Jumat, Desember 11

peribadi

Perkataan bodoh selalu sering digunakan dalam profesi perubatan. Entah kenapa melabel seseorang sedemikian adalah suatu perkara normal. Pernah saya berbahas melalui telefon dengan seorang senior mo hanya kerana saya bertegas dengan keputusan saya untuk tidak melakukan ujian denggi terhadap pesakit yang datang dengan pancytopenia.

Marah dia saya boleh toleransi. Dilabel saya bodoh adalah suatu yang tidak saya hadam dengan mudah. Bagilah rasional apa,  tiada siapa dalam profesi ini lebih itu dan kurang ini. Masing- masing belajar. Jika difikirkan oleh nafsu syaitan saya, mahu sahaja saya menempelkan keputusan ujian denggi yang semuanya negatif itu di depannya sambil berkata 

" kan aku dah cakap"

Saya urungkan perasaan amarah saya. Masih mampu lagi berbahasa baik-baik. Walau dalam hati sudah remuk redam bagai ditoreh pisau tajam. Pulang ke rumah, ayat-ayat cinta Allah menjadi pengubat jiwa saya


Manusia, sebesar apa pun tetap manusia. Dan sekecil apa pun tetap berperan. Kita istimewa dengan peribadi yang kita bawa. Saya memilih diam untuk memaafkan.

Tidak ada komentar: