Jumat, Mei 24

Miss Madz

Rakan-rakan sekerja saya menggelar saya Miss Madz.
Malah group oncall kami di dalam whatsapp dinamakan sempena nama gelaran saya itu
Miss Madz's team.
Haha.
Sengal.

Dah malas nak layan mereka semua.
Ikut arus sahaja.
Bila ditegur.
Udah-udah le panggil cenggitu.
Rakan-rakan saya pasti menjawab.
Itu doalah.
40 kali kami sebut makbul doa tu.

Tak pernah terfikir jadi Miss pun.
Malah impian menyambung master dalam ortopedik pun saya tinggalkan sedikit demi sedikit
Tapi terkadang tambah-tambah suka pada ortopedik.
Ortopedik banyak yang kena buat sendiri.
Wound debridement, wound desloughing, backslab, pop, ray's amputation
Malah masuk OT pun MO bagi kita buat pembedahan on our own.
Terasa juga HO macam surgeon :P

Kami doa ko jadi Miss yang baik. Tegas bertempat.

Doa rakan-rakan sekerja saya.
Ameen ajelah.