Di satu ruang pojok
sepasang tua yang renta
menyelimuti sesama mereka
diiringi gelapnya pekat malam
si suami tidak jemu menunggu
riak wajahnya tergambar runsing
tertanya akan seperti apakah
sakit yang dialami isteri tercinta
Di sebelah sana
Di satu sudut
beberapa insan berkot putih
dan yang beruniform putih
sedang cempera bagai
akan perihal manusia
yang butuh bantuan medis
tidak begitu kisah akan perihal
pasangan tua yang renta itu
ada hal yang aula
tanggungjawab tidak hanya di situ
beberapa meter dari situ
aku
oh, tidak dapat dipastikan sedang apanya
mencermati bahawa
kasihan belas adalah
satu lapis tipis di tengah-tengah
kutitip doa buat
pasangan tua itu
insan-insan berkot putih
dan beruniform putih
walau jauh aku pergi
Tuhan,
jadikan aku hambaMu yang
sentiasa mensyukuri nikmatMu.
nota : 3 minggu di Hospital Teluk Intan. Terbaik, terbaiklah!
2 komentar:
apabila ani berpuitis... ku suka... :)
syok sendiri je ni..
Posting Komentar