Senin, September 18

Journey

Garden of Morning Calm, Gyeonggi-do
Ada tiga perkara yang aku kira kenapa aku tetap berada di tempat aku kini

Pertama
Memberi adalah sesuatu yang menyenangkan. Membantu mereka yang memerlukan adalah sesuatu yang memuaskan hati. Aku gembira melihat pesakit yang pada awalnya tenat, bertambah baik sehari demi hari.

Kedua
Betapa profesi ini menjadikan aku mahu menjadi lebih baik. Bagilah ribut petir, serangan todak melanda Jabatan Kecemasan, ia adalah tempat muhasabah terbaik bagi aku untuk sentiasa menjadi profesional. 

Seteruk manapun urusan, janganlah dihadapi dengan kerut muka- Pak Hamka
Ketiga
Betapa manusia itu tidak sempurna. Pada akhirnya, doa dan tawakkal pada Allah untuk setiap usaha perawatan yang diberikan kepada pesakit.  Pada Allah jugalah tempat kita bergantung.

Menyedari bahawa ketaksempurnaanku, di waktu-waktu kritikal dengan keupayaan minima adalah aku pada hari ini.




Sabtu, September 16

R.I.N.D.U



Rindu.
Merindui mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup ini
Yang beraspirasi bersama
Adik beradik dunia akhirat

Entah kenapa
Hal-hal kebetulan sering sahaja terjadi
Walhal
Hidup ini tidak ada kebetulan

Mungkin sudah tiba waktu
Untuk membuat pusingan U
Dan kembali

Selasa, Agustus 15

Abah


Ada masa aku rasa abah bakal pergi
Aku enyahkan jauh-jauh fikiran jahat tersebut
Memujuk
 Tuhan bersama prasangka hambaNya

Sejak kecil aku banyak bersama abah
Selesa berbual bersama abah
Berkongsi rasa takut dan sedih dengan abah
Sehingga banyak nasihat abah aku simpan
Buat panduan masa nanti

Pernah
Satu hari
Abah tinggikan suaranya padaku
Berkata 
Aku bukan anaknya

Kata-kata tersebut 
Merobek ruang hatiku yang terdalam
Terkesima aku
Aku tahan air mataku
Berharap butir bicara itu tidak dari abah

Lama berlalu
Abah kembali seperti abah
Aku berhenti mengomel perbuatan abah
Abah tidak suka pada pandangan aku
Mungkin
Entah
Tapi ia buat abah berbicara padaku
Mungkin pada abah
Aku tetap anak kecilnya
Yang mendengar butir bicaranya
Tidaklah dia sangka anaknya sudah dewasa

Bila diam dan mendengar
Adalah perkara yang paling abah sukai

Kini
Abah sering sakit
Dan ada masa-masa abah aktif bukan main
Bersihkan rumah
Berkebun  bagai
Dan bila abah sakit
Sepertinya ia sakit yang teruk

Untuk waktu-waktu kehadapan
Moga ia terisi dan diberkati
Moga Allah merahmatimu
Abah
Hero pertamaku




Senin, Agustus 14

Marry a responsible man

Beberapa waktu di tengah malam oncall, bekas MO surgikalku duduk merapat di antara aku dan juga housemenku. Sambil memerhatikan aku menyudahkan clerking pesakit di bahagian kecemasan, beliau memulakan sesi perkongsian hidup beliau.

Kahwinilah seorang lelaki yang bertanggungjawab. 

Itulah mukaddimah butir bicara beliau. Dan seperti biasa, ia tidak berakhir di situ. Beliau meneruskan butir bicaranya.

Adalah amat sukar menemukan lelaki yang romantis. Sekiranya ada, mungkin romantisnya tidak kekal. Lantas, kahwinilah lelaki yang bertanggungjawab. Seorang lelaki yang bertanggungjawab akan bertanggungjawab atas pilihan yang dibuat. 

Seorang lelaki yang bertanggungjawab pasti akan  berusaha membina kembali hubungan yang telah retak.

Seusai beliau bertutur, laju sahaja pesakit APO tiba. Sepertinya sudah tahu. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

Nota:
Semoga beliau berjaya dalam pengajian master. Rindu pula pada coleteh hidup beliau.


Rabu, Juni 7

Ramadan 1438H

When I was a child
I used to felt claustrophobic
Small space made me anxious
My hands were trembling
I'm sweating profusely
I choked few times
I felt like I'm dying

As I grow up
I felt small space is what I needed most
I can see everything from where I stand
I can control anything
And I tend to live it that way

As I aged
I met few people
Keep them as close as I can be
I had few contacts
Call them when I'm free
That how I live my life
Currently
It feels empty
I keep on doing it anyway

I used to celebrate charities
I used to do voluntary work
I used to go for usrah
That is how I used to be
It is more fulfilling
That is a life I want to

I believe giving what you had more is happiness
It is a pleasure someone felt
I should give more
I should be better
I should be wise
Salam ramadan kareem everyone






Minggu, Maret 26

Coretan 2017



Rindu pada moleknya peribadi masyarakat Jepun
Rindu pada ketepatan waktu pengangkutan awam di sana
Rindu pada bersihnya persekitaran di sana
Rindu pada segala-galanya tentang Jepun

Jepun adalah negara yang kita dapat apa yang diberitakan
Bukan sekadar indah khabar dari rupa
Setiap yen yang dilaburkan di sana memang berbaloi

Fuji,
Nanti-nanti kita ketemu kembali
Mu tunggu aku datang!