Saya amat tertarik dengan jawapan dari penggerak kumpulan kami. Beliau menjawab
Kami pelajar twinning ni kaki makan. Asal bab makan je semua bergembira sakan. Semasa di bandung dahulu, ada satu kedai makan bernama Hanamasa yang menyediakan makanan Jepun ala bufet. Waktu ni, semua antara kami makan bersama-sama dengan bahagianya. Makanan adalah satu kegembiraan kami dan merupakan satu cara memperkukuhkan persaudaraan sesama kami. Hanamasa adalah satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Jika berpeluang ke Bandung, ringan-ringankan diri ke Hanamasa. Tak rugi, serius.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar