Senin, November 14

Melangkah



Untuk pemandangan sebegini, aku rela repeat Gunung Kinabalu
Aku jalan seorang diri menuju puncak Gunung Kinabalu
Tangan kejang dan terketar-ketar sebab sejuk amat
Sekali sekala mata tertutup
Baju dan jaket sejuk yang dipakai tidak dapat memanaskan badan
Pening-pening lalat dek kerana mountain sickness
Ada masa air mata aku betul-betul mengalir
Rasa mahu berhenti dan kembali ke Laban Rata
Namun aku teruskan juga langkah kakiku
Langkah pertama, langkah kecil satu satu
Dan akhirnya tiba di puncak dengan bantuan malim gunung
Kalau mahu khabarkan perasaanku
Mungkin ibarat mendapat cahaya mata
(Ok, ini hiperbola)

Perjalanan ke puncak itu yang mengubah aku
Mengubah sudut pandang aku tentang kehidupan
Ada masa ia sukar
Ada masa gembira
Satu langkah pada satu masa
Bawa aku ke hadapan
Mungkin di tengahnya ada jalan berliku
Allah bagi surat cintaNya pada kita
Duduklah sebentar, berehat dan berefleksi
Dan kembali teruskan langkah
Kita seorang pejuang sejak di alam kandungan

Aku mula menulis di blog pada November 2008
Dan kini usia blog sudah genap 8 tahun
Untuk umur begini, blog ini sudah boleh dianggap kanak-kanak

Banyak sudah coretan, luahan hati, pendapat peribadi ditulis di sini
Sehingga apabila aku membacanya kembali
Tersenyum tersengih aku sendirian di hadapan laptop

Ada satu ayat, entah dari mana aku baca atau dengar
Saya ingin menulis satu ayat walaupun tidak sedap
Gelak sorang-sorang aku
Sebab dah lama impian itu tidak ditunaikan

Kalau boleh
Aku mahu menjadi seperti Ani, si penakluk Kinabalu
(Ok, ini sangat narsis)



Tidak ada komentar: