Rabu, November 11

yang lain

Terlalu sukar menjadi perempuan yang melepaskan, melupakan masa silamnya. Mahu dipadam dan dilupakan, tetaplah ia hadir. Sehingga lupa, mana ghairah yang aku ada dulu? Sepertinya sesuatu yang lain menguasaiku. Menjadi aku kini. hmm.

Pernah, aku buat-buat lupa. Mendepani cabaran hari besok. Bahawa aku boleh. Bahawa aku berhak. Bahawa tidak ada apa-apanya menjadi pemberani. Yang akhirnya membawa pada pengakhiran dramatis tidak berpenghujung. Apalah yang aku lakukan? Saat itulah ssuatu yang lain telah menguasaiku. Mengawal aku sehingga kini.

Mendefinisi aku itu sulit. Sehingga aku merasakan sudah tiada aku dalam aku. Sudah tiada lagi bulatan gembiraku. Sudah tiada lagi teman-teman dunia akhiratku. Sudah tiada lagi opkim-opkim yang aku sertai. Tiada. Sudah tiada aku di sebalik itu. Lalu, aku hidup sebagai apa?

Aku yang kini hanyalah seputar rumah dan rumah sakit. Itu..dan cita-citanya mahu raih redha Ilahi. Bagaimanalah! Pasti bertepuk tamparlah semua bagaimanalah masa mampu membawa aku sejauh ini. Keadaan yang aku jadikan alasan,  membiarkan yang lain menguasaiku. Dan aku ingin sekali kembali menjadi pemberani. 

Tidak ada komentar: