Selasa, Maret 4

Scripta3

Saya belajar sesuatu dari kesilapan saya yang lalu.
Ada masa slogan keep calm and blame the housemen tidak patut digunakan dalam setiap perkara yang terjadi.

Bos saya pesan

Cuba jadi bijak. Pertahankan diri. Saya lebih suka semangat awak yang membara berbanding awak yang pasif. Mana awak pergi?

Mahu sahaja saya menjawab, tapi saya sabarkan. Diam-diam saya berkata;

Tidak kemana-mana. Ada sahaja. Sedang berhibernasi. Mahu simpan tenaga masuk jabatan kecemasan. Sudah letih dengan karenah ibu bapa pesakit. Lepas ni kena tangani ibu bapa kaum kerabat tok nenek segala bagai.

Moga dipermudahkan. Doakan saya.

Jumat, Februari 21

Scripta2

"Kita sampai sekarang ingat awak. 14 kali cubaan memasukan iv line pada seorang pesakit. Dan kali ke 14 tu awak yang masukkan. Masa tu kita posting pertama"

Kita merujuk kepada saya. Kawan saya ini orang Perak. Bekerja di HRPZII. 

Setelah beberapa kali melalui cubaan memasukkan iv line yang susah. Saya datang kepada satu kesimpulan.

Keajaiban hanya terjadi sekali. Apabila kita mengharapkan keajaiban kedua, mungkin ketika itu nasib tidak menyebelahi kita. Maka saat keajaiban itu datang, dakaplah ia erat-erat.

Sabtu, Desember 7

Scripta1

Hari ini setelah beberapa hari hujan tanpa henti,
Allah berikan cahaya matahariNya untuk kami
Alhamdulillah buat hari ini

Khabar dari kampung,
beberapa jalan yang ditutup sudah dibuka
Ada mangsa banjir sudah pulang ke rumah
Alhamdulillah buat hari ini

Moga-moga peringatan yang Allah beri
Buat kita lebih tunduk padaNya
Manusia itu indah dalam banyak cara
Tapi sangat jelek jika tiada iman dan syukur.

Bahagia secukupnya,
Sedih seperlunya,
Mencintai sewajarnya,
Membenci sekadarnya,
Tapi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya. (quoted)

Rabu, November 27

satu; dua; tiga

Satu; posting baru

Masa terlalu pantas berlalu
Kini
Saya berada bersama kanak-kanak kecil
Memulakan langkah di posting kelima
Posting kanak-kanak
Posting yang saya akui mencabar mental dan fizikal saya
Mohon doakan saya

Dua; rumah baru

Baru sahaja berpindah ke rumah baru
Dek kerana rumah lama dimasuki pencuri
Bila saya seorang sahaja di rumah itu
Ada juga rasa gerun
nasihat kawan saya
Kahwin jela;
Jawab saya
Suami pun manusia. Bukan superhuman!

Tiga; kisah baru

Satu bab bisa memberhasilkan sebuah buku yang indah
*terinspirasi dengan kisah Allahyarham Ammar

Selasa, Agustus 13

the branulist

Nama panggilan untuk mereka-mereka yang sememangnya hebat dalam memasang IV line. Ketika aku di posting pertama, aku super kagum dengan mereka yang berjaya memasukkan branula dengan sekali cubaan. Tapi rilek dulu. Salur darah ibu-ibu mengandung memang besar. Senang nak pasang.

Sekarang aku berada di posting surgikal dan kini menjaga wad paliatif. Wad untuk mereka yang datang untuk kemoterapi. Mereka-mereka yang didiagnosa dengan penyakit kanser. Salur darah pesakit di sini sangat halus kesan kemoterapi yang dilalui mereka.

Terkadang adalah tidak adil untuk mencuba berkali-kali memasang branula ke atas satu-satu pesakit. Mesti aku akan meminta-maaf berkali-kali kepada pesakit sekiranya aku terpaksa berusaha berkali-kali.

Aku bukan branulist. Sifu aku dulu branulist. Setiap kali ada difficult iv line insertion, pasti aku mencarinya. Walaupun dia dan aku berada di posting berbeza. 

Cuma, sifu aku pasti akan bertanya pada aku dulu. Sudah berapa kali kau cuba? Kurang dari 5 kali aku takkan tolong. Ajaib..kerana ketika saat aku merasakan sudah tidak sanggup meneruskan lagi usaha itu..yang ke limalah aku berjaya memasukkan branula. 

Perasaan? Semestinya lega. Dengan iv line ubat pesakit dapat diberi, darah etc. 

Terima kasih sifuku kerana membentukku menjadi housemen yang berskill.

Kita mampu menimba ilmu di mana-mana. Skills hanya didapatkan dengan praktis. Practice what you preech!

Nota: blood taking dan iv line insertion adalah skills yang patut housemen master sejak posting pertama lagi. Ia memudahkan kerja anda terutamanya sekiranya perlu bekerja malam seorang diri di wad.


Senin, Juli 15

yang aku

Yang aku rindukan
Melakukan hal-hal sekian banyak
Sehingga waktu luang terisi

Mengisi waktu-waktu senggangku
Bersama-sama teman satu jalan juang
Kerana itu terlihat mudah bagiku
Tidak dengan hanya statik kerja
Hingga menginjak senja

Yang aku rindukan
Adalah senyum tawa
Butir bicaramu
Teman

Biar kita sama-sama bertatih
Menunai impian dulu-dulu kita
Yang dahulunya menjadi wadah utama kita

Teman
Sungguh aku rindu kamu


Nota: sahabat baik saya sudah masuk posting keenam. Lepas ni bakal jadi mo. Doakan dia. Sifu saya ketika saya masuk posting pertama

Jumat, Juni 21

The J days

Hari-hari yang cukup sibuk buat kami 'the miss madz team'.
Sejak dua menjak kes-kes yang datang tak henti-henti.
Sehinggakan MO yang sejuk pun bersuara meyatakan ketidakpuasan hatinya.
Tak pernah lagi saya sebegini jon.
Maka keluarlah kata-kata kumpulan oncall ini kumpulan paling banyak pengalaman dan paling jon.
Ada lagi orang percaya pada mitos jon ini.

Semalam kami kami kerja malam lagi.
Memang sibuk.
Kes tak henti-henti dari malam sampai pagi.
Sedang sibuk kami kami melakukan wound irrigation terhadap pesakit open fracture grade 3a, tiba-tiba seorang dari kami secara tidak sengaja melepaskan kaki pesakit yang patah.
MO kami memarahi kami. Tulang yang patah teruk yang tidak dipegang dengan betul dapat menyebabkan vascular compromise.

Order MO saya stat. Ambil doppler stat!
Suasana jadi tegang seketika. Sehinggalah salah seorang dari kami membawa gel yang penuh di dalam bekas. Dengan wajah tidak bersalahnya.

Suasana yang tegang menjadi seperti..

Ada sesuatu yang bisa kita ketawakan bersama walau dalam apa jua keadaan sekalipun.