Minggu, November 23

Faith and doctor

Colin Son: Is your faith important in your practice as a physician?

Dr. Leap: Faith is very important to my practice, because I believe that medicine is made better by faith. How is that? We are, after all, scientists (of a sort). How can faith, a thing so difficult to empirically quantify, make any difference at all? That's what people seem to be thinking today.
Faith is a reason to keep doing what I do in the sure hope that I can make a difference, that science makes sense because the Creator of all is good. And I believe faith gives me a reason to keep coming back and doing my job, since God calls me to love others. That doesn't mean I always have to like them, but I have a duty to treat them with love.
Faith gives me hope for myself and my patients. Faith tells me that however crappy life is, it isn't the end. It isn't a comfort to anyone to know they'll reenter the food chain and become recycled carbon, nitrogen, and other bits. The hope of eternity? That's a comfort that works.
And aren't we here to comfort the ones who come to us?

Sehari bersama syaitan

Salam.
Berikut adalah petikan Syaikh Ali Tanthawi rahimahullah,yang beliau tuliskan dalam bukunya "Yaumun Ma'a Syaithan" (Sehari bersama syaitan)

"Keadaanku dengan syaitan pada hari itu mencatat sejumlah peristiwa yang mengharuskan aku untuk tetap kuat/tabah.Antara contoh peristiwa itu ialah perasaan was-was atau syak.Syaitan berusaha agar aku marah pada Allah s.w.t dan melupakan nikmat-nikmatNya.Saat itu aku melalui sebuah jalan dan terserempak dengan seorang sahabat lama di satu sekolah dahulu.Pembicaraan kami berkembang hingga dia menceritakan bahawa dirinya kini sudah memiliki kedudukan terhormat,harta banyak.

Ketika itulah,syaitan berkata kepadaku, "Lihatlah itu.Mengapa engkau dengan ilmu dan kemuliaan dirimu itu tidak memperoleh harta dan kedudukan?Apa salahmu sehingga takdirmu tidak seperti dia?"

Aku katakan kepada syaitan "Diam wahai musuh Allah.Engkau ingin aku mengkufuri nikmat Allah swt terhadap diriku?Adakah di dunia ini ada seorang manusia yang memperolehi semua kebaikan yang dia inginkan sehingga tidak ada orang yang melebihinya?Mengapa aku harus melihat orang ini dan tidak memandang pada orang-orang lain yang sepertiku yang juga memiliki ilmu dan bersikap baik?Mereka juga tidak mempunyai kedudukan dan harta yang banyak.Mengapa engkau ingin mengajakku melihat orang yang lebih tinggi dariku dalam urusan dunia untuk aku iri hati?Mengapa engkau tidak mengarahkanku untuk lebih melihat orang yang berada di atasku dalam hal agama?Mengapa aku harus berdesakan untuk meningggikan darjat di dunia yang tidak kekal?Mengapa aku iri dengan orang ini yang hartanya lebih banyak dari hartaku dan tidak iri pada orang yang solatnya lebih banyak dari solatku dan memperoleh pahala lebih banyak serta memiliki simpanan kebaikan yang lebih besar dari simpananku?Mengapa aku iri kepada hartanya dan tidak iri terhadap ilmu yang aku miliki?Bukankah ilmu,manusia dan kepandaian itu adalah sama halnya dengan nikmat harta dan jawatan?Mengapa engkau meremehkanku?Alhamdulillah aku tidak meremehkan diri sendiri sedikitpun kerana aku mendapatkan sesuatu yang aku inginkan.Kesihatanku baik,isteriku melakukan tugasnya dengan baik,aku hidup aman di rumah,aku tenang dalam bekerja dan aku redha dengan Rabbku.Aku tidak ingin apapun kecuali meminta kepada Allah agar engkau menjauhiku!"

Sahabat sekalian,
apa yang ada di benak kita ketika membaca pengalaman Syaikh Ali Thantawi ini?


dipetik dari majalah tarbawi,edisi februari 2008
Artikel ini berbahasa Indonesia,jadi maaf jika ayatnya agak tunggang langgang selepas di'translate'

Sabtu, November 22

Terukkah aku ini?

Salam.
Tadi aku sempat membaca blog sahabatku yang aku kenal dalam usahaku mencari sahabat lamaku yang dah lama tak jumpa.Dalam sakit selepas pembedahan,dia masih mampu menulis entri terbaru.Aku jadi malu padanya.Aku yang sihat tubuh badan ni nak tulis entri terbaru pun ambil masa.Pengajaran nombor entah ke berapa dah aku belajar,sekalipun kamu menghadapi kesukaran,lakukan segala yang kamu mahukan dalam hidup,tanpa pernah mengira betapa susahnya kamu...kerana hidup ini sangatla singkat,jangan bazirkan masa kamu atas sesuatu yang tak patut-Dr Eva,Khamis,15Nov2008.

Suatu hari,aku menelefon rumah.Aku rindu bangat pada keluargaku di kampung,spesifiknya di Kuala Krai,Kelantan.Ahli rumah yang ada pada masa tu,hanya empat orang je.Ayahku,ibuku,abang ngahku dan adik bongsuku.Yang lain berhijrah.Lama tak berbual dengan mereka.Dari abah,ma,abe ngoh dan adik nor(hehe).Macam-macam yang kami bualkan.Ayahku dan ibuku seperti biasa akan bertanya hal pelajaran.Terkial-kial aku mencari ayat yang paling mudah agar mereka memahami apa yang aku bicarakan.Kalau berbual dengan abe ngoh,mesti ambil masa yang lama.Aku paling rapat dengan dia.Betullah orang kata,jika kamu mahu mengubah dunia,ubahlah diri kamu dulu.Masa tuh,abe ngoh sedang sibuk membaca novel Ungu Karmilla,karya Ramlee Awang Murshid.Dulu,aku je yang layan baca novel ni..sekarang hampir semua layan.Mak aku,kakak aku,abe ngoh,adik nor..ayah aku tak layan novel,tapi dia layan buku-buku agama.Sekurang-kurangnya,aku berjaya ubah sikit keluarga aku agar lebih suka membaca.rite?

Terakhir,adalah adik nor.Banyak yang kami bualkan.Dari hal peribadinya hinggalah ke persiapannya yang bakal menghadapi SPM.Di akhir perbualan kami,sempat aku bertanya sesuatu padanya.

"Adakah aku kakak yang baik buatmu?"

"Ya,kamu kakak yang baik" jawab adikku

"Bagaimanakah baik itu?"

"Baik jela" jawab adikku lagi

"Apakah definisi baik itu?Adakah yang hanya mendiamkan diri dan membenarkan apa yang kamu lakukan walaupun perbuatan itu adalah kebohongan semata...atau yang berterus-terang padamu biarpun ia merupakan sesuatu yang tidak enak pada pendengaranmu,dan ia memang menyakitkan kamu?"

"Bila kamu berterus-terang padaku" jawab adikku ringkas.

Tidak ingin kutuliskan perbualan seterusnya di sini.Tapi yang pasti,aku berterus-terang,walaupun kenyataan itu menyakitkan hati adik bongsuku ini.

Secara teorinya ianya nampak seperti senang.Tapi secara praktikalnya,bagi aku sangatla susah.Aku mendiamkan diri bila mana sahabatku melakukan sesuatu.Aku mengikut rentak mereka sedangkan hakikatnya aku perlu tegas.Aku juga memerlukan mereka yang menyatakan kebenaran padaku..kerana itulah gunanya sahabat.

Satu tazkirah dari seorang sahabatku semasa kumpulan belajar dulu.Siapakah manusia yang paling kejam?Lantas si A menjawab,aku yang paling kejam kerana aku membelasah seorang perempuan.Lantas si B menjawab,akula yang paling kejam kerana aku merogol seorang perempuan dan membunuhnya.Lantas si C menjawab.Aku yang paling kejam antara kalian kerana aku tidak berbuat apa-apa*

Mulutku seakan-akan terkunci apabila berhadapan dengan sahabat-sahabatku.Aku tiada keberanian itu.Keberanian untuk menyatakan kebenaran.

Am i bad?

*Aku lupa camner cita sebenar..yg penting pengajarannya.

p/s:perbualan aku dan adikku mestila dalam loghat kelantan.Bila tgk balik,lawakla plak.Ayu semacam je care aku cakap ngan dia.

Senin, November 17

Cuti

Salam.
Alhamdulillah.Kami mendapat cuti 11 hari pada bulan 12 ni.Cuti Krismas dan juga cuti akhir tahun.Setelah cuti kami diubah-ubah.Dari ada cuti,takde cuti dan sekarang konpem ada cuti.Macam-macam dah kami tempuh.Dari nak ke Bali then terpaksa meng'cancel'kannya dek semata-mata tak de cuti ni.Sabar jela dengan sistem di sini.Inilah kelemahan yang aku perhatikan sepanjang 3 tahun aku di sini.Sangat tak sistematik.Jika diorang nak ubah cuti,senang-senang je bagitahu kami cuti sekian-sekian.Tak pernah langsung nak fikir pasal pelajar yang dah beli tiket balik Malaysia.Ingat beli tiket kapal terbang sama dengan beli lumpiah?Sangat melucukan bila doktor kami asyik menasihati kami agar lebih sistematik padahal tak pernah sekalipun fakulti ini mengamalkan sikap bersistematik ni.Dan ini bukan saja berlaku di universiti aku je,tapi jugak berlaku di universiti lain di Indonesia ni.

Bila dah dapat cuti ni,adala suara-suara bertanya.Tak nak pergi mana-mana ke?Rancangan ke Bali memang dibatalkan kerana duit yang dikumpul telah digunakan.Dah tak de duit baru nak bagitau ada cuti.Pengajaran no 1:jangan menggunakan simpanan anda untuk sesuatu yang tidak perlu.
"Ani betul tak boh gi?"
"Betul,tak boh"
"Nape?"
"Malas."
Sebenarnya ayat yang paling sesuai ialah tak de mood.Aku memang takde mood nak travel mana-mana kecuali Taman Bunga,sebab tempat ni ada mercu tanda negara-negara luar.hehe.Dan bila aku cakap camni,mesti ada yang cakap.Alang-alang dah sampai sini,pi la melancong.Kenal tempat orang,budaya orang.Namun,aku masih juga berdegil.Nampaknya teori hati perempuan ibarat kerak nasi tidak dapat di'apply' pada diriku.Walaupun dipujuk rayu oleh si sahabat,aku tetap berdegil.Maaf ye sahabat sekalian.Tak berniat langsung nak 'spoil the fun'.Tapi,serius aku betul-betul takde mood nak berjalan-jalan ni.

Aku sebenarnya rindu.Rindu pada satu tempat ni.Ingin sekali aku menjejakkan kakiku ke sana.Aku ingin ke Mekah,melihat sendiri kaabah yang menjadi kiblat utama umat Islam.Mahu ke Madinah,bersembahyang di Masjid Nabawi,ke makam Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan banyak lagi.Inilah tempat yang sangat ingin aku jejakkan kaki.Memikirkan umurku yang sudah 21 tahun,yang mungkin esok atau lusa akan dipanggil Allah,aku tertanya.Apakah usahaku untuk ke sana?Aku malu jika aku punya wang,membeli bermacam-macam keperluan tapi tak pernah sekalipun aku berniat menyimpan wang yang aku ada untuk ke Mekah,walaupun hanya sekadar ziarah.Aku jadi sangat malu,bila duit yang aku ada digunakan untuk hal-hal keduniaan je.Aku malu,jika masa kini aku punya waktu,tapi banyak waktuku untuk hal-hal dunia(bermain,bergurau-senda,bermalas-malasan).Dan aku jadi tersangat malu pada Allah menghabiskan rezeki yang diberikannya untuk diriku tapi tak pernah aku gunakannya pada jalanNYA.

Seseorang yang aku kenal bergaji rm15k per bulan,mampu membeli apa saja,renovate rumah berpuluh-puluh ribu,kereta 2-3 buah,motor harley davidson tapi tak pernah terfikir langsung untuk menggunakan duit yang dia ada untuk menghantar ibu bapanya ke Mekah.Aku tak nak jadi camni.Asyik mengejar kehidupan dunia sehingga akhirat dilupakan.Kalau bukan sekarang aku menabung,bila lagi?Mungkin tabunganku masih sedikit kerana aku masih pelajar,tapi sikit-skit lama-lama jadi bukit.

Aku tak nak pergi mana-mana kerana aku nak pergi Mekah dulu.Sangat menyedihkan bila kita ada banyak wang,mampu travel keliling dunia namun kita melupakan Mekah sebagai destinasi utama.

Aku bercakap untuk diri aku sendiri sebelum aku bercakap tuk orang lain.Kerana aku juga masih lagi melakukan perkara-perkara yang menyedihkan ini.
Sangat menyedihkan,bila aku boleh membeli nasi padang,tapi aku hanya memberi derma tak sampai separuh dari harga nasi tersebut untuk mereka yang menghulurkan tangan meminta sedekah.
sangat menyedihkan,bila aku boleh membeli pakaian-pakaian baru tapi untuk menderma ke rumah anak yatim aku hanya memberi mereka pakaian lama.
sangat menyedihkan bila kita asyik mengejar dunia sedangkan akhirat adalah tempat kembali yang kekal abadi

Wallahu a'lam
salam.
p/s:atas sebab-sebab tertentu,ruangan komentar terpaksa di'approve' dulu oleh tuan empunya blog untuk mengelakkan sesuatu yang tak diingini.Maaf jika kalian pernah terbaca komen-komen yang tidak enak.

Jumat, November 14

tanda-tanda stress

Tanda Tanda stress …. dah dapat belum?

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..


“Huuaaargh..! (Astaghfirullah..) Malehnyo nak poie kojo..!”

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..

Akukah yang penin.. Atau kamu yang penin.. Atau peninkah kamu kerana kepeninan ku..?



Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik..

Tak konang budi punya syampoo.. Den dah boli ekau, ekau conteng arang yo..!

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan..

Mak aaaiihh.. Power bangak ike pating masok gulai ase poyok.. Slurp..

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.. Senamrobiklah..


Hadoi lah..!! Salesman tu kata.. makan ubat slim tu konfem bergetah..

Ni bukan bergetah..!

Ini ‘bergedel’ a.k.a ‘bergedik’ a.k.a ‘bergedempol’..!!

Kalo salesman tu datang.. Aku terkam atas dia sampai pensan..!! Hish..!!

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat..


“Yaaarkh..! Bahawasanya..

“Saya berjanji..

akan terus cemerlang..

gemilang..

dan ter.. ter.. ter..

ZzZzZz qroooh..!”

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran anda terlalu sempit..


Gua akan telus bedili di sini..

Sehingge masyuk waktu bebuke buase bagi kawasan Antartika dan yang same waktu dengannya..!!

Gua akan telus besaba.. Saba.. Dan saba..

Gua pasti bejaya..!! Huh.!

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan..



Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda..




Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung..

Hampeh punya payung.. Rege je RM25..

Tapi low class..!!

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat..

Tongkat Ali tak jalan..

Kacip Fatimah pun tak jalan… Apa nama daun herba satu lagi yea..

Mas.. Co..

Mas.. Ca…

Mas.. Ci.. Apa la nama daun tu yerk..

Haa.. Mas Idayu…

Keduabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing..


Saya sebenarnya adalah seekor ayam.. Tak percaya.. Tanya anak-anak ayam saya nih..!

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas……. ………. …..

Uwekk..!!

Hai.. Teruk betullah bini aku mengidam kali nih..

Aku pulak yang teruk muntah-muntah.. Huwek..!

Keempatbelas dan akhir:



ANDA SENTIASA MERASA..

KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT..

SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH..



Kali ni.. Konfem takde orang boleh nampakk.. Diam-diam tau.. Syshh..!


...Hendaknya engkau menjadikan Al-Quran ini sebagai penyejuk hatimu,cahaya dalam dadamu,penghilang kesedihanmu dan penolak rasa gundahmu...(HR Imam Ahmad)

Satu fakta menarik,mereka yang berpipi tembam adalah mereka yang banyak tidur.Ini kerana orang yang banyak tidur akan mengalami pengumpulan lemak kat pipi.
Hurm...aku rasa cam betul je fakta ni.Tapi ade gak kot yang tak.
Salam.


