Tampilkan postingan dengan label tag. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tag. Tampilkan semua postingan

Senin, Maret 30

Ditag lagi oleh cik Fathen.

ceritekan pasal maksud name anda dan asal usulnye.

Nama sebenar Madziani bt Ab Majid.
Madziani.
Tak pernah tahu pun makna nama ni. Malah tak wujud pun dalam kamus.
Kat buku nama-nama pilihan pun takde. Sedih-sedih.
Asal- usul. Ni pun tak pernah tanya mak dan ayah. Entah bagaimana mereka dapat pun aku tak pasti.
Mungkin cuba mencari nama yang mirip-mirip kakakku kot. Nama kakakku, Madziah. Tukar sikit jadi Madziani.
Tapi nak sedap hati, sebab nama ni takde maksud, aku cari maksud nama Ani.
Ada!
Ani bermaksud masak ranum. Macam tak sesuai je.
Ani juga bermaksud sopan santun. (seperti kata cik fathen, perasan tak keno bayor) jadi bolehlah disimpulkan aku ni budak sopan santun anak kepada hamba Allah yang mulia.

ok cik Fathen.
I'm done.

Minggu, Januari 18

Tag oleh Kak BalQis

Sekali lagi aku ditag oleh kak BalQis.Soalannya alahai..mencabar minda.

1.Sesiapa yang kena tag, tulis 10 perkara berkenaan orang yang men'tag' dia.

a.nama di beri Balqis bt Yahya .Saya ceduk dari blog kamu je =)
b.Pelajar perubatan di Ukraine,saya rasa di Crimea State Medical University (CSMU)
c.Seorang yang optimis dan bersemangat waja serta tidak mudah mengalah(mengenangkan komen pertama kamu di blog ini)
d.Seorang yang sangat puitis.Saya suka semua puisi kamu.Salah satunya we are-the tested one.
e.Ulat buku.Melihatkan buku-buku di rangkaian rak buku kamu.Banyak sekali.
f.Kamu sangat menghormati senior-senior kamu(Kamu punya senior yang sangat baik.Kredit to Kak Damai
g.Kamu sangat suka belajar pelbagai bahasa.Barukisu aka Balqis dalam bahasa jepun kan?
h.Kamu suka minum teh dari kopi.Iya kan?Kamu pernah mengabarkan pada saya.
i.Mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja.Saya kira kamu juga murah senyuman.
j.Mudah menerima pandangan,teguran dan nasihat.

Kak BalQis,jika ada yang salah maafkan saya.Saya menilai kamu berdasarkan coretan-coretan kamu di blog dan juga komen-komen kamu di blog saya yang tak seberapa ni.Namun..soalan ini sangat mencabar.



2. Orang yang kena tag kena tulis tentang dirinya.

1.Nama diberi Madziani bt Ab Majid.Panggilan oleh teman-teman,Ani.Namun sangat menyukai nama Hana.Hana bermaksud bahagia,berasal dari perkataan Farah.
2.Mudah tidur walau di mana jua berada hatta ketika berdiri di atas bas yang penuh sesak penumpang.Tabiat tidur ni pernah disinggung oleh ayahku,dikeluarkan hukum tidurnya.Jika kamu diberi masa hidup selama 60tahun,dan mengenangkan waktu tidur yang banyak ni,kamu sebenarnya hanya hidup selama 20-30 tahun je,separuh lagi kamu mati.Produktifkah hidup kamu?Owh abah,tidakku ingin jadi begini..huhu.
3.Aku budak naif.Semua menyatakannya termasuk dia.Aku terima je.
4.Suka baca artikel tentang isu-isu semasa termasuk analisis politik walaupun tidak terfikir untuk menggantikan Dr Lo'Lo'(Walaupun pemerhatian aku tak tepat)
5.Pendengar yang baik.Kamu boleh bercerita apa saja padaku.Aku akan mendengarnya.
6.Budak berhati batu.Jika aku katakan A,A lah jawabnya.Sebarang pujuk rayu tidak akan dilayan.
7.Sangat suka minum teh.I'm tea addict
8.Bukan seorang genius,yang pasti.Camne la bleh sesat masuk sini.Rezeki Allah.
9.Penggemar cerita bersiri NUMB3RS,walaupun sekarang sudah terlalu lama aku tidak menontonnya.Dah insaf sikit.Walaupun ya,banyak benar term-term matematik yang diorang guna.
10.Bukan manusia sempurna,banyak cacat celanya.

Alhamdulillah,dah selesai.
Demi kamu Kak BalQis,saya luangkan masa saya menjawab soalan ni.
Maaf ye jika salah.

Aku nak tag Cik Fathen.Huhu.

Minggu, Januari 4

i've been tagged.

i've been tagged oleh cik Fathen.
Thank you for tagging me.


a) 5 Fakta tentang aku
-Pendiam,biasanya kawan-kawan aku yang banyak bercakap,aku lebih suka
berdiam diri,namun aku bercakap bila aku rasa perlu.
-Sangat suka membaca,tak kisah pun pe bahannya termasuk sastera (tapi tak layan
buku A.Samad Said)
-Buta fesyen,bukan kaki shopping-Aku tak sanngup nak jalan lame2 kat mall,tapi
aku sanggup duk berjam-jam di kedai buku.Ye,aku tau aku budak membosankan.
-Aku tak pandai masak,walaupun sering memasak..haha..aku layan je pe yang aku
masak ..tak sedap pun aku makan..huhu..perut aku,bukan perut kamu.
-Punctual..ayah aku ajar kami tuk tepati masa.Dan aku paling tak suka janji
Melayu,sekiranya kamu tahu menunggu itu satu penyiksaan.


b) 5 Perkara menakutkan aku di dunia
-Aku takut Allah
-Aku takut Allah tarik balik nikmat iman yang aku ada ni
-Aku takut leka pada dunia dan punya sifat wahn
-Aku takut mati dalam keadaan kafir
-Aku takut aku lari dari medan perang (walaupun skang ni tak berperang)


c) 5 lagu buat masa sekarang
-Aku jarang dengar lagu,laptop aku pun tak banyak lagu
-2,3 minggu lepas Cik Fathen kirim lagu this I promise u lewat email.Aku layan
seminggu,sekarang dah tak dengar.Nak buang sayang,hadiah orang.
-Sahabat aku perkenalkan kump D-clique,aku layan lagu better days dan please.
-Sahabat aku As linkkan lagu baitulmaqdis,aku layan lagu tu sekarang
-Aku suka lagu kisah cintaku oleh chrisye yang dinyanyikan kembali oleh
Peterpan.lantas aku layan lagu ni mugkin sebulan lepas kot.


d) 5 perkara yang selalu disebut
-Aku jarang bercakap,jadi aku tak selalu sebut sesuatu
-Sekarang tengah sibuk pasal isu palestin,aku tak tau banyak tapi bolehla
nak berkongsi ngan sahabat2
-Aku suka bola,banyak gak masa aku cakap bende ni ngan sesape suka bola
(namun sudah lame aku tak berbual,lagipun sahabat2 aku tak layan bola)
-Aku sentiasa bercerita pasal hal ehwal negara dan dunia dengan sahabat aku
ni sebab dia tak amek internet.kiranye aku ni tukang pemberitahu maklumat
-Aku selalu pk aku ni layak ke jadi doktor?Ni bende yang selalu aku sebut
sejak tahun pertama lagi


e) 5 perkara yang amat bernilai
-Nikmat iman yang senipis bawang ni,
-keluargaku…sahabat2 ku
-keamanan sejagat..aku pedih tengok manusia sesuka hati bunuh orang
-Umat Islam seluruh dunia..impian aku tak banyak Cuma klu boleh biarlah umat
Islam bersatu seperti dahulu.
-Pinjaman MARA,bidang perubatan yang aku ambil ni



f) 5 Pertama kali dalam hidupku
-Pertama kali tahu pasal hari kiamat masa umur 6 tahun,malam tu nangis teresak2
sampai pk aku nak mati same ma dan abah (huhu…mase kecik)
-Pertama kali naik kapal terbang,mase nak datang Indonesia,klu aku tak fly
alamatnya tak naikla kapal terbang ni
-pertama kali jadi pendebat mase tingkatan 4,jadi secara paksa,kawan aku tak dtg
masa hari pertama pertandingan,aku plak kne paksa oleh teacher aku,nak tak nak
terpaksa aku terima.Akulah pendebat paling tak layak..huhu
-pertama kali jauh dari ma dan abah masa umur 10tahun,masa tuh kami tiga
beradik menghabiskan cuti akhir tahun di rumah arwah nenek aku di Pahang.Aku
homesick,nak balik je keje aku.Bila ingat balik..memang anak manja..malu..sebab
kadang2 adik-beradik aku selalu ungkit kisah lame..
-Pertama kali makan pizza hut pada 01-08-07 di jalan Ir Juanda,Bandung.Aku ingat
betul tarikh ni,salmi belanja.


g) 5 orang yg aku nak tag!
Aku tak nak tag sape2..
Alasan je ni,sebenarnya aku tak ramai sahabat bloggers..huhu