Rabu, Oktober 15

Palestine: Educating Women


Untuk info sila kunjungi lama web ini
Blessed is women of knowledge

Jumat, Oktober 10

Tangkap muat

Kasih sayang cukup untuk semua, apa yang kita perlu lakukan adalah berkongsi- unconditional 

Senin, Oktober 6

ketenangan






















Aku telah mengembara di serata tempat
Mendaki gunung
Menjelajah tasik
Menerokai hutan
Malah cuti-cuti Malaysia juga ada
Duduk diam-diam,
Memerhati alam sekeliling,
Bertafakur memuji ciptaan IIahi,
Adalah satu nikmat yang tak terungkapkan

Namun,
tidak pernah aku dapatkan
ketenangan yang paling indah
melainkan saat aku sujud solat,
berlama-lama di tikar sejadah,
5 kali setiap hari

Benarlah,
solat itu kerehatan.

Jumat, Oktober 3

bahagia


















Ada masa
harapan yang tercurah
hancur di tengah jalan
Terduduk aku pada pilihan tuhan

pernah aku sangsi pada pilihanNya
kenapa tidak aku dapatkan apa yang aku mahu?
berkali-kali impian yang aku mahu
terpaksa aku lupakan
dan pilihan yang aku ada hanya itu
betapa dahulu aku merasakan
dunia ini tidak adil

tapi Tuhan itu sangat adil
Aku mahu itu
DIA beri apa yang aku perlu

berkali-kali aku kecewa
berkali-kali juga DIA buat aku tersenyum
moleknya aturan DIA
Bahagia itu pada syukur apa yang kita ada

Rabu, September 24

Ukhuwah

Cerita 2 hari lepas.

Bertemu sahabat sekuliah setelah sekian lama tidak berjumpa. Kami berbual tentang banyak hal. Dari kisah peribadi, kerjaya dan juga masa depan. Sedang rancak berbual, salah seorang sahabat saya secara spontan berkongsi tazkirahnya. Satu perkongsian rohani yang saya dan sahabat saya dapatkan.

Nah, apa lagi yang saya perlukan. Kami bertemu, berpisah dan InshaAllah bertemu kembali kerana Allah. Ukhuwah begini sangat manis. Saya akui, ada orang rezekinya pada berkeluarga, punya suami atau isteri serta punya anak. Untuk orang seperti saya, yang rezekinya seputar keluarga, kerjaya dan sahabat dunia akhirah, rezeki yang saya dapatkan terlalu manis untuk saya ucapkan. Alhamdulillah untuk sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

Apa yang kita ada, kita jaga dan kita kongsi. Walau sudah lama tidak bersua, satu mesej ringkas mungkin mengubah hari kita. Bukan begitu?

nota; dulu jika ke Kuala Lumpur ada sahaja tempat yang saya ingin pergi. Sekarang semuanya terasa kosong. Masing-masing bawa haluan sendiri. Kuala Lumpur yang dulunya menjadi tempat saya mencari ilmu sudah hilang sinarnya di mata saya. Kosong.

Rabu, September 10

Tangkap muat


























He, who took a chance and became a prince for one day-Straight A'S

Senin, September 8

EdStory2

Kawan saya pernah berkata;
Allah akan beri ujian sesuai dengan kesanggupan kita.
Malam-malam bila bekerja saya berharap yang terbaik diberikan kepada saya. Tidak kiralah walau sebanyak kes apapun yang dihadapi.

Jumaat lepas saya atas panggilan. Saya bernasib baik kerana ada housemen yang bekerja bersama saya. Tidaklah saya rasa forever alone. Kekurangan housemen menyebabkan ada waktu-waktu atas panggilan kami para MO bekerja sendirian. Sudah tentulah ditemani MA, jururawat dan jururawat masyarakat. Saya sangat bersyukur mendapat kerjasama yang baik dari semua staf setiap kali saya atas panggilan.

Jumaat lepas, seorang pesakit datang dengan masalah pening kepala secara tiba-tiba. Mengikut sejarah pesakit, beliau baru sahaja disahkan menghidap penyakit darah tinggi sejak 4 bulan yang lalu namun telah meninggalkan perawatan yang telah diberikan. Tekanan darahnya pada kali pertama saya melihatnya adalah 223/123mmHg, yang mana ia adalah sangat tinggi dan berisiko tinggi untuk serangan angin ahmar. ECG menunjukan ST elevation pada anterolateral. Saya berkira-kira ingin memberikan perawatan streptokinase sehingga Allah berikan saya petunjuknya. Pesakit saya mengikut arahan saya, namun beliau sukar sekali membuka matanya. Malah tidak begitu menjawab soalan saya. Tiada tanda-tanda neurological deficit. Hati saya tergerak untuk melakukan CT brain urgent sebelum perawatan STK diberikan.

Lucky me. Hasil CT scan menunjukkan pendarahan di dalam otak. Pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan selanjutnya.

Untuk junior MO seperti saya, semestinya ia satu cabaran yang besar. Ketika sel-sel otak saya tidak dapat berfikir dengan jelas (sudah hampir jam 3 pagi) Allah selamatkan saya dari melakukan kesilapan yang besar. 

Pegajaran dari cerita di atas;
Giddiness can be life threatening! It can be a sign of stroke and ACS.
Not all ST elevation is a sign of MI.
Dear people, take good care of your health. 


Rabu, Agustus 27

teruskan.

Ada manusia
walau sudah lemah 
tulang empat kerat
tetap teruskan hidup
kerana itulah yang mampu dilakukan
teruskan hidup

kayuhan yang kau lakukan 
benar-benar merentap jiwaku
buat aku tertanya
apa perlu pada usia tuamu ini
perlu kau lakukan ini?

kau ajari aku
tetap teruskan hidup
tidak mencerca tentang nasib
kerana pasti
sekiranya aku melihat ke bawah
pasti rasa syukur itu datang

kau katakan padaku
saat aku mengeluh letih dan lemah
lihatlah aku!
dengan segala kedutan di muka
dengan lelah yang aku ada
si tua yang tetap teruskan hidup
dengan usia yang masih tersisa

kau masih terlalu muda
untuk merasa masinnya hidup
tetaplah
teruskan hidup
Raih mardhotillah
biar rehat yang kita cari itu
SyurgaNya yang dijanjikan

sama-samalah kita bekerja

Selasa, Agustus 26

EdStory1

A patient always be the best teacher.

One patient.
Supraventricular tachycardia(SVT)
Septicaemic shock.
Acute coronary syndrome.
Underlying medical illness; COPD with cor pulmonale.

To treat a stable patient with SVT is one.
Happened to have gasping breathing and lowish blood pressure is second.
To monitor fluid given is third.
To decide for intubation is fourth.

A memorable one.
Thank you Allah.

A district hospital where you can say
"Macam-macam ada"

Selasa, Agustus 19

2 tahun

Selamat tinggal HRPZII
2 tahun penuh memori
Tempat kerja yang mesra housemen
Pakar-pakar yang sangat mesra dan suka mengajar
MO yang cool semua
Rakan sekerja HO yang sangat rajin dan saling bantu membantu
Jururawat yang bekerja bersama-sama
Dan semua warga HRPZII yang saling bekerjasama

Terasa sangat bersyukur dapat menjadi sebahagian dari warga HRPZII
Nanti-nanti kalau kita berjodoh
Pasti kukembali

Membuka lembaran baru sebagai pegawai perubatan kecemasan
ED;
Tolong ajari aku banyak-banyak.
Rabbuna yusahhil.

Jumat, Mei 16

Empati dan ketidakpedulian

Kau tahu,
di Malaysia hanya terdapat 214 buah hospital sahaja sehingga tahun 2013?
Pada tahun 1997 terdapat 212 buah hospital.
Hanya bertambah 2 buah hospital sahaja sepanjang tempoh 15 tahun.
Tapi yang paling aku sedih apabila mengetahui perihal belanjawan Negara kita bagi tahun 2014.
Bukan sedih apa. Sedih dengan angka yang banyak sekali dilaburkan tapi kiraannya tidak tepat.
 
Kos pengurusan kewangan bagi setiap hospital adalah 2 juta.
Tapi peruntukan kewangan pengurusan hospital seluruh Malaysia adalah 13 billion.
Beza banyak tu. Sangat banyak.
 
Entah kenapa aku sebak sangat. Samada kita terlalu tidak peduli atau apa.
Rasanya angka itu tidaklah memerlukan kiraan matematik kompleks.
Itu bahagian yang aku tahu, Bahagian kesihatan.
 
Aku kesian pada pesakit aku.
Datang pukul 3 pagi dapatkan rawatan. Anak merengek nak air.
Takde duit nak beli air pun. Menangis-nangis depan aku.
Ibu dahlah sakit. Anak pula entah berapa lama kelaparan.
 
Ada pesakit yang berjalan 30 kilometer hanya untuk dapatkan rawatan.
Dan yang paling buat aku sebak bukan sebab dia berjalan jauh.
Sebab umurnya sudah 85 tahun!
Datang tercungap-cungap dengan kaki bengkak.
Kau boleh rasa?
 
Kau takkan dapat rasa kalau kau tak letak hati kau kat tempat orang.
 
Pedih tahu tak?
 

Selasa, Maret 11

ED

Madziani (sila baca tanpa d),
Best ke ED?

Laju je jawab.
BEST!

Best apanya, hari-hari kena bebel?
Balas bos saya.

Senyum :)

Hari ni banyak kali bos panggil nama saya
HO tagging selalu jadi sasaran.
Jawab je semampu mungkin. Salah pun buat-buat penuh yakin.
Hasil didikan 5 posting lepas.

Tapi serius tak tipu. ED memang best. Selalu adrenaline rush.
Perlu aim clerk case dalam 5 minit sahaja. (Kalau boleh la)
Kes pelbagai. Dapat recall  banyak kes dari posting lepas.

Dan lebih mengujakan sekiranya bilik gerakan dibuka.
Waktu itu yang bercuti perlu bekerja.

Doakan untuk penumpang MH370.
Kami di sini sentiasa bersedia untuk berkhidmat.
Moga-moga semuanya selamat.

nota;
Kenapa perlu patah hati sedangkan tuhan tidak pernah patah harap pada hambaNya?

Selasa, Maret 4

Coret-moret

Kenapa perlu setia sedangkan rasa itu sudah lama pergi.

Entah.

Mungkin sebab aku masih merasakan tanggungjawab yang sama setiap hari. 

Kau sudah tidak rasional pada meletakkan rasa itu.

Mungkin. Aku akui.

Kenapa tetap tega di situ?

Kawan, kau tahu bukan. Mungkin kau perlu cinta dalam setiap hal yang kau bina. Tanggungjawab dan rasional diperlukan di fasa pertengahan sesuatu yang kau bina. Kau mungkin lemah di kemudian hari, tanggungjawab dan rasionallah yang membuatmu terus berjalan. Cinta? Mungkin alasan sekian banyak orang untuk melarikan diri. Tapi tidak aku yang rasional dan tanggungjawab ini. 

Kalau berhenti kerja, nak jadi apa? Mahu bayar hutang dengan apa?
Terus aku melupakan soal cinta dan berfikiran rasional lagi penuh tanggungjawab.

Gila!

Tidaklah. Kurang dengan tanggungjawab aku masih membaca buku kerana khuatir aku salah memberi perawatan kepada pesakitku. Itu satu dosa bagiku.

Baik. Tetap kau butuh cinta dalam perhubungan?

Err, kau tanya aku? Jawapan aku masih sama. Kau butuh cinta. Tapi yang menyebabkan hubungan itu kekal tetap tanggungjawab dan rasional.

Scripta3

Saya belajar sesuatu dari kesilapan saya yang lalu.
Ada masa slogan keep calm and blame the housemen tidak patut digunakan dalam setiap perkara yang terjadi.

Bos saya pesan

Cuba jadi bijak. Pertahankan diri. Saya lebih suka semangat awak yang membara berbanding awak yang pasif. Mana awak pergi?

Mahu sahaja saya menjawab, tapi saya sabarkan. Diam-diam saya berkata;

Tidak kemana-mana. Ada sahaja. Sedang berhibernasi. Mahu simpan tenaga masuk jabatan kecemasan. Sudah letih dengan karenah ibu bapa pesakit. Lepas ni kena tangani ibu bapa kaum kerabat tok nenek segala bagai.

Moga dipermudahkan. Doakan saya.

Jumat, Februari 21

Scripta2

"Kita sampai sekarang ingat awak. 14 kali cubaan memasukan iv line pada seorang pesakit. Dan kali ke 14 tu awak yang masukkan. Masa tu kita posting pertama"

Kita merujuk kepada saya. Kawan saya ini orang Perak. Bekerja di HRPZII. 

Setelah beberapa kali melalui cubaan memasukkan iv line yang susah. Saya datang kepada satu kesimpulan.

Keajaiban hanya terjadi sekali. Apabila kita mengharapkan keajaiban kedua, mungkin ketika itu nasib tidak menyebelahi kita. Maka saat keajaiban itu datang, dakaplah ia erat-erat.