Rabu, November 12

IMPIAN dan EDENSOR

Arai menatap papan tanda nama itu,matanya berkaca-kaca.Kami duduk di bawahnya,diam,tidak berkata-kata.Kami tak punya apa-apa lagi,tubuh kami ngilu,tak bertenaga,tak sanggup melangkah lebih jauh.Puluhan ribu kilometer telah kami tempuh,berbulan-bulan menjelajahi Rusia,dengan cara yang tak akan pernah dipercayai sesiapapun,dengan kisah yang kata-kata tak akan cukup untuk melukiskannya.Di bawah tiang arah itu,aku takjub akan kekuatan mimpi-mimpi masa kecil kami.Sesungguhnya bukan kami,tapi mimpi-mimpi masa kecil inilah yang telah menaklukkan Rusia.

Bermimpilah,kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.

Edensor karya Andrea Hirata
The work of Allah is beyond the limits of human minds

Salam.
Aku sebenarnya ingin mencoretkan sesuatu pada entri kali ini.Namun,entah mengapa otakku tidak dapat berfikir 2-3 hari ni.Aku kebuntuan.Mencari-cari idea apa erk aku nak tulis tentang Edensor.
Ingin sekali aku bercerita serba ringkas tentang novel Edensor ni yang aku dok ulang ulang ulang baca ni.

EDENSOR
Merupakan novel ketiga karya Andrea Hirata yang juga merupakan tetralogi dari novel paling laris di Indonesia Laskar Pelangi.Apa yang menarik tentang Edensor dan semua novel-novel Andrea Hirata ni?Ia merupakan kisah hidup si Ikal (Andrea Hirata) dari zaman kanak-kanak hinggalah dia melanjutkan pelajaran ke Perancis.Simple kan?Lantas apa istimewanya?Kisah si Ikal ini adalah kisah benar,tapi mungkin diolah sedikit untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.Namapun novel.Ia digarap dengan sangat indah,bahasanya lebih santun dan sesiapa yang membacanya akan belajar untuk menyikapi sendiri hikmah dari setiap apa yang terjadi dalam hidup.Andrea Hirata adalah salah satu sosok manusia yang melakukan apa yang diimpikan sejak kecil.Dia merealisasikan impian masa kecilnya...iaitu belajar di Perancis,menjelajahi Eropah sampai Afrika walau apapun yang terjadi(ye,walau apapun terjadi kerana dia adalah dari salah seorang rakyat Indonesia yang dilahirkan dari keluarga yang kurang mampu)

IMPIAN
Jadi,apenye aku nak tulis nih?aku buntu lagi.Adakah aku stress?ngeh3..angin takde,ribut takde aku stress.Lupakan hal itu.Berbalik soal nih.Pernahkah kita betul-betul mengejar impian kita?

Dan apabila kamu melakukan sesuatu,maka seluruh alam dan seisinya akan turut serta bersama kamu membangunkan impian kamu (The Alchemist karya Paulo Coelho)

Disebalik impian setiap insan,akan ada yang mendengarkan.Allah s.w.t mengetahui lipatan hati yang terdalam.Kerana itu,bermimpilah kerana tuhan akan memeluk mimpi-mimpimu.Allah sangat mendengarkan kata hatimu,sangat ingin bersamamu dalam mengejar impian kamu,malah Allah sangat malu jika keinginanmu itu tidak dapat dipenuhi.

Dan sekiranya kita telah berusaha dengan sekuat daya untuk mencapai impian kita,tapi pada akhirnya apa yang kita temukan adalah titik kosong,ketahuilah perancangan Allah adalah yang terbaik.

...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Al-Baqarah 2:216)

Dan di sinilah kita belajar utuk menerima kenyataan.Kenyataan yang harus dihadapi sepahit apapun keadaannya.

Jangan takut untuk bermimpi.Semuanya tidak mustahil.Dan impian yang paling agung dan paling utama adalah mencari mardhotillah,mencari keredhaan Allah s.w.t.Semoga kita semua mendapatkannya.

Hari ini mungkin pengunjung ke blog aku tak ramai,mana tau 5 tahun akan datang blog aku penuh sesak..haha

Tanpa keberanian impian tidak akan menjadi kenyataan.
salam

mimpi=impian.

p/s:sebenarnya aku ingin menulis pandangan aku tentang reaksi kemenangan Obama di Indonesia,tapi nampaknya bende ni dah basi.Ustaz Asri pun dah bg komentar penuh di utusan.Yang pasti aku juga sptnya.tidak berkenan dengan reaksi media Indonesia yang agak menghiperbolakan kemenangan Obama,ibarat Obama adalah dewa keamanan yang mampu mengubah dunia menjdi lebih baik.

Sabtu, November 8

budi

Salam

Aku agak terpukul dengan artikel sahabat aku.Mungkin kerana aku juga salah seorang yang menulis sesuatu tanpa nilai apa-apa.Rasa bersalah itu datang.Maaf ye,tak berniat pun nak tulis artikel yang tak berguna sebenarnye.Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang berfaedah?Sesuatu yang berguna?Bukan sekadar sampah semata-mata?Tepuk dada,tanya iman.Aku juga masih kabur tentang hal ni.Mungkin kerana ilmu di dada yang sememangnya masih cetek,aku masih tidak mampu menilai yang mana sebenarnya yang bermanfaat dan yang mana sampah semata(aku cakap benda mengarut lagi).


Bukan aku tak mahu menulis tentang isu-isu semasa.Bukan,malah aku lebih senang jika diberi peluang.Dan aku juga bukan tak mahu menulis masalah ummah,hal Palestin,Iraq,Afghanistan hatta Malaysia sekalipun.Cuma,mungkin kerana aku memiliki sikap ‘low self esteem’ yang tinggi yang menyebabkan aku diam membisu dengan isu-isu sebegini.Nampaknya,aku perlu tingkatkan sikap percaya diri aku.Dah umur 21,tapi masih tak tahu macam mana nak jadi manusia.Kena muhasabah lagi ni.


HIPOKRIT

Seringkali aku berjumpa dengan golongan sebegini.Terhegeh-hegeh meminta tolong,tapi bila diri sendiri yang diharapkan,terus diam membisu.Dalam mahu atau tidak mahu.Jika yang sememangnya bersikap terus-terang.akan terus menyatakan tak nak.

Mereka yang sebegini hanya meninggalkan parut terdalam di hati aku.Aku tak salahkan mereka.Setiap manusia berbeza prinsip.Mungkin kerana prinsip aku yang tidak akan memutuskan harapan orang serta akan menolong sedaya yang boleh.Akhirnya,aku dapat adalah kepuasan,kan?Aku juga tidak mengharapkan apa yang aku buat dibalas.


Salah satu sebab kenapa saya melakukannya adalah kerana tidak ada sesiapa yang mahu melakukannya

John McClane,Die Hard 4.0


Aku pelajari sesuatu bila aku menonton filem ni.Dan inilah yang aku pegang.Aku buat kerana tak de orang yang sanggup melakukannya.Jika fikir hal sentuh-menyentuh antara lelaki dan perempuan,aku pun tak nak buat.Dan inilah alasan yang digunakan oleh semua pelajar perempuan apabila doktor menyuruh salah seorang antara kami menjadi ‘standardized patient’ untuk pelajar lelaki.Hello,korang ingat pelajar lelaki nak ke jadi standardized patient korang?Diorang pun tak nak.Mereka rela dalam keterpaksaan.Mereka juga rasa ternoda!Solusinya?


BELAJAR DARI ALAM

Hukum Newton ke3* menyatakan jika sesuatu objek diberikan sesuatu daya,objek itu akan bertindak sama atau lebih dari daya yang dikenakan.Objek yang tidak bernyawa pun akan memberi tindak balas yang sama atau lebih.Ini lumrah alam.Di manakah kita sebagai manusia yang berakal?Jika kamu buat baik pada orang,InsyaAllah orang pun akan buat baik pada kamu.Wanita yang baik adalah tuk lelaki yang baik,kan?Begitulah hidup ini pun.Aku galakkan korang baca artikel kak Dibah ‘terhutang budi’.Aku ambil sedikit dari tulisan dia yang aku rasa menarik:


sebagai manusia yang berperikemanusiaan, sewajarnyalah kita memilih untuk sentiasa melakukan kebaikan, walau kepada sesiapapun - sama ada penerimanya pernah berbudi kepada kita atau tidak. Bukan kerana budi yang pernah kita terima, tetapi kerana Allah menganjurkan, malah memerintahkan supaya berbuat baik sesama manusia.
kak dibah:terhutang budi


Maaf jika ada terkasar bahasa.Sebarang komen amatlah dialu-alukan.

Wallahu’alam

*Aku ingat-ingat lupa pasal hukum ni,sila check balik.Kalau salah sila betulkan.