Jumat, Desember 11

sayonara

Apakah yang dihajatkan di puncak kinabalu?
Yang kau semat dalam-dalam.
Yang kau pendam sekian lama

aku buang kisah lalu
aku garap cerita baru
kisah setahun ke depan

apa?

Ada benda ingin aku simpan untuk aku, kawan
biar aku menjadi aku yang tidak dikenali

Bukan hipokritkah begitu?

Kalau hipokrit itu baik
jadilah aku hipokrit
menantang masa depan
dengan impian sembunyi aku

apa-apalah kawan



peribadi

Perkataan bodoh selalu sering digunakan dalam profesi perubatan. Entah kenapa melabel seseorang sedemikian adalah suatu perkara normal. Pernah saya berbahas melalui telefon dengan seorang senior mo hanya kerana saya bertegas dengan keputusan saya untuk tidak melakukan ujian denggi terhadap pesakit yang datang dengan pancytopenia.

Marah dia saya boleh toleransi. Dilabel saya bodoh adalah suatu yang tidak saya hadam dengan mudah. Bagilah rasional apa,  tiada siapa dalam profesi ini lebih itu dan kurang ini. Masing- masing belajar. Jika difikirkan oleh nafsu syaitan saya, mahu sahaja saya menempelkan keputusan ujian denggi yang semuanya negatif itu di depannya sambil berkata 

" kan aku dah cakap"

Saya urungkan perasaan amarah saya. Masih mampu lagi berbahasa baik-baik. Walau dalam hati sudah remuk redam bagai ditoreh pisau tajam. Pulang ke rumah, ayat-ayat cinta Allah menjadi pengubat jiwa saya


Manusia, sebesar apa pun tetap manusia. Dan sekecil apa pun tetap berperan. Kita istimewa dengan peribadi yang kita bawa. Saya memilih diam untuk memaafkan.