sendiri!! Aku menyendiri banyak kini. Banyak hal yang aku diamkan dan pendamkan. Umpatan di tempat kerja pun sudah tidak aku libatkan diri. Satu perkara yang aku kira hal baik yang aku dapatkan selepas diuji di tempat kerja. Pergi kerja dan buat yang terbaik. Persetankan semua kata-kata nista. Bekerja mengikut SOP standard yang ditetapkan.
Aku tutup kisah kehidupan 2020. Alhamdulillah untuk ujian hati, kerjaya, rezeki dan keluarga yang Engkau berikan tahun lalu. Perlahan-lahan aku bangkit kembali.

2 komentar:
Mudah-mudahan kita tidak akan lelah untuk terus bangkit setiap kali tersungkur. Semoga akak sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt
Atim🙂
InshaAllah akan sentiasa bangkit dan memandang ke depan. Tidak terlalu cepat, tidak terlalu lambat. Slow and steady.
Posting Komentar