Selasa, Maret 4

Coret-moret

Kenapa perlu setia sedangkan rasa itu sudah lama pergi.

Entah.

Mungkin sebab aku masih merasakan tanggungjawab yang sama setiap hari. 

Kau sudah tidak rasional pada meletakkan rasa itu.

Mungkin. Aku akui.

Kenapa tetap tega di situ?

Kawan, kau tahu bukan. Mungkin kau perlu cinta dalam setiap hal yang kau bina. Tanggungjawab dan rasional diperlukan di fasa pertengahan sesuatu yang kau bina. Kau mungkin lemah di kemudian hari, tanggungjawab dan rasionallah yang membuatmu terus berjalan. Cinta? Mungkin alasan sekian banyak orang untuk melarikan diri. Tapi tidak aku yang rasional dan tanggungjawab ini. 

Kalau berhenti kerja, nak jadi apa? Mahu bayar hutang dengan apa?
Terus aku melupakan soal cinta dan berfikiran rasional lagi penuh tanggungjawab.

Gila!

Tidaklah. Kurang dengan tanggungjawab aku masih membaca buku kerana khuatir aku salah memberi perawatan kepada pesakitku. Itu satu dosa bagiku.

Baik. Tetap kau butuh cinta dalam perhubungan?

Err, kau tanya aku? Jawapan aku masih sama. Kau butuh cinta. Tapi yang menyebabkan hubungan itu kekal tetap tanggungjawab dan rasional.

2 komentar:

atim mengatakan...

betul tu
makin hari makin hilang perasaan cinta :'(

madziani mengatakan...

Akan ada sebab untuk cinta itu datang kembali. Jangan risau Atim. Akak cuma nak highlightkan pasal tanggungjawab. Ada orang bila dah tak suka terus buat kerja cincai boncai sedangkan tanggungjawab terhadap pesakit lebih utama.