Selasa, Agustus 13

the branulist

Nama panggilan untuk mereka-mereka yang sememangnya hebat dalam memasang IV line. Ketika aku di posting pertama, aku super kagum dengan mereka yang berjaya memasukkan branula dengan sekali cubaan. Tapi rilek dulu. Salur darah ibu-ibu mengandung memang besar. Senang nak pasang.

Sekarang aku berada di posting surgikal dan kini menjaga wad paliatif. Wad untuk mereka yang datang untuk kemoterapi. Mereka-mereka yang didiagnosa dengan penyakit kanser. Salur darah pesakit di sini sangat halus kesan kemoterapi yang dilalui mereka.

Terkadang adalah tidak adil untuk mencuba berkali-kali memasang branula ke atas satu-satu pesakit. Mesti aku akan meminta-maaf berkali-kali kepada pesakit sekiranya aku terpaksa berusaha berkali-kali.

Aku bukan branulist. Sifu aku dulu branulist. Setiap kali ada difficult iv line insertion, pasti aku mencarinya. Walaupun dia dan aku berada di posting berbeza. 

Cuma, sifu aku pasti akan bertanya pada aku dulu. Sudah berapa kali kau cuba? Kurang dari 5 kali aku takkan tolong. Ajaib..kerana ketika saat aku merasakan sudah tidak sanggup meneruskan lagi usaha itu..yang ke limalah aku berjaya memasukkan branula. 

Perasaan? Semestinya lega. Dengan iv line ubat pesakit dapat diberi, darah etc. 

Terima kasih sifuku kerana membentukku menjadi housemen yang berskill.

Kita mampu menimba ilmu di mana-mana. Skills hanya didapatkan dengan praktis. Practice what you preech!

Nota: blood taking dan iv line insertion adalah skills yang patut housemen master sejak posting pertama lagi. Ia memudahkan kerja anda terutamanya sekiranya perlu bekerja malam seorang diri di wad.


Tidak ada komentar: