Kamis, Agustus 2

Ogos yang dinanti




Ogos adalah bulan yang aku sentiasa bersemangat melaluinya
Ogos adalah bulan kelahiranku
Bulan di mana aku membaca kembali lembar-lembar azam tahun baru
Bulan di mana aku menyelidik kembali
Di mana duduk letak aku
Di mana hala tujuku

Tahun ini tiada yang menjadi
Tahun ini tahun kesakitan cinta 
Tahun ini tahun berlapang dada

Hari ini
Bermulanya episod baru di hospital baru
Hospital baru, permulaan baru
Dan melepaskan impian yang paling dalam
Melepaskan pembakar semangatku
Melepaskan mood stabilizer aku
Melepaskan impian masa depan bersamanya

Cinta itu spontan
Hadir tanpa diminta
Bahagia dan sedih bersilih ganti

Cinta itu melepaskan
Dan cinta itu rasional
Mana mungkin hal itu terjadi

Lepaskan
Dan jalani hidup seadanya

Rindu
Pada semangat kerja
Dan kecintaan bekerja

Tidak ada komentar: