Beberapa waktu di tengah malam oncall, bekas MO surgikalku duduk merapat di antara aku dan juga housemenku. Sambil memerhatikan aku menyudahkan clerking pesakit di bahagian kecemasan, beliau memulakan sesi perkongsian hidup beliau.
Kahwinilah seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Itulah mukaddimah butir bicara beliau. Dan seperti biasa, ia tidak berakhir di situ. Beliau meneruskan butir bicaranya.
Adalah amat sukar menemukan lelaki yang romantis. Sekiranya ada, mungkin romantisnya tidak kekal. Lantas, kahwinilah lelaki yang bertanggungjawab. Seorang lelaki yang bertanggungjawab akan bertanggungjawab atas pilihan yang dibuat.
Seorang lelaki yang bertanggungjawab pasti akan berusaha membina kembali hubungan yang telah retak.
Seusai beliau bertutur, laju sahaja pesakit APO tiba. Sepertinya sudah tahu. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa.
Nota:
Semoga beliau berjaya dalam pengajian master. Rindu pula pada coleteh hidup beliau.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar